PTPTN atau PTPTipu? & Ramadhan

Pagi semalam mak aku call. Sekadar bertanya khabar. Tapi ketika berbual dgn mak aku, aku dengar ada sikit bising-bising kat belakang. Aku tanya mak aku dia kat mana. Dia cakap ada kat KL. Nak buat bayaran PTPTN adik aku. Lepas tu mak aku cakap lagi, “Tu abah kau tengah bambu seorang-seorang staff PTPTN ni. Mak malas nak dengar. Sebab tu mak lari jauh sikit ni”.

Aku pelik dengar. Aku tanya la lagi, kenapa abah aku dok bambu orang PTPTN tu. Mak aku jawab “Tengok kat surat PTPTN tu alamat kat Damansara. Tapi bila pegi sana, dierang cakap pembayaran kena buat kat sini, kat KL Sentral. Tu tak apa lagi. Bila cakap nak buat pembayaran PTPTN tu, dia sebut berapa jumlah kena bayar. Siap dengan interest. Tapi dalam surat tu kata, kalau bayar sebelum bulan 10, cuma bayar berapa yg dapat tu je. Tak ada interest. Tu yang abah kau mengamuk tu. Lepas tu dia suruh buat pembayaran kat dalam. Bila masuk dalam, abah kau cakap nak buat full payment, interest dia makin naik. Lagi naik angin la abah kau tu. Bila tanya apa-apa soalan kat staff dia ni, senang je jawab ‘tak tahu la’ “.

Amik kau! Seronok pulak aku dengar abah aku bambu PTPTN. Nasib baik abah aku pergi tak cakap dan tak ajak aku. Kalau tak, confirm semalam staff PTPTN kat KL Sentral tu dapat pakej yang sangat bermakna. Pakej “Kena bambu dgn ayah, kena maki dengan anak”. Sebab aku sendiri ada sakit hati dengan pihak PTPTN.

Kes sebenar yang berlaku, adik aku nak tamatkan pinjaman PTPTN dia since dia dpt pinjaman dari Yayasan Pelajaran Johor. So adik aku keluarkan sikit duit dari YPJ tu utk bayar balik duit yang PTPTN dah bagi sebab itu syarat untuk tamatkan pinjaman PTPTN. Dalam surat yang PTPTN hantar pada adik aku kata kalau bayar sebelum bulan 10, adik aku tidak akan dikenakan interest. Tapi masa abah aku nak bayarkan semalam, PTPTN dah kenakan interest. Apa kes?

Kes yang aku sakit hati dengan PTPTN pula, aku cuba call PTPTN untuk dapatkan nombor agreement PTPTN Diploma aku sebab agreement PTPTN Diploma aku dah kena hanyut masa banjir tahun lepas. Aku cuba dapatkan nombor agreement tu dari MMU. Tapi MMU cakap cuma PTPTN yang ada simpan. Aku kena dapatkan nombor agreement PTPTN ni untuk isi borang Perlanjutan Bayar Balik. So aku call PTPTN. Banyak nombor aku call. Dari nombor wakil PTPTN yg uruskan pinjaman student MMU, nombor hotline PTPTN, nombor rasmi PTPTN (yang selalu tulis kat surat) sampai la semua nombor yang aku jumpa kat website PTPTN, beberapa hari aku call tapi LANSUNG tak ada jawapan. Macam mana tu? Sampai sekarang aku belum isi borang perlanjutan bayar balik dan surat peguam dah pun sampai kat rumah.

Dalam media, parlimen dan merata-rata, dok sibuk kata PELAJAR LIAT NAK BAYAR PTPTN. Tapi bila jadi kes macam aku ni, aku yang bersalah 100 percent ke? Staff PTPTN tu buat kerja macam apa. Curi tulang? Orang melaka cakap MENGULAU. Aih. Geram sangat rasanya.

Aku tengah tunggu dokumen-dokumen dari mak aku mengenai kisah semalam. Bila aku dapat je, aku kaji dan aku akan post kat sini dan juga hantar kat mana-mana media. Selama ni dok kata peminjam PTPTN itu la, ini la, liat nak bayar la, lari la. Lepas ni aku akan cuba dedahkan benda ni dan biar orang dan semua PAK MENTERI buka mata pada PTPTN ni.

Ok, tutup kisah PTPTN ni. Jom relaks kan otak. Kita tengok satu video yang aku ambil dari YouTube ni. Comel sangat. Si Hafreze yang forward link dekat aku. Korang layan la. Mesti seronok. Hehe…

WhatEvaa!!

Ramadhan yang mulia

Ramadhan dah menjelma. Alhamdulillah, tahun ni kita masih dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan ramadhan. Semoga ramadhan kali ni memberikan kita seribu kerahmatan. So, sempena ramadhan ni, ramai yang dah memohon maaf kat YM. Aku pun mohon ampun dan maaf kalau ada tersalah silap. Semoga kita semua dapat mengerjakan ibadah puasa dan ibadah-ibadah sunat lain dengan sempurna.

Ya kawan-kawan, jangan lupa niat puasa

نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍعَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ

 

“Sahaja aku berpuasa esok hari dalam bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala”

P/s : Jangan ponteng puasa kecuali pada yg layak :p

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    Owh, PTPTPu mmg dah lame menipu cenggitu ngeee~ sabor jekla..bulan2 puasa nih lg byk kene sabor..tu or muor ckp..klu org mlake..sabau =) Eh, saje singgah nk ucap “Salam Ramdhan”

    [Reply]

  2. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3105"]biasa lah ptptn… wuteverrr~ hahaa

    *btul ke tulisan jawi tu utk niat pose sblan? hmmm[/quote]

    wutevaaa!~ huhu… aku baru pasan lepas ko tego.. aku salah copy.. so aku betulkan maksud die je la.. :D

    [quote comment="3106"]Salam ramadhan

    selamat menjalani ibadah puasa :)[/quote]

    Salam ramadhan buat afzai dan keluarga :)

    [quote comment="3107"]setuju ngan nashrex! Ngeeee benda ni bukan leh wat memain tapi derang yg main2! *play video tu saploh juta kali.

    selamat berposa.[/quote]

    Mereka tu memang… sekali aku mengamuk nanti, semua media aku hantar pasal tu.. tulis byk2 kat blog.. sure ade pak menteri bukak mata.. geram sgt aku ngan dierang..

    *hahaha.. ko play la video 100 juta kali pon.. takde sape marah.. budak tu comel sgt.. haha..
    selamat berposa gak.. hehe

    [quote comment="3108"]p/s: aku pasan konyer tulisan entri ko dah tuka. Hehehehe cun2. ok dah tido la barddddddddddddd *marah diri sendiri[/quote]

    hehe.. baru pasan ke bard? aku cuba bawak byk kelainan pada themes kali ni :D
    ko tak cuti heh 1st ramadhan? haha.. bambu diri sendiri sbb lambat tido.. :p

    [quote comment="3109"]Owh, PTPTPu mmg dah lame menipu cenggitu ngeee~ sabor jekla..bulan2 puasa nih lg byk kene sabor..tu or muor ckp..klu org mlake..sabau =) Eh, saje singgah nk ucap “Salam Ramdhan”[/quote]

    dah lama heh? hehe.. aku tau.. tp baru skang aku nak citer pasal dierang.. aku nak bg dierang tak senang duduk.. tgk la nnt.. eh, ko org muor ke? hehe.. salam ramadhan buat ko jugak..

    *blog ko tu buat la abes2 cepat.. aku dok selongkar2 mcm tak lengkap je lagi..

    [Reply]

  3. says

    masuk paper beb.. masuk The Star, Utusan, Berita Harian, Harakah, Metro, Kosmo, Warta, Keadilan semua semua…

    *saranan dari seorang pelajar biasiswa JPA*

    ha ha ha ha

    [Reply]

  4. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3112"]masuk paper beb.. masuk The Star, Utusan, Berita Harian, Harakah, Metro, Kosmo, Warta, Keadilan semua semua…

    *saranan dari seorang pelajar biasiswa JPA*

    ha ha ha ha[/quote]

    Yerr!! pasti nya aku akan anta masuk paper semua2… paling tak lupe tv3.. harharharhar..

    ampeh mael.. dak JPA uper nye..

    [quote comment="3113"]pasni jgn wat pinjaman ngan ptptipu lgik ar..

    owh yer..slmt berpuasa wta semua yer =)[/quote]

    pasni? takde pasni dah.. haha.. tak nak buat dah.. tp duit tu duit rakyat gak.. duit mak bapak kite gak yg dok byr cukai.. btol tak?

    selamat berpuasa buat kak chii gak..
    *apsal ayat kak chii mcm marah je??

    [Reply]

  5. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3115"]mael JPA sioll..
    mesti pointer howt giler~[/quote]

    itu la pasal.. mesti gempak abes la.. huhu

    [Reply]

  6. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3127"]whatever..[/quote]

    wat evaaa!! :p

    [quote comment="3128"]mula mula aku igtkan dia nk bagi percuma hosting PENDRiVE 1GB … hhahhaahah :P[/quote]

    hahaha.. ape itu hosting PENDRIVE? aku tak penah dgr pon :p
    apsal aku rasa ko mcm salah entry je komen? :))

    [Reply]

  7. sYaRa GreeNev0 says

    alooo…kay!! wee~~~..
    sajew buhsan2…
    so bacer ur blog nih..
    ahaks!! wutever!!! gilewlah!!!..berjuta ratus puluh trilion..saye mainkan video tuh..akaka…

    btw..selamat menyambut bln ramadhan….salamz..=p

    [Reply]

  8. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3133"]alooo…kay!! wee~~~..
    sajew buhsan2…
    so bacer ur blog nih..
    ahaks!! wutever!!! gilewlah!!!..berjuta ratus puluh trilion..saye mainkan video tuh..akaka…

    btw..selamat menyambut bln ramadhan….salamz..=p[/quote]

    eleh.. bosan je la baru masuk blog ni.. len kali bosan ke tak, masuk je blog ni.. reti? hahaha
    sukati ko la syara.. brape byk kali ko nak mainkan video tuh… takde sape larang.. hahaha

    *kan bagus kalo ade pay per play video.. haha.. confirm byk duit masuk (asik pk pasal duit je skang :p )

    [Reply]

  9. ªmiruL™ says

    Cheyt..kdekut kay nih. abih kene padam smua celoteh aku. wahaha.. yg nih pon kalo ko nk padam, padamle. nk btau jek, aku hamek ko nye button eyh. (dah hamek dah pooon..)

    [Reply]

  10. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="3142"]Cheyt..kdekut kay nih. abih kene padam smua celoteh aku. wahaha.. yg nih pon kalo ko nk padam, padamle. nk btau jek, aku hamek ko nye button eyh. (dah hamek dah pooon..)[/quote]

    woih.. aku tak penah padam celoteh org lew.. ades.. per kes ko ni?

    [Reply]

  11. Khairil says

    biarpun dah setahun post nie aku nak gak lepas geram..PTPTN nie mengong..tahap gaban menyusahkan orang..sengal tahap kuda la senang crite..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge