Amaran! Entry ini mungkin terlampau geeky dan mungkin boleh menyebabkan anda bosan dan tidak faham.
Aku tidak berapa ada mood untuk menulis blog sebenarnya. Semua ni “hotlinking prevention” punya pasal. Beberapa bulan lepas aku buat hotlinking prevention sebab ada blog politik yang guna image yang host dekat hosting aku. Itu yang aku buat image gantian yang sangat lucah sampai ada 2-3 forum kecoh dibuatnya. Ada jugak yang buat blog post seolah-olah pertikaikan apa yang aku buat. Jadi, aku dah offkan hotlinking prevention tu buat masa ni dan sedang cuba buat beberapa eksperimen untuk buat hotlinking prevention cara baru. Kalau menjadi, aku akan share kat sini dan insyaAllah cuba jadikan sebagai plugin wordpress. Itu pon kalau jadilah.
Semalam aku bawak balik buku “Clean Code” milik pejabat aku ni. Baru baca 5 muka surat. Tapi aku dah rasa yang buku ni betul-betul bagus utk programmer belajar menulis code yang lebih bersih.
Aku tertarik dengan satu kisah benar yang diceritakan penulis dalam buku ni. Mengenai sebuah software house yang berjaya mengeluarkan satu produk yg di anggap “killer app” pada tahun 80an. Sayangnya, semakin banyak update pada app tersebut, semakin banyak masalah yang dihadapi pengguna dan semakin kerap pengguna menghadapi masalah “crashed” dan akhirnya pengguna tidak lagi menggunakan app tersebut dan software house terbabit terpaksa gulung tikar. Beberapa tahun kemudian, penulis berkenalan dengan salah seorang programmer yang bertanggungjawab dari awal pembinaan app terbabit. Penulis bertanya tentang masalah sebenar yang dihadapi. Programmer terbabit mengatakan mereka terlalu mengejar deadline. Mereka perlu release banyak features baru dalam masa yang singkat. Akibatnya banyak bug yang muncul dan mereka tidak punya masa untuk memperbetulkan masalah yang ada.
Bagi programmer, mesti faham moral dari cerita software house terbabitkan? Lagi satu perkara menarik, dalam buku ni ada tunjuk graf Produktiviti Vs. Masa. Yang mana produktiviti dan masa adalah berkadar sonsang. Semakin lama programmer bekerja dengan satu-satu projek, semakin menurun produktiviti mereka. Aku rasa sangat tepat! haha.
Aku akan cuba habiskan baca buku ni dan kongsikan disini. Sekarang entry tamat. Boleh sambung kerja.
epool86 says
good story. moral: jgn release new feature selagi belum betul2 stable.
aku hanya bersemangat buat coding time 2 minggu pertama sesuatu projek jer, masuk minggu ke-3 mula la produktiviti menurun haha.
by the way, hotlinking prevention yang kt cpanel xleh pakai ke? (aku tanya sbb aku tak penah pakai pun menatang tu haha) tp kalau aku, aku lagi suka org pakai image aku. coz bleh letak url/caption kt image tu utk promosi. kecuali bagi mereka yang mempunyai server bandwidth terhad mungkin la tak suka kot.
Mr Kay Em Why says
sbnrnya, dalam company besar, marketing buat keje mereka serentak dengan programmer. bila marketing dah canang pasal produk, secara tak lansung dah janji dgn customer/potential customer. so ada masanya marketing letak tarikh yg tak logik atau kerja2 programming drag untuk masa lebih panjang/ something happen (mmg selalu berlaku dalam development). sebab tu nak atau tidak, feature kene release pada waktu yg ditetapkan. else, customer hilang percaya pada company.
nampaknya ko kena tingkatkan motivasi dan passion ko pada programming. setakat ni aku boleh tahan 6-8 bulan. still kena improve :p
hotlinking prevention kat cpanel tu boleh pakai. tapi aku nak buat custom punya. tengoklah nnt mcm mana.
zaryl says
hmm… apsal ada lak yg mempertikaikan tindakan ko tu?
adakah imej gantian tu terlalu lucah tahap porno atau
apakah alasan diorang?
Mr Kay Em Why says
yerp. lucah tahap porno. sebab tu ada yg pertikaikan. aku cuma nak buat yg lebih bagus sebab masa aku buat hotlinking prevention tu pon aku tgh marah gila pada org yg buat hotlinking tu.