Cerita2 Versi Rojak

Perhatian! : Entry kali ni agak panjang dan boleh dilabel sebagai SUPER PANJANG. Pastikan anda bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum membaca entry ini. Sebarang kecederaan, kerosakkan atau kerugian yg diterima oleh anda ketika membaca entry ini adalah tanggungjawab anda sendiri! Pihak Orange4K tidak akan menanggung apa2 kerugian. Terima kasih.

Cerita 1 : Blog

Aih. Berapa hari aku plan nak update tp asyik tunda. Hehe. Bila bukak je blog, nak update, nampak mcm ade yg tak kene ngan themes, terasa nak tambah plugin itu ini. Sudahnya, leka kat editing themes dan tambah plugin. Haha. Dulu aku tak gila plugin WP. Folder plugin kat blog ni pon dulu just ada sikit je file. Yang ada pon tak pakai semua. Dalam seminggu dua ni, size folder tu mengembang dgn mendadak. Hampir obesiti. Blog pon hampir obesiti kerana menanggung byk plugin dan additional thing kat blog. Kalau korang terasa blog ni lambat load, inform la yek.

Ejon merintih (ye ke merintih? haha) kat MsjBox kata link dia takde kat blog ni. Aku mintak maaf pada ejon dan pada semua yg dah lama request nak exchange link. Aku mmg sangat malas nak edit link2 yg ada tuh. Tapi aku rasa aku perlu buat gak. So, pada sesapa yg perasan link blog die takda kat sini (yg dah lama link pada blog ni) atau nak exchange link, isi form Contact kat side bar ni. Aku install plugin tu khas utk korang. hehe. InsyaAllah I will update link lepas check respond2 dari korang.

Cerita 2 : Err… Couple?

Urmm… Rasanya ramai yg dah tau perkembangan (takde kuncup dah) aku. Beberapa bulan lepas. Hiks, lepas agak lama single mingle, ade gak yg sudi. Ramai bersoksek dgn aku kat Y!M. Tanya2 betol ke apa yg dierang dgr. Ramai gak tanya, “Nape takde citer kat dlm blog?” “Nape tak letak pic kat blog?”. Niat tuh mmg ada nak cerita2 kat blog ni. Tapi masa nak update tu tetiba server kene deface (hack; mesti korang igt lagi kan?). Biasalah, bila dah bertangguh, blog ni pon dah bersawang (mcm bard slalu ckp) dan tak de la update. So, atas permintaan, aku letak la sekeping gambar.

Be Mine

Sebenarnya, Miss Kay sendiri request kat aku supaya tak heboh2 sgt. Sebab tu aku takde nak cerita sangat kat sini and takde letak pic kat sini and frenster. Tapi pic atas ni dah dpt kebenaran. Cukup la satu kan? hehe.

Cerita 3 : Hosting?

Macam yg aku cerita kat entry lepas, bulan lepas aku agak bz transfer account hosting blog ni dan domain ke company2 lain. Company yg sebelum ni byk sangat masalah. Aku dah sabar dkt 8 bulan dgn company ni. And baru2 ni kemuncak kemaraan aku dan aku decide utk citer semua ni kat sini tanpa ada sebarang penutupan identiti. Semua aku akan BONGKAR!

Company ni dulu dikenali dgn nama Filuren Network dan bawah pengurusan company Hive Hosting Sdn Bhd yg mana ofis nye terletak di Kuching, Sarawak. Company ni sbnr nye direkemen oleh member aku masa aku tengah terdesak mencari hosting campany utk pindahkan hosting account aku dari company yg asal2 dulu sbb masa tu company yg asal2 tu dah bertukar management dan harga agak tinggi utk kemampuan aku. Member aku tak penah guna service dari Hive. Tapi dia rekemen sbb harga yg agak berpatutan dan sesuai dgn kemampuan poket aku. Sebab masa tu aku dah terlampau terdesak dan sedang bz dgn keje2 lain, aku ambil keputusan utk menjadi pelanggan Hive tanpa pk panjang. Masa tu memandangkan Hive pon ade Call Back Service yg mana kalau client perlukan bantuan segera boleh tinggalkan no phone dgn isi form di website Hive dan Hive akan call balik dlm masa 24 jam.

Masa sebelum jadi client dan masa baru2 mmg laju service dia. Request Call Back, kejap je dah dpt call dari wakil dia. Tapi lama kelamaan, bila request call back, amik masa yg lama dan kadang2 takde dpt call pon. Dan kalau tgk form Request Call Back kat website dia skang dah tak berfungsi pon.

Aku mula jadi client Hive sejak hujung bulan Ogos tahun lepas. Beberapa bulan lepas tu dalam bulan 11 or 12, service Hive mula merosot. Server selalu down. Yang rajin buat hal service packMySQL dia. Masa tu mmg sakit hati sangat kalau nak update blog. Benda yg selalu jadi, lepas taip entry panjang, tiba2 MySQL (database) down dan entry tuh gone by the wind. Sakit ati kan? Dah la masa tu WP blom ada Auto save. Diane yg blog dia dalam account hosting aku (subdomain) pon ckp selalu kena mcm tu time tuh. Aku rasa bersalah lak. Bile report kat Support, dia suh sertakan mcm2 benda. Aku pun bukan reti sgt dlm soal server ni. Bila dia mintak macam2 aku jadi blur. Aku terpk, dia takleh check Server Log ke? Setahu aku Server ada log bile ada service atau server tu time out.

Masuk tahun 2007, ramai kawan2 aku cadangkan aku utk berpindah ke company lain. Tapi memandangkan aku kekeringan dan rasa rugi kalau aku tinggalkan account aku dgn Hive, aku terus gak bagi peluang pada Hive. Tapi masalah server down dan time out selalu terjadi. Sampai aku ambil keputusan utk letak coding php utk capture Server Uptime. Jumlah purata yg coding tu dpt capture, dlm 5-10 hari mesti server akan down sekali. Tak lama lepas aku letak coding Server Uptime dkt blog aku, aku nampak coding tu jadi error. Dalam pengetahuan aku dan kalau tak silap aku, error yg keluar mengatakan function utk capture Server Uptime dlm setting server dah didisablekan. Sakit gak hati time tuh. Tapi aku buat bodoh lagi.

Beberapa minggu lepas aku perasan function tu disable, server yg ada account hosting aku plak kena Deface (one kind of hacking). Hasilnya, semua index file di semua folder dan account dalam server tersebut ditukar oleh hacker menjadi page yg anda pernah lihat bila masuk blog ini ketika itu. Aku cuba pastikan sama ada account atau server yg kena hack. Aku hantar e-mail kepada Support division, try to call office, request call back, tapi semua tak ada respond. Ok, fine. Mungkin dierang tgh bz utk atasi masalah tu. Beberapa jam lepas kena hack, dierang announce kat website dierang kata server yang kena hack. Dierang cakap dierang dah pon downkan server utk ditukar dgn server lain dan file2 backup akan direcover dlm server baru. Tujuan dierang tukar server pon utk meminimumkan down time. Dierang janji akan upkan balik Server secepat mungkin. Tapi apa yg berlaku, 4 hari lepas tu baru server up balik dgn performance yg sangat teruk. Dalam hari yg sama server tu kena hack, ada satu lagi server milik hive di hack oleh hacker yg sama. Aku terpk, mcm mana dierang setting server sampai dalam masa satu hari 2 server kena hack?

Beberapa minggu lepas kena hack, blog aku masih tidak sihat. Aku cuba mintak bantuan dari support division. Dierang bagi cadangan utk aku re-install WP aku dan recover semua file2 themes dan database. Tapi masalah tak juga selesai dan aku contact support lagi sekali. Sekali lagi aku dapat cadangan yg sama dari org yg sama. Aku naik angin dan marah2. Aku cakap aku dah buat ape yg dia cadangkan tp tak berhasil. Dierang mintak username dgn password account aku utk dierang sendiri buat re-installation WP. Hah? Nak username ngan password? motif? Bukan server tu dierang punya ke? Sepatutnya boleh access file aku direct dari ROOT server. Dierang cuma perlukan username aje. Aku pon bg. Aku perhatikan dierang amik masa 3-4 hari utk selesaikan benda tu. Dan output nya? Still sama macam yg aku pernah buat. Tak menjadi!

Aku cuba email support lagi sekali. Kali ni aku mintak dierang cari alternative lain utk betulkan semua akaun aku. Tapi aku tak dpt apa2 respond dlm masa SEMINGGU! WTH? Lebih 24jam utk respond pon dah dikira bad service. Ni seminggu. Then aku hantar lagi satu email. Juga tak dpt apa2 respond dlm seminggu. Akhir sekali aku ambil keputusan utk call directly to office dkt kuching. Wakil company tu cakap dia ada dpt email aku dan still dlm process utk selesaikan masalah aku. Aku mintak dia selesaikan hari tu juga since dah terpk satu jalan penyelesaian. Tapi sampai 24jam lepas tu, still takde apa2 yg berlaku. Aku try call lagi sekali and orang yg sama angkat dan dia ckp “I have many email to answer and it is not your turn yet”. Hah? Gila? Email aku dah berusia 1 dan 2 minggu. Takkan tak sampai turn lagi? Gila slow service. Aku meradang dan ambil keputusan utk explore sendiri apa yg aku boleh buat utk atasi masalah tu. At last aku dpt gak settelkan masalah tu.

Aku igt sampai situ je masalah aku dgn Hive. Masuk bulan Ogos lepas, aku terlupa bila domain aku expired. Since aku ada 2 domain dan expired date berbeza, membuatkan aku lupa berapa hari bulan domain tu akan expired. Sepatutnya reminder akan dihantar kat email aku at least sebulan sblm domain expired. Tapi aku lansung tak dpt apa2 email. Aku sedar pada 25 Ogos yg domain aku (orange4k) akan expired on 27 Ogos. Cepat2 aku request domain transfer kat godaddy supaya godaddy dpt process transfer sblm domain expired. Pagi Isnin aku call Hive utk releasekan domain2 aku. Aku suruh unlock and approve semua siap2. Tapi Hive cuma bg EPP Key (code kebenaran utk pindahkan domain) utk domain2 tuh tp tak unlockkan domain tu. Aku cuba hantar email request utk unlock domain2 tu. Tapi nampak mcm ada miscommunication. Domain2 tu dierang cuba unlock pada hari 28 or 29 Ogos. Tapi masa tu domain Orange4K dah pon expired dan takleh unlock (aku dah suh unlock awal2. Tak unlock! Slow!). Aku tanya Hive mcm mana nak atasi masalah aku since aku dah byr godaddy. Aku nak process tu abes. Hive ckp cuma ada satu jalan. Aku kena renew dan baru dia boleh unlock domain tu. Aku bengang. Aku tanya sama ada lepas aku renew, transfer takkan ada masalah dan boleh siap dlm masa terdkt, dia jawab process tu blh siap antara seminggu hingga sebulan (yg mana aku assume dia ckp takkan ada masalah lepas tu). Beberapa hari lepas tu process transfer siap. Tapi aku meradang sbb sptt nya aku dah dikira byr utk renew 2 tahun (renew dgn hive setahun, transfer dpt setahun renew), bila aku check whois, domain aku hanya bertambah setahun expired date nya.

Aku try tanya GoDaddy. GoDaddy cakap dia dah pon tambah setahun renew utk domain aku. Dia ckp masalah aku sbb process transfer berjalan dlm tempoh 45 hari domain tu di renew dan secara automatik ENOM dropkan renew setahun aku dgn Hive. GoDaddy suh aku bincang dgn Hive. Aku contact Hive dan mintak refund. Bahagian Accounting Hive reject refund application aku. Aku meradang dan mintak penjelasan dari Support. Last2 baru dia ckp aku tak sepatutnya renew kalau transfer dalam process sbb beberapa hari lepas domain expired, ENOM akan releasekan dan process transfer akan continue. Aku marah la. Aku tanya kenapa sekarang baru ckp mcm tu? Masa aku tanya sblm renew tu beria-ia suh aku renew!

Aku masuk forum Webmaster Malaysia dan jumpa beberapa thread mengenai HiveHosting dan Filuren Network. Thread yg penuh dgn kutukan tak luahan rasa ketidakpuasan hati client2 Hive dah bermula sejak tahun 2005! Argh! Kenapa aku tak terpk utk cari testimonial macam ni? Kalau tak mesti aku tak jadi mangsa.

Aku nasihatkan pada semua pengunjung blog ni supaya tak tertipu dgn mana2 Webhosting Company terutama HIVE. Korang dinasihatkan supaya buat sedikit reseach pasal company tu sblm korang deal. Maklumat2 yg korang perlukan boleh korang carik kat forum2 yg ada kat internet ni terutama forum Webmaster Malaysia. Kat sana ramai yg berpengalaman boleh membantu korang bg opinion.

Kepada wakil2 Hive terutama Albert kalau tersesat dkt sini, I nak ckp yang service korang REALLY SUCKS IN DA WORLD! Apa yg I tulis kat blog ni semua yg benar tentang my experience deal dgn your company. I cuma tak nak ramai yg terus jadi mangsa macam I!

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    sesungguhnya tulisan panjang itu tak menjadi satu masalah. cuma tulisannya sangat halus dan berbelit2…

    larat baca sampai kisah cinta kamu sahaja..

    semoga berbahagia hendaknya…

    hmmm

    [Reply]

  2. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3091"]sesungguhnya tulisan panjang itu tak menjadi satu masalah. cuma tulisannya sangat halus dan berbelit2…

    larat baca sampai kisah cinta kamu sahaja..

    semoga berbahagia hendaknya…

    hmmm[/quote]

    dah… aku dah tuka font.. yg ni lagi senang nak baca kan? :D semua tuh cobaan je.. hehe
    thanks.. amin..

    [quote comment="3092"]komen dulu sebelum membaca.. wahaha[/quote]

    aku slalu buat kat blog totin.. kali ni ko buat kat aku.. ampeh..

    [quote comment="3093"]ok dah baca. walaupon nama aku seketul terpampang.. aku amat berbangga.. muahaha

    tp kenapa ko takbleh hosting kat aku eh… hikhikhik[/quote]

    haha.. hosting baru ni tgh promotion merdeka ari tuh… space sama ngan ko.. tp harga half murah dari ko.. sowie arr.. bebtol tgh kering ari tuh..

    [quote comment="3095"]sampai cerita bawah sal hosting2 i dah xbace dah!
    tak paham ahhhh!!!
    bace sampai couple je besh
    wakaka…[/quote]

    haha.. penat aku taip pepanjang… huhu

    [Reply]

  3. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3097"]Perghhhh.. letak gbr awekkkk!! Waaaa, sgt secocok~~ lalala~

    Weh, ape cite psl hosting mak nenek sume ni… aku bace sampai citer ko ngan awek ko je.. huuu~[/quote]

    huuuu… thanks :”>

    adeh.. penat aku taip pepanjang… tak ramai yg baca abes.. :(

    [Reply]

  4. faR says

    i pon bace smpi part kapel je. lelain tu tak paham. hahahahha.. :p

    sweet la letak gmbr kat mug tuh. nak buat gak la! tp kan, takle lawan gmbr bunga api i. hehehehe

    [Reply]

  5. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3099"]i pon bace smpi part kapel je. lelain tu tak paham. hahahahha.. :p

    sweet la letak gmbr kat mug tuh. nak buat gak la! tp kan, takle lawan gmbr bunga api i. hehehehe[/quote]

    amik hah… padan muka i… arghh.. i delete la yg i tules pepanjang tuh.. adeh..

    thanks sbb puji… tp tak tahan still nak menangkan pic bunga api die :p

    [Reply]

  6. says

    Hummm cawan tak tahan. Menten cute2 la bila minum dalam gelas tu yek????? Ko kenapa??

    Neway, sepanjang mana pon ko tulis cerita yang orang ramai mengaku namoh baca, namun, aku baca jugak. Gila kah???

    Thanx sebab tampil ke hadapan untuk menceritakan benda ni kepada umum. Yerla..kalo tak citer, ntah baper banyak lagi orang yang menjadi mangsa kepada penipuan hosting yg super sux tu!

    Kepada hosting bengong tu, lu gila sux. Camaner niaga ni? servis lembab, tak respect customer, dan suka hati ko je la kan nak menggedik bukak tutup server. Tak bayar bil letrik ka?

    Hamek ko. You’ve got serve oleh hincik Oren! Hmph. Matila poyo.

    [Reply]

  7. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3101"]Hummm cawan tak tahan. Menten cute2 la bila minum dalam gelas tu yek????? Ko kenapa??

    Neway, sepanjang mana pon ko tulis cerita yang orang ramai mengaku namoh baca, namun, aku baca jugak. Gila kah???

    Thanx sebab tampil ke hadapan untuk menceritakan benda ni kepada umum. Yerla..kalo tak citer, ntah baper banyak lagi orang yang menjadi mangsa kepada penipuan hosting yg super sux tu!

    Kepada hosting bengong tu, lu gila sux. Camaner niaga ni? servis lembab, tak respect customer, dan suka hati ko je la kan nak menggedik bukak tutup server. Tak bayar bil letrik ka?

    Hamek ko. You’ve got serve oleh hincik Oren! Hmph. Matila poyo.[/quote]

    haha.. cawan tak tahan ke, ko yg tak tahan? :p menten cute? ntah la.. aku tak pakai cawan tuh utk minum.. aku buat hiasan.. ade dpn LCD aku ni.. tiap kali tgk LCD, nampak cawan tuh.. pastu feeling2 igt kat die *wink* haha

    lega hati aku ade gak org baca.. haha.. aku cuma tak nak org terus jadik mangsa die beb.. aku tak de niat nak jatuhkan company tuh.. tp aku nak dierang respek customer.. dierang ade choice.. sama ada nak biarkan service mcm tuh dan lingkupkan company dierang, or dierang improvekan service and get many customer.. btol tak?

    hahaha… thanks bard :p

    [Reply]

  8. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3103"]pergghh..
    susah jugak yerr nak setup2 domain nie..
    haishh, mmalukakn org sarawak jerr HIVE ni..aiseymen..~[syuxx.co.nr][/quote]

    err.. tuh nak transferkan domain.. setup takde la susah sgt…
    Hive tuh mmg.. geram gile aku.. hehe..

    thanks sbb dtg melawat.. rajen2 la jengah sini yek.. ;)

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge