Bengang aku bengang…

Aih… hari ni mmg ari yg sungguh membengangkan… Sebenarnye dari malam smlm lagik bengang… 1st, Bengang ngan TMNet… Streamyx umah aku down sejak kol 8 malam semalam… mati kutu satu umah tanpa koneksi streamyx nieyh… semua mcm tak cukup tenaga… Nie pon update blog dari Lab CITS…

Aku tido dlm kol 4 lebih.. mengharapkan koneksi kembali pulih dan terus-terusan mengadap laptop aku.. huhuh.. tp ampes… takdak gak… dah lar tido lambat… masa nak tido baru aku terigt yg aku dah janji ngan partner lab aku utk Digital System ngan tutor nak masuk lab kol 10 pagi utk siapkan circuit yg tak siap 2 minggu lepas… aduh.. bangun awal plak… ngan kepala yg rasa mcm nak pecah sbb tak cukup tido, aku siap2 dan tercongok dpn Micro Lab tunggu partner aku.. wah.. hari ini dlm sejarah.. aku dah terpacak dpn Lab tuh tepat pada masanya.. slalu kalo time Lab Digital system (Rabu, 12Tgh Hari) mesti aku terlwt at least 10 minit dan byk lar soklan2 cepuCemas dari tutor yg aku sendiri tak pasti berasal dari negara mana tu.. huhu..

Aku bajet2 time, rasa2 circuit tuh boleh siap selewat2nya dlm masa sejam… fuh.. tepat jangkaan aku.. dan tepat jugak lar jangka waktu utk aku tido sebentar lepas tuh.. aku melelapkan balik mata aku dlm kol 11.30 akibat keletihan dan kemengantukkan yg amat… target kene bangun selewat2 nya kol 1.30… sbb aku ade kelas Basic Econ, Management & Accounting kol 2ptg… dlm tempoh sesingkat tuh pon, aku sempat lagik mimpi ngarut… sah aku letih yg amat… boleh bermimpi tersempak ngan Raja Uganda dan para pengikut serta dayang2 yg memakai pakaian dan topeng seperti burung unta kat dlm kawasan MMU… Raja Uganda tuh lawat anak die.. giler tak masuk akal tol… pastuh aku boleh mimpi ade penceroboh kat umah aku.. menyorok atas siling umah dan menarik kabel network sampai ke atas… (patut lar streamyx down)… mcm babun sungguh boleh bermimpi sebegitu rupa…

Mimpi tuh buat aku makin letih… dan menyebabkan mata aku takleh bukak masa nak gi kelas… hahaha… nasib baik aku basahkan muka byk kali… aku berjaya memaksa mata aku utk celik demi mengelak aku terbang dari moto akibat terlanggar kereta yg dipandu student MMU yg tak reti nak tgk kiri kanan sblm keluar dari simpang dpn Emerald Park tuh…

Sblm aku gi kelas Security Technology tadi, aku terasa mcm nak mengamuk tiba2… aku pon tak pasti kenape… mungkin jugak disebabkan akibat cuaca yg amat panas hari dan beberapa hari lepas…

P/s : STOP GLOBAL WARMING!! :D
P/s2 : Kepada incik TycoonCyber, aku xdpt nak buat entry yg ko mintak skang ni… Bile connection kat umah aku dah ok, ketuk aku suh buat heh.. huhuhu.. sesape nak tau pendapat aku ttg Long & short distance Relationship (Baik & buruk), nntkan… :D

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge