Perginya Seorang Sultan Berjiwa Rakyat

Sultaniskandar.jpg

Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi, 8 April 1932 - 22 Januari 2010

Jumaat, 22 Januari 2010, aku terkejut bila terbaca link yang di post oleh @shamhardy di facebook. Berita tentang Sultan Johor di masukkan ke Hospital Pantai Puteri kerana gering dan Tunku Ibrahim Ismail di lantik menjadi pemangku Sultan.

Bila aku sampai di rumah orang tua aku di Segamat, Johor, pengumuman kemangkatan Seri Paduka Baginda tengah di siarkan di TV1. Sedih dan terkejut. Itu perasaan aku.

Walaupun orang selalu mengatakan betapa garangnya Almarhum, tetapi bagi aku dan semua rakyat Johor, Almarhum adalah seorang Sultan berjiwa rakyat. Sifat Almarhum yang garang sebenarnya adalah lebih kepada tegas dalam kepimpinan. Protokol Di Raja juga dikatakan tidak pernah wujud dalam kamus hidup Almarhum.

Jenazah Almarhum dibawa dengan pedati khas ke Makam Di Raja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru. Pedati khas itu ditarik oleh Angkatan Setia Negeri Johor (Tentera Di Raja Johor) sejauh 3 KM dari Istana Besar, Johor Bahru di iringi alunan bacaan Al-Quran dan 77 das tembakan meriam oleh 41 Bateri istiadat Kem Sungai Buloh menandakan usia 77 tahun Almarhum Sultan.

Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar di masyurkan sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010, pukul 1.30 tgh hari, menggantikan ayahandanya Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi.

Aku sedikit tidak puas hati dengan produksi RTM yang membuat liputan siaran lansung istiadat-istiadat yang diadakan di Istana Besar Johor dan Makam Di Raja Mahmoodiah. Jurukamera sering fokus lama pada 2 orang yang membaca al-Quran di sisi jenazah Almarhum. Salah seorang kelihatan sangat mengantuk dan asyik terlelap ketika seorang lagi sedang membaca al-Quran. Pastinya 2 orang tersebut keletihan dan RTM tidak sepatutnya berbuat demikian kerana memalukan pembaca al-Quran tersebut.

Ketika siaran lansung Istiadat Pemakaman, pengulas RTM tersalah memperkenalkan Tunku Majid sebagai Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar dan memperkenalkan Datuk Sri Ali Rustam sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Kesilapan begini tak sepatutnya berlaku dan amat memalukan.

Al-fatihah untuk Almarhum Tuanku Sultan Iskandar Al Haj Ibni Almarhum Sultan Ismail Al Khalidi, 8 April 1932 – 22 Januari 2010.

Wikipedia – Istiadat Pemakaman Sultan Iskandar

Edit (24 Jan – 11.54AM)
Rakyat Johor dan sesiapa sahaja yang berada di arah berkabung selama 7 hari bermula dari hari pemakaman. Jangan lupa. Nanti kalau Angkatan Setia Negeri Johor (Askar Sultan Johor) buat rondaan, kalau kena tindakkan nasib kau orang la.

Sepanjang tempoh berkabung, sesiapa sahaja yang berada di negeri Johor perlu :

- Lelaki Islam perlu memakai songkok yang mempunyai lilitan bewarna putih selebar 2 inci.
- Perempuan Islam perlu memakai tudung putih
- Bangsa dan agama lain perlu memakai lilitan 3 inci warna hitam di lengan kiri.

Anda mungkin juga berminat dengan post:

  1. Impian Seorang Pemimpin
  2. Catatan Seorang Programmer
  3. Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya
  4. Apa kena dengan #yorais ni?
You can leave a response, or trackback from your own site.


10 Responses to “Perginya Seorang Sultan Berjiwa Rakyat”

  1. nursarah says:

    sembah takziah atas kemangkatan almarhum, menjunjung kasih Sultan Ibrahim. daulat tuanku.
    nursarah´s last blog ..masjid jamek, bukan masjid india. My ComLuv Profile

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    Al-fatihah buat almarhum.

    Menjunjung kasih Sultan Ibrahim Ismail. Daulat tuanku! Daulat tuanku! Daulat tuanku!

    [Reply]

  2. sendra says:

    sebagai orang johor,entahlahh,rasa sedih dan sayu tu ada tiba2..walaupun tak pernah pun bercakap dengan almarhum ke apa..tapi pernah lah nmpak baginda..tu pun susah nak tgok,semua bodyguard nak keliling dia..apap2 pun,sedekah alfatihah utk baginda…ye
    sendra´s last blog ..Bangga kan minum kopi starbucks??kau tak bangga? My ComLuv Profile

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    bodyguard keliling? jarang betul benda tu berlaku.

    tp mmg hampir semua orang johor rasa sedih dan sayu tiba2. alfatihah untuk almarhum.

    [Reply]

  3. Nazz says:

    Al Fatihah utk almarhum sultan..
    Nazz´s last blog ..Aku Kecewakan Pengunjung Blog Aku My ComLuv Profile

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    amin..

    [Reply]

  4. fadh says:

    aku baca paper arini..Pahang pun berkabung 3 hari.
    fadh´s last blog .. My ComLuv Profile

    [Reply]

    Mr Kay Em Why Reply:

    3 hari? erm. Keluarga diraja johor dan pahang rapat. anak sultan pahang, menantu almarhum.

    [Reply]

  5. zuls says:

    Ohh.. Almarhum Sultan Iskandar ni keturunan dari orang baik-baik. Jarang jumpa orang yang dari keturunan yang ada gelaran al-Khalidi kat belakang.
    zuls´s last blog ..Tentang #Yorais My ComLuv Profile

    [Reply]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled

Ariff Shah
Wazy84
GambarHehe
The Zestful IcedNyior
Special
Sembang Komputer