Weekly Summary…

Seminggu dah aku tak update blog… aih… mesti seminggu… blog ni dah jadik mcm weekly update punye blog… org lain sumer update ari2… at least update 2,3 hari sekali…

Exam…
Last week adalah XM week utk dak2 MMU… for sure aku pon menyibukkan diri dgn study last minute… biasa lar kan… hehe… paper satu pon study last minute :-p Paper aku bebetol kene ari 1st dan antara paper terawal iaitu Isnin pagi… Malam sblm tu aku study kat PS (Plaza Siswa) secara berjemaah dgn beberape org dak2 kelas aku… Malam tuh agak pelik sket cuaca kat Melaka ni… actually bukan malam tuh jer la… dari siang tuh lain mcm dah… Mendung je… tp cuaca siang tuh mmg best lar… cuma hujan kejap ptg tuh… tp mlm tuh, sejuknya kat Melaka ni sampai perabot2 umah aku jadik sejuk… kalo dok kat luar mmg dpt rase sejuk sampai ke tulang… tak penah aku rasa sesejuk tuh (selain dari dlm kawasan berair cond lar)… Pagi isnin tuh pon still sejuk mcm tuh… hujan turun renyai2… mmg sejuk sampai aku rase otak aku tak dpt berfungsi dgn baik pagi tuh (maybe sbb terlampau sejuk yg amat + kegusaran aku utk menjawab xm)…

Pulang berhari raya…
Tengah hari tuh lepas xm aku terus carik tiket bas balik ke Segamat… Alhamdulillah… dpt pon… aku balik naik bas kol 3.00… tp aku paham sangat ngan bas CEPAT dari Melaka ke Segamat… mmg bas tuh slalu lambat sampai kat Melaka Sentral… lambat 30 minit… penat je aku terkejar2 dalam hujan tengah hari tuh…

Banjir di Segamat…
Sampai segamat dlm kol 5.30… aku agak terkejut tgk byk kawasan dah banjir… actually beberape minit sblm balik aku ade chat ngan member aku yg ade kat segamat… mmg die ade bitau kat segamat mase tuh dah 3 ari hujan tak henti2… air dah naik… tp aku tak sangka plak air naik tinggi gile… dah lama tak banjir teruk mcm tuh… air sungai segamat tuh dah melebihi paras merbahaya… kalo tak silap aku sikit lagik nak sama mcm banjir tahun 1987 (banjir paling teruk kat segamat… aku tgk gambar dari buku jerk)…

Sunyi…
Cuti dah start… Aku dah mula rasa sunyi… sunyi segala2… hati pon terasa sepi… teringin gak rase nak mencari teman baru… tp… ermm.. ntah la… ala baru bape bulan je… aku kuatkan semangat jer la… bukan mati pon kalo terus mcm ni kan?? hehe.. ape lar aku merepek ni…

Sebut pasal sunyi ni, tadi aku ade terbaca dalam Mingguan Malaysia pasal kisah zaman nabi Musa… ada kaitan dgn sunyi… aku amik keputusan utk taip balik kat sini…

Kisah Zaman Nabi Musa
Pada zaman Nabi Musa ada seorang lelaki yg gemar melakukan maksiat kepada Allah. Baginya kemaksiatan adalah hobinya sehingga penduduk setempat benci kepadanya. Mereka mengharapkan lelaki itu diusir dari kampung supaya tidak mengganggu ketenteraman hidup masyarakat disitu.

Pada suatu hari Nabi Musa mendapat perintah daripada Allah ttg lelaki tersebut. Nabi Musa diperintahkan supaya mengusir lelaki itu dari kg tersebut agar penduduk kg itu tidak mendapat bencana. Akhirnya lelaki itu diusir dari kg itu ke kawasan yg gersang dan jauh dari manusia tinggallah dia keseorangan disitu tanpa ditemani sesiapa.

Tidak lama kemudian, lelaki itu ditimpa penyakit. Akibat keseorgan, dia berasa sunyi & sedih memikirkan keadaan diri dan penyakitnya. Dia merintih kepada tuhan : ” Wahai Tuhan, kalaulah ibuku ada bersama, sudah tentu dia menyayangiku dan bersimpati melihat keadaan diriku ini. Kalaulah ayah ada di sini, tentu dia yg akan memandikan & mengebumikan aku bila aku mati.”

Katanya lagi : “Kalaulah isteriku ada di sampingku, tentu dia akan meratap kematianku. Kalaulah anak-anakku melihat jenazah aku tentu mereka berdoa: Wahai Tuhan, ampunilah dosa2 ayah kami kerana dosa2nyalah yg menyebabkan dia diusir drpd kg nya dan tinggal disini. Ayah kami terputus hubungannya dgn manusia kecuali hubungannya dengan Kamu, Ya Allah.”

Kemudian dia terus merintih lg dgn hati yg pasrah menghadap Tuhannya: “Ya Allah, Engkau memutuskan hubunganku dgn ahli2 keluargaku. Jgnlah Engkau putuskan hubunganku dengan-Mu. Jgnlah Engkau masukkan aku ke dalam api neraka-Mu disbbkn dosa-dosaku yg lalu.”

Selang beberapa ketika, lelaki itu terjatuh hingga menghebuskan nafas terakhir disitu. Nabi Musa mendpt perintah Allah supaya pergi mencari lelaki itu bg menguruskan mayatnya. Maka pergilah Nabi Musa melaksanakan perintah Allah tersebut. Apabila baginda sampai ke tempat lelaki tersebut, baginda mendapati seorg wanita sdg menangis kesedihan disamping mayat lelaki itu.

Nabi Musa bertanya bertanya kepada Allah: “Ya Allah, bukankah dia lelaki yg Engkau suruh usir keluar dari kg halamannya dulu?”

Maka jwb Allah: “Wahai Musa, Aku kasihan melihat keadaannya keadaannya yg sentiasa merintih kepada-Ku krn penyakit yg dideritai serta disbbkan dia berjauhan drpd kaum keluarganya. Oleh itu aku kirimkan kpdnya bidadari & malaikat supaya menemaninya. Wahai Musa, apabila seseorg itu tidak ada keluarga, sebatang kara, maka seluruh penghuni langit dan bumi akan menangis krn bersimpati kepadanya. Akulah Tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

P/s: Panjang plak entry ni.. sampai ngantuk aku taip.. mcm mana lar org yg membaca yerk… ish…

What Everr!!

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. Mr Kay Em Why says

    dont worry gang.. ;) aku mmg tunggu ko online.. tak sedar bile ko online.. urm.. project ni start sem depan… insyaAllah.. doa2kan lar yerk.. hehe..

    [Reply]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge