Kalau kau selalu singgah blog ini sejak beberapa tahun lepas, pasti kau tahu Entry Rojak adalah kegemaran aku. Aku sering tidak punya masa untuk update secara harian. Jadi aku gemar membuat entry yang merangkumkan semua cerita. Kali ini aku ingin membuat sedikit kelainan. Aku akan rangkumkan berita-berita yang menarik perhatian aku yang mana aku rasa dalam kategori Isu Hangat, Aneh dan perkembangan semasa yang berlaku dalam satu minggu dan juga sedikit info tentang apa yang akan berlaku pada minggu berikutnya. Info tentang apa yang akan berlaku pada minggu berikutnya itu aku lebih tumpukan dalam kategori Seni. Jika kau ada info tentang Pementasan Teater, Pameran Seni Lukis atau apa sahaja yang berkaitan dengan seni dan kau ingin war-warkan pada umum, sudi-sudikan untuk hubungi aku. Oh ya, aku juga akan mencari dan kongsikan artikel-artikel menarik yang aku rasa kau semua harus baca.
Debaran Emas Pertama Buat Malaysia
Ketika aku menaip entry ini, rakyat Malaysia berdebar menantikan perlawanan akhir Badminton di Sukan Olimpik Beijing. Choong Wei akan ke peringkat akhir menentang Lin Dan dari China. Perlawanan akan berlansung pada Ahad, 17 Ogos jam 8.48 malam (China dan Malaysia berada dalam garisan waktu yang sama – GMT+8). Sejak beberapa bulan lepas rakyat dihidangkan oleh media dengan berita-berita yang menyatakan atlet Malaysia akan bawa pulang pingat Emas Olimpik dari Beijing. Setakat ini masih belum ada pingat yang berjaya diraih oleh Malaysia. Dari segi prestasi, aku rasa tak mustahil Choong Wei yang akan membawa balik “ole-ole” dari Beijing ini. Choong Wei bermain atas nama sukan dan negara. Bukan atas wang RM1juta yang dijanjikan oleh kerajaan. Bak kata mael, halalkan-lah RM0.05 setiap orang untuk Choong Wei.
Semoga berjaya buat Choong Wei!
Kredit gambar : Berita Harian
Saiful Bersumpah Di liwat DSAI
Aku rasa berita ni pasti dah diketahui oleh hampir semua rakyat Malaysia. Aku yang menonton Buletin Utama di sebuah kedai makan di Sungai Besi ketika menikmati makan malam tergamam seketika bila video Saiful mengangkat sumpah ditayangkan ke seluruh Malaysia. Aku tidak dapat mendengar dengan jelas ketika itu kerana bunyi bising kenderaan menenggelamkan suara TV. Aku menantikan Nightline menayangkan video itu sekali lagi. Dan sekali lagi aku tergamam. Aku kehilangan kata-kata. Otak aku sudah tidak dapat memberikan kesimpulan yang terbaik tentang apa yang dilakukan Saiful. Tapi ramai pihak yang dah komen tentang pengakuan bersumpah Saiful ini.
Apa pun, aku mengharapkan tidak ada umat Islam di Malaysia yang mengangkat sumpah atas nama Allah, Rasul dan Al-Quran semata-mata atas kepentingan tertentu sedangkan apa yang dikatakan itu dusta semata-mata. Nauzubillah.
Kredit gambar : Berita Harian
Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 51
Mael kata tahun ini kita tidak merdeka. Kenapa? Kerana semangat bulan kemerdekaan tahun ni sedikit hambar. Iklan Petronas yang sentiasa dinantikan masih belum disiarkan, bendera masih kurang dikibarkan (Err, kereta aku pun belum dipasang bendera), logo, lagu dan tema kemerdekaan tahun ni tidak digembar-gemburkan dengan gah. Mungkin kerana media merasakan berita kes liwat Datuk Seri Anwar – Saiful, berita Pilihan Raya kecil Permatang Pauh dan beberapa berita lain yang hangat lebih penting dari sambutan kemerdekaan.
Tahukah kau, kau dan kau yang tahun ini tak ada percikkan bunga api pada ambang 12 malam. Tidak seperti tahun-tahun sudah. Ini kerana kerajaan telah memotong bajet Sambutan Hari Kemerdekaan ke 51 menjadi RM20juta berbanding RM40juta untuk sambutan tahun lalu. Potongan 50% atas alasan berjimat cermat. (Aku nak sertakan link berita tentang ni, tapi link yang aku ada dah tak valid dan aku tak jumpa link yang valid. Maafkan aku). Aih. Apa-lah nak jadi dengan Malaysia?
Sebenarnya Tema, Logo dan Lagu untuk sambutan Kemerdekaan Ke 51 sudah pun di war-warkan. Tema tahun ni “Perpaduan Teras Kejayaan”. Logo seperti yang kau lihat disebelah kiri artikel ni. Lagu pula aku akan sertakan dalam entry akan datang.
Artikel pilihan – Penyamun Bermusim
Satu artikel yang bagus dan harus dibaca oleh kau semua. Penyamun bermusim ni muncul ketika musim majlis perkahwinan sana sini. Semua orang pun sibuk bercerita tentang majlis perkahwinan disana sini sekarang ni. Jadi awas bagi kau yang akan mengadakan majlis perkahwinan. Kau yang menghadiri majlis perkahwinan juga harus berwaspada ketika di majlis tersebut. Penyamun bermusim ini mungkin akan muncul di majlis yang kau adakan atau yang kau hadiri. Kau boleh baca artikel ini di Berita Harian Online. Baca, ingat dan lakukan langkah-langkah pencegahan yang diberi dalam artikel tersebut. Jangan sampai kau berduka di hari bahagia!
Aktiviti Seni akan datang
Tajuk : Ismail – the last days
Tempat : KLPac – Pentas 1, Sentul Park
Tarikh : 7 – 31 Ogos 2008
Tiket : RM80/ RM60/ RM40 (Pelajar, Warga emas dan OKU).
Waktu Pementasan : Selasa – Sabtu 8.30 malam. Ahad 3 petang. Tiada pementasan pada hari Isnin.
Info Tambahan : (Promosi harga tiket) Selasa – Jumaat RM40/ RM20 (concession); Pakej Keluarga Hujung Minggu – RM150 (4 orang ahli keluarga (dewasa/kanak-kanak, tiket tambahan untuk ahli keluarga RM40 seorang). Lebih info di KakiSeni.
Tajuk : Sambanthan – Musim 2
Tempat : Dewan Auditorium Tunku Abdul Rahman, MTC
Tarikh : 20 – 24 Ogos 2008
Tiket : RM30, RM20
Waktu pementasan : Rabu – Ahad 8.30 malam. Matinee 3 petang (Sabtu & Ahad)
Info tambahan : Hanya mereka yang berumur 12 tahun ke atas dibenarkan masuk menonton. Lebih info di KakiSeni.
Acara : Festival Kesenian Kanak-kanak Kuala Lumpur
Tempat : Panggung Sari Istana Budaya
Tarikh : 22 – 24 Ogos 2008
Waktu : 3 petang – 8.30 malam
Info : Festival Kesenian Kanak-kanak Malaysia mengenengahkan pementasan teater khusus untuk tontonan kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Festival ini juga bakal diisi dengan persembahan seni lain seperti puppet, wayang kulit, bercerita, persembahan muzik sebagai selingan dan mewujudkan kemeriahan festival tersebut. Bengkel-bengkel turut diadakan bagi memberi peluang kepada peserta untuk meningkatkan pengetahuan mengenai teater kanak-kanak. Beberapa aktiviti sokongan program ini turut diadakan di luar Kuala Lumpur(outreach programme) bagi memberi peluang kepada lebih ramai khalayak untuk menyaksikannya.
Senarai persembahan ada di Laman Web Istana Budaya.
Mohd Ismail says
haa.. itu dia logo yang kita tunggu.. ha ha.. apsal sgt x moden? =p
*logo & tema tahun ni mmg melepas batuk di’tangga la.. xmcm tahun lepas & zaman Mahathir…*
ejon says
terdapat perbezaan laporan mengenai pandangan Nik Aziz tentang sumpah saiful antara Utusan Melayu dengan Harakah!
diane says
sowieee sgt jmpe ko kejap sgt je smlm 🙁
ecahkoop says
huhu….masa tengok semi final badminton tu…cam saspend je…yela…nak terlompat2 lak…ngalahkan penyokong kat sane…kekeke!!
a ah…sal merdeka tu aku setuju sangat coz takpon iklan petronas…eh…ni dah tengah bulan ni…
logo? tak lawo ler…kekekeke!!!
penyamun? huhu tengok tak berita sal rompakan kedai emas kat Meru….3 perompak tu mati kene tembak…orang tempatan…4 ur info…kedai emas tu belakang die balai polis…dekat giler…huhu!! ni perancangan tak cukup kukuh ni…
sal sumpah saiful tu…alamak termiss lak…time tu tertido….bole ke tonton ulangan die balik on9??? kekekeke!!
Fadh says
mmg patut chong wei dpt 1 juta kalau dia menang pingat emas..dah berapa tahun malaysia tak dpt pingat emas dalam olimpik.
Mr. Kay Em Why says
ntah.. aku pon rasa cam buruk giler.. org yang buat logo ni dpt RM10k kalo tak silap aku.. ni kali pertama logo dan tema sambutan kemerdekaan ditukar pada zaman paklah.. nampak mcm sedikit kebelakang la..
Mr. Kay Em Why says
Utusan Melayu ade lagi ke? ke Utusan Malaysia? aku tak baca pon.. malas..
Mr. Kay Em Why says
it`s ok la kak.. 😉
Mr. Kay Em Why says
wah.. aku ske reader mcm ko.. baca semua2.. komen semua lak tuh.. haha..
baru beberape minit lepas iklan petronas dah kuar kat TV3.. afdlin shauki berlakon bersama shazlan (tak tau nama betol).. kata nye afdlin shauki yg direct taun ni..
fuyoo… giler la perompak tuh.. berani mati.. dah mati pon.. haha
buletin utama ade online nye.. gi la tgk.. huhu
Mr. Kay Em Why says
die mmg layak dpt 1 juta tuh sbb die main atas nama sukan dan negara.. bukan sbb 1juta tuh..
ecahkoop says
alamak…termiss la…tadi ngntuk…aku tertido…gamaknye kene tunggu buletin utama sok la..
wah…mungkinkah tempat kejadian tu akan haunted….kekekekeke!!
tadi tengok badminton….adeh…terlepas emas….
🙁
p/s: mau linkkan mr kay ek…
nashrex says
maslaahnye chongwei da kalah.. hahahahaha
logo ari kbangsaan tu cam logo tadika je wei. hahaha