Sejak petang Khamis, media-media Malaysia mula mewar-warkan berita peralihan kuasa Pak Lah kepada Dato Seri Najib. Berita mengenai peralihan kuasa sudah lama dicanang-canang tetapi tidak ada tarikh yang ditetapkan. Tetapi Khamis lalu PakLah mengumumkan peralihan kuasa akan berlaku pada Jun 2010. Ada yang bertanya apa pendapat aku tentang peralihan kuasa ni. Jadi, ini komen aku.
Soalan pertama yang timbul bila dengar berita ni ialah “Kenapa mesti Jun 2010?”. Mungkin ada yang akan berkata, “Peralihan kuasa Perdana Menteri bukan satu perkara kecil. Perlu dilakukan dengan betul dan tidak tergopoh gapah.”
Pada aku, setiap saat Pak Lah memegang jawatan Perdana Menteri, setiap saat itu membawa kearah kehancuran Malaysia. Apatah lagi jika Pak Lah punya 2 tahun lagi untuk memegang jawatan Perdana Menteri. Aku anggap Malaysia boleh musnah. Kepercayaan rakyat pada Pak Lah semakin menipis dan tidak keterlaluan jika aku katakan sudah tidak ada lansung kecuali bagi mereka yang masih mengampu dan mengipas bon*ot Pak Lah demi kepentingan poket dan perut masing-masing.
Kata-kata Pak Lah sudah tidak laku
Sepanjang Pak Lah memegang jawatan Perdana Menteri, sudah banyak kali Pak Lah menipu rakyat. Antara yang masih diingat oleh rakyat adalah tarikh pembubaran Parlimen dan isu kenaikkan harga minyak. Rakyat sudah muak dengan penipuan yang dilakukan Pak Lah. Pak Lah sudah dapat gelaran pemimpin Flip-flop – keputusan yang sentiasa bertukar-tukar. Pemimpin yang tidak punya pendirian yang tetap dan tidak berfikir panjang sebelum membuat satu-satu keputusan.
Kau-orang mesti pernah dengar sebuah cerita kanak-kanak mengenai gembala kambing yang suka menipu. Aku meletakkan Pak Lah sebagai gembala kambing itu. Satu sifat yang memakan diri sendiri – Penipu.
Jika dilihat dari sikap Pak Lah yang suka menipu, tidak mustahil ini adalah salah satu muslihat penipuan. Pak Lah mengumumkan peralihan kuasa ini beberapa hari sebelum bermula pemilihan di peringkat cawangan UMNO. Teori aku, Pak Lah membuat pengumuman ini untuk memuaskan hati setiap orang yang ingin Pak Lah turun. Dengan keputusan ni, Pak Lah mungkin menganggap tidak akan ada sesiapa akan menentang beliau dan Dato Seri Najib untuk jawatan Presiden dan Naib Presiden UMNO pada pemilihan disember ini. Setelah menang dengan selesa, tidak mustahil Pak Lah akan membatalkan keputusan untuk tidak membuat peralihan kuasa dengan alasan-alasan penipu beliau. Antara alasan yang aku ramalkan adalah “banyak perkara penting belum diselesaikan. Terpaksa tangguhkan peralihan kuasa.” Jika ini benar-benar berlaku, maka UMNO dan BN akan berkubur untuk selamanya.
Najib sebagai pengganti?
Kebelakangan ini imej Dato Seri Najib tercalar apabila dikaitkan dengan kes berprofil tinggi, kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Sharibu dan Kes tudahan meliwat terbaru ke atas DSAI. Satu lagi persoalan timbul. “Apakah Najib calon yang benar-benar terbaik sebagai Perdana Menteri ke 6 Malaysia?” Aku tidak mahu pisang berbuah 2 kali. Aku pasti semua rakyat Malaysia juga rasa begitu.
Aku tak mahu ulas lanjut tentang Dato Seri Najib. Aku ingin dengar pendapat kau-orang.
Usul tidak percaya terhadap Pak Lah
Pada hari Khamis juga, Datin Seri Wan Azizah diiringi wakil dari DAP dan PAS telah menyerahkan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat itu. Keputusan untuk membenarkan usul itu akan dibahaskan didalam Dewan Rakyat atau tidak akan diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat pada pukul 11 pagi, Isnin ini.
Aku harap Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan meluluskan usul itu dibahaskan walaupun tidak ada undian akan dibuat dan usul itu hanya akan dibahas. Seorang kawan aku mempertikaikan mengenai usul yang hanya akan dibahas dan tidak ada undian dijalankan. “Buat apa setakat nak bahas. Orang sibuk bahas, maki dan kutuk Pak Lah, Pak Lah boleh tidur je. Selesai perbahasan, Pak Lah bangun, dan keluar dari Dewan Rakyat segar bugar dengan senyuman.”
Apa yang pasti, rakyat mahukan usul ini dibahaskan di Dewan Rakyat. Kesannya kita akan lihat selepas itu.
Kredit gambar : Utusan Online
pakcik MMA says
kay,
kalau Jun 2010 bg aku ok gak la. cumer jgn die tipu sudah. hahaha.
pengganti tu better ahli UNO yg tentukan.
Saiapa Pak Lah nk tuju sesapa? hahaha.
abahfateh says
assalamualaikum,
dalam negara demokrasi pun boleh main serah-serah kuasa ke? bukankah hak memilih presiden umno adalah hak ahli umno? nampak gaya pak lah dah terang2 membelakangkan ahli umno dan najib pun terlibat sama sekali. Itu baru presiden umno, sebagai PM bagaimana? saya rasa proper channel melalui parlimen untuk tentukan siapa PM baru (maaf kalau silap – tak arif sangat).
Bagaimana dengan Agong? Sudah berunding atau dimaklumkan kepada baginda tuanku dan mendapat perkenannya?
wah, Malaysia sudah menjadi milik sesiapa sahaja yang bergelar PM dan presiden UMNO… mana demokrasi yang dijunjung itu?
ingatlah, selepas nabi wafat, para sahabat berkumpul dan membuat majlis syura memilih siapa bakal pemimpin umat Islam selepas kewafatan baginda. Tak pernah saya dengar mana2 hadis sebut nabi sebut Abu Bakar bakal menggantikan nabi Muhammad S.A.W. Itu nabi, takkan tak boleh contohi sunnah nabi? ke sibuk dengan Islam hadhari sampai lupa sunnah?
http://abahfateh.blogspot.com
chika says
ah. semua tua. kepala tua. malaysia menuju ke arah penuaan.
nak perubahan?
buang semua kepala tua.
penggal kepala muda yang sama macam tua jugak.
ambik yang baru-baru.
selagi inilah dia orang-orangnya…
wallahualam.
NukM4N says
Dua tahun ialah masa yg terlalu lama dlm politik terutama politik dlm Malaysia yg sangat “volatile” sekarang ini.
Apakah Najib tidak berkesempatan menduduki kerusi PM akibat runtuhnya BN sebelum 16 September seperti yg dijanjikan oleh Anwar Ibrahim?
atau “sesuatu” berlaku terhadap Najib yg menyebabkan beliau kehilangan kedudukan dalam kerajaan dan UMNO.
nashrex says
umno x releven dah
Mohd Ismail says
Nash, ko bukan Ketua Pemuda UMNO Batu Pahat ke? ha ha ha..
Mohd Ismail says
mcm kata Dr.M, Najib xkan dapat duduk takhta PM tu nnt… rakyat terlalu dahagakan perubahan dengan segera.. 2010 terlalu lama.. minyak boleh naik 2,3 kali lagi sebelum Najib naik..
apa gila!
Mr. Kay Em Why says
penipu tuh dah sinonim ngan paklah.. haha.. so aku rasa ada kebarangkalian (besar) yg ini dijadikan penipuan 😉
Mr. Kay Em Why says
Wa`alaikumsalam,
yang nampak, PakLah ni yg byk buat UMNO tuh hak milik peribadi.. bukan tu je, kerajaan pon keraja sendiri.. bukan kerajan UMNO atau BN lagi.. Tindakkan Pak Lah ni kadang2 tak jauh beza dgn Lim Kit Siang dan Karpal Singh… mcm Perdana Menteri lebih besar dari Agong dan Sultan.. betul tak?
Mr. Kay Em Why says
hahaha.. ayat ko membuatkan aku isu paling hangat dlm persatuan2 belia masa aku aktif dulu.. dulu semua pemimpin belia org tua2.. haha.. itu baru kene dgn ayat ko ni.. tp kalo pentadbiran, perlu yg tua.. tua itu pengalaman yg mahal.. haha.. tp kepala tua yg diperlukan adalah seperti chedet.. yg pemikirannya jauh ke depan dari zaman kita.. yg genius.. bukan yg pala otak pk poket sendiri je..
Mr. Kay Em Why says
dalam masa sehari pon mcm2 boleh jadik.. inikan plak 2 taun.. ape pon, kita tunggu dan lihat je..
Mr. Kay Em Why says
aku sokong!~ silap2 minyak yang naik jadi perdana menteri.. haha *start merapu dah aku neh* :p
Fadh says
jadi ade 2 tahun untuk khairy jamaluddin nak tambah pengalaman dalam politik..barangkali ni strategi paklah nak naikkan khairy…kita tunggu dan lihat je tahun 2010 nanti.
chika says
chedet?
no way.
pi mai pi mai tang tu.
tak payah.
diane says
wah..isu hangat.. 😀
Mr. Kay Em Why says
aku tak nak tunggu 2010.. terlalu lama.. khairy? dia tak layak naik.. kalau betul dia nak naik, dia seharusnya naik mcm org lain.. step by step dari bawah.. mari beramai2 tunjukkan jari tengah kepada Khairy Jamalludin!~
Mr. Kay Em Why says
aku tak ckp chedet.. tp aku ckp pemikiran mcm chedet.. jauh kedepan.. kalo chedet sendiri, aku pon tak setuju.. die ptt berehat kat rumah dan beritau ape yg org nak tau guna blog.. tak payah nak ke sana ke mari lagi..
ejon says
aku rasa pengumuman tu hanya sekadar untuk MENDIAMKAN rakyat.
kita lihat sajalah contoh PTPTN ketika pembangkang bising mengenai caj administration yg mahal, mereka hanya mengumumkan “Kita AKAN kurangkan caj”. selepas itu senyap, tiada lagi berita dan caj masih sama seperti dahulu
ejon says
tpkan peralihan kuasa pon kepada najib,
ianya seperti lari dari singa masuk mulut buaya kerana org yg nak mengambil alih masih terlibat dalam pelbagai kes sehingga sekarang seperti Altantuya dan Saiful liwat.
totinx says
politik lagi..!!
bosan!!
btw, setuju sangat apa ejon cakap!!!
saramsak says
nk ubah kerajaan bukan senang…
DSAI pon asyik kene kacau ngan polis…
so kite kukuhkan diri kite dlu ngan mnjadi kaye…
bile dah kaye…petrol naik ke hrge barg naik ke…xrase sgt…
hehehe…
pendapat aku la… =)
khai says
kay, betul sangat ape yg ko tulis tu.. rasa macam malaysia sebuah negara yg berjaya bila Pak Lah letak jawatan.. paklah, letaklah jawatan sebelum dijatuhkan.. pantang berundur sebelum kalah memang betul, tapi sebenarnya kau dah kalah pon.. tinggal nak berundur je.. x yah la nak pantang2 lagi…
orang dah tak suka, gi la main jauh2..
psstt: jgn saman saya, saya orang susah.. tengah tunggu turn bersamamu tv3 datang ni..
Mr. Kay Em Why says
Betul! betul sgt la tu.. aku sokong!~
Mr. Kay Em Why says
hahaha.. memang Pak Lah dah kalah.. tp die asik pk yang rakyat terlalu nak die kekal sbg PM.. perasan lebih.. bak kata pepatah, hidung tak mancung, pipi berkedut.. hahahahah..
tunggu turn bersamamu TV3 datang yek :p
atoiaziz says
haha
tol tu
poLitikMlesia makin meruNdum giler
tulon2…*terpekik2
:p
titan says
hehe. mana diorang berani wat undi..