Award IDLE YM paling lama & Summary utk bulan Feb…

Di snap shoot kira2 40 minit sblm IDLE nya ilang...
Di Snap shoot kira2 40 minit sblm IDLE nya hilang…

Sepanjang weekend, bila dok dpn laptop ni, aku dok peratikan STATUS dan IDLE time sorg kawan baik aku nie… mmg agak mengejutkan aku… Sbb 1st time jumpe yg IDLE lama mcm ni… Walaupun ade member aku ckp tak heran, tp ni 1st time aku tgk.. hahaha.. so, aku nak bg die Award Idle YM paling lama… actually, ni bukan 1st time die buat mcm ni… tp sblm2 ni, kalo die buat pon, ade masalah connection pada server or pada YM tuh sendiri… Ok yer Ell, this award tarak trofi, tarak kereta Kia Optima, tarak Barang Kemas, tarak Hadiah Wang tunai atau apa saja… Kalau u nak semua tu, pastikan anda tercalon sbg Pelajar MMU paling popular… jgn demand ape2 kat I! hehe..

Summary bulan Februari 2006…
1st time aku buat summary bulanan kat blog aku… aku buat sbb aku perasan yg bulan Februari ni mcm bulan suram plak… Aku taknak bukak topik ni secara menyeluruh… aku nak tumpu pada berkenaan dgn blog saja… ape yg aku perasan, byk jugak la blog yg diakui menjadi suram bulan ni… mostly budak MMU nyer blog dan tak terkecuali, blog aku…

Entry aku nyer komen dah tak semeriah dulu… tak tau kenapa… mungkin kerana apa yg aku tulis kat sini, tak menarik perhatian pengunjung… Apa yg aku perasan, entry aku yg pernah dpt byk komen dlm sejarah hidup aku, adalah topik berkaitan dgn perasaan… satu topik yg dikupas ketika emosi sedang naik dgn mendadak… mungkin dgn kelancangan tanganku menaip aksara2 pada papan kekunci komputer riba aku ni (achoo.. skema nye ayat) yg menarik perhatian ramai tak kira utk membangkang kata2 aku mahupun menyokong aku… Aku kalau boleh dah taknak lancang sgt jari jemari ni… bukan apa, kita taknak org sakitkan hati kita, so kalau boleh, aku taknak lar sakitkan hati org lagi…

Shout box plak.. mmg semakin kurang yg meninggalkan kesan tapak kaki disitu… mungkin sebab aku slalu tuka shoutbox? Aku mintak maaf… sbb semua itu bukan disengajakan… Shoutbox 1st yg aku pakai, aku register kat satu site yg aku rasa dah lama bertapak dlm bidang Shoutbox… tp mungkin sbb kesesakkan lalu lintas pada server dia, shoutbox tuh slalu ade masalah… Aku terperasan plak satu shoutbox buatan Malaysia yg dipanggil Msjbox Junaidix… aku berminat plak nak pakai yg tuh.. yer lar.. nak gunakan barang buatan Malaysia katakan… Beberapa minggu lepas aku pakai MsjBox Junaidix, service tersebut diserang dan menyebabkan MsjBox down selama 2 minggu kalau tak silap aku… aku menanti bila MsjBox akan berfungsi… Aku cuba plak pakai Oggix, buatan negara seberang, Indonesia… tp disebabkan setting yg agak memeningkan kepala aku dan MsjBox dah pon berfungsi balik, aku pon onkan Msjbox semula.. Begitulah ada nya… Diharapkan pengujung akan meninggalkan sedikit kesan tapak kaki di MsjBox tiap kali berkujung ya… Terima kasih

Statistik Blog bulan Februari
Statistik Blog Bulan Februari

Statistik pengunjung yg masuk blog ni pon makin hari makin kurang… Tp berdasarkan statistik dari OneStat, aku dapati ade beberapa pengunjung tetap… Aku nak ucap terima kasih byk2 kat dierang semua… Antara beberapa org yg aku tau menjadi pengunjung tetap blog aku adalah Fadhli, beberapa org budak Hostel MMU Cyber yg aku takdpt detect sapa dan juga beberapa penghuni Emerald Park yg aku takdpt detect gak sape… thanks all… dlm kelaggingan connection kat EP tuh pon ade yg sanggup lawat blog aku ni… satu lagi, yg aku agak2, pengunjung tetap dari kejauhan, Miss Kay yg dok kat UK sana… thanks a lot ya…

Adakah ini connection dari Miss Kay??
Rekod OneStat yg mungkin connection dari miss kay… ini je aku dpt capture.. :-p

Mengenai Referral Link plak.. OneStat dpt detect beberapa Referrer URL yg byk membantu membawa pengunjung ke blog ni…

Referrer URL

Ribuan terima kasih pada semua pemilik URL yg ade tersenarai… Thanks pada Miss Kay, thanks pada Nukman, Thanks pada Afida Azis, Thanks pada MsjBox Junaidix, thanks pada MalaysianTopBlog dan tak lupa juga Thanks pada Google & Yahoo! (dierang ni paham ke malay? :-p eh google, bile nak bg aku adsense?)… dan tak lupa, thanks pada semua yg dah pon linkkan blog aku ngan blog/website masing2… thanks a lot guys…

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. Mr Kay Em Why says

    yer ke? ko boleh ke biarkan idle? hehehe.. asyik usik jerk YM tuh.. mana nak idle nyer.. Away from keyboard, tp aku send msg boleh reply.. pelik tau tuh.. heheheh

    [Reply]

  2. says

    sama2… weh aku nak tukar la aku punya website ni ha.. adik aku ckp yg lama punya lagi best.. mcm2 ada.. ni blog takde sapa nak baca hahahha betul gak apa dia ckp tu

    [Reply]

  3. Mr Kay Em Why says

    tuka lar.. kalo ko rasa yg tuh yg terbaik.. hehe.. aku minat berBLOG… tempat mencurahkan idea.. aku minat menulis, dan aku ade medium utk meluahkan apa yg aku rasa.. itu guna nya blog bagi aku.. :-) thanks fida…

    [Reply]

  4. elle says

    hetfield Says:
    March 1st, 2006 at 3:18 am
    duduk ostel boleh la on 3 hari..kalo aku dok ostel pun boleh wat camtue gak huhuhu.

    ada gak yg dengki kat aku nih… hahahahahhah!!!!!!!!

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge