Lama sangat aku tinggalkan blog ni tak berupdate. Kali terakhir pon postnya di update oleh penulis jemputan. Terlalu sibuk dengan urusan di dunia nyata. Dunia blog dan (kadang-kadang) twitter terpaksa di tinggalkan. Namun, atas beberapa sebab, aku cuba update malam ni.
Yang sebenarnya aku tidak tahan dengan perangai segelintir blogger yang boleh di katakan gila trafik.
Sebelum itu, pernahkah anda (yang sering datang bertandang ke blog ni) tertanya-tanya kenapa blog ni tak ada shoutbox? Sebenarnya sejak blog ni beroperasi beberapa tahun lalu, aku mmg ada letak shoutbox. Aku gunakan shoutbox buatan anak Malaysia, Msjbox. Namun sejak penghujung 2008 atau awal 2009 (tak berapa ingat), aku buang shoutbox tersebut. Ramai pengunjung blog lebih cenderung untuk memberi komen mengenai perkara yang di bincangkan di dalam entry di shoutbox tersebut. Akibatnya, komen-komen tersebut tidak dapat di simpan dalam arkib blog ini.
Lagi satu sebab, ketika itu ada satu sindrom pada blogger yang melalukan blogwalking. Mereka hanya masuk ke blog lain untuk shout di shoutbox dan lansung tidak pandang pada entry-entry yang ada. HANYA MAHU MENINGGALKAN JEJAK. Dan ramai orang Malaysia mula belajar menjadi spammer di shoutbox. Mempromosi blog/produk/MLM/skim cepat kaya/ebook dan apa saja di shoutbox tanpa segan silu.
Kini, setelah beberapa ketika usaha yg aku jalankan untuk menjauhkan mereka yang mempunya sindrom-sindrom yang aku nyatakan dari blog ini, timbul sindrom-sindrom yang hampir serupa tetapi menyerang di ruang komen pula. Ada beberapa blogger (yang aku dah kenal pasti) gemar masuk ke blog-blog lain dan spam komen di blog orang lain termasuk blog ini.
Apa maksud aku spam di ruangan komen? Maksud aku, komen yg di post tidak ada kena mengena lansung dengan topik entry dan semata-mata nak promote entry baru. Aku benci perbuatan ni. Hormatlah blog orang lain. Jangan buat seperti blog sendiri. Aku pasti semua orang tak suka orang lain buat spam begini pada blog kita kan. Kalau yang kata tak kisah, aku pasti, satu hari nnt korang akan rasa annoying jugak.
Aku bukan kedekut trafik. Aku sudah lama install plugin ComLuv. Itu satu cara untuk blogger lain promosikan entry terbaru kat blog ni. Trackback aku pun sentiasa terbuka. Tak pernah aku tutup. Gunalah cara yang betul. Jangan buat orang lain menyampah dengan kita.
Biasanya komen dengan link akan masuk ke dalam spam box akismet. Aku sangat-sangat jarang check spam box akismet. Elakkan masukkan link dalam komen melainkan link tersebut ada kaitan dengan topik yang di bincangkan. Aku agak strict dalam perkara macam ni. Walaupun komen yg ditinggalkan berkaitan dgn topik yang di bincangkan, kalau ada link yang tidak ada kaitan, aku akan remove link dan approve komen. Bagi komen yang semata-mata untuk mempromote (tak ada kaitan dgn entry), aku akan set as spam. Untuk pengetahuan semua, kebanyakkan blog wordpress menggunakan Akismet utk menapis spam. Apa bila satu-satu komen di set as spam, pattern komen, link (dan mungkin nick, email dan url blog) akan di set dalam penapis di server Akismet. Ini bermakna, kemungkinan komen-komen anda yg sebenar (bukan spam) di blog wordpress yang lain akan di tapis dan di label sebagai spam. Impaknya besar! Jadi, berhati-hati!
Bukan niat aku menghentam sesiapa. Tapi sekadar untuk menyedarkan blogger Malaysia yang semakin sesat dan hanyut dalam mengejar trafik sehinggakan sanggup menjadi “pengemis trafik”. Ikut nasihat Ariffshah dan Kak Jie. Cipta jenama blog dan pastikan content entry berkualiti. Lepas beberapa ketika, pasti ramai yang akan sentiasa mengikuti blog anda dan pasti ramai yang subscribe RSS blog anda. Tidak perlu lagi mengemis trafik di mana-mana dan tidak perlu di benci sesiapa!
zaryl says
aku pn dh lama tak guna shoutbox. salah satu sbb mcm yg ko nyatakan tu la :)
tapi bab akismet tu ye ke? maknanya kalau si anu tu komen spam kat blog aku, akismet kat blog ko pn akan trace spam tu then si anu tu akan di ‘mark’ sbg spammer? hmmmm… bahaya kpd spammer untung pada kita hehe
Fazreen says
slow2 cipta brand sendiri….itu lebih baik..tak perlu mengejar trafik..tapi cari lah keseronokan berblogging…bila terlalu mengeejar sbb tu la rasa stress bila xupdate blog dan lain..
NoktahHitam says
Aku slalu dapat comment ‘cut & paste’. Senang je nak uruskan, mark as spam. Padan muke.
Shoutbox.. dari awal lagi aku tak suke, sbb tak bole control layout die.
Mr Kay Em Why says
ko perasan akismet ada mintak API key? itu la tujuan dia. setiap kali kita mark satu2 komen as spam, kita sebenarnya sedang mengajar sistem tu utk kenal komen tu ada ciri2 spam. so, akismet akan update filter dia. So peluang untuk komen macam tu nak terlepas lagi kat mana2 blog yg pakai akismet susah la. =)
Cik Nass says
sangat bersetuju dengan hujah kamu adik 0ren. :D saya jugak telah meng’remove’ shoutbox di dalam blog saya kerana masalah serupa. Mereka lebih berminat untuk melompat2 di shoutbox untuk meninggalkan jejak semata.
Terdapat jugak komen2 yang tidak berkaitan dengan entri tapi dia letak link blog dia SAHAJA! Wujud jugak blogger macam ni ea? Tidak membaca entri langsung. Input dia tak dapat. Output pun hampeh. Bila tengok kat blog dia, merapu jugak. :(
Anyway, harap mereka2 ini sedar lah, bahawa tindakan mereka ini jika dilakukan terhadap mereka sendiri jugak, pasti mereka akan cukup menyampah.
ariff says
biasanya orang2 macam tu datang dan pergi. bila dia tau link banyak masuk kat spam, lama2 nanti takdelah hilang la.
dan ya, bukan nak kutuk sesiapa. cuma benda ni etika berblogging. kalau etika takde, maka kualiti pun lama-lama nanti hilang. kita tak nak la benda ni berlaku dalam arena blogging di malaysia ni.
apa2 pun aku mungkin memerlukan pertolongan ko untuk setup cdn. waa…. pening habis dah ni
huda says
aku dah ame tak tgk chatbox kat blog sendiri. sekadar buat hiasan jer~ hihihi.. kalau tak ramai masuk blog aku pon, tak kesah~ hahahaha. tulis pon untuk diri sendiri, bukan trafik.. lalalalalala
ps: suka entry ini sebab selalu terkene. T_T
Anarm says
aku paling nyampah org tinggal ayat promot2 kt shoutbox.. hari2 masuk blog nmpk ayat sama je.. link plak ada jenis yg dah diringkaskan.. bukak shoutbox blog2 lain pn ade gak ayat yg sama, link yg sama, blogger yg sama.. “sila follow blog saya ye”.. pehal?
lagi 1 tak reti2 bila org ckp jgn masukkan permalink kt comment, die masukkan jugak.. aku dh fedap, aku delete terus komen2 yg tinggal permalink.. apa guna aku pasang comluv?
AyongQiela says
blog for fun, and lagi suka jadi silent reader, dr kecoh tak bertempat yg kte blogwalk or wat.
dulu mmg pernah, lame2 pikir bosan. so, takde nk wat mende tu now.
klu ade pon, kt beberapa kenalan yg terdekat sahaja. :)
tp respect each other tu perlu.
:D
nia_oii says
Mybe ada dklgn blogger bukan berblogging kerana hobby..tetapi nk mnjana..pendapatan..so x kisah rasenye…tp klw komen entry kat shoutbox rsenye agak keterlaluan
KNizam says
aku kadang2 abaikan saja shoutbox aku. paid tu! hehe :)
Mr Kay Em Why says
Sangat betul apa yang ko kata tu. Aku dah lalui semua tu. sekarang ni aku tak peduli pon trafik blog aku. cuma ramai yg belum sedar benda ni.
Mr Kay Em Why says
comment ‘cut & paste’ tu spam jenis baru. mark as spam je jalan terbaik. tapi kadang2 confuse gak bila baca. tak tau spam atau tak. haha
yerp, satu lagi sebab kenapa shoutbox menyusahkan. susah nak control layout blog utk mix dgn shoutbox.
Mr Kay Em Why says
lompat shoutbox adalah satu yg keji. Tapi di laung2kan blog walking. hampeh je.
Memang yg jenis ‘pengemis trafik’ ni entry dia merapu. sebab tu dia kena mengemis. kalau entry dia berkualiti, tak payah buat macam tu pon. berduyun orang datang.
Tak ada sapa yang suka blog dia ada parasit macam tu. betul tak?
Mr Kay Em Why says
Lama2 mmg hilang dan takkan dtg lagi. Tapi sindrom macam ni senang merebak. kalau semua blogger buat macam ni, hancurlah dunia blogging malaysia. tak gitu?
apa bantuan yg ko perlukan? YM aku bila aku tak idle 😉
Mr Kay Em Why says
blogging sebab minat, itu yg bagus. Bila blogging atas sebab lain, mmg jadi manusia yg buat orang lain sakit hati. itu yg tak elok.
Mr Kay Em Why says
itulah point aku. 100% sama. masuk blog org utk paste ayat sama kat shoutbox. Tak jumpa shoutbox, komen dia pegi hentam. menyakitkan hati je orang macam ni.
Mr Kay Em Why says
apa faedah buat macam tu? bukan dpt byk trafik pon. dapat buat orang sakit hati je yg banyak kan. so lebih baik fokus blog sbb minat. bukan sebab benda lain =) Hormat orang lain dan ruang orang lain itu sangat penting 😉
Mr Kay Em Why says
itu yang silap. dulu semua org berblog sebab minat. sekarang ni gembar gembur merata2 kata boleh dpt duit dari blog. berduyun-duyun org buat blog sbb nak duit. orang yg berblog sbb minat ni tak penah kisah pon dpt byk ke sikit. dpt cover utk hosting dgn domain setahun sekali pon dah bersyukur.
kalau nak jadikan blog sbg sumber pendapatan, kena ada etika la. kalau spam blog org lain utk dptkan trafik, org tu marah dan tak redha, duit yg dpt dari trafik yg kita dpt dgn menyakitkan hati org lain tu halalan toiyyiba ke? fikir2 dan renung2kan 😉
Mr Kay Em Why says
haha. selagi mata boleh tahan dengan sampah yang ada, ok la. aku dah tak larat. haha
menteil says
huhu.. abg kay dah marah.. ayok korang..
*err.. dikira spam ke nie? =)
aku memang perasan shoutbox tu disalah guna.. mula2 aku biarkan.. lama2 aku naik muak, aku buang.. macam dah takde fungsi.. (aku letak dulu pun tak tau kenapa, semata2 nak ikut blog orang lain ada)
orang yang buat kerja dengan tak ikhlas meamng selalu rugi.. nak trafik tapi kualiti tetap hampeh!
“blogger Malaysia yang semakin sesat dan hanyut dalam mengejar trafik sehinggakan sanggup menjadi “pengemis trafik”.”
– woo.. i like!! huhu..
erni says
agreed with u dik. malas nak keji orang camni. blog akak pun tak dikenali tapi peduli apa kan? sah² akak buat blog untuk akak. bukan untuk orang lain pun.
akak kalau orang tinggalkan spam dan style konon ziarah menziarah nak suruh melawat balik kejadah semua, mampus tak layan. biasanya, akak remove je terus. berani buat kat blog akak. ko nak terasa ke ape, gi mampus sana. orang takde adab camtu takleh dilayan sangat.
denaihati says
aku memang dari awal tak letak shoutbox sebabnya majoriti top blogger luar dan dalam negara tak nampak pun shoutbox kat blog diaorang.
ejam says
camtu ler bagus, biar mereka2 tu tak terlepas dari hukuman akismet…hehe
hanisaleeya says
ah, sinrom ni memang susah dihapuskan….
Affan says
Bagus entry ni. Nanti lama2 pun aku ingat nak buang shoutbox. Aku baru tau msjbox tu Malaysian punya gak. hehe
diraja22 says
mmg mcm2 ragam blogger2 ni..
zuls says
setuju! cipta jenama blog sendiri biarpun slow.. :D
Cik Nass says
biasanya blogger macam tu cepat bosan dan akhirnya stop. Tapi, type yang macam ni patah tumbuh hilang berganti, datang dan pergi. Layankan aje…~ Hahahah..~
mijie says
setuju dengan bro, shoutbox sesetangah org suka sbb nak dptkan trafik, tapi ramai yang menyalahgunakannya
lagi satu komen yg takder kaitan dan masukkan link, selalunya aku remove je link tu
apa2 pun jgn jadi blogger yg berpaksikan kepada trafik, jadi original ok
Encik Luth says
wah garangnya entry kali ini.
apa yang hang tulis ada maknanya. kena lebih beradab dengan orang lain. orang respek kita, kita respek orang.
Kreuger says
rasanya bro.. aku dah lama hilangkan chatbox aku tu. memang tempat spam pon. tapi aku tadek la kesah sangat mende tu. biasa la blogger baru… selalu nak tarik perhatian.
aku cuma nak tau hang macam mane sekarang ni bro. ok ke? maksud aku yang aku selalu tanye tu. aku harap jumpe jalan penyelesaian ye. masalah kita hampir sama. aku jugak sedang berusaha bro. bebanyak bersabar ye. KITA SERUPA…
Nota: cume perut hang je advance kedepan skit dari aku.. hehehe
imran says
Komen SPAM paling letih nak ditangani. Terpaksa juga guna aplikasi ala captcha untuk elakkannya.
Blogger yang suka promote blog dalam komen tu sebenarnya baru nak rasa berblog. Lambat laun mereka akan tahu hakikat sebenar :D
landax says
thankz 4 da info..entri yang menarik dan menyedarkan ramai blogger~
Kujie says
owh kay…………. rasa lega kerana menulis entri ini..rasa nak tweet tiap hari!
dulu- dulu…selalu juga edit komen – buang anchor link yang dispam tu, publish juga komen dia..sekarang ni….terus mark as spam. Penat nak layan.
ada juga yang datang komen copy paste – ucap salam , tanya khabar tanpa komen entri – utk apa? kalau tiap2 hari komen yang sama dan kita pun akan jumpa komen yang sama di blog lain…
sekarang ni kalau org nak cakap – sombong ke hape pun dah tak heran..dah 5 tahun berusaha utk berada pada tahap sekarang dan sekarang ni nak menikmati hasil usaha penat lelah dulu…dah tak peduli lagi bab trafik…
lagi sadis, cara mereka buat anchor link promote itu dibuat tutorial mengajar orang lain…merebaklah jangkitan ni!
Mr Kay Em Why says
kita mesti ajar akismet utk hukum mereka ni 😉
Mr Kay Em Why says
shoutbox tu dah hilang fungsi kalau semua org bersikap macam ni. hampeh.
ramai blogger muda ni di sumbat dengan pemikiran jadi kaya dgn iklan kat blog. itu yg jadi gila trafik. nak sentiasa ada entry baru tp takde idea yg berkualiti. itu yang susah.
walau pun aku baca komen ko lepas beberapa jam aku tulis entry ni, aku terkejut ada ayat yg ko copy paste. aku tak terigt lansung aku ada tulis ayat tu. nampak sangat aku terlampau marah masa tulis entry ni. HAHA
nash says
nice entri..
yelah..ramai gak yg just comment gne shoutbox..
bukan aper..kalau ramai yang kome kat situ jerk..sikit ar komen2 yang diberi kat dalam entri kite…
serius memang still ramai gak yang spam kat komment box…benci tol..sometimes ader sorang blogger nie komen ringkas sangat…
contohnyer:
waa….bestnyer jadi kartun..
entri terbaru: http://blalalalaa/………….
so,diorang suke2 jerk nak prmote entri dye,tapi komen macam tak bace entri pon…
tapi aku still xmau buang commment box sebab aku nie masih blogger baru,xterkenal…so kene la promote blog aku dulu ehehehhee
Mr Kay Em Why says
marah betul kak cepotet. tapi mmg betul, org tak beradap ngan kita, tak patut di layan lansung. tp jgn marah2 sgt ye kak 😀
serol says
dah sedar, dah sedar.. tp kdg2 berblogwalking utk mempromote blog sendiri. tp bukan spam di shoutbox, tp komen di entri. kenalkan cara pemikiran kita dgn blogger tuan rumah yg kita datang jenguk tu. :D
topo says
aiseh.. terasa la plak.. hahaha semenjak 2 menjak ni aku rajin terjah shoutbox org utk memperkenalkan cisdel.com hohoho
Nizam6281 says
Ni rasa nak buang shoutboxx
Tension tengok orang spam link jek
Grrr
Mr Kay Em Why says
bila ada yg mulakan, pasti sukar nak dihapuskan
Mr Kay Em Why says
Msjbox tu mmg usaha anak malaysia. Barangan buatan tempatan 😉
Mr Kay Em Why says
lain orang lain ragam. bila dah ramai sangat, banyak la ragam 🙂
Mr Kay Em Why says
macam ko la bro. Cipta jenama. lama2 orang kenal. Tweet sekali je, lepas tu org RT. tak perlu jadi jadi pengemis trafik nak tweet benda sama 5 minit sekali, masuk blog org spam shoutbox dgn komen blog org lain. busuk punya perangai
Mr Kay Em Why says
sama macam aku la. kalau link tu ada kaitan dgn entry, aku boleh biarkan. kalau takde kaitan mmg kena remove free2 la kan.