Orange 4 Kay

Bukan Omongan Kosong

| Ambil DuitKu | LoveBaby.MY | Apesal.com |

Real Time Web Analytics

Creative Commons License
Orange 4 Kay by Mr Kay is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

Powered by AIMedia

Buah tangan sempena Ramadhan

August 5, 2010 by Mr Kay Em Why 81 Comments

Perasan tak widget ni kat sidebar blog ni sejak beberapa hari lepas? Ye, aku tau mesti ramai tak perasan sebab sidebar aku sesak. Haha. Aku sedar diri.

Sebenarnya inilah yang aku dok canang kat twitter sejak beberapa hari lepas. Buah tangan sempena ramadhan dari aku dan isteri aku. Ramai dok ingat kita orang nak menjual2 sempena ramadhan. Tak lah. Ini sumbangan kami pada muslim dan komuniti wordpress sempena bulan yang mulia ni.

Idea untuk buat plugin ni sebenarnya datang dari wife aku. Dia yang betul2 bersemangat. 90% dari plugin ni adalah hasil usaha dia dan aku hanya sumbangkan idea dan 10% code (untuk installation je sebenarnya). Plugin ni diusahakan selama beberapa hari sahaja. Plugin yang simple tapi di harap dapat beri manfaat pada semua.

Kalau ada yang bertanya, untuk blogspot tak ada ke? Aku minta maaf banyak-banyak. Kami tak sempat nak buat utk blogspot dan lain2 platform. Ini pun umpama bahan kajian kami. Pertama kali buat plugin. Dan ada yang bertanya, blog di WordPress.com boleh guna ke? Aku minta maaf juga. Aku dah cuba tengok2 di sana. Lansung tak boleh nak install apa2 plugin.

Kami terpaksa menangguh untuk melancarkan plugin ni sejak hari Ahad kerana kami baru belajar bagaimana untuk memasukkan plugin ke dalam direktori WordPress. Prosesnya agak memakan masa dan kami baru dapat pengesahan hari ni. Gembira rasanya.

Jadi, bagi yang berminat untuk menggunakan plugin ini, boleh ke blog Kay`s WordPress Lab untuk maklumat lanjut. Minta jasa baik kawan-kawan untuk sebarkan pada rakan2 blogger yang lain. Jangan lupa rate plugin kami di direktori wordpress ye! Oh ya, kalau ada masalah, boleh post di komen entry ni atau di laman rasmi plugin. 😉

Filed Under: Online Thingy, plugin, Wordpress Tagged With: kay`s wordpress lab, ramadhan, waktu berbuka, wordpress, wordpress plugin

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. Azuan says

    August 7, 2010 at 11:07 am

    Thanks bro untuk plugin ni.. mmg cun lah.. utk negeri area pantai timur ni ada x?

  2. Mr Kay Em Why says

    August 7, 2010 at 8:36 pm

    thanks bro. semoga ramai dapat manfaat dari plugin ni 😉

  3. Mr Kay Em Why says

    August 7, 2010 at 8:39 pm

    ni macam eksperimen/latihan utk kami belajar fahamkan macam mana nak buat plugin wordpress. tak terfikir pasal pahala pun mula2. Alhamdulillah. Moga2 ramai dpt manfaat dan kami dapat bekalan untuk di “sana” nanti.

  4. Mr Kay Em Why says

    August 7, 2010 at 8:40 pm

    ada bro. InsyaAllah lengkap satu Malaysia punya waktu 😉

  5. Azuan says

    August 7, 2010 at 9:14 pm

    wah bro.. terbaiklah.. mmg hebat lah bro ni..

  6. Azuan says

    August 7, 2010 at 9:25 pm

    Bro.. nak tanye.. bro pakai plugin apa utk comment reply notification tu? boleh bagi url plugin tu?

  7. mrnamie says

    August 9, 2010 at 1:50 am

    azuan, rasanya try search “comment reply notification” dekat add new plugin section.. harap dapat membantu.. hehe

    *nak plugin yang hantar email auto kat penulis komen kan?

  8. mrnamie says

    August 9, 2010 at 1:52 am

    Tahniah Mr dan Mrs Kay sebab berjaya cipta plugin untuk wordpress ni. Nanti Ramadhan insyaAllah mrnamie akan letak di blog MrNamie.

  9. Azuan says

    August 10, 2010 at 1:40 am

    thanks bro.. anyway, dh jumpe dah..

  10. Masokis says

    August 10, 2010 at 1:36 pm

    Taniah.. idea yang bagus ;D

  11. yanmie says

    August 10, 2010 at 4:24 pm

    salam..wah terbaik…skrg jugak plugin :P
    selamat berpuasa yea :)

  12. xmiec says

    August 10, 2010 at 10:20 pm

    salam,
    selamat berpuasa,

    ermm… bley x sy REQ waktu imsak plug-in tue
    dlm code html..

    sbb user bkn wp xbley nk install..

    TQ

  13. tarmizishukri says

    August 11, 2010 at 5:20 am

    baru install, nice :)

  14. FeezMior says

    August 11, 2010 at 6:06 am

    Kay, I dah guna. lupa nk beritahu. and dah vote pun.. Thanks for sharing ya. Good job bro.

  15. Mr Kay Em Why says

    August 11, 2010 at 11:21 pm

    anugerah Allah 🙂

  16. Mr Kay Em Why says

    August 11, 2010 at 11:22 pm

    thanks mrnamie. Terima kasih sebab menyokong =)

  17. Mr Kay Em Why says

    August 11, 2010 at 11:23 pm

    terima kasih 🙂

  18. Mr Kay Em Why says

    August 11, 2010 at 11:24 pm

    selamat berpuasa bro. Terima kasih kerana menyokong plugin ni 🙂

  19. Mr Kay Em Why says

    August 11, 2010 at 11:26 pm

    Salam,

    mintak maaf kerana terlewat sedikit. check entry baru saya utk code HTML http://orange4k.com/201008/widget-html-waktu-berbuka-bagi-blogspot/

  20. Mr Kay Em Why says

    August 11, 2010 at 11:27 pm

    thanks bro sbb sudi menyokong 🙂

  21. Mr Kay Em Why says

    August 11, 2010 at 11:27 pm

    thanks sebab guna dan vote. thanks a lot. maybe boleh try yg blogspot punya plak ke 😀

  22. Azuan says

    August 11, 2010 at 11:28 pm

    emm, boleh belajar dgn bro ni.. tiba2 lak jd minat nak tau cara buat plugin..

  23. Mr Kay Em Why says

    August 11, 2010 at 11:29 pm

    Alhamdulillah, berjaya gak siapkan. adik try ek. http://orange4k.com/201008/widget-html-waktu-berbuka-bagi-blogspot/

  24. Mr Kay Em Why says

    August 11, 2010 at 11:31 pm

    aku ni bab mengajar mmg hancus. biasanya anak murid aku lagi pening kepala. haha. guide semua ada dah kat wordpress.org dgn google. cari je. yg tak paham boleh datang bertanya 🙂

  25. Azuan says

    August 11, 2010 at 11:35 pm

    Oh.. ye ke.. ok bro.. anyway, ada something aku post tentang plugin ni kt blog aku..

  26. Lee says

    August 12, 2010 at 2:15 pm

    pergh..terbaekk la bro..
    buat banyak lagi bro..thank you!

« Older Comments

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *