Aku rasa ramai yang dah baca entry Staff @TMCorp Tak Tahu Buat Kerja Ke? Malah ada yang sampai ke blog ini kerana entry tersebut. Seperti yang aku janjikan, aku update apa yang terjadi selepas entry tu di postkan di blog ni.
Alhamdulillah, entry tersebut berjaya menarik perhatian ramai dan paling penting, ada staff TM yang kata entry tersebut hangat di kalangan staff dan berjaya membuka mata pihak atasan TM. Sejauh mana kebenarannya, aku tak pasti. Entry tersebut juga merupakan entry paling popular di blog ini setakat ini. Ada lebih 100 komen dan aku tak larat nak reply satu persatu (maafkan aku). Ramai juga yang bagi nasihat macam mana nak atasi masalah ni. Terima kasih banyak-banyak. Tak lupa jugak, entry tu menjadi semakin panas bila seseorang yang menggunakan nama “You Know me right!!” dan menggunakan e-mail help@tm.com.my bila komen di blog ini dan meninggalkan komen yang lansung tak membantu malah membuatkan ramai pengguna Streamyx dan pelanggan TM menjadi sakit hati kerana perlu berterima kasih pada TM sebab sponser banyak event di Malaysia tanpa sedar yang duit tu datang dari pelanggan jugak.
Hari Isnin, 26 April 2010 (hari pertama bekerja selepas aku publish entry panas tersebut), aku dapat e-mail dari Cik Hanani, Staff bahagian aduan TM mengatakan aduan aku telah di failkan. Keesokkan harinya, sekitar jam 12 tgh hari aku dapat call dari Cik Rehan, staff TM yang bertanggungjawab untuk menguruskan aduan aku. Cik Rehan kata arahan dah dikeluarkan untuk pasang jumper untuk streamyx aku selepas waktu makan tengah hari, hari tersebut. Lepas beberapa minit perbualan, baru tersedar yang TM beri aku pakej 1Mbps dan bukan 4Mbps seperti yang aku mintak. Jadi mintak Cik Rehan check balik sebab aku mahukan 4Mbps dan bukan 1Mbps.
Masa aku tunggu Cik Rehan confirmkan balik tentang pakej 4Mbps tu, aku cerita kat wife aku tentang berita yg Cik Rehan sampaikan. Kami rasa ragu-ragu untuk terima tawaran TM tersebut. Kebetulan pula waktu tu kabel bawah laut TM ada masalah. Jadi kami rasa mungkin kami akan berdepan dengan masalah connection, kerenah operator TM dan macam-macam lagi, kami mengambil keputusan untuk meminta TM hold on proses jumpering sementara aku menunggu berita dari Jaring. (Hari aku publish entry tersebut, aku ada buat permohonan penuh untuk Jaring Broadband). Kalau streamyx buat jumpering terlebih dahulu, Jaring akan ada masalah masa nak buat jumpering sbb Jaring menggunakan Talian telefon TM.
Aku telefon Cik Rehan semula. Meminta semua proses ditangguhkan terlebih dahulu. Aku kata lebih prefer Jaring Broadband. Kalau Jaring tak boleh nak provide aku service broadband, baru aku terima Streamyx. Cik Rehan cuba memujuk aku dengan offer2 Blockbuster Deal. Tapi bagi aku, apa gunanya barang-barang percuma tu semua kalau connection selalu drop? Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku yang lepas-lepas dan juga pengalaman orang lain. (Lagi pun wife aku pernah bekerja dengan Streamyx masa baru grad). Dah hadam sangat dengan masalah-masalah Streamyx. Lagipun, bila kata port di satu-satu kawasan tu dah penuh, besar kemungkinan streamyx kawasan tersebut dah congest. So chances untuk menghadapi masalah dengan Streamyx tu tinggi. Ini teori aku semata-mata.
Aku tanya juga dengan Cik Rehan macam mana TM boleh nak pasang jumper untuk line aku sedangkan sebelum ni kata port penuh? Jawapan yang aku terima, port yang diberikan pada aku waktu tu adalah port simpanan. Port cuma akan ditambah kalau ada banyak request. Erm. Aku tak nak komen banyak-banyak bab ni.
Ramai juga staff TM yang cuba hubungi aku melalui e-mail selepas membaca entry aku. Katanya dapat arahan dari ketua masing-masing. Alhamdulillah. Masih ramai staff TM yang tahu tanggungjawab mereka. Aku ucapkan terima kasih dan minta maaf andai kata tulisan aku dalam entry tersebut ada membuat sesiapa sakit hati. Aku terpaksa menolak semua pelawaan bantuan dari staff-staff TM ni dengan baik memandangkan aku sudah pun berurusan secara rasmi dengan Cik Rehan. Lebih mudah berurusan dengan seorang dari ramai-ramaikan? Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan sekali lagi.
Di pendekkan cerita, seminggu lebih lepas tu aku dapat pengesahan dari Jaring bahawa line aku telah di jumpered dengan Jaring Broadband. Itu pun ada la masalah kecil-kecil berlaku. Tak perlu aku cerita. Yang penting, aku selamat menggunakan Jaring Broadband. Walaupun cuma 1Mbps, tapi bagi aku jauh beza dengan kualiti 1Mbps Streamyx. Kenapa? Sebab sejak aku aktifkan Jaring Broadband aku ni, sampai sekarang aku masih dapat IP yang sama. Connection tak pernah drop lansung. Uptime connection aku dah hampir 2 minggu tanpa disconnected lansung. Lebih memeranjatkan, wife aku boleh tertengok full movie streaming (dia ingat itu trailer mula-mula) tanpa buffer lansung dan speed internet aku seperti tidak terganggu lansung waktu itu (aku tengah surfing waktu tu).
13 Mei 2010, TM menjemput aku ke twtup tertutup mereka. Mulanya aku rasa malas nak pergi. Tapi aku terasa ingin tahu apa sebenarnya agenda TM mengadakan twtup, jadi aku pun menjejakkan kaki ke tingkat 54, Menara TM. Sampai sana, aku disambut dengan makanan-makanan yang sedap dan menyelerakan (HAHA!). Lepas tu ada sedikit presentation mengenai UniFi (HSBB). Tetamu yang di jemput malam tu tak ramai tapi boleh kata hampir semua hebat-hebat belaka profile. Salah seorang dari tetamu, orang yang aku selalu dengar kehebatannya dalam teknologi dan pernah bekerja dengan company CDN nombor satu di dunia. Dan salah seorang dari wakil TM yang ada di majlis tersebut adalah CEO TM sendiri, Dato Zam.
Dalam sesi soal jawab, banyak isu yang timbulkan. Pelbagai masalah berhubung dengan TM Point, Streamyx, UniFi dan macam-macam lagi di ketengahkan. Boleh katakan perbincangan pada malam tersebut adalah perbincangan dua hala. Semoga TM dapat meningkatkan lagi taraf perkhidmatan dari feedback yang di berikan semasa twtup tersebut.
Selepas majlis, aku berjumpa secara personal dengan Dato Zam. Aku ceritakan masalah yang aku hadapi dengan TM walaupun kes boleh dianggap sudah selesai. Aku cuma mahu dia tahu apa yang berlaku dan dia boleh fikirkan jalan terbaik untuk mengelakkan orang lain menghadapi masalah seperti aku. Aku ceritakan juga pengalaman aku yang pernah di blacklist oleh CCRIS pada umur 20 tahun yang berpunca dari kesilapan staff TM suatu ketika dulu. Aku ceritakan juga tentang pelawat blog aku yang menggunakan nama “You Know me right!!” yang berkemungkinan besar adalah staff TM.
Respon dari Dato Zam, mengenai “You Know me right!!”, apa yg dia cakap tak ada kena mengena dengan kes aku dan dia tak perlu timbulkan semua itu. Mengenai masalah TM Point Kelana Jaya, Dato Zam kata dia pernah menyamar menjadi pelanggan di TM Point Kelana Jaya dan tak ada siapa yang kenal. Dato Zam juga kata dah banyak terima aduan berkenaan dengan TM Point Kelana Jaya.
Aku juga berikan cadangan kepada Dato Zam supaya pelanggan TM diberi pilihan untuk tidak menerima bil fizikal (kertas bercetak) dan digantikan dengan bil online dan berikan rebet kepada pelanggan-pelanggan ini kerana menyokong untuk mengurangkan penggunaan kertas. InsyaAllah akan di laksankan selepas di pertimbangkan.
Apa pun, dari kes ini, aku memang jadi bengang, marah dan menyampah dengan TM Point dan call center (100). Aku tak sanggup berurusan dengan mereka lagi. Sebab tu aku memilih untuk menggunakan Jaring. Aku nak buat perkhidmatan auto debit untuk bil aku pon tak buat lagi sebab berat rasa kaki nak melangkah ke TM Point.
mila malai says
just wanna share bro…..
if rasa nk terminate or potong telipon…potong laa cepat2 sbb tm ambil masa 7-14 hari utk potong…..ade yg amik mase sebulan, dgn alasan masalah sistem…dan korang terpksa bayorrr lerr wlau pun korang dah mmg x nk pkai dlm mase tu gak….so wat the point kene bayor that 14 days…i dont know…..tu mmg process utama…kalau ade cs yg bijak pandai…mmg aku tadah jer laa muke ni kene maki…kalau rasa nk pindah cepat2 la potong…kalau x nnti time tu nk pindah time tu nk gi isi borang potong pastu org baru masuk…mmg abihla korangnyer 14 hari tu org baru pkai…
berkenaan report 100, x blh nk slhkn diaorg dan jg tmpoint…sbb tm suka ubah2 procedure….1st akunyer pengalamn keje…bos cakap kalau downgrade ke upgrade stx kene sambung kontrak baru sdgkan hanya upgrade shja perlu wat kontrak baru…downgrade smbg yg lama….aku x pasti knp info dia tukar…sdgkan aku call staff dr tmpoint laint sama mcmana info yg aku ade….peningkan keje aku…camne aku nk respect dia…aku pun x thu laa(coz ade 2-3 sbb lain…..sbb hari 1st dia bg arahan pada bdk tmpoint…semua buat muka bodo x layan…dah keje baru tahuuu….camnerr laa staf nk pandai kalau yg ajor pun ketam batuuuuu…..
to my bos …..jgn laa nak nama hingga abaikan kepentingan dan kebajikan staff….bnyk efek2 pd service pd customer…..