Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my & myliriklagu.com
Sebagai salah seorang penganjur bersama, memang aku agak terlewat untuk umumkan kontest ni. Sibuk dengan hal kerja dan hal peribadi. Nak sentuh laptop masa kat rumah pon tak berapa ada masa. Sebelum aku umumkan kontest ini, ada pesanan peribadi dari aku untuk mereka yang terfikir untuk sertai kontest ini.
PESANAN KHAS DARI ORANGE 4 KAY!
Aku hanya menjadi penganjur bersama. Aku tidak terlibat dalam hal penjurian. Malah, aku tidak kenal siapa juri. Tiada istilah “orang dalam” untuk kontest ini. Ikut cara yang betul. Tak perlu cari aku atau email aku untuk memberi peluang untuk kau menang. Sebarang rayuan, pujukan, tipu helah atau gurauan untuk menang kontest ini secara tidak adil, tidak akan di layan.
Undian untuk memilih pemenang masih belum di tetapkan. Jangan takut pada undian. Buat apa pun, kita kena ada keyakinan. Tanpa keyakinan, kita akan menjadi ragu-ragu dan tak mampu membuat yang terbaik. Jadi, kalau tak yakin anda akan menang undian, anda mungkin tidak akan menulis entry yang terbaik. Cara nak dapatkan undian terbanyak (jika ada)? Yakin pada diri sendiri, tulis entry sehabis baik dan sebarkan link untuk undian di blog, twitter, facebook, forum dan mana-mana laman sosial di internet – minta rakan-rakan mengundi anda. Tak susah pun kan?
Ok. Cukup. Mari aku teruskan penerangan tentang kontest ini.
Macam mana nak join kontest ni?
Senang saja. Buat satu entry yang menceritakan tentang blog anda sendiri ATAU blog kegemaran anda. Ceritakan keistimewaan blog tersebut pada anda. Mudah je kan?
Ada syarat ke? Apa prosedurnya?
Setiap pertandingan mesti ada syarat dik (dah macam gaya arwah Hussin Abu Hassan pulak). Meh aku senaraikan syarat-syarat prosedurnya.
1. Tajuk entri mestilah Tulis & Menang ariffshah.com
2. Paparkan banner pertandingan yang dilinkkan ke sini.
3. Copy dan paste text ini di bawah banner disertakan dengan link:
Kontest Tulis & Menang adalah anjuran bersama sitikus.com, orange4k.com & ariffshah.com. Hadiah wang tunai ditaja oleh kujie2.com, mrs.kay.my & myliriklagu.com
4. Sila nyatakan dari mana anda tahu kontest ini.
Saya tahu kontest Tulis & Menang ariffshah.com dari blog Orange 4 Kay
5. Tuliskan cerita anda dalam bahasa Malaysia. Entri terbaik menang! Setiap peserta boleh memilih untuk menulis kedua-dua buah topik atau salah satu sahaja. Jika memilih untuk menulis kedua-dua buah topik, penyertaan mestilah diasingkan ke dalam 2 entri berbeza. Prosedur yang sama mestilah diikut.
6. Boleh menulis tentang blog penganjur dan penaja, namun itu tidak akan memberi sebarang kelebihan kepada anda.
7. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen entry di ariffshah.com.
8. Berdasarkan bilangan penyertaan, hakim akan memilih beberapa entri terbaik.
9. Pemenang akan dipilih berdasarkan voting.
10. Tarikh tutup akan diumumkan kemudian.
11. Penganjur berhak mengubah sebarang syarat dan perturan sepanjang pertandingan dijalankan.
12. Kegagalan untuk mematuhi syarat dan prosedur akan menyebabkan entri anda tidak dikira.
Tak ada idea lagi untuk sertai kontest ni? Tapi nak menang wang tunai? Sertai sebagai refferal! Macam mana?
1. Lakukan apa sahaja (Share di Facebook, Tweet, blog anda) untuk mendapat seramai mungkin menyertai kontest ini.
2. Sesiapa sahaja boleh menyertai kontest ini dan anda tidak perlu menyertai kontest Tulis & Menang ariffshah.com.
3. Pemenang untuk Tulis & Menang juga layak untuk memenangi hadiah Referral Terbanyak.
Hadiah
- Tempat pertama: Wang tunai RM70
- Tempat kedua x 3: Wang tunai RM30
- Tempat ketiga x 3: Wang tunai RM20
- Referral terbanyak: Wang tunai RM30
Ada 2 peluang untuk menang. Jadi tunggu apa lagi? Sertai salah satu atau kedua-duanya sekali. Siapa tak mahu duit beb? Hehe. Bukan susah sangat pun kontest ni kan?
P/s : Tak ada yang terfikir nak tulis pasal blog aku untuk kontest ni ke? Haha!
ariff says
haha. ada gak yang nak mintak short cut..
.-= ariff´s last blog ..Selamat Hari Awek Sedunia =-.
Mr Kay Em Why says
ada bro. ko takde ke? haha
yonna says
cop! kiranya ni nnt ada orang undi lah penyertaan2 eh?
.-= yonna´s last blog ..A Friend Is A Gift You Give Yourself =-.
epool86 says
good marketing strategy 😉
Mr Kay Em Why says
ikut perancangan awal, lepas tarikh tutup, juri akan pilih yg terbaik dan senaraikan untuk diundi. tapi mungkin akan di rombak. cuba tgk syarat nombor 11 😉
Mr Kay Em Why says
hehe. thanks. tak nak join ke? 😀
eja_zek says
Wow..macam best…dapat duit poket..hehehe..=)
.-= eja_zek´s last blog ..I Just Love Good Smelling People =-.
Mr Kay Em Why says
mesti la best. senang2 dapat duit poket. apa lagi, jom la join 😉
Siti Zainal says
Sorry for commenting in a wrong section.
Btw, I have tried to fill up the form in your Hubungi Kay section which I am interested to advertise my blog here.
There’s pop up indicated
“Server Returned a 404”
whenever I click on the Send button.
Hope you can reply me soon.
Thanks a lot 🙂