Masalah ini telah selesai. Sila rujuk entry http://orange4k.com/201005/masalah-dengan-tmcorp-selesai-terima-kasih/ . Terima kasih kepada semua yang membantu.
Sengaja aku letakkan twitter TM di tajuk entry supaya dapat perhatian dari mereka. Kalau anda adalah pegawai atasan TM, sila baca aduan ini dengan teliti! Ini adalah aduan serius dari pelanggan TM! Jangan asyik nak butakan mata dan pekakkan telinga dengan aduan-aduan kami. Pendapatan anda bersumberkan duit kami!
Sebelum aku mulakan aduan aku, aku ingin jelaskan bahawa tidak semua kakitangan TM berperangai seperti mereka yang terlibat dalam kes aku. Kawan-kawan aku ramai yang bekerja dengan TM dan ada yang cuba menolong aku dalam kes ini tetapi tidak mampu. Bak kata orang, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jadi bagi mengelakkan dari sebelanga susu rosak, maka aku akan sebutkan nama-nama nila (staff TM yang terlibat dalam kes aku) ni. Entry aku ni bukan semata-mata aduan yang buruk-buruk, tetapi ada juga pujian pada mereka yang membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kes aku.
22 Mac 2010 – Isnin
Aku ke TM Point Kelana Jaya sekitar jam 2 petang. Terpaksa tunggu giliran sehingga jam 4.10 petang, baru sampai giliran aku untuk berurusan di kaunter pendaftaran. Aku berurusan di kaunter 3, di jaga oleh staff perempuan lewat 20-an, berbadan sedikit berisi (aku tak tau nama sebab tak nampak tanda nama). Aku nyatakan yang aku mahu daftar untuk talian telefon sahaja. Staff tersebut bertanya pada aku kenapa tak mahu daftar untuk Streamyx sekali. Aku pada mulanya memang berniat untuk daftar Jaring Broadband. Lepas mendapat beberapa info mengenai pakej BlockBaster Deal dan setelah di periksa dalam sistem aku boleh mendapatkan Streamyx 4Mbps, aku akhirnya setuju untuk daftar Streamyx. Tapi aku hanya daftar untuk 2Mbps kerana waktu itu pakej 4Mbps masih berharga RM160 sebulan. Di luar bajet aku.
Sewaktu berurusan di kaunter, staff perempuan berkenaan ada berbual dengan pelanggan di kaunter 2. Aku tidak faham hujung pangkal. Apa yang pasti, yang dibualkan berkaitan dengan hal teknikal streamyx. Staff yang melayan aku tiba-tiba berkata pada staff yang menjaga kaunter 2, “Khairul, lepas ni awak take over customer ni. Akak tolong setupkan benda tu. Ni cuma register je. Dah nak siap pun.” Lebih kurang begitulah. Aku ingat staff yang jaga kaunter 2 tu sebab nama dia sama dengan nama aku.
Khairul ni pun ambil alih tempat staff perempuan ni dan terus menaip di komputer untuk beberapa minit. Lepas tu dia nampak macam blur. Macam tak tau apa langkah seterusnya. Dia cakap “dah siap”. Tapi dia belum ambil wang pendaftaran dan stem fee dari aku. Macam mana dia cakap dah siap? Aku ingatkan dia yang aku masih belum bayar. Dia teruskan proses pembayaran dan beri aku resit untuk dapatkan set telefon. Selesai semua, aku kembali ke pejabat dan aku terlepas satu mesyuarat sebab kelembapan TM Point. Nasib baik syarikat aku fleksibel.
23 Mac 2010 – Selasa
Dari pagi sampai petang, 4 panggilan aku terima yang katanya dari “Streamyx”. Semua tanya soalan yang sama. “Ada daftar streamyx?”, “Nak username apa?”. Aku jadi annoying gila. Macam mana TM uruskan permohonan ni? Kata lepas telefon dah siap pasang baru proses streamyx? Belum pun pasang wayar telefon, Streamyx dah telefon bertalu-talu. 4 orang staff telefon seorang pelanggan yang sama pada hari yang sama dan bertanya soalan yang sama. Tak ke itu satu perkara yang bangang dan membazir sumber manusia? Ada sumber yang mengatakan yang telefon tu semua agen yang kejar komisen semata-mata. Tak tahu sejauh mana kebenarannya.
24 Mac 2010 – Rabu
Dapat panggilan dari kontraktor TM untuk temujanji pemasangan wayar telefon di rumah. Kontraktor setuju untuk datang pada keesokkan harinya, 25 Mac 2010 sebelum 10 pagi.
25 Mac 2010 – Khamis
Kontraktor TM muncul depan rumah aku sekitar jam 11 pagi. Memang janji melayu sangat! Nasib baik aku kerja malam hari tu. Kalau tak, membazir cuti aku macam si Azman kena, janji datang pagi, dah tengah hari baru cakap ada masalah teknikal dan tangguh pemasangan.
Kontraktor TM suruh aku telefon 100 untuk update status telefon aku bila dah boleh guna. Supaya dia orang boleh teruskan dengan proses pendaftaran Streamyx.
26 Mac 2010 – Jumaat
Aku telefon 100 selepas solat Jumaat untuk memastikan Streamyx aku sudah mula di proses dan ingin minta di percepatkan proses sebab aku sangat-sangat memerlukan Internet. Agak terkejut bila operator kata dalam rekod kata aku cuma order untuk talian telefon dan tak ada untuk Streamyx. Operator suruh aku ke TM Point Kelana Jaya untuk pastikan hal sebenar. Cepat-cepat aku ke TM Point. Lega sedikit bila penyambut tetamu TM Point Kelana Jaya kata “memang operator 100 belum boleh check order ni. Masih di proses”. Masa tu aku baru dapat tahu harga pakej 2Mbps dan 4Mbps di turunkan. Jadi aku minta untuk tukar pendaftaran Streamyx aku ke 4Mbps. Janji yang aku dapat dari staff TM Point (penyambut tetamu yang memakai tag “TRAINEE”), hari Selasa atau Rabu, juruteknik TM akan telefon aku untuk temujanji pemasangan.
30 Mac 2010 – 2 April 2010
Aku telefon 100 hampir setiap hari dan bercakap dengan bahagian “Produk dan Perkhidmatan” (option ke 3) untuk tahu perkembangan pendaftaran streamyx aku. Jawapan yang aku terima tetap sama “Order belum masuk. Biasanya 3 hingga 5 hari bekerja.”
Lepas solat Jumaat, 2 April 2010, aku terus ke TM Point Kelana Jaya. Trainee yang jaga kaunter pertanyaan pandang aku dan kata “macam kenal. Kenapa ye?”. Aku terus jawab “Haa. Kenal pun awak. Awak janji saya boleh dapat Streamyx saya paling lewat hari rabu. Ini dah hari jumaat masih tak ada khabar berita.” Dia beri aku nombor giliran dan suruh aku tunggu. WTH?! Aku banyak lagi kerja. Nak suruh aku tunggu 2-3 jam lagi kat situ? Aku nampak pelanggan di kaunter 1 bangun dan beredar. Terus aku pergi ke kaunter 1 dan minta staff tersebut periksa pendaftaran aku.
Staff kaunter 1 bernama Amelia (dah tak ingat ejaan). Dia cari borang permohonan Streamyx aku dan cuba proses (baru nak proses!). Katanya sistem tak benarkan pendaftaran pakej 4Mbps dan 2Mbps untuk talian telefon aku. Aku tak puas hati sebab sebelum ni 2 kali aku datang TM Point (23 Mac 2010 & 26 Mac 2010) lebih 2 kali check dalam sistem dan sistem menunjukkan talian telefon aku layak dapat 4Mbps. Amelia kata ada masalah dalam sistem. Dia kata sistem TM baru migrate ke sistem yang bernama NIS dan dia perlu hantar email pada developer mengenai masalah tu.
Amelia cadangkan untuk aku daftar pakej 1Mbps dulu dan upgrade kemudian sebab aku kata aku perlukan sangat internet. Aku setuju. Amelia suruh aku datang keesokkan pagi (Sabtu) untuk ambil modem sebab stok baru belum sampai masa tu. Aku datang esoknya dan ambil modem. Amelia janji akan email atau call aku untuk beri username dan password atau kalau ada masalah. Tidak ada call dari Amelia sampai sekarang (waktu aku menulis entry ni).
5 April 2010 – Isnin
3 hari aku biarkan modem terpasang. Lampu DSL lansung tak muncul. Apa hal? Aku telefon 100 lagi. Jawapan masih sama. Tidak ada order streamyx untuk akaun aku. Petang tu aku bergegas ke TM Point. Aku tiba di TM Point sekitar jam 5.45 petang. TM Point di tutup pukul 5.30 petang. Tapi waktu itu pintu tak di kunci. Jadi aku masuk terus ke kaunter pertanyaan. Dengan perasaan marah dan bengang aku tanya pada Trainee tu “Apa cerita dengan Streamyx saya ni?”. Dalam masa yang sama staff wanita di kaunter 3 menjerit pada aku “Hei, kita dah tutup. Kita tutup pukul 5.30. Kenapa awak masuk? Siapa yang tak kunci pintu ni? Lain kali kunci pintu. Kalau apa-apa jadi macam mana?”. Aku terus jawab balik “Saya peduli apa. Sekarang ni saya nak tau pasal Streamyx saya. Kenapa tak dapat lagi?!”
Trainee tu terkebil-kebil. Dia suruh aku pergi ke kaunter 3 untuk urusan aku. Aku terus pergi kaunter 3. Staff yang sama masa aku daftar talian telefon dan streamyx. Dia tanya aku “awak register streamyx kat mana?”. Aku jawab la “saya register dekat sini (sambil tunjuk kerusi depan dia) dan cik (aku tunding jari pada dia) yang jaga masa tu”. Dia suruh aku duduk dan minta nombor kad pengenalan. Lepas dia check dalam sistem, dia kata tengok nama yang di daftarkan untuk talian telefon kemudian dia cakap “nama ni saya rasa ada masalah”. “Apa masalah pulak? Kalau ada masalah kenapa tak telefon saya?”. Dia cuma jawab “sekejap, saya check borang encik”.
Lepas aku tunggu berapa minit, aku makin rasa tak puas hati. Aku cerita apa yang jadi dari hari aku daftar sampailah hari Sabtu yang aku ambil modem dari Amelia. Lepas tu dia panggil Amelia tanya apa masalah. Aku tak faham apa yang meraka cakapkan. Yang aku dapat tangkap cuma Amelia cakap “Ada error dalam sistem. Saya dah cuba registerkan dari pakej 4Mbps sampai 384Kbps semua tak lepas”. Aku tak puas hati. Aku tanya staff kaunter 3 tu “Kenapa tak call saya beritahu ada masalah?”. Dia cuma boleh jawab “Tu lah” je. Adoih!
Staff tu suruh aku tunggu lagi beberapa hari. Dia cakap dia akan call hari Jumaat lepas waktu pejabat untuk beritahu aku perkembangan pendaftaran Streamyx aku.
5 April 2010 – 9 April 2010
Dalam masa yang sama aku cuba check dengan Jaring sama ada aku boleh guna wired broadband dia Jaring atau tidak. Lebih 10 kali aku check dekat website Jaring. Tak ada coverage. Aku tak puas hati. Aku call Jaring tanya kenapa tak ada coverage. Jaring punya coverage 4KM radius dari exchange TM. (Jaring pakai talian TM). Mengikut sistem TM, jarak exchange dengan rumah aku cuma 3.75KM. Jaring tak dapat pastikan kenapa talian telefon aku tak ada coverage.
Aku cuba juga call kawan kepada mx510, katanya agen streamyx. Minta bantuan untuk pendaftaran Streamyx. Tapi katanya masalah aku ni dia tak dapat nak tolong. So aku kata tak apalah.
Hampir setiap hari aku call 100 untuk perkembangan order aku. Jawapan masih sama “Dalam rekod kami, encik cuma order untuk telefon. Kalau kata encik ada order streamyx serentak dengan telefon, sepatutnya proses dalam masa 3 hingga 5 hari. Tapi ni dah lebih encik”. Boleh pulak dia operator-operator TM ni beritahu aku dah terlepas tempoh. Kalau tak takkan aku bising! Dia orang cuma boleh update report aku. Itu je yang boleh dia orang buat. Hari Jumaat, 9 April 2010 berlalu macam tu je tanpa ada panggilan dari TM Point Kelana Jaya.
10 April 2010 – Sabtu
Aku pergi ke Giant Bandar Kinrara. Tujuan aku untuk cuba minta bantuan dari agen streamyx kat situ. Aku beritahu agen tu masalah aku. Dia cuba check MIPS (sistem TM Streamyx). Aku dapat tengok skrin dia. Keluar error bila dia masukkan nombor telefon aku. Errornya lebih kurang “Invalid exchange ID. Please check exchange ID in NIS“. Agen tu kata dia tak boleh tolong. Cuma TM yang boleh selesaikan masalah ni. *sigh*
13 April 2010 – Selasa
Aku ke TM Point Puchong. Mencuba nasib untuk minta bantuan selesaikan masalah aku. Rumah aku memang dalam kawasan Puchong. Aku daftar di Kelana Jaya pun sebab dekat dengan pejabat aku. Aku cerita masalah aku pada penyambut tetamu dan dia berikan aku nombor giliran. Aku tak perlu tunggu lama sangat. Dalam 15 minit. Padahal jarak giliran aku lebih kurang je dengan masa aku buat pendaftaran telefon di TM Point Kelana Jaya. Nampak staff TM Point Puchong lebih efficient.
Sampai giliran aku, aku dilayan oleh staff perempuan di kaunter 5 (kalau tak silap aku. Tak pakai tanda nama). Aku beri salam dengan senyuman walaupun hati mendidih. Tapi staff tu jawab salam dengan muka kelat. Tak mesra pelanggan. Tak apa, aku sabar. Aku cerita masalah aku. Dia mintak nombor telefon. Laju juga dia buat kerja. Banyak juga window dia bukak dekat pc dia. Aku perhatikan semua dan kemudian dia cakap “TM Point Kelana Jaya buat kerja tak habis. Dia tak masukkan nombor telefon ni dalam satu lagi sistem kita. Nanti saya masukkan. Isi borang streamyx ni“. Kena isi borang lagi sekali. Duh!
Dia kata dalam masa seminggu baru siap proses semua. Aku tanya boleh tak cepatkan lagi. Dia jawab dengan muka marah “Ini saja yang saya boleh tolong. TM Point Kelana Jaya yang buat kerja tak habis”. Oklah. Aku beralah.
Petang, aku dapat call dari Streamyx. Dia tanya sama ada streamyx dah di pasang ke belum. Aku cakap belum. Dia cakap terima kasih then terus letak. Tak sempat aku nak cakap apa-apa. Hampeh punya orang!
16 April 2010 – Jumaat
Dalam pukul 6 petang, aku dapat call. Dari suaranya, aku pasti itu staff TM Point Kelana Jaya (yang jaga kaunter 3). Dia tanya aku kenapa status permohonan streamyx aku “TOLAK”. Mana aku tau. Aku yang patut tanya soalan tu pada dia. Lepas tu dia yang jawab soalan dia sendiri. “Oh, port penuh la encik. Macam mana? Nak teruskan? Atau encik nak turunkan pakej lain?”. Aku cakap kalau boleh memang aku nak 4Mbps. Tapi kalau turunkan pakej boleh cepatkan proses, aku setuju turunkan pada 2Mbps atau 1Mbps. Nanti aku boleh request untuk upgrade. Dia cakap OK.
Aku cuba nasib check dekat website Jaring untuk coverage Jaring Broadband. Kali ni result yang aku dapat mengatakan telefon aku ada coverage. Aku cuba call Jaring dan minta dia periksa untuk aku. Memang ada coverage. Sah! Kerja yang tak disiapkan oleh staff-staff TM Point Kelana Jaya yang buat semua benda terganggu. Bodoh piang sungguh!
19 April 2010 – Isnin
Aku check status permohonan streamyx aku di MIPS Online. Status permohonan aku jadi “Order Cancelled“. (Dah la ejaan canceled salah) Aku dah tak senang. Oleh kerana dah malam (aku pernah diberitahu oleh operator 100 yang aku cuma boleh check status permohonan dengan bahagian Produk dan Perkhidmatan dan bahagian tersebut cuma dibuka sampai pukul 9 malam setiap hari) aku ambil keputusan untuk call pagi Selasa je.
20 April 2010 – Selasa
Pukul 9.30 pagi, aku call 100 dan bercakap dengan bahagian Produk dan Perkhidmatan. Operator lelaki jawab. Aku memang tak pernah nak amik tau nama operator sebab masing-masing sebut nama tak jelas, macam tak ikhlas. Aku tanya kenapa dalam MIPS Online status permohonan aku jadi canceled? Dia jawab “Dalam sistem saya ni tak canceled pun encik. Dekat sini kata technician akan datang rumah encik hari ni”. Aku dah pelik. Aku tanya dia kenapa technician tak call untuk appointment? Dia cakap “biasanya kalau technician datang rumah, kalau tak ada orang, dia akan tinggalkan kad merah”. Jawapan dia tak de kaitan dengan soalan aku. Aku tanya lagi sekali soalan yang sama. Dia jawab “Tak ada technician TM call encik? Apa kata encik tunggu. Biasanya technician keluar pukul 10 pagi dan 2 petang”. Aku tanya lagi “so maknanya jumper dah pasang la ni?“. Dia jawab “ya“. Okay, aku tunggu.
Sampai pukul 2 petang masih tak ada technician call aku. Aku rasa tertipu. Aku cuba call 100 lagi sekali dan bercakap dengan tetap memilih bahagian Produk dan Perkhidmatan. Bercakap dengan operator perempuan pula kali ni (kalau tak silap aku perempuan la. Suara dia pelik sikit). Aku tanya status order aku.
Operator 100 : Encik punya order masih pending. Jumper belum pasang lagi.
aku : Belum pasang??! Pagi tadi saya call 100 ni, operator cakap jumper dah pasang. Tunggu technician datang rumah?
Operator 100 : Dalam sistem ni ada rekod encik call pagi tadi dan bercakap dengan bahagian internet. Saya bahagian produk dan perkhidmatan. Sistem kita lain-lain encik.
aku : Hah?! Pagi tadi saya cakap dengan bahagian produk dan perkhidmatan. Bukan dengan bahagian internet.
Operator 100 : Tak. Encik bercakap dengan bahagian internet. (Siapa yang call sekarang ni? aku belum pernah bercakap dgn bahagian internet) Cuba encik call 100 semula, pilih bahasa kemudian tekan 1 dan #.
aku : Huh? Okaylah!
Aku terus call semula 100 dan bercakap dengan bahagian internet. Buang masa aku je.
Operator 100 : Encik punya order ni pending untuk testing. Cuba encik follow up balik dengan kami lagi 2-3 hari.
Aku : Pulak? Saya ni dah penat follow up dah. Dah sebulan saya asyik call 100 ni je tau tak.
Operator 100 : Oooooo. Ye ke? Encik call kami balik, follow up dengan kami hari khamis atau jumaat la ye. (Bangang!)
Aku : Okaylah!
21 April 2010 – Rabu
Lepas lunch (dalam pukul 2 petang) aku call lagi 100. Bercakap dengan bahagian internet. Dia orang ni macam pahat. Selagi tak diketuk, selagi tu tak buat kerja.
Operator 100 : Encik punya order ni dah kena canceled. Technician canceledkan. Remark kat sini kata port penuh. Tarikh dekat sini 16 April.
Aku : Hah? Semalam pagi saya call kata jumper dah pasang. Petang kata jumper belum pasang. Hari ni kena canceled pulak? Kenapa technician tu tak call saya?
Operator 100 : Saya pun tak tau kenapa technician tu tak call encik.
Aku : Bukan sepatutnya dia call saya ke? Kenapa tiba-tiba je cancel? Macam mana kau orang buat kerja? (aku dah mula menengking)
Operator 100 : Sepatutnya dia call encik. Saya pun tak tau kenapa dia tak call encik. Saya mintak maaf bagi pihak dia.
Aku : Ada nombor telefon technician tak dekat sistem?
Operator 100 : Tak ada.
Aku : Habis tu macam mana ni?
Operator 100 : Errr..
Aku : Hari tu TM Point Kelana Jaya janji nak call saya pon tak call. Ini TM. Kau orang call free. Tak kena bayar pun. Susah sangat ke nak call customer?
Operator 100 : Kami kat call center ni tak boleh call luar encik.
Aku : saya bukan suruh awak call saya. Tu TM Point janji nak call, takde call. Technician tak call. Apa cerita ni?! So sekarang apa yang saya boleh buat?
Operator 100 : Err..
Aku : Report dah berapa banyak saya buat. Tapi tindakkan tak ada lansung. Tak guna cakap dengan kau orang ni. Sekarang saya boleh buat apa? Cuba awak cakap! Nak saya report dekat MCMC?!
Operator 100 : Err.. Apa yang saya boleh cadangkan, encik pergi balik ke TM Point dan bincang dengan mereka. Minta turunkan pakej ke.
Aku : Saya dah penat ulang alik TM Point. Awak ingat saya tak de kerja? Asyik nak call 100, nak pegi TM Point!
Operator 100 : Err.. Itu je la yang boleh saya cadangkan.
Aku : Tak guna cakap dengan awak ni. Baik saya report kat MCMC terus! *aku terus letak telefon*
Memang agak kurang ajar perbuatan aku. Tapi aku dah hilang sabar. Kejap kata jumper dah pasang, kejap kata belum pasang, kejap kata dah kena cancel sejak 16 April 2010. Sistem apa yang TM pakai?! Company besar. Konon laburkan juta-juta untuk Unifi. Hey TM! Lupakan je la Unifi tu kalau streamyx ni pun tak boleh handle betul-betul.
Petang tu aku pergi ke TM Point. Hati memang terbakar sangat-sangat. Sampai TM Point, aku tengok lengang. Cuma ada beberapa staff yang aku kenal. Semua pakai t-shirt hitam dengan gambar transformers (macam dalam poster kat atas). Tak nampak professional lansung! Aku pergi ke kaunter pertanyaan sebab semua kaunter pendaftaran tak ada orang jaga. Kat kaunter pertanyaan ada staff perempuan kurus dan kecil. Tak ada tanda nama lagi.
Aku : Saya nak tahu kenapa order streamyx saya kena canceled? (agak menengking)
Staff TM Point : Bila encik apply?
Aku : Dah dekat sebulan.
Staff TM Point : Telefon dah pasang?
Aku : Dah dekat sebulan pasang.
Staff TM Point : Nombor telefon encik?
Aku : 03 807* ****
Staff TM Point : Oh. Ini bukan canceled encik. Ni pending. Port penuh.
Aku : Habis tu operator 100 cakap canceled.
Staff TM Point : Tak canceled. Cuma pending sebab port penuh.
Aku : Habis tu ada plan tak nak tambah port?
Staff TM Point : Ada. Tapi tak tahu bila.
Aku : Kalau saya nak cancel order ni dgn telefon sekali ada kena bayar apa-apa tak?
Staff TM Point : Sepatutnya kena penalti. Tapi sebab kes ni, boleh dapat refund.
Aku : Kalau saya apply jaring broadband ni, boleh lepas ke? Atau saya nak kena cancel order streamyx ni dulu?
Staff TM Point : Encik jangan salah faham. Kita tak proses permohonan jaring broadband kat sini. Hari tu saya ada customer datang mengadu.. (tak habis cakap dah kena potong dgn aku)
Aku : Saya tau tu. Saya tak cakap pon nak register Jaring kat sini. Saya tanya kalau saya apply jaring ni, order streamyx saya ganggu tak?
Staff TM Point : Tak.
Aku : Jaring Broadband guna port yang sama dengan streamyx ke lain?
Staff TM Point : Kita tak proses permohonan jaring broadband kat sini.
Aku : Saya tau. Saya tanya jaring pakai port yang sama dengan streamyx ke tak? Sebab jaring pakai line telefon TM.
Staff TM Point : Saya tak tau.
Aku : Okey terima kasih.
Masa aku bercakap secara marah dengan staff TM Point tu, pak guard dah berdiri sebelah aku. Aku peduli apa.
Aku tak faham macam mana staff TM Point Kelana Jaya boleh buat kerja tak habis. Staff perempuan yang berbadan sedikit berisi dan staff bernama Khairul. Amelia pun janji nak call atau email aku pun tak ada. Talian 100 tu dah banyak kali aku call. Penat dengar alasan yang sama. Paling aku bengang bila dengar status permohonan aku berubah-ubah secara tak masuk akal. Sistem bangang mana yang TM pakai ni?
Entri ni salah satu tujuan untuk menarik perhatian pihak atasan TM yang berkuasa dalam kes begini. Itu pun kalau ada pihak atasan TM yang berkuasa dan tak bangang, sila hubungi aku dengan borang contact di blog ini (pandai-pandai cari). Tapi kalau ada pihak atasan TM yang baca entri ni dan rasa kes aku tak penting, teruskan hidup anda seperti biasa. Biasalah GLC kan. Apa peduli dgn kes macam ni. Kalau aku report MCMC pun mesti tak ada tindakkan. Malas nak buang masa.
Aien says
Assalamualaikum Bro Kay…
1st of all….sedih gak biler dgr komen dan luahan hati dr bro sndri…Sedih gak cz sy dlu pun kerja TM (T_T)
Bukan tujuan sy nk bambu mana2 pihak dlm blog nie…
Klu bro tnye pndgn sy….sy admit…problem dtg dr pihak TM sendiri….
Supposedly frontliner tue (x kisah arr yg keje kat call centre ke or kt kaunter) kalu depa x leh handle masalah nie, highlight arr kat manager or supervisor in charge….Hopefully ada arr sesapa yg berknowledge skit leh bg dia nyer opinion how to settle benda nie…
Based from ur story & xprience….sy leh cakap arr….masalah nie sume dari nila2 yg dk ada kt TM cz depa x provide accurate solution
Apsal bdk kat kaunter x check btul2 borang yg bro antaq ?
Apsal ada statement cam keli-NG pasai jumpered nie ?
Kalu dah kuar statemnt cam keli-NG…tue mnunjukkan system yg TM guna x effisen arr…btul x ?
Bukan nawaitu sy nk kondem TM, cz sy pun guna Streamyx gak..
Apa yg kesalkan, ada Bro Kay kita nie di sepak2 cam bola…lgpun world cup dah nk stat dah nie…hehehehe…
Xpe arr Bro Kay…sy cuba link kn bro nyer blog nie kat kwn2 sy yg kroje kat TM, hopefully ada arr sorg dua insan yg leh tampil as a hero of da day tuk solve bro nyer problem…
Kalu sy technician…dh lama sy cuba tgk ngn details apa yg leh tlg….
Apa2 hal…kita sama2 tngu n lihat camner perkembangan kes Bro Kay kita nie…harap2 pas dah tkuar kat blog nie…ada arr pihak2 yg berwajib dtg menunaikan tnggungjwb tuk selesaikan masalah nie…
p/s – maaf bahasa saya nie agak berterabur 😀
Nanie MK says
First of all, CUSTOMER IS ALWAYS RIGHT, sir. Now i’m a TM employee. But i rasa malu baca comment u ni. U sendiri cakap banyak duit dihabiskan TM utk training. I tak tau training ape yg u dah pegi utk ckp dgn cust mcm ni. Do you think cust give a damn about the system migration? What they’re expecting are good services because they’re paying good money. Jangan lupa ye, gaji u yg dibayar tu datangnya daripd duit diorg jugak tau. Without cust there will be no TM. Migrate atau tak, the KJ TM Point staff SHOULD be able to solve the problem that they have created in the first place. U can’t say don’t blame the trainees because i believe that TM have provided trainings for them before they started working. So they should be able to deliver effectively and efficiently. And if they don’t know or don’t understand the situation they SHOULD ask their superiors. This is why the top mgt is trying so hard to train us. Bcoz of ppl with a mindset like urs. We should be ashamed of ourselves. We have 20k employees compared to maxis who has only 2k. And yet we still fail to deliver our best to our cust. I have fwded this matter to the responsible team. Hopefully kay’s problem here will be solved. On behalf of these ppl who have tainted TM’s reputation, my apologies for all the inconvenience caused. But we are trying our best to improve our service. And i do hope we can serve u better in the future.
sharpman says
Thank you Nanie,
You represent new breed of TM employees with Kristal values (Total Commitment to Customers,. Uncompromising Integrity, Respect & Care )
Streamyx Agent says
Mr Kay,
Bila sy baca entry ni, mmg sy rasa kesian dgn tuan. Tapi apa boleh buat, benda dah jadi…
Sedikit nasihat yg sy boleh beri utk sesiapa yg berhadapan dgn masalah sebegini:
1) Jika masalah anda tidak dpt diuruskan sebaiknya oleh frontliner, terus berjumpa dengan supervisor/manager TM Point tersebut.
2) Cuba cari email CEO/VP/GM syarikat tersebut. Hantarkan personal email kerana masalah akan jadi cepat settle bila proses jadi terbalik…’top to bottom’
3) Terima kasih atas entry ini supaya TM buka mata dgn masalah pelanggan yg mencecah 1.4 juta.
p/s: jgn marah2 sgt, nanti pendek umur 🙂
eiman says
mana komen2 lama bro?
dah settle ke masalah nih? story aa sikit
.-= eiman´s last blog ..Akademi Fantasia 8 Lagu Tugasan Minggu ke Tujuh Mengikut Aliran Genre =-.
sharpman says
komen2 lama ada eiman, cari betul2 ada link tulis ” << Older Comments " just before comment entry box
Farid Zenon says
Issue susah nak cakap la kawan.
Aku pernah jadi issue macam ni kat Celcom dulu p1 wimax pun sama lah
Macam @Streamyx Agent kata, kau terus jumpa branch manager memang betul, tak sampai lima minit stuff dorang terus pandai buat kerja.
Apa-apapun kau memang pelanggan yang malang. ISP kita memang suka pass kerja kat 3rd party, ada yang ok tapi banyak yang ok
.-= Farid Zenon´s last blog ..faridzenon: if @facebook continue open user profile to public widely i’ll close my account soon,it not about shearing or damn giving it about privacy. =-.
Hisham says
Thanx for the story tuan. A lesson for me to learn. Your story has reached VP of Customer Service. Hope they buck up !
zcool says
Cerita nie dah kecoh kat TM. Tq, at least buat bukak mata bagi org berkaitan…
kamsah says
well..aku rasa penjelasan dan hujah masing2 bagus..
sekadar nak beri peringatan..
selama korang bekerja tak kesahlah kerja swasta dan kerajaan..bagaimana sikap anda? sikap dengan pelanggan …x pernah buat silap ker? itu anda sendiri yang tahu …
nak tanya pada tuan blog ni..teruk sangat ke company GLC kat malaysia..
nak tanya..saper yang banyak bagi tajaan kepada pelajar2 kat malaysia ni nak further studies..kalau nak ikut setiap GLC ada KPI masing2..
bukan salah TM sebenarnya..semua ni dari sikap rakyat malaysia yang terdahulu yang mudah berpuas hati dengan segala jenis khidmat yang ditawarkan oleh company2 besar..macam unifi..
waktu mula2 ni..takyah la pasang lagi..dah lama 2 tahun baru pasang..sebab permintaan meningkat , penyedia sudah hendak melayan semua kehendak customer..
rakyat malaysia tak perlulah taksub dengan segala kemajuaan..
jangan bagi keadaan memanipulasikan kita..
technology tomorrow , will be outdated on the day after tomorrow..
so..be cool..stay away from the ” KEBENCIAN” “KEMARAHAN” sebab belum tentu kita ni bagus kepada majikan dan pelanggan kita..
jangan nak lepaskan kemarahan pada mereka..tahu kelemahan diri..sebelum mengkritik yang lain..
COOOLLL
Ex says
bro, mase emailkan masalah tu, CC ke aduan skmm.. cari kat website skmm.. aku hadapi masalah yg lebey kurang sama kt tm point shah alam.. hantar je email, around 3pm 21april. kul9 pagi 22april sorang staff tm point shah alam kol.. dia ckp setelkan sume mslh tu (cancellation 4mbps, downgrade to 1mbps, check port, resetting jumper, activate streamyx dll) yg ni sume aku x phm sgt, tp camtu la yg aku igt staff tu ckp.. around 2pm dia ckp kene tggu technician dtg, kul4 technician smpi, 430 dh dpt internet. boleh plak dalam mase x sampai 8jam setel sume..
MediaHehe says
Panjangnya.. Malas aku nak baca.. Apa pon, TM memang celaka.. Teruskan perjuangan Abg Kay! =P
.-= MediaHehe´s last blog ..Beruang Panda Yang Gatal =-.
Decepticon says
Rasenye kes bro nie dah settle kot…tp wlu ape je kesudahan kes ni sy harap TM sedar akan prestasi sebenar bukan sahaja staff tetapi sistem2 yg digunapakai utk organisasi anda. Ape yg sy dpt rangkumkan:
TMpoint: Byk2la bersabar..memang salah korg gak sebab x amalkan SPP. Bagi ucap selamat + senyum tigeee….bukan susah sgt pun..Masalah pada sistem dah memang rutin kerja harian kan…nak pulak kat kawasan2 yg mase data migration dlu ada masalah..tp rasenye Team Leader/outlet manager tahu solution klu sistem error atau plg tidak pun shoot email ke Helpdesk minta bantuan susulan..jadi harap staff TMpoint bleh bkk semula kitab SPP utk sp2 yg dah lupe/x amalkan…
SOC/100: Klu customer dah call berkali2 mengenai masalah yg same xblehke korg amik inisiatif utk shoot email ke Helpdesk TSSSB/email ke outlet manager berkenaan/call or email CSR yg proses pemasangan telefon customer? bohongla klu cakap xde info detail utk berbuat sedemikian. klu setakat cakap xde order & xbleh nak wat pape bg budak skolah pun bleh buat…berubahlah…korg gaji bleh tahan besar…
System Developer/Expertise: Tlgla enhanced data capture pada sistem..masalah bro ni xkan jadi klu sistem online & data fully migrated. Sian kat frontliner. Dahla gaji ciput..kena hamun ngan customer pastu klu dah kes gini kena hamun ngan management lg..klu sistem xready utk digunakan tangguhkan jer..sistem yg ade masih bleh lg menampung permintaan pelanggan. xcaye tanye org yg hari2 gune sistem. xpayahla korg nak kejar KPI smpi ade pihak yg lain terpakse menanggung bala..
High Level/Management: Harap sangat2 supaya giatkan lg mystery shopper all day long (830-530) utk setiap outlet yg panass..experienced sendiri camne senario sebenar kat TMpoint. Klu sistem asik lagging camne nak kejar tahap kecekapan pada pelanggan. cube selami & turut serta dgn setiap masalah yg ade kat TMpoint. sy rase klu bleh buat camni dgn izin tuhan masalah tahap kecekapan dapat dikurangkan…
p/s: maaf klu comment sy mengguris hati mane2 pihak. utk bro yg kurang bernasib baik ni, harap dielah yg terakhir alami masalah camni. TM patut buat sesuatu utk pulihkan pandangan kebanyakan rakyat Malaysia wlupun yg byk cite slalunye xmelanggan servis pun..org asik cakap TM selambe sebab GLC padahal diorg xtau yg TM bukan lg GLC dah pun..sy dah melanggan streamyx sejak 2003 & klu nak cite masalah yg sy pernah alami xsanggup rasenye..sy pernah duduk dikerusi TMpoint sebagai frontliner dan sebab tu sy taw sedikit sebanyak…harap x disalah ertikan dan pada sesiape yg terasa dah buat silap, sedarlah….klu perlu mohon maaf, silelah…sy yakin bro ni xkan nak terus marah…tul x bro? k lah…simpati pada bro ni tp skang sy da xleh nak wat pape…dah xddk kerusi itu lg…
salam 1Malaysia…..
rayfoo says
Sesiapa TM staff di sini harap boleh membantu, kes g/f saya yang apply streamyx kat Taman Sri Rampai bawah Wangsa Maju exchange, sampai hari ini, sudah lebih 2 bulan sudah lepas , system migration sudah tamat TETAPI malangnya streamyx belum boleh diactivekan – jumper problem ataupun system problem tidak tahulah saya , contact nombor 03-41494100 kononnya exchange kat Wangsa Maju sudah dipanggil bertubi-tubi kali TETAPI malangnya tidak ada sebarang orang untuk menjawab talian ini..berharap pihak TM atasan dapat menyelesaikan masalah saya ni. Dalam masa yang sama saya inggi mengucapkan terimah kasih kepada staff TM di exchange kat Seri Gombak, kerana sabar untuk menyelesaikan masalah saya tanpa merunggut, keep up the good work!
ayed says
bukan ko sorang yang kena. beribu2 orang da kena. aku pon. tm memang sistem macam pantat.
Mangsa Dari Ipoh says
saya pon ada masalah dgn TM ni.. request nk pasang streamix..okay, then dtg la staf2 pasang line telefon..tp stelah sekian lama..internet xsambung2 lagi.. telefon dah dpt, modem xdapat2..tau2 cukup bulan, datang bil charge penggunaan telefon w/pon telefon tu langsung xbersentuh & langsung xpnah kite guna.. bayang streamix, langsung xdak.. last2 fed up dgn karenah mcm yg encik kene tu, suruh kite naik turun pejabat TM, kite pon request la nk batal trus pakej tu tmasukla telefon nya skali dah serah kat kaunter.. ok, SetTle!! tp yg xpaham nya, until today, syarikat kutip bil tu xhabes2 dok kejar bayaran yg sememang nya, satu sen pon saya xpnah pakai line tu.. dah 2 kali saya naik turun TM jelaskan ttg pakej yg saya cancel tu.. dan 2 kali jugak di kaunter tu kata settle.. tp sampai hari ni, dok bangkit masalh sama..hari2 peminta hutang bil tu kacau saya, minx bayaran.. ape ni??? nampak sgt xbuat kerja.. mmg teruk!!!! SERIOUSLY MENYUSAHKAN!
pakdawod says
salam..saya pon ade masalah dengan TM nih…(jom r ramai2 masuk jaring) masuk ni da dekat semgggu lebih xde tenet kat kampung..lampu adsl x nyale…sy still belajar n dok kat university…so kat kmpg ade akak je yg boleh settlekan..mak ayah mmg x reti la..complaint mmg da buat kat 100..tp bukan 48 jam la die call balik..besela Jnji melayu..mmg nak dekat seminggu baru die call balik..tp akak keje..xde sape la nk agkat call(akak pakai mxis, da bg no tepon maxis..tp sombong xnak call)…ble call 100 ..die still suh buat mende yg same…cek kable la ..ape lah..arini akak mintak cuti sehari..harap boleh settle…as a conslusion: TM servis mmg lembab..bukan saye sorg cakap..da ramai yg ckp..birokrasi pye pasal..dlu nak pasag tenet pon 3 bulan tggu baru ade org call nk pasag wayar..pastu 2 mggu tggu untk pasag streamyx..hahahahahaha..Tm mmg buat lawak..bukan merentas kemungkinan..tp merentas kelembapan
mieyaki says
ok..tm mmg melampau. aku pn byk kali kot kne ngan tm neh. ms daftar, lewat sminggu, ak call tok follow up, dia kte kt tmpt aku 2 port penuh xley psg, kne tnggu lg sminggu, then aku tnggu la…nsb bek lam 3 hr cam tu sume da setel. ad satu masa, intenet umh aku kne potong sbb xsmpat byr bill. ok..aku g byr, dia kte 24hrs bru ley gna blk. lps 24hrs xde pn…aku call la 100 2. dia kte dlm proses kne tnggu lg 24hrs, aku tnggu lg… lps 3 kali dok ulg proses sama, aku nek bengang. yg last 2 operator dia ppuan, dia srh tnggu lg 24hrs, aku ckp aku da tnggu 73hrs da..then dia kte ok, nt dia tlg wat aku nye cpt. hah!!!3 jam jea…bley plak wat cpt, saje je mls. klo digi n celcom 1hr da ley pkai.
then, 3/4 bln lps..intenet umh aku xde connection lg, pehal..aku bru byr bil sminggu lps. mber aku call 100(ms 2 aku kt kg), dia kte maybe coverage x elok, sila tnggu 24hrs (agk2 dorg mmg suka ngn 24hrs nie kot). esok call, dia kte kabel aku problem kot…ktorg check r kabel ktorg, mcm ok jea sume. esok nye call lg…dia kte kabel blok ktorg (aku dok umh flat) kne curik,ok..ktorg pn tnye r,bile dia nk psg kabel baru,dia kte ssh sket sbb tm XDE BAJET. TM XDE BAJET????, alasan xley pkai langsung. dia da kata kabel blok kne curik, ktorg xley wat ap la kn..bia je la, tp..next month smpai skarang…bil maintain smpai sharp on time (aku xsmpt nk g terminate sbb aku da x ddk umh 2, dpt hausmate sume xley pkai). da taw kabel 2 kne curik wat pe nk anta bill lg… mmg mengong!!!!
abu la says
lain kali kawan2 semua kalau ada apa2 masalah @ aduan mengenai dengan produk TM ( Talian Telefon @ Streamyx dll ) sila dail no ini :
013-3351588 Shamsudin
dia ini adalah Pegawai Khas kepada GCEO TM merangkap Pengerusi Permasalahan Pelanggan (3P) di Telekom Malaysia… dan dia akan menjawap segala pertanyaan, aduan dll (24jam sehari)
Cover satu Malaysia….. nak hentam ke, nak maki ke, nak mencarut ke… semua boleh…. sbb gaji die je 25k di TM, tetapi selalu kata pasa staff, “saya tidak pernah menerima apa2 aduan dari pelanggan”
Nur Ezz Shima says
Btw, Ezz tersentap jugak haha. Ezz budak call center 100, tapi jangan salah faham , xsemua budak call center macam tu, yang kerja sambil lewa, kalau ezz seboleh boleh ezz bantu sama ada emailkan case or ape2 y boleh dapatkan feedback dr pihak atasan.
dj azz says
hal begini mmg XPATUT BERLAKU. spatutnya en.kay direct je jumpe manager.. xguna tunggu lama sgt… kalau dah lebey tmpoh mmg kna cpat2 cari manager dorang… xpe..trma kasih kongsi pgalaman
MNF says
😀
sy pn da kne jgk…
mle2 sy daftar gne borang unifi dkt tmpoint ayer keroh..
mse daftar tu sy da confirmkn yg tu borang unifi..
xde sorg staff pn membantah…
lalu saya register pakej unifi 2mbps dgn sengang hati…
setelah menyiapkan borang unifi tersebut, sy hantar kt tmpoint semula…
pastu dy ckp 2mbps xde…sy downgrade jd 1mbps RM68 sebulan..
selepas 2mggu, pemasangan tm saya pn siap..
internet tersebut dikongsi 3 orang dlm hostel saya..
disebabkan mereka lewat bayar…(3 bulan)
internet dipotong..lalu sy pn gne duit sdiri dulu g byr…
dalam kiraan sy ..kalo sebulan RM68..
3 bulan = RM204..
sy datang tmpoint yg same ntok byr bil…
sy: brape yea sy kne bayar?
staff: RM384
sy: !!!! RM384!! internet sy brape RM sebulan?
staff: RM89
sy: !!!! ble plak sy amik pakej RM89 ?? sy amik 1mbps RM68 je..
staff: awak amik pakej ape?
sy: unifi
staff: ??? ( 3 ekor staff wt mke kambing) mne ade unifi kt melaka..kt KL ade la..
sy: dlm hati(kepala hotak kau. aku amik borang kt kau jgk,,bodo! mse aku tnye tu unifi ke x..ko ckp yea…)
staff: ade dpt laptop x?
sy: ade
staff: ooo…tu unipax
sy: sambung lg dalam hati( bapak ko lah…mse tu xde plak ko ckp ape2…ko sdiri jgk yg tandekn aku pnye borang RM68 1mbps)
dengan hati yg terbakar, sy bayar bil sambil menyumpah2 TM dalam hati….sy halalkan RM68 je…yg lebih tu, haram ntok semua staff tm…
rugi je bapak aku kerja 27 tahun ntok ko TM!
aiman yg kesah says
boleh kah pihak ke tiga membuat permohonan pemasangan talian tetap di rumah? cth:(adik menggunakan nama abangnya utk pemasangan telefon)
bolehkah permohonan seperti contoh di atas diluluskan tanpa pengetahuan empunya nama? cth: (A memohon pemasangan talian tetap tanpa diketahui B)
bukankah sepatutnya ada persetujuan/pengesahan daripada nama yang didaftarkan sebelum permohonan itu diluluskan? cth: (pihak TM menelefon A untuk mengesahkan bahawa beliau ada memohon pemasangan talian tetap tersebut).
Eky says
Frontliner TM Point tu aku tak tahu ler macam mane dorg buat keje. Tapi adik aku pernah keje customer service kat 100 tu.
Balik keje, macam-macam die citer kat aku. Ada satu citer tu, adik aku ngadu kat aku die kene marah oleh customer atas kesilapan TM Point. Customer apply talian telefon dah seminggu, tapi bila adik aku semak dlm sistem dorg, takde pape rekod. Bila jelaskan pada customer, adik aku jadi tempat lepas geram. Apa yang aku tahu daripada adik aku, dorang yang keje kat 100 tu diupah oleh agensi dan bukan bawah TM. Kalau staff TM Point tue, ye ler kot diambil oleh TM sendiri.
Aku kesian adik aku. Ye ler, dia budak dip. Sementara nak tunggu penggilan sambung degree, dia keje ler kat call center 100 tue. Hari-hari kene marah gara-gara kesilapan staff TM Point. Kalau korang nak tahu operator-operator yang keje kat 100 tue diberi latihan lebih kurang 3 bulan baru keje jadi operator. Aku hantar adik aku pegi training hari-hari. Aku harap dia jadi operator yg bagus ler even utk beberapa bulan je.
Adik aku penah cite, selalunya staff TM Point ni tak akan bagitahu prosedur yang betul bila customer nak apply line telefon @ streamyx. Kadang-kadang berikan maklumat yang salah. Kadang-kadang hal yang sepatutnya dorang take over, dorang suruh customer call 100. Aku pun tak tahu betul ke tak.
Adik aku selalu mengeluh bila susah nak jelaskan pada customer yang budak-budak operator 100 cuma boleh buat report & hantar semula ke TM Point utk semakan. Tapi tak semua customer boleh terima & paham. Dari citer die pun aku dah paham cemane keje budak-budak operator 100 ni. Aku ni hari-hari tadah telinga dengar citer die & kadang-kadang tu sampai jadi bosan.
Sampai ada satu tahap, adik aku migrain & demam sebab terlalu tertekan keje kat 100. Sape tahan hari-hari dengar caci maki customer. Aku advise kat dia, supaya behenti. Syukur ler, lepas 3 minggu tue adik aku dpt offer sambung study. Skang dah selamat sambung study kat oversea.
Aku nasihatkan korang, jangan ler korang simply2 buat kesimpulan. At least ada antara korang fikir cemane agaknye bila ada sedara atau family member korang keje TM & dengar pengalaman dorang. Sure haru giler!
mila malai says
yuhuuuuuuuu,
best bro bacer citer lu…wa keje kt tm, gaji ciput, wa x leh ot sdgkn cek tmpoint lain dibenarkan ot dan dibayar,…keje wa bnyk kene sales wat report tp xde komputer utk wa guna utk wat keje, wa kene share dgn csr lain, so keje bnyk tangguh so trpaksa ot…kalau wa x cek btul2 nnti salah potong wa kene denda rm 3k….environment failll…bos kedekut xnk byr staff ot sbb nak save budget kedai….so dia dpt nama kedai tmpoint paling sikit keluar budget…sdgkan staff wat keje trkocoh2 takut x sempat siap…camne ek nk lyn lu baik2…..huhuuuu…ape pun nasib wa kan nk wat camne…keje jer laa…kalau x kene bayor denda plak sebab x abiskan kontrak…tu blum kono maki dek customer…bkn ade elaun maki hamun pun….keje kilang pun ade ot derrrr…..huhuhuuuu nasib2…maxis dan digi pun better laa kot kebajikan staff dia…at least gaji x lerrr ciput
nur says
memang la aku rase tm ni kalau ade org pengaruh br nk ambik action.mcm aku gak,aku cal berpuluh kali tuk pasang unifi mcm2 alasannye skali bile pengarah aku cal tm..ha br la ptg tu jugak dtg..musykil aku knape nak berat sebelah pulak..ooo klu org tu berpangkat korg nk take action cpat sepantas kilat abis kalau org mcm aku ni ko nk wat keje mcm siput???aduyaaaaaaaaaaaiiiii TM-TM-TM
aji says
tak yah pakai TM senang.. staff2 dia blagak jer. mentang2 GLC…
aku dulu pon da terkena mcm hang…register kat menara TM.. akibatnya 4 5 kali aku berulang ke TM point menara TM..byk kali call seratus. dan aku dah rugi rm40 bg kat contractor.sebulan lebih aku tunggu alasan dia port penuh.. aku fedup. aku terminated terus aku boikot TM. dan rasa menyampah sgt dgn logo atas tu. byk sponsor tp servis mcm haram
MiszTangled says
Hai.. Bila baca citer bro ni aq tergelak2x sendiri coz maybe aq pown bakal mengalami nasib yg same.. Camni hari tu dlm first week december aq daftar unifi sebab ejen tu cakap top speed la,dpt hypp tv la… Tp kena tunggu sampai 15 dec sebab kabel on the way nak pasang kat area umah aq,that is Jelutong,Penang… Kalu sape2 dok area tu silala komen… Hampeh sampai masuk 2nd week Jan still x de sape2 inform aq pape?Ok x pe aq try tanye agent len plak yg dekat tesco jelutong tu.. Dia cakap ‘mana ada unifi kat situ,kat area bayan baru jea ade, you klu nak tunggu ton depan pown belum tentu ada woo’… Ni yg tension ni,orang janji ditepati,dia janji x ditepati… Then aq pown tolerate la.. x pe streamyx pown bole la… Dah daftar suma on 10januari 2013,and skang 16 januari 2013… Masih dgn setia n bagangnya menunggu for that one phone call…
Fairuz Hafeez says
Bro,
Pertama, saya ucapkan syabas atas penulisan yang sungguh lengkap, tersusun dan mudah difahami.
Kedua, tahniah sebab berkongsi pengalaman sebegini secara terus-tulus.
Ketiga, alhamdulillah masalah bro dah selesai.