Akedemi Fantasia 4

Sowie aku dah lama tak update… semuanye gara2 kedemaman yg melanda dan aku masih lagi ade kat segamat… so, memandangkan aku asyik ngadap tv, iklan AF4 bg aku sedikit idea utk diletakkan dlm blog aku ni… aku ni bukan lar peminat setia Akedemi Fantasia… Aku tak nonton sgt AF1 walaupun umah sewa aku ade Astro (aku cuma tgk Konsert 8 ngan Final je)… Aku lansung tak nonton AF2 dan tak brape kenal pon sape dlm AF2 tu… dan AF3 aku dpt tengok minggu last, konsert final & beberapa ulangan minggu2 sblm tuh sbb aku hanya berjaya merequest pada seminggu sblm tu… bukan lar aku minat sgt nak amik tau pasal menda ni… tp agak teruja sket dgn beberapa org tenaga pengajar yg disenaraikan utk AF4…

Okke, aku mulakan dgn org yg paling tinggi jawatan nye dlm AF4 ni iaitu Pengetua AF4…

Ramli Sarip - Papa Rock
Ramli Sarip – Pengetua AF4

Yeah… kali ni Papa Rock yg dipilih jadik Pengetua AF4… nn/ Beliau telah 35 tahun bergelar anak seni… Wow! bukan calang2 org beb… pasti byk ilmu yg boleh dicurah pada student2 AF utk musim yg keempat… sgt bertuah… Ni serba sedikit tentang pengetua AF4 ni…

Penerima Anugerah Kecemerlangan Artistik 1998 ‘Composers and Authors Society of Singapore’ (COMPASS) ini, memulakan karier di bidang seni awal tahun 1969 sebagai penyanyi heavy-metal kumpulan rock terkenal Sweet Charity. Karier solo Ramli Sarip bermula pada tahun 1985 dan sehingga kini masih aktif di persada seni. Versatiliti beliau dalam mengaplikasikan pelbagai corak muzik sama ada rock, etnik, tradisional dan dakwah; serta kebolehan beliau menulis lirik-lirik puitis boleh dijadikan contoh.

Selama lebih 35 tahun bergelar anak seni, Ramli Sarip telah menerima pelbagai pengiktirafan dan penganugerahan, di antaranya adalah Anugerah Artis Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2003 dan Anugerah Khas di Anugerah Planet Muzik 2005. Beliau pernah menerima 10 Anugerah Platinum dan 12 Anugerah Emas hasil daripada penjualan album. Terlibat dalam acara bertaraf antarabangsa seperti World of Music, Art and Dance 2000 (WOMAD), Rainforest World Music Festival, Rentak Asia, Langkawi International Festival of Arts 2000 (LIFA) dan Asian Rock Concert 2003.

Seterusnya kite cerita plak tentang tenaga pengajar… 1st skali, Guru Persembahan Vokal…

Ajai
Ajai – Guru Persembahan Vokal

Aku rasa semua kenal dgn Ajai… seorg komposer yg tak asing kat negara kita… Beliau pernah memenangi beberapa anugerah seperti Lagu Terbaik AIM 99, Album Terbaik 2003, Lagu Terbaik 2004, Album Pop Terbaik 2004 dan Album Terbaik 2004… Ajai juga pernah memenangi Anugerah Juara Lagu untuk kategori Balada untuk tahun 2000 dan 2001 dan Juara Lagu pada tahun 2003 serta beberapa Anugerah ERA dan APM… Pengiktirafan terkini Ajai adalah pada Anugerah Juara Lagu 2005 apabila beliau dijemput sebagai Juri…

Fauziah Nawi
Fauziah Nawi – Guru Drama

Aha… Ini die Guru Drama… satu nama yg takyah diperkenalkan… Digelar sbg Pelakon air mata… salah sorg pelakon pujaan aku… teringin nak dpt tunjuk ajar dari die… teringin kerja satu produksi dgn die… tp apekan daya, aku bukan budak seni lakon… ekeke… ntah bile segala keinginan aku tuh nak tercapai tah…

Okke… kalo tak silap aku, die ni pernah mengajar AF2… Beliau merupakan pengasas Sanggar Teater Fauziah Nawi (STEFANI)… Antara teater arahan beliau adalah Dari Bintang Ke Bintang 1 dan 2, Opera Ayu Cendana dan Muzikal Tok Rimau… Turut melibatkan diri sebagai pengarah drama TV seperti Baju Pengantin Kak Long dan Tangan Bapak… Beliau merupakan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di FFM untuk filem Sayang Salmah dan Anugerah Seri Angkasa untuk drama Mendung Tidak Berarak Lagi…

Corrie LeeLinda Jasmine
Corrie Lee & Linda Jasmine – Guru Koreografi

Haa… aku rasa mcm lepas2, Guru Koreografi ade 2 org… aku paling respek kat Linda Jasmine… masuk musim ni, 4 musim dah die terpilih… satu2nya guru yg bertahan dari AF1… pastinya, dance floor dalam Banglo AF akan bergema lagi ngan suara nyaring Linda Jasmine… aku teringat masa AF3 si Mawi asyik terkejut bile si Linda ni marah… ekeke… aku rasa Corrie jugak penah mengajar kat AF ni.. cuma tak brape igt musim ke brape…

Sedikit mengenai Corrie Lee
Corrie Lee memiliki 15 tahun pengalaman dalam bidang tarian. Memulakan kariernya apabila memenangi Peter Stuyvesant Dance Competition pada tahun 1995. Pada tahun 1999, beliau memenagi Big 2 World Dance Championship di Filipina. Giat mengiringi persembahan artis-artis tempatan dan luar negara seperti di Konsert Ziana Zain On The Park, Konsert Anita Sarawak Bukit Jalil, Konsert Jordan Sam dan Konsert Jeffery Chang selain merupakan gurutari kepada Ziana Zain, Farah, Anuar Zain dan Dayang Nurfaizah. Turut muncul di dalam drama TV dan filem antara lain Seriau, Spinning Gasing, Paloh, Siti Loan Shark, Gerak Khas The Movie 3, Kisah Abang dan Di Luar Bukan Syurga. Turut muncul dalam iklan-iklan komersil seperti Palmolive, Yamaha SS2 dan yang paling popular sebagai The Crook dalam iklan membanteras cetak rompak.

Sedikit mengenai Linda Jasmine
Beliau menamatkan pengajian dalam bidang tarian ballet klasik, moden dan tarian ‘tap’ dari Royal Academy of Dance (RAD) di England dan merupakan seorang yang berpengalaman luas mengadakan persembahan di dalam dan luar negara. Wajah kacukan beliau juga sering menjadi penghias iklan-iklan komersil dan juga penghias muka depan majalah-majalah popular tempatan seperti Glam, Radiance, Mingguan Wanita, Rapi dan sebagainya. Berkongsi dengan Juara Akademi Fantasia 1, Vince, beliau menaburkan pengalamannya untuk generasi baru dengan membuka Linda Jasmine Performing Arts Studio yang mengendalikan kelas-kelas tarian, vokal dan drama selaku Pengetua dan Pengarah Urusan.

Shamril Salleh
Shamril Salleh aka Sham Kamikaze – Pengarah Muzik & Guru

Sorg lagi yg kekal dari AF3 kalo tak silap aku… Shamril Salleh yg lebih dikenali sebagai Sham Kamikaze… die ni ditugaskan membantu pelajar dalam pengurusan dan penguasaan pentas di dalam setiap persembahan…

Sedikit mengenai Shamril Salleh
Beliau mula dikenali sebagai pemain gitar utama kumpulan rock Kamikaze dan pernah menghasilkan 3 buah album iaitu Kontroversi, Inspirasi dan 3. AIM tidak ketinggalan mengiktiraf kerjaya Sham apabila album Kontroversi memenangi Anugerah Album Rock Terbaik di AIM 2001. Beliau merupakan anak didik maestro terkenal Ramli MS. Beliau kerap mengiringi persembahan artis-artis ternama seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Syafinaz dan bintang Akademi Fantasia baik di konsert terbuka atau pun di stesen-stesen TV.

Beliau turut mencurahkan pengalaman muziknya di Akademi Seni Kebangsaan. Beliau merupakan Pengarah Muzik untuk program konsert terbitan Astro iaitu Dari Studio Satu, Anugerah Seri Angkasa 2006, Konsert Misi Suara Hati dan Konsert Akhir AF3. Turut menjadi jurucakap kepada “Fender Guitar” dan pernah tampil dalam program kanak-kanak terbitan Astro RIA, Kak Awin & QT serta Gitulah Raya.

Dr. Fadzley Yaacob
Dr. Fadzley Yaacob – Perunding Motivasi

Ha… ni lagi satu manusia yg buat aku teruja… memula pandang pic yg laju je masa iklan AF4 kat Astro, aku tertanye2 sape nieyh? Lepas aku dah tgk pic besar n stay, baru aku rasa teruja… korang kenalkan? Fadzley Abg Asmara kini dah pon bergelar Dr. Fadzley lepas dpt PhD ari tuh… Dia ditugaskan untuk memberi motivasi kepada pelajar AF dari segi mental & fizikal… Beliau juga merupakan orang yang akan memberi keyakinan dan kata perangsang apabila pelajar menghadapi masalah… Beliau turut mengendalikan kelas bahasa Inggeris…

Sedikit mengenai Dr. Fadzley
Memegang Ijazah Doktor Pengurusan Perniagaan dari European Business School UK dan kini sedang melanjutkan pengajiannya dalam bidang Undang-Undang di University of London. Beliau merupakan Naib Presiden dan Pengarah Eksekutif Putra World Trade Centre, Pengarah Eksekutif Fazley International College dan Pengarah Urusan Seri Anjangsari Production Sdn. Bhd. Beliau melaksanakan kerja-kerja motivasi beliau di seluruh negara untuk pelajar sekolah rendah, menengah, kolej dan universiti dari tahun 1997 hingga sekarang. Kini beliau mempunyai kolum motivasi bersama Dr.Fazley di dalam majalah E-Baca dan Mangga serta dalam proses menyiapkan sebuah buku motivasi remaja.

Dalam bidang hiburan, beliau telah menghasilkan 3 buah album dan telah berlakon dalam 3 buah filem. Turut menjadi tunggak kepada kejayaan Siti Nurhaliza In Concert at the Royal Albert Hall London, sebuah konsert bersejarah buat industri muzik Malaysia. Beliau juga telah dianugerahkan gelaran Belia Cemerlang Negara pada tahun 2004.

Kevin Zahri
Kevin Zahri – Penasihat Pemakanan & Kecerdasan

Ha.. ni ampun… aku tak kenal lansung sapa ni… Dia ni bertanggungjawab dalam aspek pemakanan dan kecergasan pelajar… Memastikan dan mengawasi diet pemakanan yang betul dan tahap kecergasan pelajar sentiasa dalam keadaan baik…

Sedikit Mengenai Kevin Zahri
Mendapat pendidikan dari Northeastern University Boston dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan Ekonomi, beliau merupakan Pengasas kepada Maxtrition SB iaitu sebuah syarikat yang menawarkan produk kecergasan dan pemakanan serta servis kepada pengguna dan syarikat korporat di Malaysia.

Beliau juga merupakan Penulis Kesihatan dan Kecergasan untuk Men’s Health dan Majalah UMPH. Selain daripada itu, beliau merupakan hos rancangan “Gaya Hidup Sihat” di TV2. Beliau kini bertugas sebagai Ketua Web dan Multimedia di Proton Holdings yang merekabentuk dan membangunkan portal dan aplikasi pembangunan Proton.com

Syafizawati Sharif
Syafizawati Sharif – Guru Vokal Teknikal

Ni lagik sorg lansung aku tak kenal… maybe org baru lg dlm bidang ni… tugas die ni membantu dan melatih pelajar dalam aspek teknikal seperti teknik pernafasan, lontaran suara dan penyesuaian nada suara dalam melakukan persembahan…

Sedikit Mengenai Syafizawati
Menerima pendidikan asas dalam bidang muzik sejak di bangku sekolah lagi. Beliau kemudian beliau meneruskan pengajiannya di Akademi Seni Kebangsaan dan telah lulus dengan cemerlang Diploma Seni Muzik (Major Vokal dan Susunan) pada tahun 2001. Memiliki Gred 8 Vokal (ABRSM) pada tahun 2000 dari UK, Gred 8 Piano dan Gred 8 Teori Muzik dari institusi yang sama di UK. Beliau menjurus kepada Latihan Vokal, Piano, Teori Muzik/Susunan Harmoni/Sebutan Lirik (Bahasa German, Itali dan Perancis) dan Latihan Koir.

Beliau turut menyumbangkan suara beliau untuk Konsert Sharifah Aini, Teater Rubiah, album Sheila Majid dan persembahan bangsawan. Beliau turut menyumbangkan ilmu muziknya bersama Classicomm Vocal Center dan Kementerian Pendidikan serta jurulatih vokal untuk Nurul, Rabbani dan Amy Mastura.

Adlin Aman Ramli
Adlin Aman Ramli – Pengkritik Tetap

Yeah! salah sorg yg buat aku teruja gak… teka-teki mengenai pengganti Kudsia Kahar sbg Pengkritik Tetap dah pon terjawab… Adlin Aman Ramli akan kembali dgn kritikkan2 yg pedas utk AF4… Beliau adalah seorg lagi Pelakon yg menjadi idola aku… aku jugak mengimpikan utk belajar dari beliau dan berkerja dgn beliau dlm satu produksi… mcm tadi jugak, aku tak tau bile boleh tercapai.. hehehe…

Sedikit Mengenai Adlin Aman Ramli
Beliau adalah anak kepada Allahyarham Seniman A. R. Tompel dan Seniwati Ruminah Sidek… Lebih dikenali sebagai Sultan Melaka dalam filem Puteri Gunung Ledang dan Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang. Beliau mula berjinak-jinak dengan teater sejak tahun 1994 dan telah membintangi lebih 10 produksi teater. Beliau banyak berlakon di bawah arahan Krishen Jit, Joe Hasham, Datuk Faridah Merican, Ahmad Yatim, Ahmad Tarmimi Siregar dan Zahim Al-Bakri. Teater lakonan beliau iaitu Alang Rentak Seribu dan arahan bersama beliau iaitu Puteri Gunung Ledang The Musical telah mencetuskan fenomena baru dalam dunia teater tanahair apabila dipentaskan dengan jayanya.

Beliau pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Pekan Teater Kuala Lumpur dan berbekalkan pengalaman tersebut untuk muncul dalam filem antaranya ialah Paloh, Buai Laju Laju, Jogho, Gangster dan yang terkini ialah Gubra arahan Yasmin Ahmad.

Sumber : Website Akedemi Fantasia

Nota Tangan Jangan DiGenggam :Enset nokia aku jugak rosak mcm Palm PDA aku… org call, dierang dgr ringging… tp enset aku takde ringging ape2… so, ape2 just send sms… tp aku takleh reply sbb takde kdt… :D
Nota Kaki Jangan Dipijak :Weh blogger dari MMU Melaka… jom kite dinner sesama weekend ni… saje nak kenal2 sblm final exam… yg lain jgn nyebuk! Target : n3sya, Chii & Hafreze… Kalo ade dak MMU Melaka lain yg nak join, jom kite pakat2… ;)

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    ade kezen dr fazley kt cni..idop die ngn buku je.klo nk jmpe die,cr la kt library..amek civil same ngn dae[membe aku dlm n3 aku yg lps].die nye target pn nk blaja smpi phD dl br nk pk2 psl awek..huhuhu~

    [Reply]

  2. says

    ntah apa2 tnaga pngajar ni smua.. ada ke pengetua tu si ramli sarip..selekeh je… pastu gi letak mamat2 ensem, mana x nanti tak stadi student pmpuan nyer.. menggatal je.. wakakkak

    *kay, bekas mmu mlake x leh itot? :guling:

    [Reply]

  3. Mr Kay Em Why says

    diane : giler arh… aku respek kat Dr. Fadzley tuh.. ;) mmg makin glamer… kata nak rating lagik naik.. ekeke…

    chii : a`ah.. dierang nak gi CJ… tuh nak ajar kumpul tuh… kalo tak bile agik…

    nash : Ramli sarip tuh byk pengalaman beb… aku respek die… sama mcm aku respek M. Nasir… tp aku dpt detect sorg tenanga pengajar die ni GAY… ekeke… abes lar pelajar lelaki nnt… kuikuikui
    *boleh kalo nak itot… turun arr.. :)

    diane agik : haaa.. itu kite tgk dulu.. kalo time AF3, bebudak pompuan dok gilerkan Sham Kamikaze… kite tgk nnt mcm mana.. ;)

    [Reply]

  4. Mr Kay Em Why says

    lepas paper takot bebudak tuh dah blah awal… bebudak tuh bukan leh caya… bab balik laju jerk… ekekeke.. :p

    [Reply]

  5. says

    bley2.. takde hal.. tapi takkan saye sorunk jek gurl? huhu..
    n kat mane yek? southern fried chicken?? dins cafe?? plaza siswa? ahaha.. :lol:

    [Reply]

  6. says

    nk ikot~~~tp mase tu ai xabes paper lg..abes ke trus blk umah sbb ade kenduri..kezen kawen.4hb tu trus g kl kot sbb 5hb da start pektikel..klo lps tu boleyh aa~

    [Reply]

  7. says

    adeih..cemana tu..
    taper la..nnt bila2 da free..leh jumpa..
    praktikal dpt elaun dak..
    bleh la banjer kitorang 2 eh * wink*wink*

    [Reply]

  8. syaz says

    aku meharap la sesgt sepaya budak2 af4 kali ni ade kualiti yg baguz2
    jangan la menharapkan pesonaliti aje…
    muka xde xpe asalkan nyayi best giler…

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge