Review dan komen pasal BULI BALIK

Buli Balik - Kau ingat kau dah kuat?

Apakah yang akan anda lakukan jika diberi peluang untuk membuli balik insan yang pernah membuli anda?

Apakah tindakan anda jika insan tersebut yang sentiasa menghantui kehidupan anda pada masa silam tidak mampu
untuk bertindak untuk diri sendiri? Apakah yang akan berlaku jika insan tersebut diletakkan di bawah jagaan anda?

Sinopsis cerita Buli Balik:

Nordin (Afdlin Shauki) kini mempunyai segalanya – salah seorang rakan kongsi untuk syarikat perisian komputer miliknya, wanita idaman setiap lelaki, Ika (Nasha Aziz); dan Roy (Hans Isaac) yang sering membuli Nordin akhirnya tiada lagi menghantui kehidupannya.

Nordin kini ialah cerita sebuah kejayaan – pemimpin, baik hati serta pemurah. Bagi mereka yang mengenali Nordin, dia langsung tidak mempunyai sifat-sifat berunsur kejahatan dalam dirinya. Jauh sekali untuk membalas dendam terhadap mereka yang pernah menyusahkan hidupnya.

Sehingga pada suatu hari, dia diberitahu bahawa Roy masih hidup. Malangnya, Roy sekarang bukannya Roy dahulu. Roy mengalami hilang ingatan dan hanya Nordin seorang yang mampu mengembalikan ingatannya semula.

Nordin kini harus membantu Roy mendapatkan semula ingatannya yang telah hilang. Mampukah dia membantu insan yang selama ini menyusahkan kehidupannya?

Adakah dia akan menggunakan peluang ini untuk membalas dendam terhadap segala kejahatan yang telah dilakukan oleh Roy? – Sinopsis dari website rasmi Buli Balik

Ni adalah filem yg dah lama aku tunggu. Sejak melangkah kuar dari panggung wayang setelah menonton Filem Buli, aku mmg tertunggu2 Filem Buli part 2 ni. Tapi aku rasa sikit kecewa bila melangkah keluar dari Cineplex 2, GSC Mahkota Parade malam tadi. Penantian aku terhadap filem ini rasa tak berbaloi.

Aku dah baca review2 blogger2 lain semua. Mmg aku akui apa yg dierang semua komen. Filem ni masih mengekalkan elemen lawak tapi lebih bermakna sbb lawak2 tuh semua ade moral value. Apa yg kurang menyenangkan aku adalah ending yg aku tak dpt terima. Aku dan munir tertanya2. Bila masa Nordin kena tikam? Macam mana plak tangan kanan Nordin ada darah sedangkan luka dibahagian belakang. Bila masa dia pegang luka tu?

Dalam tidak puas hati terhadap ending filem ni, aku sedar, jalan cerita Buli Balik mmg ade kelainan yg ditonjolkan oleh Pengarah Filem yg aku minat ni. Jalan cerita yg mengandungi unsur lawak yg penuh dgn pengajaran. Antara adengan2 yg aku rasa menarik adalah :-

- Bila Nordin rasa marah sbb diejek oleh 3 org budak sekolah ketika dia melawat sekolah lama dia & roy. Kali ini, Nordin dah tak rasa rendah diri dgn kelemahan dirinya iaitu PERUTnya. Bagi Nordin, dia berdepan dgn masalah itu dgn cara memukul ketiga-tiga org budak tersebut dan mencampakkan basikal budak2 tuh ke dalam longkang.

"Saya menyesal atas apa yg saya lakukan semalam.."

- Adengan Nordin meminta maaf kepada Dr. Ika juga adalah satu adengan yg lain dari filem2 yg biasa kita tonton. Biasanya dlm filem2 Melayu, ada suara latar yg membaca surat ketika watak lain menerima surat tersebut. Dalam adengan ini, Afdlin juga menggunakan motif yg sama. Bezanya, Nordin benar2 berada di hadapan rumah Dr. Ika dan bukannya menggunakan suara Afdlin sbg suara latar.

- Adengan Nordin berhadapan dgn cermin dan menyatakan yg dia tak takut dibuli. Teknik yg digunakan menjadi dan tidak ada cacat.

Antara ayat2 yg menarik perhatian penonton :

"Betul ke dia ni hilang ingatan?" Nordin

- “Betul ke dia ni hilang ingatan? Mana tau nnt waktu saya tidur dia datang dia heng heng saya” ayat Nordin sambil menunjukkan aksi seperti pembunuh ingin menikam mangsanya.

Roy takleh tido. Nak tido sama2 dgn Tuan Nordin

- “Kalau kau nak tidur dgn aku boleh. Tapi ada 2 syarat. Pertama, tak boleh tidur dkt2. Kedua, mesti pakai seluar dalam.” ayat nordin bila Roy mintak nak tidur sama dgn dia.

- “Pasanglah aerial tu, aku nak tengok telenovela Venezuela Salmonela” ayat Syaf pada Roy ketika membuli Roy utk panjat bumbung rumah utk pasang aerial tv.

- “Saya terhantuk sikit je. Dr. Selina tertelan Lip Bum” ayat Dr. Ika menjawab pertanyaan Nordin selepas kereta Nordin terbabas ke bahu jalan akibat dihimpit samseng jalan raya.

Ada lagi satu yg menarik perhatian penonton. Berita2 dalam surat khabar ni…

Berita2 lawak dalam paper yg ada dalam Buli Balik

- Malaysia hantar ketupat gergasi ke Antartika.

- Melayu tak boleh hip hop sebab mulut tak tebal – Eminem.

- Saya tak tiru 50 cent – 60 sen.

- Katak meletup selepas cabar kerbau.

Kelemahan pada filem Buli Balik.

- Waktu babak ragbi masa Nordin & Roy lepak dkt padang sekolah. Apa yg digambarkan ialah pasukan ragbi sekolah terbabit sedang berlatih ragbi ketika itu. Apa yg silap adalah jersi yg dipakai oleh pemain2 tersebut. Mempunyai lambang UPM.

- Ending yg tak dpt diterima oleh kebykkan penonton. Seperti mana yg aku katakan awal tadi. Terlalu byk yg meragukan dalam adengan penamat tersebut.

Bagi aku, kepuasan menonton wayang adalah terletak pada jalan cerita dan juga penamat yg best. Ini adalah komen ikhlas aku sebagai salah seorang dari jutaan peminat Afdlin Shauki. Aku pinjam ayat SultanMuzaffar yg ade tertulis dalam blognya, “mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.”

P/s : 56 jam masa yang aku ambil utk siapkan review ni (termasuk makan, minum, tidur, mandi dsb). Susah jugak nak tulis review Filem ni yerk.. Nape dulu masa aku jadi JWG News Crew laju je aku buat review? urmm…

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. hetfield says

    nampaknye nak taknak kena tengok jgk cerita nie.bila lg nak pegi eh,lambat pegi karang dah abis pulak filem nie kat wayang..iskk

    [Reply]

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge