Orange 4 Kay

Bukan Omongan Kosong

| Ambil DuitKu | LoveBaby.MY | Apesal.com |

Real Time Web Analytics

Creative Commons License
Orange 4 Kay by Mr Kay is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

Powered by AIMedia

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali…

October 11, 2006 by Mr Kay Em Why 6 Comments

Kenangan Dolu2...

Satu kenangan…

Maafkan aku sebab dah lama tak update. Update pon dengan taggie2 je. Tak ada idea sgt2 + exam yg menyakitkan otak. Sekarang ni pon aku still risau dgn result exam ni. Risau sangat2. Tapi biar berserah je la. Dah berusaha.

Isnin petang, lepas exam, mak aku call. Sampaikan berita pemergian seorang lagi ahli keluarga aku. Atok saudara aku. Kalau tak silap aku dia adik kepada arwah atok aku. Sangat kebetulan sbb hari ahad, (mengikut kalendar Hijrah) 15 Ramadhan, genap setahun pemergian arwah atok aku.

Memang banyak sangat kebetulan tarikh pemergian adik beradik arwah atok dan arwah nenek aku. Semuanya bagai berkait-kait tarikhnya.

Apa pun, saat pemergian arwah atok aku masih lagi segar dalam ingatan aku. Banyak yang aku kesalkan. Dan banyak benda yang buat aku teringat pada arwah. Paling aku sedih bila aku rasa teringin nak makan bubur lambuk. Bagi aku bubur lambuk masakan arwah atok aku yg paling sedap. Beberapa hari sblm arwah pergi, aku nak mintak arwah masakkan bubur lambuk untuk aku. Tapi aku asyik terlupa nak ckp. Arwah pergi mengejut. Beberapa jam selepas selesai solat maghrib.

Beberapa hari lepas arwah pergi aku masih terasa macam arwah masih ada lagi. Setiap kali aku teringin nak makan bubur lambuk, aku akan teringat untuk mintak arwah masak. Selalunya hampir tercakap dgn mak aku suruh cakapkan kat arwah. Tapi nasib baik aku cepat tersedar yang arwah tak ada lagi. Sampai hari ini, aku masih begitu. Dan sampai hari ini, aku tak makan bubur lambuk walaupun teringin sangat2.

Nota Kecil : 15 Ramadhan 1426 (19 Okt 2005) Arwah Haji Ismail (atok aku) kembali ke Rahmahtullah, 16 Ramadhan 1426 (20 Okt 2005) Arwah Datin Seri Endon (Isteri Pak Lah) meninggal dunia, 16 Ramadhan 1427 (9 Okt 2006) Arwah atok sedara meninggal dunia. Al-Fatihah untuk semua muslimin muslimat yang telah pergi terlebih dahulu sebelum kita. Semoga semua roh mereka dicucuri rahmat.

Nota Raya : Aku balik segamat ari rabu (11 Okt 2006). Ada kerja yang menanti aku di Segamat. Jadi aku tak pasti sempat utk update blog sblm raya atau tak. Jadi, aku amik kesempatan ni utk ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua kawan-kawan dan pengunjung blog ni. 10 jari aku susun memohon kemaafan dari korang andai ada tersalah dan silap.

Filed Under: Hentikan Kisah Picisan Itu

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. diane says

    October 11, 2006 at 9:27 am

    sowie xpdt berlama2an ngn ko smlm..tp amat2 tumpang sedih sama ngn cite ko tuh..sabar ye~

  2. iziana says

    October 11, 2006 at 2:31 pm

    innalillah…dari Allah kite dtg kpd Allah juge kite kembali
    atuk aku dulu plak meninggal masa pose 2nd last πŸ™

  3. nashrex says

    October 12, 2006 at 3:06 am

    innalillah..
    er.. knape xnak makan bubur lambuk?
    pasal tu kegemaran allahyarham atuk ko? aiseh~ pelik.. pelik..

  4. ejon says

    October 12, 2006 at 6:36 pm

    aku harap nak meninggal pada bulan ramadhan gak

  5. Mr. Kay Em Why says

    October 12, 2006 at 9:36 pm

    [quote comment=”1126″]sowie xpdt berlama2an ngn ko smlm..tp amat2 tumpang sedih sama ngn cite ko tuh..sabar ye~[/quote]

    tak pe πŸ™‚ thanks

    [quote comment=”1127″]innalillah…dari Allah kite dtg kpd Allah juge kite kembali
    atuk aku dulu plak meninggal masa pose 2nd last :([/quote]

    Semoga dia juga mendapat rahmat dan berada dalam golongan yg beriman πŸ™‚

    [quote comment=”1128″]innalillah..
    er.. knape xnak makan bubur lambuk?
    pasal tu kegemaran allahyarham atuk ko? aiseh~ pelik.. pelik..[/quote]

    err.. tak.. biasa aku nak makan bubur lambuk die masak dulu baru aku teringin nak makan bubur lambuk lain..

    [quote comment=”1129″]aku harap nak meninggal pada bulan ramadhan gak[/quote]

    aku rasa hampir semua umat islam mengimpikan mcm tu πŸ™‚

  6. cyclips says

    October 13, 2006 at 9:40 am

    innalillah.. takziah kay..

    thn ni thn ke2 aku beraya tanpa ayah… :((

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *