*Update terkini mengenai masalah dengan TM akan di update kemudian. Tolong jangan tanya entry ini*
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=xdwmytRWOjs]
Ibu, Umi, Emak, Mama, Mommy, Bonda dan mungkin banyak lagi gelaran-gelaran lain di dunia ni yang merujuk pada seorang insan yang sangat istimewa dalam hidup setiap manusia. Insan yang merupakan anugerah dari Allah untuk setiap orang. Insan yang bertarung nyawa untuk melahirkan kita.
Beberapa tahun kebelakangan ni, banyak promosi-promosi dan kesedaran untuk menyambut hari ibu. Tapi berapa ramai antara kita yang betul-betul tahu bilakah hari ibu di sambut? Dan berapa ramai yang sedar bahawa satu keunikkan tentang hari ibu, ianya di sambut pada tiap-tiap bulan (kecuali Jun) di setiap negara yang berbeza di dunia ini?
Ya! Hari ibu bukannya di sambut serentak di seluruh dunia seperti hari pekerja dan beberapa hari peringatan yang lain. Di Malaysia, Hari Ibu di sambut pada setiap hari ahad kedua pada bulan Mei. Jadi tahun ini, kita akan sambut hari ibu pada hari esok, 9 Mei 2010. Bagaimana dengan negara lain?
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=NI8jhenGarQ]
Banyak negara yang akan bersama-sama dengan orang di Malaysia menyambut Hari ibu pada Ahad ini. Antara negara-negara yang akan meraikan bersama Malaysia adalah Anguilla, Aruba, Australia, Austria, Bahamas, Bangladesh, Barbados, Belgium, Belize, Bermuda, Bonaire, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, China, Colombia, Croatia, Cuba, Curaçao, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Dominica, Ecuador, Estonia, Ethiopia, Fiji, Finland, Germany, Ghana, Greece, Grenada, Honduras, Hong Kong, Iceland, India, Italy, Jamaica, Japan, Latvia, Liechtenstein, Macao, Malta, Myanmar, Netherlands, New Zealand, Pakistan, Papua New Guinea, Peru, Philippines, Puerto Rico, St. Kitts & Nevis, St. Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, Samoa, Singapore, Sint Maarten, Slovakia, South Africa, Sri Lanka, Suriname, Switzerland, Taiwan, Tanzania, Tonga, Trinidad and Tobago, Turkey, Uganda, Ukraine, United States, Uruguay, Venezuela, Zambia dan Zimbabwe.
Sambutan hari ibu setiap tahun di sambut bermula di Norway (Ahad kedua pada bulan Februari), Israel (Shevat 30 – salah satu hari antara 30 Januari hingga 1 Mac), Georgia (3 Mac), bekas negara-negara Soviet, Vietnam dan Laos (8 Mac). Dan antara negara terakhir menyambut hari ibu setiap tahun adalah Panama (8 Desember) dan negara jiran kita, Indonesia (22 Desember). Terlalu banyak kalau aku nak senaraikan semua kat sini. Letih aku. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh baca di wikipedia.
Jangan lupa kenang jasa ibu anda. Sekurang-kurangnya ucapkan terima kasih padanya kerana melahirkan dan membesarkan anda. Bagi mereka yang ibunya telah kembali kepada Maha Pencipta, selalulah sedekahkan Al-fatihah pada mereka. Semoga mereka semua mendapat Rahmat dari Allah.
P/s : Selamat hari ibu untuk semua ibu-ibu di dunia terutama emak aku.
P/p/s : Tahniah pada Chika yang baru melahirkan baby Autumn. Selamat hari ibu untuk kau chika. Merasa kau sambut hari ibu tahun ni. :-p
amar haziq says
ooo..rupa2nya tarikh hari ibu tak sama untuk setiap negara
baru tau..huhu
.-= amar haziq´s last blog ..Aku di REMAJA TV3 =-.
salju says
tak sabar nak ucap hari ibu…
lagu M.Nasir tu best..banyak erti yang tersirat..
.-= salju´s last blog ..Aduh….Aku kena Tag lah Pulak…Tag yang pelik pulak tuh… try check..korang kena tak? =-.
faR says
kay, kenapa letak lagu Bonda tu? sedih ok.. dah la jauhhhhh nak celeb mother’s day ni 🙁
Kujie says
kejap lagi dah siang..nak balik kampung juga
nak sambut hari ibu…
.-= Kujie´s last blog ..Sayalah Mak Yang Paling Kepoh Di Dunia. =-.
sikochan says
selamat hari ibu buat semua ibu kat dunia ni terutama mak aku..
jasamu takkkan ku lupakan..
p/s: aku ingatkan hari ibu sambut pada hari yang sama bg 1 dunia..oo kini ku tahu
x-po says
selagi ibu kita masih hidup, hargailah mereka betul2…
wazy says
Tak sabar nak sambut hari ibu dengan ibu tersayang,pengorbanan para ibu terlalu banyak,jadi anak-anak mereka perlu menghargainya dengan sebaik mungkin
.-= wazy´s last blog ..Bagaimana wudhu’ zahir dan batin ? =-.
Mr Kay Em Why says
itu la. m. nasir buat lagu mmg banyak maksud tersirat =)
Mr Kay Em Why says
kira bertuah i tak letak lagu “Ayah dan Ibu” by Sudirman. hehe. kalau tak mmg lagi sayu la.
Mr Kay Em Why says
selamat hari ibu in advance kak jie! 😉
Mr Kay Em Why says
Tak semua negara sambut pada hari yang sama. Dah bertambah satu lagi pengetahuan am ko 😉
Mr Kay Em Why says
betul tu bro 😉
Mr Kay Em Why says
sangat2 betul bro 🙂
imran says
Hari Ibu ni promosi di TV dan media juga tidak kurang hebatnya. Selamat Hari Ibu..!!
Mr Kay Em Why says
semakin lama semakin hebat promosi hari ibu di media2 massa. semoga tidak sekadar promosi tanpa benar-benar menghargai jasa ibu. =)
mancai says
salam singgah, saya tak menyambut hari ibu… bagi saya hari2 itu hari ibu…. hargai ibu tiap2 hari bukan pada hari ibu… sekadar pandangan…
nannonanana says
hari ibu hari ibu hari ibu…..
Piston Pecah says
tanpa ibu,siapalah kita kan…
samanosuke_04 says
ops.. tadi baru baca post yang ada data sebijik kat post nie.. mesti source sama nie.. haha! papepun selamat hari ibu!
.-= samanosuke_04´s last blog ..Spring – Musim Picnic Kteorang.. =-.
hans says
hari2 hari ibu
saya sayang mak saya