Lama sangat aku tinggalkan blog ni tak berupdate. Kali terakhir pon postnya di update oleh penulis jemputan. Terlalu sibuk dengan urusan di dunia nyata. Dunia blog dan (kadang-kadang) twitter terpaksa di tinggalkan. Namun, atas beberapa sebab, aku cuba update malam ni.
Yang sebenarnya aku tidak tahan dengan perangai segelintir blogger yang boleh di katakan gila trafik.
Sebelum itu, pernahkah anda (yang sering datang bertandang ke blog ni) tertanya-tanya kenapa blog ni tak ada shoutbox?Β Sebenarnya sejak blog ni beroperasi beberapa tahun lalu, aku mmg ada letak shoutbox. Aku gunakan shoutbox buatan anak Malaysia, Msjbox. Namun sejak penghujung 2008 atau awal 2009 (tak berapa ingat), aku buang shoutbox tersebut. Ramai pengunjung blog lebih cenderung untuk memberi komen mengenai perkara yang di bincangkan di dalam entry di shoutbox tersebut. Akibatnya, komen-komen tersebut tidak dapat di simpan dalam arkib blog ini.
Lagi satu sebab, ketika itu ada satu sindrom pada blogger yang melalukan blogwalking. Mereka hanya masuk ke blog lain untuk shout di shoutbox dan lansung tidak pandang pada entry-entry yang ada. HANYA MAHU MENINGGALKAN JEJAK. Dan ramai orang Malaysia mula belajar menjadi spammer di shoutbox. Mempromosi blog/produk/MLM/skim cepat kaya/ebook dan apa saja di shoutbox tanpa segan silu.
Kini, setelah beberapa ketika usaha yg aku jalankan untuk menjauhkan mereka yang mempunya sindrom-sindrom yang aku nyatakan dari blog ini, timbul sindrom-sindrom yang hampir serupa tetapi menyerang di ruang komen pula. Ada beberapa blogger (yang aku dah kenal pasti) gemar masuk ke blog-blog lain dan spam komen di blog orang lain termasuk blog ini.
Apa maksud aku spam di ruangan komen? Maksud aku, komen yg di post tidak ada kena mengena lansung dengan topik entry dan semata-mata nak promote entry baru. Aku benci perbuatan ni. Hormatlah blog orang lain. Jangan buat seperti blog sendiri. Aku pasti semua orang tak suka orang lain buat spam begini pada blog kita kan. Kalau yang kata tak kisah, aku pasti, satu hari nnt korang akan rasa annoying jugak.
Aku bukan kedekut trafik. Aku sudah lama install plugin ComLuv. Itu satu cara untuk blogger lain promosikan entry terbaru kat blog ni. Trackback aku pun sentiasa terbuka. Tak pernah aku tutup. Gunalah cara yang betul. Jangan buat orang lain menyampah dengan kita.
Biasanya komen dengan link akan masuk ke dalam spam box akismet. Aku sangat-sangat jarang check spam box akismet. Elakkan masukkan link dalam komen melainkan link tersebut ada kaitan dengan topik yang di bincangkan. Aku agak strictΒ dalam perkara macam ni. Walaupun komen yg ditinggalkan berkaitan dgn topik yang di bincangkan, kalau ada link yang tidak ada kaitan, aku akan remove link dan approve komen. Bagi komen yang semata-mata untuk mempromote (tak ada kaitan dgn entry), aku akan set as spam. Untuk pengetahuan semua, kebanyakkan blog wordpress menggunakan Akismet utk menapis spam. Apa bila satu-satu komen di set as spam, pattern komen, link (dan mungkin nick, email dan url blog) akan di set dalam penapis di server Akismet. Ini bermakna, kemungkinan komen-komen anda yg sebenar (bukan spam) di blog wordpress yang lain akan di tapis dan di label sebagai spam. Impaknya besar! Jadi, berhati-hati!
Bukan niat aku menghentam sesiapa. Tapi sekadar untuk menyedarkan blogger Malaysia yang semakin sesat dan hanyut dalam mengejar trafik sehinggakan sanggup menjadi “pengemis trafik”. Ikut nasihat Ariffshah dan Kak Jie. Cipta jenama blog dan pastikan content entry berkualiti. Lepas beberapa ketika, pasti ramai yang akan sentiasa mengikuti blog anda dan pasti ramai yang subscribe RSS blog anda. Tidak perlu lagi mengemis trafik di mana-mana dan tidak perlu di benci sesiapa!
Mr Kay Em Why says
entry di tulis ketika marah tengah memuncak. tak ingat apa dah. haha.
Mr Kay Em Why says
hahaha. hampes mu sempat mengenakan aku. yg bab tu, kita cerita luar dari blog ye π
Mr Kay Em Why says
captcha tu macam sangat leceh pulak untuk kawan2 kita nak komen. Akismet dah cukup bagus sebenarnya π
jack says
tp sometimes askimet nih terlalu “protective” sampai ade komen yang bukan spam die ingatkan spam. seb bek bley manually approve
Mr Kay Em Why says
thanks. harap betul2 sedar dah tak buat lagi la π
Mr Kay Em Why says
dah lama nampak kak jie hint2 pasal ni kat blog kak jie. tp berlapis. nampak macam mereka ni tak paham. tp tak sangka kak jie suka entry ni sbb nampak macam terlampau emosi.
Bila kita ada content yang baik, jenama yg bagus, kita tweet sekali je. Ramai orang tolong promote sana sini. betul tak kak jie?
orang yg ajar orang lain buat perkara tak elok macam ni mmg tak tahu dah nak gelar apa. haih.
Mr Kay Em Why says
orang yg komen pendek2 pastu letak link tu termasuk dalam org yg aku hentam dalam entry ni. sbnrnya dia baca sikit je utk amik jalan selamat. komen setakat utk promote link. nampak sangat tak ikhlas.
comment box jangan di buang bro. tak sapa suh buang π
Mr Kay Em Why says
ko yg dah tua pon buat. udah2 la tu. bagi contoh tak baik. tsk tsk tsk
Mr Kay Em Why says
ko pk balik apa baik buruk ada shoutbox. lepas tu pk lagi baik ada atau lagi baik tak de π
Mr Kay Em Why says
ramai pro-blogger penah sentuh pasal shoutbox ni 2 tahun lepas. takde pro blogger yg pakai shoutbox π
zaryl says
masalahnya aku dh kena blacklist pulak. tp tadi dh kasi repot kat akismet dh. tunggu jawapan diorang je cmna
wazy says
Akismet memang terbaik setakat ni
dulu banyak dapat spam plagiat,nasib baik la kaismet ni ada
Mrs Imran says
hahaa suka ahh entry ni. patutlah smlm dok tengok tweet byk mention entry ni. neway, so far ni shoutbox i tu belum kene abuse lagi lah. ada la jugak once a while. tapi very rare. i letak pon sbb utk kasik kesenangan utk org2 yg jenis nk cepat nk contact i. nk karang2 email lambat sket, msg shout cepat.
Other than that, nk kasik org2 yg nk exchange link leave msg jugak. So far semua under control. Hehe. Mana yg iklan2 bagai mmg dipadam tanpa belas kasihan.
Tapi ada juga satu dua kali sengal mana tah yg dok promote link dia pastu suruh follow tk tentu pasal. Biarlah beradap sket, tanya berminat tak nk exchange link itu lebih beretika dari tk pasal2 turun dari mana tah suruh org follow. Kalau blog best, boleh la jugak layan…huhu. Tapi selalunya blog tu sure tk best. Hahaha.
erni says
erk? kekekeke.. cam garang sangat ke bunyinya? bukan garang dik. tegas je. mujurlah kay buat entry ni dan masih menggunakan bahasa yang molek. derang kenkadang melampau.
opss, ok tanak emo tak pepasal. nnt chat kat ym je. LOL
Khai says
nice entri.. aku dah naik muntah kedarah monitor2 benda2 promo ni.. sengih je la mmg kene padam.. so nasihat, xyah la penat2 nak komen kalau menyusahkan orang plak nak kene delete.. ciskek
arynet says
huh! satu artikel yang menarik, aku juga mempunyai perasaan seperti ini. Dulu juga ada shoutbox, inilah punca shoutbox dihapuskan.
Tapi di blog aku hanya open comment, tiada lagi pengesahan admin. Siapa nak komen silakan. Jangan mengarut sudah. Mark as spam nanti. hehe.
Sudah ada beberapa mangsa dihantar ke Akismet. haha. Rasakan.
Munir says
Hehe…best baca entri bro kay nie…a lesson for me sbg seorang newbie dlm dunia blogging nie :)
tp ltk jgk shoutbox tu wlupon tau ramai gak yg men lompat-lompat jer…ade yg men ltk link je, ade yg suwoh follow x tntu pasal n sbagainyalah…huhu
tp mgkn sbb skrg msih newbie kot n hepy go lucky jer, pndg sblh mata jela bnde2 tu…x pon wat hiasan je shoutbox tu…huhu
agaknye, klu dh lme2 nnt, bila dh bosan n sakit mate, bru bole dimansuhkan kot…haha :D
samdaddycool says
Dulu mula-mula berblogging, teruja ada shoutbox.. lama-lama rasa semak dengan spammer bertauliah. Samalah kita, dah singkirkan kotak ‘shoutspambox’..
mancai says
memang setuju benar apa yang di tulis tu…
Lee says
aku setuju..mane mungkin org nk lawat blog kita kalau content x best..sbb tu org yg kejar trafik kadang2 terpakse buat mcm tu..nak bagi org tinggal komen kat entri diorang..
bagi aku, org komen or tak komen x de hal pun..yg penting, kita share info..x semestinye x de komen org x jenguk..kite still bleh check traffic kat cpanel.. (aku pon bukan power sgt..)
anyway, nasihat yg sgt berguna daripada Mr Kay..Tq..
fery sunarya says
salam kenal……
sabar teman
syahirul says
amat setuju ngn point2 ko.. tapi shoutbox aku still ada :P hehehehe… tak perlu tinggalkan link dlm komen, ape guna commentluv rite?
Faarihin says
salam… melawat ke sini..
bagus penerangan dalam entri ni.. kalau ada yang tak faham lagi tak tahu lah..
mrs jamal says
sokong sangat2 orang yang datang jenguk blog kite cuma nak promot blog die jer..tnpa berminat pown nak tengok entry kita
Bro Framestone says
bro dah hampir 2tahun menjauhkan diri dari benda yang mampu menjana spam di blog