“Aku kesian dengan tunang aku, ayah aku mintak duit hantaran RM15K, Mas Kahwin pulak separuh dari duit hantaran. Barang-barang hantaran semua mahal, handbag je dah RM2K”
Ingat lagi dengan entry Kenapa Lelaki …? Salah satu soalan yang terdapat dalam entry tersebut adalah “Kenapa lelaki suka alasan untuk bertunang”. Entry ini mempunyai kaitan dengan soalan tersebut. Mungkin tidak 100%, tapi ada kaitan bagi aku. Apa yang bakal aku kupas adalah salah satu sebab utama lelaki selalu mengelak bila perempuan mula bercerita nak kahwin.
Bila bercerita soal wang hantaran, KEBANYAKKAN perempuan akan berfikir dan mengatakan itu tugas lelaki. Itu tanggungjawab lelaki. Ramai perempuan yang merasakan mereka patut wang hantaran tinggi. Kadang-kadang ada yang sampai berlawan sesama sendiri. Mahu menang siapa paling tinggi. Cuba lawan standard para artis. Tanpa berfikir panjang tentang baik buruknya.
“Aku kesian dengan tunang aku, ayah aku mintak duit hantaran RM15K, Mas Kahwin pulak separuh dari duit hantaran. Barang-barang hantaran semua mahal, handbag je dah RM2K”
“Kenapa handbag sampai RM2K? Kenapa tak cari yang murah sikit?”
“Aku yang mintak. Aku nak handbag tu?”
“Kau kata kau kesian kat tunang kau?”
“Tu lah. Aku kesian tengok dia”
Aku teringat, setiap kali mak aku terdengar wang hantaran yang jejak puluh-puluh ribu, pasti mak aku akan kata “itu bukan nak kahwinkan anak. Itu jual anak namanya”. Aku sangat bersetuju. Apa relavennya meminta wang hantaran setinggi langit? Sebab kos untuk buat kenduri kahwin mahal? Itu sebab kau cari yang high standard. Walhal makanan tu lepas dari tekak dah tak ada beza pun. Yang berkhasiat jadi tenaga, yang tak berguna kita laburkan dalam bilik kecil. Goodie bag yang mengandungi barang-barang menarik dan ekslusif? Beritahu aku berapa ramai yang simpan barang-barang goodie bag yang diterima dari majlis kahwin? Tak ramai mana pun. Banyak yang jadi sampah.
Pendapat aku, perempuan tak patut meletakkan beban wang hantaran 100% pada lelaki. Bukan aku kata perempuan patut tolong cari duit untuk cukupkan wang hantaran, tapi meletakkan wang hantaran biarlah berpada-pada. Itu hanya adat, bukan diwajibkan dalam agama. Cuba fikir baik buruknya. Kalau kau minta hantaran tinggi melangit, sudah cukup simpanan bakal suami kau? Kalau belum mana dia nak cari? Merompak? Ramai yang terpaksa buat pinjaman peribadi. Sudah jadi satu beban. Lagi beban kalau minta pinjaman peribadi dekat bank semua di tolak, jalan terakhir hanya ah long. Kau ingat sekarang ni senang bank nak bagi pinjaman? Yang senang pun kadar faedah tinggi, umpama ah long berlesen. Dah berhutang, lepas kahwin suami kau sakit kepala nak langsaikan hutang. Kau pula dah pasti mahukan itu dan ini. Mana suami kau nak cekau duit?
Silap-silap makan ikan kering je hari-hari. Itu pon kalau ada. Kemudian kau tak tahan hidup begitu dan apa penyudahannya? Cerai? Kau kahwin untuk bercerai ke? Itu kalau pinjaman peribadi di bank. Macam mana pula kalau pinjaman dengan ah long? Hari-hari di ganggu, di simbah cat merah, terima ugutan, pindah sana sini untuk lari dari ah long. Kau pasti tidak tahan dengan semua itukan? Jadi kesudahannya? Bercerai? Pernah kau fikir semua ini?
“Bakal suami aku jurutera. Gaji lebih RM10K sebulan. Dia mampu nak beri wang hantaran tinggi mana pun”.
Ok, kalau dia mampu baguslah. Tapi pernah kau terfikir buruk dan baik selain yang aku nyatakan kat atas? Aku pernah terbaca artikel dalam salah satu surat khabar tempatan tentang kajian mengenai wang hantaran yang terlalu tinggi. Menurut artikel tersebut, dari kajian yang dibuat, kebanyakkan suami yang membayar wang hantaran yang tinggi seolah-olah cuba memisahkan si isteri dengan keluarganya. Kenapa? Alasan mereka, “saya dah beli awak dari orang tua awak dengan harga yang tinggi”. Sanggup kau dengar perkataan tu? Tak ke terasa seperti barang dagangan?
Hantaran yang tinggi tak bermakna kau akan bahagia dan hantaran yang rendah tak bermakna kau gagal “bersaing”. Aku rasa mereka yang meminta hantaran terendah/tidak meminta hantaran/membiarkan pihak lelaki menetapkan kadar hantaran adalah perempuan yang mulia. Dan aku tidaklah bermaksud mereka yang telah meletakkan kadar hantaran yang tinggi itu tidak baik. Itu hak masing-masing. Aku cuma ingin beri pendapat untuk membuka minda orang Melayu kita.
Aku rasa bertuah kerana hantaran aku tidak semahal orang lain. Mana ada orang letak kadar wang hantaran lebih rendah dari kadar aku sekitar tahun 2009/2010. Alhamdulillah.
Ini hanyalah pendapat peribadi aku. Tidak ada ditujukan secara peribadi pada sesiapa. Aku hanya terasa jengkel dengan sikap orang kita. Jadi aku hanya meluahkannya di sini. Pinjam kata-kata dari blogger SultanMuzaffar, “Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.”
Renung-renungkan dan selamat beramal.
saya_aRief says
wa….15k…manyak nye..
.-= saya_aRief´s last blog ..kUaNtiTi aTaU kUALiTi… =-.
SyaFF HebaT says
nak pinjam kata2 sultan muzaffar tu bole tak?
nk ltak status kat FB. 😀
.-= SyaFF HebaT´s last blog ..Rasa-rasa itu perit… =-.
Rara says
takyah lah nak berlagak. asal mampu sudah. kang nak berlagak lebih, berhutang pulak T_______T haih kesian lah lelaki kalau cari duit untuk kahwin macam nak tercabut nyawa!
.-= Rara´s last blog ..Apa kau akan rasa bila ada manusia macam ini? =-.
nurul says
woh…byk gila…Marriage is business now..haish…susah betul kalau dah macam ni..sy ada kawan yang husband dia loan nak dekat 20ribu for kawen je..gilos ah..
chika says
Family aku tak letak.
Prinsip ayah aku macam ni ; Kalau anak perempuan nak kawen, berapa lelaki nak kasi, ambik. Kalau anak lelaki nak pinang anak dara orang, berapa pihak perempuan nak, anak lelaki dia kena carik. (mati adek aku)
HAHAHAHA
Piston Pecah says
satunya sebab kadang-kadang wang hantaran mahal bukan sebab nak jual anak…banyak faktor….
dari segi belanja…ada mak bapak bukan nak buat mewah-mewah sangat tapi sekadar meraikan dengan cara yang termampu sahaja,dari mana datang duit itu?pinjaman bank?
kalau anak dara dia tuh tahap pelajaran dia sampai ke peringkat tertinggi pon satu sebab jugak kan…bukan apa,menghargai dia tapi taklah sampai hantaran tuh jadi tak masuk akal…tinggi dan terlalu mahal sangat…
cam abang gak pon..hantaran pon dalam 10k gaks…sebab dia ngn awek dia pon belajar sampai degree..dan juga tahap kemampuan masing-masing…
.-= Piston Pecah´s last blog ..[Filem] Kamsah – V3 Samseng Jalanan =-.
annadzirah says
hoho.
tapi manusia kat malaysia ni suka sangat jage tepi kain orang.
kalau letak sikit, mesti dorang cakap ;
“eh. laki xad duit ke?.”
“eh. ni mesti kawin sebab dah bunting….”
mulut orang.
kalau mulut tempayan, dah lame tutup ngn kuali buntut itam.
haih.
Zoul says
Ha ha ha.. aku tengok skrg ni memang ramai yg cecah 15k hantaran.. baguslah ramai yg dah mampu walaupun mungkin dgn meminjam. Persoalannya, apa beza dan istimewanya isteri dgn hantaran 15K dgn isteri yg hantarannya 5K? Aku masih mencari jawapannya…
.-= Zoul´s last blog ..Ujian Memandu =-.
Mimpi says
Biasalah manusia mahu tunjuk hebat dan megah dengan angka wang hantaran yang unik lagi tinggi mencecah puluhan ribu ringgit.
Megah di depan pandangan orang ramai tapi susah payah penyeksaan cari duit hanya diri tuan badan yang tahu.
.-= Mimpi´s last blog ..Sampai masa kau akan tanggung makan minum, pakaian,tempat berteduh ,dan lain-lain dengan usaha sendiri. =-.
Faridrashidi says
salam,
Saya pernah tulis berkenaan ni artikel.. http://www.faridrashidi.com/2009/07/07/mas-kahwin-60000/
.-= Faridrashidi´s last blog ..Apabila Persona Elegance Dirasmikan =-.
Mr Kay Em Why says
Rm15K tu dah kira mcm standard untuk orang sekarang. ko dah kawen? kalau belum, baik ready duit cepat. hahaha
Mr Kay Em Why says
betul! sangat tepat. Hope makin ramai yg sedar mcm rara ni 😀
Mr Kay Em Why says
RM20K loan boleh kira sikit jugak. Ada yg lagi banyak. Lepas kawen, sakit kepala pk hutang. makan pon kena catu. susah..
Mr Kay Em Why says
Terbaek! aku suka prinsip tu. So adik2 ko kena doa hari2 supaya hantaran tak tinggi bermula dari sekarang! hahaha
Mr Kay Em Why says
wang hantaran dan mas kahwin sebenarnya tak patut di ukur dari semua itu. Isteri aku pun degree juga, alhamdulillah, tak sampai RM10K.
“Saidina Umar bin Al-Khattab r.a berkata: Janganlah kamu melampau dalam meletakkan mas kahwin. Sekalipun mereka (perempuan) adalah orang yang dipandang tinggi di dunia, ataupun bertaqwa. Orang yang paling layak kamu contohi ialah Rasulullah SAW. Baginda tidak pernah memberikan mas kahwin kepada isteri-isterinya dan meminta mas kahwin untuk anak-anak perempuannya lebih daripada 12 auqiah (480 dirham).” (Hadis riwayat lima orang pengarang kitab sunan dan disahihkan oleh Tarmizi)
renung-renungkanlah 😉
(hadis di ambil dari http://www.faridrashidi.com/2009/07/07/mas-kahwin-60000/ )
Mr Kay Em Why says
itu la masalah orang kita. masalah orang melayu. itu salah, ini salah. tak pernah ada yang betul. sebab tu melayu makin layu. Kalau terus macam ni, sampai bila2 pon melayu takkan maju, malah terus layu dan kuyu.
Mr Kay Em Why says
setakat ni, yg aku nampak la. isteri RM15k KEBANYAKKANnya mintak tolong orang kedai makan atau orang gaji masakkan untuk suami. yg RM5K ni yg banyak masak sendiri untuk suami 😉
Mr Kay Em Why says
betul! tuan badan saja yang tau bertapa seksanya nak mencari duit tu. Otak dok ligat fikir mana nak cari duit siang malam. Memang betul org kata, orang nak kawen ni ramai yg mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak lalu. Sebab apa? sebab risau fikir pasal duit hantaran.
Mr Kay Em Why says
Salam,
saya patut mencari-cari dulu entry yg berkaitan dgn topik ni. saya tak sertakan mana2 dalil utk kuatkan pendapat saya. lain kali saya akan cari rujukan dahulu. terima kasih. menarik entry tu 🙂
ery says
kalau tak membebankannya tak jadi masalah.. tp, kalau membebankannya lebih kurangkan sikit.. xguna buat kenduri besar2 kalau hutang tak boleh dipikul…
.-= ery´s last blog ..Mac Yang Penuh Sejarah =-.
Luth Textile says
ermm.. takutla… mcm takut nk kawun
Hazwan Hakim says
pergh..kalo camtu bek aq plih isteri yg maskkn tuk suami..5k suda
PowerPuffGirlz says
problem nye lelaki yg sanggup….bkn pempuan yg memaksa..cube fikir..jgn salahkan pempuan je…
abdfatah says
aku tengah kumpul duit nak kawen nih… nak buat hantaran. hehehe..
p/s : lama tak jenguk blog ini… moga sukses selalu…
titan says
hehe..tapi paham2 la orang kita sekarangni. sikit ke banyak ke, tetap ada bunyi..
.-= titan´s last blog ..Komisen ke 52 dari TNX =-.
insan says
aku setuju 1120% ngn luahan/pendapat diatas..kita berkahwin utk bahagia dan gembira..knp harus bebankan bakal suami dengan hantaran yg setinggi langit..cukup secara sederhana n ikut kemampuan masing..sikit cara sikit..bnyk cara bnyk..yg pnting jgn mmbazir nbuat yg wajib..itu yg lebih baek.dr hantaran yg bnyk..tp membebankan n akhirnya membazir je..lbih baik pikirkan apa yg harus dibuat selepas alam perkahwinan..hehe..aku pon bakal berkahwin x lama lg..jd..ingt nk buat sekadar yg termampu dan bersederhana..x nk ikut2 org sgt..ikut diri sendiri..sendiri punya duit..sendiri suka la..hahaha
mr cat says
palotakkau kata 15k tu standard,tu sume nak nyusahkan laki tau x.minta mcm2,
mr cat says
hantaran puloh2 ribu,tapi masak pun x reti,hampehh punye bini
mr cat says
mak bapak sekarang ni mcm jual anak.anak baru abis sekolah menengah pun dekat 13k,mas kawin 5k.tu la punce2 org laki2 sanggup buat ape saje nak dapat kan duit utk kawin,
mr cat says
banyak la cekadak ppuan x pakse,kalau ppuan yg xpakse mmg xdenye hantaran mahal2.huhhh!ingat nak jual anak ke
katakcomey.com says
stuju sgt….
lebih baik kita permudahkan urusan permudahkan nie,
x guna letak hantaran mahal2 tkot2 pas kawen hdup x bhagia,X BERKAT..
so utk mendapat keberkatan BERSEDERHANALAH.
katakcomey.com says
stuju……!!!!!
Aku kacak says
hi semua, bagi pendapat aku la, kalo pihak wanita letak harga yang tinggi, lebih baik cari wanita lain, dia ingat dia sorang je bunga kat dunia ni.kalo bapak dia yang letak harga cam tu gak, ingat dia je kat dunia ni yang de anak perempuan je, lebih baik cari yang lain.belum tentu lagi dia lebih baik dari yang terbaru..kalau da sayangkan dia juga, sampai tua la nak tunggu si dia.aku sarankan lebih baik cari yang lain je.ajar wanita tu pe erti kehilangan kita sama ada harta dunia atau bakal suami yang di sayangi..
Addin says
Ape ke jadah bapak ko letak hantaran tinggi2..
sebaik baik wanita adalah yg paling rendah nilai perkahwinannya..
Duit n dunia ni lagi kite kejar lg die lari..
org yg ade duit byk pon dgr hantaran cam gitu pon sakit hati dgr..
serdahana sudah dlm semua hal..
irah baha says
aku tunang taun lepas..bulan 7…mak bapak aku letak hntaran x smpai 10k pun..mas kawen pun just sbuah al~quran…tp aku tgk tunang aku tu sampai skrg dok pening cari duit hantaran tu….kesian aku tgk….bayangkan la kalau ada owg yg letak hantaran sampai 15k..mas kawen pun letak mahal…lagi la pening si lelaki nk mencari duit nk bayar duit hantaran tu..tmbah2 kalau keja yg sederhana neh..tunang aku yg keja kerajaan pun da serabot gila nk cari duit nk buat hantaran..tmbah2 kaum adam yg keja besa2 ja…untuk KAUM hawa di luar sana tu..hope korang bertimbang rasa la sikit yer..bincang dgn mak bapak korang pasal hntaran yg bakal korang nk letak nnti…jgn smpai menyusahkan tunang korang nnti..lagi pun kalau kita letak hntaran tnggi mcm gunung pun blom tntu kta bahagia…orang yg letak hntaran murah pun bhagia jugak…DAN kita x pyh la nk megah2 dgn hntaran yg tnggi tu…x da mknanya pun…jgn smpai nnti bila da kawen..si suami korang ngunkit pasal hntaran korang.hehehe…KEBAHAGIAAN X BOLEH DIBELI DGN DUIT!! salammmmm…..
eda san says
nak kwen pon susah..xkwen pon susah…
moos says
kalu da letak harga tu, pakse la tu..kalu laki tu kate xmampu, kompem pmpuan tu jwb, u nk i ke xnk ni??
dindang87 says
org kita kurang menghayati hadis Rasulullah tentang mas kahwin ni…rata2 nk tunjuk sape famous je lebey…x sedar ke pesan Rasulullah : “Wanita yang paling berkat ialah yang paling murah maharnya dan mudah urusan perkahwinannya.”
p/s : aku memang cukup angin dgn family perempuan yg letak harga x masuk akal atas tiket sbb anak dara die 2 ade dgre / master / phD…
lala says
alamak, gua kawen kat thailand jer bebbb..dah 5 tahun dah gua kawen x masalah pun sampai sekarang, aduhai melayu2!!
alam says
As’salam smua sy orng luar dari pakistan . Sy kwin thun dpn kat sini … Xp dia minta hantaran bru 4k sja… Mula2 i fikr ni pun mahal xp laps i dangr ckp orng ke ni dah murah . Bru i rasa syok sekt.. Mas kwin pun x bnyak hnyak rm1100… I rasa dalm 10k bleh kwin kot. Baik kan mcm ni?
wand says
aku kawen taun lepas. tunang sbulan je. mase tunang mntua tetapkan 10k. Knduri umah aku lak bajetnye 5k. hntran lak bajetnye seribu. so aku nk pkai 16k.seminggu sblum nikah, duit kt tgn ade 7k je..maka tpakse la aku meminjam kt bos lg 9k, tp bos bg 5k je..hahaha kesian..mane nk cekau. Aku dh tdesak kaw2, aku discuss ngn bini aku, kira punye kira, cari pnye cari, maka jumpa lah jln pnyelesaiannye..ktorg buat hati kering, tolak tepi semua idea2 org tua, ktorg buat knduri cara ktorg..alhamdulillah, knduri belah pmpuan & belah laki bjalan lancar tanpa ada sebarang masalah dan kekurangan.Pelamin, catering, Photography, pkaian pengatin, dll sume lengkap. Siap ade videography lagi, hahahaha Total duit abeh utk dua2 knduri, lebih sikit dari 12 ribu lebih je. kalo nk cite cmne ktorg buat, x cukup space nnti..
Mr Kay Em Why says
Kalau sudi nak cerita, mungkin boleh jadi penulis jemputan atau boleh emailkan saja pada saya. Bagus utk dikongsi dan boleh di ikut oleh ramai lagi. amacam? 😉
Ctea says
betul3..citer la..panjang pun xpe 😀
khushairi says
Asalamualaikum.Aku nak share skit. Minggu lps family kitaorg baru dtg merisik ( jasin, Melaka ). dia x bgtahu family aku time tu nilai wang hantaran, diorg ckp nak bincang dulu. lps sampai kl mlm tu, aku call bakal tunang aku & tanyakan wang hantaran. Berdarau jantung bila dgr “mama mintak rm15k serba dua”. Mentang2 kitaorg org kl, tekan cukup2. 4org Adik beradik aku semua kawin dgn org KL dan kami pun asal Kl hantaran x lbh dr rm10k dan bagi berapa yg mampu sahaja & xpernah jadi benda2 pelik mcm aku skg. Esok tu aku call mak dia & bincang. alhamdulillah hantaran dpt dikurangkan ke 5k manjadikan jumlahnya rm10k. Apa pun semua ni boleh buat berbincang. Tp mak dia plak minta mas kawin rm777 (dia dah buattt dah..), aku suruh mak aku plak bincang dgn mak dia. akhirnya mas kawin dpt dikurangkan kpd nilai standart negeri rm40 kalau xsilap aku. So far semua berjalan lancar. Minggu dpn aku nak bertunang 07092013 & tarikh pernikahan kami aku pilih time bday aku 060413 (doakan utk aku semuanya berjalan lancar minggu dpn). Aku bergurau pada bakal tunang aku (amik hati la skit,mak dia dah kawtim dgn family aku) “kalau time tunang nanti, bila dah masuk campur org2 tua, saya xnak jadi apa2 perkara yg x menyenangkan pd rombongan saya nanti, kalau terjadi apa2, SAYA AKAN PERGI KE J.K.M @ RUMAH ANAK2 YATIM SAYA KAWIN JE DGN DIORG. SEKURANG2NYA HANTARAN TINGGI PUN SAYA PUAS HATI BERBANDING DGN AWAK YG SERBA CUKUP, SAYA PUN DPT PAHALA”. Pada aku, aku dan bakal tunang aku tidak mempunyai sebarang masalah relationship. Tapi bila dah masuk campur OTAI2 ni, aku pun jadi serabut skit. Aku selalu dgr cerita org pasal hantaran yg pelik2 ni, sekali kena kat batang hidung aku sendiri, baru aku faham. Sblm ni aku x amik port pun. Apa pun perbincangan yang penting, dan jgn pandang sesuatu perkara sbg benda utk MENGENAKAN kita. Mungkin anak pertama nak kawin & mak dia xada pengalaman lg dlm hal2 mcm ni dan satu kesilapan kecil. Aku nasihatkan kepada semua, bila dtg berkunjung kerumah org, dtg la dengan adab melayu, merendah diri dan berfikir sebelum bercakap. Insyallah, dari pertama kali kita berkunjung, kita bercakap, bakal mentua kita akan tentukan kita dari situ. Aku update lps blk bertunang minggu dpn. asalamualaikum
khushairi says
wand:- citer la, aku lg 6bln je nak nikah ni, kot2 bole dpt salurkan bantuan idea yg blh aku guna pakai. xnak citer kt sini, kai citer by point pun jadi la. hehehe..
linda says
Skadar nk kongsi..aku hntrn 5k..bkn aku y mntk..tp pihak laki y nk bg byk tu dia katr tu je y dia mmpu..kluarga aku xkate pape n xpnh ttp kan pn brape ptt dia bg..xpnh skali pn bncang psl wang hntran..mulanye aku rs mcm nk mrh pn ada knp murah sgt..tp aku reda..aku xtau pn suami aku buat pnjaman pribadi sb dia bg aku 5k je..lps kwin br aku tau..tp bkn smata2 tok ktorg kwin je rupenye..dia bg fmli dia siapkan rmh sparuh n sparuh lg dia jd kan smpana tok ms dpn kami..skrg aku dh xkesah dgn hntran aku 5k tu mlh aku bangga nk kongsikan dgn teman2..