Setelah beberapa ketika aku berfikir, aku mengambil keputusan untuk tidak update mengenai perkembangan Tuduhan Liwat terhadap DSAI. Aku mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat. InsyaAllah, aku akan update perkembangan kes tersebut bila masa sesuai. Aku simpan dulu info-info yang aku dapat kumpulkan beberapa jam lepas. Kita balik ke landasan asal. Mari bercerita bagaimana jana pendapatan melalui blog terutama dengan Nuffnang.
Hampir setahun yang lalu aku mula mengenali Nuffnang dan Advertlets. Aku mendaftarkan diri dengan kedua-dua syarikat pengiklanan. Ketika itu trafik blog aku sangat rendah. Sukar untuk mendapatkan iklan dari Nuffnang. Pengetahuan yang kurang berkenaan apa yang diinginkan Nuffnang salah satu sebab aku sukar mendapatkan iklan. Akhirnya aku buang iklan Nuffnang dari blog kerana kecewa dan juga aku mendapati iklan Nuffnang memberi kesan terhadap loading blog aku.
Awal bulan Jun lalu aku letakkan kembalik iklan Nuffnang di blog ni. Aku berusaha keras untuk belajar bagaimana mendapatkan trafik yang lebih tinggi dan menjana pendapatan dengan Nuffnang. Akhirnya aku terjumpa satu e-book percuma bertajuk Jana Pendapatan Dengan Nuffnang di NoorizamShah.com. Aku sebenarnya tak berapa minat untuk membaca ebook sejak akhir-akhir ni (maklumlah banyak ebook yang aku kene baca utk kerja aku). Biasanya aku akan buat tak tahu bila baca tentang ebook yang semakin banyak. Tapi ebook yang satu ni betul-betul menarik perhatian aku. Akhirnya aku cuba untuk download.
Setelah beberapa kali aku gagal untuk download ebook ni (connection rumah aku sangat teruk), aku cuba untuk download ebook ni di tempat kerja. Alhamdulillah, berjaya. Oleh kerana penulis membenarkan ebook ni disebarkan, aku menghantar ebook ni kepada beberapa orang rakan menggunakan email. Harap dapat membantu semua rakan-rakan menjana pendapatan dengan lebih efesyen dari Nuffnang.
Setelah membaca ebook ni, aku berpendapat ebook ni sesuai untuk mereka yang baru nak belajar untuk meletakkan iklan diblog masing-masing. Memang sangat berguna untuk newbie! Walaupun banyak yang ditulis dalam ebook ni aku dah tau, ebook ni tetap berjaya memberikan info baru. Selama ni aku mencari-cari apa kelebihan menjadi ahli Gliterrati. Aku dapat jawapannya dari ebook ni. Info yang diberikan sedikit sebanyak dapat mendapat trafik blog aku. Alhamdulillah, hasilnya dah kelihatan dalam masa kurang 3 minggu sejak aku letak semula iklan Nuffnang
totinx says
nuffnang tu apa
cam penah dengar jee
*kes malas nak bace entry*
Mr. Kay Em Why says
sabar je la… aih.. atas ngan sebelah entry ni ada kot nuffnang.. :p
Mohd Ismail says
Josh Lim (Advertlets) pernah bgtau aku, kalo iklan letak lebih tgi kat sidebar tu, earning makin tinggi.. itu Advertlets la.. tatau la utk Nuffnang apply ke tak =)
menteil says
aku menyampah ngan nuffnang.. tapi letak gak.. haha..
Mr. Kay Em Why says
wah, satu tips yang mahal.. tapi aku masih berkira-kira nak letak Advertlets balik ke tidak.. huhu
Mr. Kay Em Why says
hahaha.. Nyampah kenape? Earning slow? :p
k.chii says
agaga,,da letak gak..
nk gak ebook tu..tp tatau bila dpt baca,,,huhuh
syam says
aku menyampah dengan nuffnang sebab wat loading blog aku jadi lembab. terus aku buangkan saja. tunggulah nanti kalau dapat ilham nk letak balik
Norhafidz says
baru nak berjinak ngan nuffnang. Thanks bro sebab share eBook ni 🙂
Mr. Kay Em Why says
aku paham tu.. semua org pon ada masalah yang sama.. tp aku rasa aku dah dpt idea nak settelkan masalah tu.. cuma aku blom sempat buat kat blog ni.. kalo betol2 berkesan, aku sharekan.. insyaAllah…
Mr. Kay Em Why says
oh, ucapkan thanks pada bro noorizamshah tu.. bukan aku 😉
titan says
huhu. nuffnang memang best. Tapi kalau adsense lagi best. Mana2 pun best sebenarnya..
che-mie says
nuffnang best
tapi penat cari pengunjung