Pagi ini, dunia dikejutkan dengan berita kematian Michael Jackson, Penyanyi Pop terkenal. Jabatan Polis Los Angeles dilaporkan telah membuka fail untuk menyiasat punca kematian sebenar Michael Jackson. Setakat ini dikatakan tidak ada tanda-tanda unsur jenayah. Baca berita penuh di sini.
Apa yang aku kesalkan, ketika TV3 mengumumkan kematian MJ pagi ini menyebut Mendiang Michael Jackson. Sedangkan MJ dikatakan telah pon memeluk Islam ketika di Bahrain tidak lama dulu dan menukar nama kepada Mikaeel. Aku tahu perkara ini pon setelah membaca artikel ini di SaifulIslam.
Info!
Waktu kematian : 2:26 pm (PST @ GMT -7)
Tempat kematian :Holmby Hills, Los Angeles (Rumah yang di sewa oleh MJ@Mikaeel)
Punca kematian : Cardiac arrest (Sakit Jantung).
P/s : Al-Fatihah untuk Allahyarham Mikaeel. Belasungkawa Mikaeel (1958 – 2009).
Picture credit : Devian Art
im wondering dengan cara apa beliau akan dikebumikan! huh
biarlah tu urusan dia antara yang maha esa
tapi yg penting semua lagunya memang best dahsyat! love it!
we miss u MJ!
abang K… michael masuk Islam dengan bantuan Ustaz Hasrizal ke? yg saifulIslam tu….
Moga2 dengan cara islam…
eh, jangan salah faham.. itu Mikaeel lain… kebetulan je nama sama.. 🙂
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.