Sudah masuk hari ke 15 untuk bulan Oktober. Bermakna sudah 15 hari juga kita berada di bulan Syawal. Memang blog aku seperti tidak beraya tahun ini. Aku terlalu sibuk dengan urusan peribadi yang terlalu mengganggu fikiran sejak sebelum bulan Ramadhan lagi. Di tambah dengan kerja yang boleh tahan banyak, cukup membuatkan aku tidak mempunyai selera untuk update blog.
Cukup mukadimah. Biar terus kepada isi…
Selamat Hari Raya
Selamat Hari Raya pada semua pengunjung blog ni dan rakan-rakan baru dan lama. 10 jari aku susun mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Terima kasih kepada Chika, Yonna dan Kakak Diane yang telah mengarahkan Encik Posmen menghantar kad raya kepada aku. Tahun ni tidak berada mood menghantar kad. Tahun depan insyaAllah.
Mohon Maaf
Sempena hari raya ni, biasalah bermaaf-maafan kan? Aku sedar sejak blog ni wujud (2005), aku rasa ramai yang berkecil hati dengan penulisan aku. Err, bukan setakat berkecil hati tapi sakit hati, marah, terhina. Aku tau aku terlalu emosi. Sebelum ramadhan aku ada baca archive blog ni dan jumpa beberapa entry yang sebenarnya aku dah tak ingat kewujudannya dan cerita sebenar yang berlaku. Mana yang aku rasa melampau, dah pun aku remove. Tak baik terus jadi tatapan umum.
Aku mohon maaf kepada sesiapa yang aku telah sakitkan, kecilkan hatinya dengan penulisan aku di blog ini. Sejuta kemaafan aku pohonkan kepada yang aku pernah hina diblog ini secara direct atau indirect. Aku dah betul-betul lupa apa yang pernah terjadi. Memori aku ni sikit je. Dan aku telah maafkan semua salah orang pada aku. Banyak yang aku dah tak ingat pun. Jadi buat apa aku nak terus berdendamkan?
Note 1 : Minta maaf banyak-banyak buat NanieMK. Orang nak minta maaf secara berdepan tetapi ada sedikit rasa janggal. So i think this is the best way.
Note 2 : Minta maaf banyak-banyak buat Miss Kay. I hope you can stop blame me. Kalau you tak buat semua tu, benda ni takkan jadi sampai macam ni. Kita sama-sama salah. Jangan ulangi kesilapan tu lagi lepas ni. Take care and good luck!
chika says
tahun depan ko kena reply kad raya aku sebanyak 5. iaitu sekaligus utk tahun ni dgn utk 4 tahun akan dtg. gagagag
nieja says
slamat ari raye la encik kay..
nak ajak dtg ke umah pon kueh raye dah abes
whahahaha..
menteil says
erk… lamanya…
selamat hari raya…
Sekut Lengo says
selamat hari raya maaf zahir dan batin.. 🙂
diane says
wuhh…
siap ade note tu 😉
ape pn, hari yg mulia bln baik ni, mari la kita lupekn bende2 x best tu.. mari la kita sesama bermaaf2an..
sekian 🙂
peace~