Orange 4 Kay

Bukan Omongan Kosong

| Ambil DuitKu | LoveBaby.MY | Apesal.com |

Real Time Web Analytics

Creative Commons License
Orange 4 Kay by Mr Kay is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

Powered by AIMedia

Blogger, tolong hormat blog orang lain

August 3, 2010 by Mr Kay Em Why 77 Comments

Lama sangat aku tinggalkan blog ni tak berupdate. Kali terakhir pon postnya di update oleh penulis jemputan. Terlalu sibuk dengan urusan di dunia nyata. Dunia blog dan (kadang-kadang) twitter terpaksa di tinggalkan. Namun, atas beberapa sebab, aku cuba update malam ni.

Yang sebenarnya aku tidak tahan dengan perangai segelintir blogger yang boleh di katakan gila trafik.

Sebelum itu, pernahkah anda (yang sering datang bertandang ke blog ni) tertanya-tanya kenapa blog ni tak ada shoutbox?Β  Sebenarnya sejak blog ni beroperasi beberapa tahun lalu, aku mmg ada letak shoutbox. Aku gunakan shoutbox buatan anak Malaysia, Msjbox. Namun sejak penghujung 2008 atau awal 2009 (tak berapa ingat), aku buang shoutbox tersebut. Ramai pengunjung blog lebih cenderung untuk memberi komen mengenai perkara yang di bincangkan di dalam entry di shoutbox tersebut. Akibatnya, komen-komen tersebut tidak dapat di simpan dalam arkib blog ini.

Lagi satu sebab, ketika itu ada satu sindrom pada blogger yang melalukan blogwalking. Mereka hanya masuk ke blog lain untuk shout di shoutbox dan lansung tidak pandang pada entry-entry yang ada. HANYA MAHU MENINGGALKAN JEJAK. Dan ramai orang Malaysia mula belajar menjadi spammer di shoutbox. Mempromosi blog/produk/MLM/skim cepat kaya/ebook dan apa saja di shoutbox tanpa segan silu.

Kini, setelah beberapa ketika usaha yg aku jalankan untuk menjauhkan mereka yang mempunya sindrom-sindrom yang aku nyatakan dari blog ini, timbul sindrom-sindrom yang hampir serupa tetapi menyerang di ruang komen pula. Ada beberapa blogger (yang aku dah kenal pasti) gemar masuk ke blog-blog lain dan spam komen di blog orang lain termasuk blog ini.

Apa maksud aku spam di ruangan komen? Maksud aku, komen yg di post tidak ada kena mengena lansung dengan topik entry dan semata-mata nak promote entry baru. Aku benci perbuatan ni. Hormatlah blog orang lain. Jangan buat seperti blog sendiri. Aku pasti semua orang tak suka orang lain buat spam begini pada blog kita kan. Kalau yang kata tak kisah, aku pasti, satu hari nnt korang akan rasa annoying jugak.

Aku bukan kedekut trafik. Aku sudah lama install plugin ComLuv. Itu satu cara untuk blogger lain promosikan entry terbaru kat blog ni. Trackback aku pun sentiasa terbuka. Tak pernah aku tutup. Gunalah cara yang betul. Jangan buat orang lain menyampah dengan kita.

Biasanya komen dengan link akan masuk ke dalam spam box akismet. Aku sangat-sangat jarang check spam box akismet. Elakkan masukkan link dalam komen melainkan link tersebut ada kaitan dengan topik yang di bincangkan. Aku agak strictΒ  dalam perkara macam ni. Walaupun komen yg ditinggalkan berkaitan dgn topik yang di bincangkan, kalau ada link yang tidak ada kaitan, aku akan remove link dan approve komen. Bagi komen yang semata-mata untuk mempromote (tak ada kaitan dgn entry), aku akan set as spam. Untuk pengetahuan semua, kebanyakkan blog wordpress menggunakan Akismet utk menapis spam. Apa bila satu-satu komen di set as spam, pattern komen, link (dan mungkin nick, email dan url blog) akan di set dalam penapis di server Akismet. Ini bermakna, kemungkinan komen-komen anda yg sebenar (bukan spam) di blog wordpress yang lain akan di tapis dan di label sebagai spam. Impaknya besar! Jadi, berhati-hati!

Bukan niat aku menghentam sesiapa. Tapi sekadar untuk menyedarkan blogger Malaysia yang semakin sesat dan hanyut dalam mengejar trafik sehinggakan sanggup menjadi “pengemis trafik”. Ikut nasihat Ariffshah dan Kak Jie. Cipta jenama blog dan pastikan content entry berkualiti. Lepas beberapa ketika, pasti ramai yang akan sentiasa mengikuti blog anda dan pasti ramai yang subscribe RSS blog anda. Tidak perlu lagi mengemis trafik di mana-mana dan tidak perlu di benci sesiapa!

Filed Under: Kritik & Review, Orange4k, Pendapat Peribadi, Ragam Manusia Tagged With: akismet, blogger, comluv, msjbox, shoutbox, spammer, traffic, trafik blog, wordpress

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. Mr Kay Em Why says

    August 4, 2010 at 11:13 pm

    entry di tulis ketika marah tengah memuncak. tak ingat apa dah. haha.

  2. Mr Kay Em Why says

    August 4, 2010 at 11:21 pm

    hahaha. hampes mu sempat mengenakan aku. yg bab tu, kita cerita luar dari blog ye πŸ™‚

  3. Mr Kay Em Why says

    August 4, 2010 at 11:24 pm

    captcha tu macam sangat leceh pulak untuk kawan2 kita nak komen. Akismet dah cukup bagus sebenarnya πŸ™‚

  4. jack says

    August 4, 2010 at 11:25 pm

    tp sometimes askimet nih terlalu “protective” sampai ade komen yang bukan spam die ingatkan spam. seb bek bley manually approve

  5. Mr Kay Em Why says

    August 4, 2010 at 11:26 pm

    thanks. harap betul2 sedar dah tak buat lagi la πŸ˜‰

  6. Mr Kay Em Why says

    August 4, 2010 at 11:29 pm

    dah lama nampak kak jie hint2 pasal ni kat blog kak jie. tp berlapis. nampak macam mereka ni tak paham. tp tak sangka kak jie suka entry ni sbb nampak macam terlampau emosi.

    Bila kita ada content yang baik, jenama yg bagus, kita tweet sekali je. Ramai orang tolong promote sana sini. betul tak kak jie?

    orang yg ajar orang lain buat perkara tak elok macam ni mmg tak tahu dah nak gelar apa. haih.

  7. Mr Kay Em Why says

    August 4, 2010 at 11:32 pm

    orang yg komen pendek2 pastu letak link tu termasuk dalam org yg aku hentam dalam entry ni. sbnrnya dia baca sikit je utk amik jalan selamat. komen setakat utk promote link. nampak sangat tak ikhlas.

    comment box jangan di buang bro. tak sapa suh buang πŸ˜‰

  8. Mr Kay Em Why says

    August 4, 2010 at 11:33 pm

    ko yg dah tua pon buat. udah2 la tu. bagi contoh tak baik. tsk tsk tsk

  9. Mr Kay Em Why says

    August 4, 2010 at 11:34 pm

    ko pk balik apa baik buruk ada shoutbox. lepas tu pk lagi baik ada atau lagi baik tak de πŸ˜‰

  10. Mr Kay Em Why says

    August 4, 2010 at 11:38 pm

    ramai pro-blogger penah sentuh pasal shoutbox ni 2 tahun lepas. takde pro blogger yg pakai shoutbox πŸ˜‰

  11. zaryl says

    August 4, 2010 at 11:48 pm

    masalahnya aku dh kena blacklist pulak. tp tadi dh kasi repot kat akismet dh. tunggu jawapan diorang je cmna

  12. wazy says

    August 5, 2010 at 12:45 am

    Akismet memang terbaik setakat ni
    dulu banyak dapat spam plagiat,nasib baik la kaismet ni ada

  13. Mrs Imran says

    August 5, 2010 at 4:02 am

    hahaa suka ahh entry ni. patutlah smlm dok tengok tweet byk mention entry ni. neway, so far ni shoutbox i tu belum kene abuse lagi lah. ada la jugak once a while. tapi very rare. i letak pon sbb utk kasik kesenangan utk org2 yg jenis nk cepat nk contact i. nk karang2 email lambat sket, msg shout cepat.

    Other than that, nk kasik org2 yg nk exchange link leave msg jugak. So far semua under control. Hehe. Mana yg iklan2 bagai mmg dipadam tanpa belas kasihan.

    Tapi ada juga satu dua kali sengal mana tah yg dok promote link dia pastu suruh follow tk tentu pasal. Biarlah beradap sket, tanya berminat tak nk exchange link itu lebih beretika dari tk pasal2 turun dari mana tah suruh org follow. Kalau blog best, boleh la jugak layan…huhu. Tapi selalunya blog tu sure tk best. Hahaha.

  14. erni says

    August 5, 2010 at 5:12 am

    erk? kekekeke.. cam garang sangat ke bunyinya? bukan garang dik. tegas je. mujurlah kay buat entry ni dan masih menggunakan bahasa yang molek. derang kenkadang melampau.

    opss, ok tanak emo tak pepasal. nnt chat kat ym je. LOL

  15. Khai says

    August 5, 2010 at 6:21 am

    nice entri.. aku dah naik muntah kedarah monitor2 benda2 promo ni.. sengih je la mmg kene padam.. so nasihat, xyah la penat2 nak komen kalau menyusahkan orang plak nak kene delete.. ciskek

  16. arynet says

    August 5, 2010 at 8:30 pm

    huh! satu artikel yang menarik, aku juga mempunyai perasaan seperti ini. Dulu juga ada shoutbox, inilah punca shoutbox dihapuskan.

    Tapi di blog aku hanya open comment, tiada lagi pengesahan admin. Siapa nak komen silakan. Jangan mengarut sudah. Mark as spam nanti. hehe.

    Sudah ada beberapa mangsa dihantar ke Akismet. haha. Rasakan.

  17. Munir says

    August 6, 2010 at 10:54 am

    Hehe…best baca entri bro kay nie…a lesson for me sbg seorang newbie dlm dunia blogging nie :)

    tp ltk jgk shoutbox tu wlupon tau ramai gak yg men lompat-lompat jer…ade yg men ltk link je, ade yg suwoh follow x tntu pasal n sbagainyalah…huhu
    tp mgkn sbb skrg msih newbie kot n hepy go lucky jer, pndg sblh mata jela bnde2 tu…x pon wat hiasan je shoutbox tu…huhu

    agaknye, klu dh lme2 nnt, bila dh bosan n sakit mate, bru bole dimansuhkan kot…haha :D

  18. samdaddycool says

    August 8, 2010 at 8:37 pm

    Dulu mula-mula berblogging, teruja ada shoutbox.. lama-lama rasa semak dengan spammer bertauliah. Samalah kita, dah singkirkan kotak ‘shoutspambox’..

  19. mancai says

    August 9, 2010 at 12:35 am

    memang setuju benar apa yang di tulis tu…

  20. Lee says

    August 12, 2010 at 2:27 pm

    aku setuju..mane mungkin org nk lawat blog kita kalau content x best..sbb tu org yg kejar trafik kadang2 terpakse buat mcm tu..nak bagi org tinggal komen kat entri diorang..

    bagi aku, org komen or tak komen x de hal pun..yg penting, kita share info..x semestinye x de komen org x jenguk..kite still bleh check traffic kat cpanel.. (aku pon bukan power sgt..)

    anyway, nasihat yg sgt berguna daripada Mr Kay..Tq..

  21. fery sunarya says

    August 14, 2010 at 1:16 am

    salam kenal……

    sabar teman

  22. syahirul says

    August 14, 2010 at 8:01 pm

    amat setuju ngn point2 ko.. tapi shoutbox aku still ada :P hehehehe… tak perlu tinggalkan link dlm komen, ape guna commentluv rite?

  23. Faarihin says

    August 20, 2010 at 1:04 pm

    salam… melawat ke sini..

    bagus penerangan dalam entri ni.. kalau ada yang tak faham lagi tak tahu lah..

  24. mrs jamal says

    August 21, 2010 at 5:30 am

    sokong sangat2 orang yang datang jenguk blog kite cuma nak promot blog die jer..tnpa berminat pown nak tengok entry kita

  25. Bro Framestone says

    October 14, 2010 at 12:33 am

    bro dah hampir 2tahun menjauhkan diri dari benda yang mampu menjana spam di blog

« Older Comments

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *