Incik-Pendiam-Separuh-Masa

Errkk??

Macam mana ada sorg hulubalang sesat dlm team pembesar ni?

Aku cukup pelik. Dan aku sangat2 hairan. Kenapa mesti manusia yg wujud disekeliling aku kebanyakkannya jenis yg tak reti nak simpan rahsia. Atau lebih tepat menjadi wartawan tanpa gaji atau radio bergerak. Walaupun kadang2 apa yg disampaikan taklah rahsia sgt, tp at least pandai bezakan antara perkara yg perlu dihebahkan dgn perkara yg perlu diconsider as P&C. Manusia2 ni punye kehebatan mmg tak dpt nak disangkal. Berita yg dibawa sgt pantas. Mengatasi kepantasan Berukben Streamyx dari TMNut dan lebih panas dari berita2 yg anda boleh dgr dari HotFM atau Melodi.

Dan selalunya, kehebatan manusia2 ini lebih terserlah apabila berjaya menambah segala rempah ratus berperisa kedalam berita yg dibawa sehinggakan kepedasan berita tersebut jauh lebih pedas dari Ayam Extra Hot & Spicy KFC. Jelas nyata manusia2 ini mampu membawa berita sepantas 1GBps dan kepanasan berita tersebut melebihi paras didih air iaitu 100 darjah celcius. Apa yg kita patut lakukan pada manusia2 ini? Mengadakan Majlis Anugerah Mulut Tempayan secara gilang gemilang sehingga mampu mengalahkan majlis Anugerah Bintang Popular atau mahu lebih “World” dgn mengalahkan majlis Oscar dan Golden Globe?

Pada aku, manusia2 ini selayaknya kita adakan satu tabung bantuan khas utk mengumpul dana seperti yg pernah dilakukakn utk mangsa banjir di Johor dan kemudian serahkan pada Dr. Nip & Tuck untuk menanam silikon dibahagian bibir atas dan bawah manusia2 ini. Logiknya? Supaya mulut manusia2 ni lebih berat dan tidak sewenang2 menjadi wartawan tanpa gaji yg sgt hot. Kalau cara ini tidak berkesan, mungkin kita boleh upah satu company seperti TMNut memantau perkembangan aktiviti mereka dan cuba mengurangkan aktiviti “kewartawanan” mereka sebagaimana company ini memantau dan mengurangkan aktiviti Torrent di Malaysia.

Kenapa aku mencadangkan langkah sedemikian rupa? Adakah aku cemburu dgn manusia2 ni? Ya! Aku cemburu dgn manusia2 ini sbb manusia2 ni yg selalu menganggu idup aku dan kadangkala membuat hidup aku huru-hara. Apa logiknya kalau manusia2 ini datang dan bertanyakan pendapat utk sesuatu hal yg bukan kepakaran ataupun bidang aku. Kemudiannya memujuk aku memberi pendapat berdasarkan pemerhatian aku dan bukannya pengetahuan aku dalam sesuatu hal. Selepas dapat apa yg diinginkan, 5 minit kemudian, org yg tidak berkenaan mempertikaikan pendapat aku dan menuduh aku memberi pendapat dgn sewenang2nya tanpa pengetahuan yg cukup.

Dalam kes satu lagi, manusia ini mengeluarkan statement tidak puas hati terhadap Si Polan (manusia lain) kemudian menarik minat utk mulut aku berkata2 bagi mengeluarkan statement yg tidak puas hati terhadap Si Polan. Jika aku berjaya mengelak dari mengeluarkan statement tersebut, manusia ini tetap tidak akan kalah. Manusia ini akan pergi kepada Si Polan dan kemudian bercerita kepada Si Polan ape statement yg aku keluarkan dan seperti yg aku kata tadi menambah segala rempah ratus kedalamnya ATAU, jika aku gagal memberikan statement, manusia ini akan mengatakan aku mengeluarkan statement yg sebenarnye DIA sendiri yg keluarkan dpn aku. Bagus bukan manusia2 ini? Sangat CEMERLANG, GEMILANG & TERBILANG disaat negara kita hampir berusia 50 Tahun kemerdekaannya.

Akibat wujudnya manusia2 ni, aku membuat keputusan utk menjadi Incik-Pendiam-Separuh-Masa bagi memastikan tiada perkataan2 yg terpancul dari mulut aku menjadi Berita terhangat of the year. Kenape mesti Separuh Masa? Aku rasa kalau jadi Sepenuh Masa nanti aku jadik bisu plak. Ditarik plak nikmat bercakap aku. So, gila2 aku tetap maintain, tp hanya kat rumah. Tempat2 lain maybe terpaksa pk 2-3 kali la kot pasni. So, start esok, Incik Oren akan jadi Incik-Pendiam-Separuh-Masa.

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="1290"]ishk 3x… ape motif org tu, mintak pendapat lepas tu saje nak memperlecehkan pendapat org pulak[/quote]

    ntah laa manusia zaman skang… yg mempertikaikan tuh org lain.. mean die dah menyampaikan kat org lain pasal pendapat tuh…

    [Reply]

  2. says

    oh nak tawu reason?

    So that they will feel good about themself by not knowing the other adalah cetek pengetahuannya.

    So bak kata ko…kalo jumper org camni..baik berdiam diri dan senyum. Atleast senyum itu sedekah :) Dapat pahala. Orang tu tak sakit. Begitu jua ko :D

    [Reply]

  3. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="1292"]oh nak tawu reason?

    So that they will feel good about themself by not knowing the other adalah cetek pengetahuannya.

    So bak kata ko…kalo jumper org camni..baik berdiam diri dan senyum. Atleast senyum itu sedekah :) Dapat pahala. Orang tu tak sakit. Begitu jua ko :D[/quote]

    Kdg2 dierang ni sakit ati tgk kite tersenyum… nnt adalah cerita2 yg direka… ntah la bard..

    [quote comment="1293"]err.. Dr Nip & Tuck memang ensem…. nanti kalau jumpa kimsalam ek… :lol:[/quote]

    erk? ampeh.. sempat tuh kak shai :p

    [quote comment="1295"]Alamak tak sensasi la kalau jd pendiam nanti isk isk[/quote]

    Kite2 still mcm biasa la gile2… tp kalo ko join manusia2 terlebih tamadun ni, dgn ko pon aku jadik senyap je la :p

    [Reply]

  4. Mr. Kay Em Why says

    [quote comment="1300"]pendiam sparuh masa je.. bukan full-time pun.. :-”[/quote]

    haha.. bahaya kalo full time.. bisu terus aku nnt… lagi pun tak ceria umah aku ni kalo aku tak gile dan bising… kawan aku sendiri ckp tuh (hetfield85) :p

    [Reply]

  5. iziana says

    ahahaha… jadi kan ia satu pengajaran
    moral of d story, x payah ar citer pasal sipolan ngn sipolan lain
    miahahahaha

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge