[Review] Nokia C3

Nokia C3

Aku di beri tawaran untuk review Nokia C3 bagi pihak Celcom. Aku agak terkejut sebab ni pertama kali aku dapat tawaran seperti ini. Aku jarang buat entry review. Apatah lagi review mengenai gadget. Lansung tak pernah. Jadi aku harap, review aku tidak akan berat sebelah dan dapat membantu mereka yang sedang mencari-cari telefon bimbit baru atau yang sedang berkira-kira untuk membeli Nokia C3 ni. Mula-mula kita tengok spesifikasi penuh telefon model Nokia C3 ni.

Nokia C3 Spec list

Seperti kebanyakkan telefon pintar lain, telefon ni support SMS & MMS dan di tambah dengan kelebihan Email, Push email dan IM. Jadi anda boleh menerima dan menghantar email bila-bila masa. Nokia C3 ni juga ada browser yang support WAP2.0 dan Opera Mini telah tersedia di install. Telefon ni mempunyai slot untuk menampung sehingga 8GB kad microSD.

Nokia C3 ni dah di integrate dengan Facebook dan Twitter melalui Ovi Communities. Icon dan shortcut ke Ovi Communities ni memang dah tersedia di skrin Home. Kekurangan telefon ni, ia hanya boleh mencapai kelajuan data sehingga 2G (EDGE). Tetapi telefon ni boleh di sambung ke internet dengan WiFi. Beberapa hari aku mencuba telefon pintar ni, aku lebih banyak gunakan WiFi dari data pakej. Tidak banyak beza dengan menggunakan data pakej.

Setelah mencuba app Facebook yg tersedia dalam OVI Communities ni, aku rasa segala apa yg sepatutnya ada dalam Facebook mobile lengkap tersedia dalam app ni. Jangan tanya aku pasal nak main Farmville atau apa-apa Facebook game guna app ni. Even app rasmi keluaran Facebook untuk Android pon tak ada benda tu. Mesej peribadi, event calendar, upload gambar, view gambar, post status, komen pada status, semua tersedia dalam app ni.

App twitter dalam OVI ni pun not bad. Basic function seperti update status, view profile, reply tweet, view mentions, view Direct Message semua ada. Cuma kurang function ReTweet atau Share je.

1 kelebihan pada Nokia C3 ni berbanding telefon pintar lain adalah jangka hayat bateri. Mengikut jadual spesifikasi, bateri boleh bertahan sehingga 800 jam waktu menunggu. Memang terbukti kerana sepanjang aku mencuba telefon ni, aku cuba buat panggilan telefon sekali (tempoh panggil sekitar 5 minit) dan hanya menggunakan twitter dan facebook (melalui WiFi), penggunaan bateri lebih kurang separuh untuk 2 hari. Tahan kan?

Rakyat Malaysia rata-rata dah tahu kualiti telefon Nokia yg sangat kukuh dan tahan lasak. Terjatuh banyak kali pon masih boleh berfungsi dengan baik. Tapi tak de la aku cuba jatuhkan telefon yg aku cuba ni. Hehe.

Bagi mereka yang mempunyai bajet kecil untuk telefon pintar (terutama pelajar) dan mengidamkan Blackberry boleh la beli Nokia C3 ni sebab reka bentuk seakan-akan Blackberry. Sekurang-kurang kualiti terjamin berbanding dengan telefon buatan China yang mengaku “Blackberry dengan 70% diskaun”.

Celcom mempunyai pakej khas untuk mereka yang berminat dengan Nokia C3 ni. Harga pun, aku tengok not bad. Nak tau lebih lanjut pasal harga dan pakej Nokia C3 dari Celcom, boleh lawati laman web mereka dan maklumat mengenai pakej boleh dapat di sini.

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. says

    hey, kenapa Nokia C3 nie app FB dan Twitter dia lain?
    dwld kat OVI kan?
    aku pakau Nokia E5 pun takde app camtu, nampak lagi kemas ler app yg disediakan dlm C3 tu.
    nak kena godek2 OVI nampaknya nie.

    nasib baik kau review kaler itam, kalau kaler pink aku tak sanggup nak komen kat blog hang…hehe
    Post terkini dari ejam ..Siap Juga Akhirnya Kembali Ke Asal.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    Ni bukan download. dia dah siap dah kat fon. dalam Ovi communities.

    Aku tak rasa org yg suh aku review kejam sgt nak bg aku model yg pink. hahaha

    [Reply]

    SyaFF HebaT Reply:

    kan encik ejam kan?
    online FB n Twitter kat C3 tu nmpk lg molek drpd E5.
    macam sedey benar pulak rupa bentuknya bila kat E5.
    tp E5 nih bestnya kat kamera dia je la sbb 5mp. C3 2mp je.
    Post terkini dari SyaFF HebaT ..Racauan Jiwa Perempuan yangkautuduh Gila

    [Reply]

  2. says

    Menarik gak erk… lepas dua hari tinggal setengah… itu sudah bagus bagi aku, tapi kalau guna 2G tuh, berapa lama erk boleh tahan? kenapa jer nokia tak buat untuk 3G skali alang2 dah ada fungsi2 pelbagai tuh. huhuhu
    Post terkini dari Eizil ..Dari blogger untuk blogger

    [Reply]

    luthfi Reply:

    setuju.. aku pon pelik. connection dia taktau ok ke tak. huhu

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    connection wifi dia kalau jauh sikit dari router macam sikit prob. bab 2G aku takleh nak komen sbb umah aku, line selalu drop.

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    Aku tak test sgt guna 2G sbb line digi kat umah aku kureng sket. selalu sgt drop. aku tak bawak fon ni keluar sbb aku jenis lasak sket. takut calar. haha. sbb tu pakai wifi je.

    dia tak buat 3G mungkin sebab nak reduce cost kot.

    [Reply]

  3. says

    thanks kay..k.chii ada gak ura2 nak beli phone ni..tp nk dptkan nasihat n review dr mrk2 yg xpert…kirenye n3 ni da terjawab…kirenye pasni leh ar dptkan c3 dgn girangnya =)

    [Reply]

  4. ladymermaid says

    thanks God dpt jumpa n3 ni…..hampir semua pertanyaan I terjwb…xsabar nak dptkan c3 even cameranya just 2mp….

    [Reply]

  5. awg1031 says

    nokia yg latest ni byk hardware problem..so far dalam 2 minggu aku dah tukar 2 kali nokia C5 aku..aku suspect 3g hardware die xtahan kot sebab so far bile aku pakai akan jadi problem kalau main tenet..

    [Reply]

  6. miza says

    hurmm…nk tnye ckit
    knp eh…bl sy charge hanset..c3 ni r..
    cthnye..sy charge isnin mlm tu…pas2 selase esk nye bl tgh hr je da tggl separuh je..cm pelik je…xkn cepat sgt bateri de kurang..
    ke ade sbb len eh??

    [Reply]

  7. as says

    pening aku…x th cam ner nak surf internet kat c3 nie.dah mcm2 cr cuber…but still x der connection gak..tolong la aku nie…hahahaa

    [Reply]

    ilham alwie Reply:

    snang jer 2…..kite connect la gna wifi….mgkin kat tmpat awak xda punca line internet……

    [Reply]

  8. says

    alhmdllh dah tercapai gak impian nk memiliki C3 ni… :)
    sgt suke…nipis jugak , x berat

    [Reply]

    jannah syahirah Reply:

    nk tanye sket berape harge c3 ni…nk beli kat ne ye…

    [Reply]

    Ummi Hanie Reply:

    sy beli kat lelong.com je…
    harga dlm rm360
    maybe klu rajin search ade yg lebih murah ;)

    [Reply]

  9. says

    tak puas atilah….fon ni ntah ade masalah kat bluetooth…xboleh ambil apa2 contohnye lagu,gambar…..aku rasa ad something wrong pda kad memory.tpi nasiblah….fon ni ok ckit….ak bka fb&twitter gna snaptu jer…download kat kedai ovi..

    [Reply]

  10. says

    salam..sye pakai c3..sye de 2 prob gn hp sye nie..slu oke je fon ni tau..
    1. sejk install wsap.. tnda e kt fon ad je.. sye xtau care2 nk buang tanda e ni..please aja ley..
    2.. wil=fi sye kn skejap ke ley connect.. xthn lme.. npe ek..tenet umah laju..

    [Reply]

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge