Masalah ini telah selesai. Sila rujuk entry http://orange4k.com/201005/masalah-dengan-tmcorp-selesai-terima-kasih/ . Terima kasih kepada semua yang membantu.
Sengaja aku letakkan twitter TM di tajuk entry supaya dapat perhatian dari mereka. Kalau anda adalah pegawai atasan TM, sila baca aduan ini dengan teliti! Ini adalah aduan serius dari pelanggan TM! Jangan asyik nak butakan mata dan pekakkan telinga dengan aduan-aduan kami. Pendapatan anda bersumberkan duit kami!
Sebelum aku mulakan aduan aku, aku ingin jelaskan bahawa tidak semua kakitangan TM berperangai seperti mereka yang terlibat dalam kes aku. Kawan-kawan aku ramai yang bekerja dengan TM dan ada yang cuba menolong aku dalam kes ini tetapi tidak mampu. Bak kata orang, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jadi bagi mengelakkan dari sebelanga susu rosak, maka aku akan sebutkan nama-nama nila (staff TM yang terlibat dalam kes aku) ni. Entry aku ni bukan semata-mata aduan yang buruk-buruk, tetapi ada juga pujian pada mereka yang membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kes aku.
22 Mac 2010 – Isnin
Aku ke TM Point Kelana Jaya sekitar jam 2 petang. Terpaksa tunggu giliran sehingga jam 4.10 petang, baru sampai giliran aku untuk berurusan di kaunter pendaftaran. Aku berurusan di kaunter 3, di jaga oleh staff perempuan lewat 20-an, berbadan sedikit berisi (aku tak tau nama sebab tak nampak tanda nama). Aku nyatakan yang aku mahu daftar untuk talian telefon sahaja. Staff tersebut bertanya pada aku kenapa tak mahu daftar untuk Streamyx sekali. Aku pada mulanya memang berniat untuk daftar Jaring Broadband. Lepas mendapat beberapa info mengenai pakej BlockBaster Deal dan setelah di periksa dalam sistem aku boleh mendapatkan Streamyx 4Mbps, aku akhirnya setuju untuk daftar Streamyx. Tapi aku hanya daftar untuk 2Mbps kerana waktu itu pakej 4Mbps masih berharga RM160 sebulan. Di luar bajet aku.
Sewaktu berurusan di kaunter, staff perempuan berkenaan ada berbual dengan pelanggan di kaunter 2. Aku tidak faham hujung pangkal. Apa yang pasti, yang dibualkan berkaitan dengan hal teknikal streamyx. Staff yang melayan aku tiba-tiba berkata pada staff yang menjaga kaunter 2, “Khairul, lepas ni awak take over customer ni. Akak tolong setupkan benda tu. Ni cuma register je. Dah nak siap pun.” Lebih kurang begitulah. Aku ingat staff yang jaga kaunter 2 tu sebab nama dia sama dengan nama aku.
Khairul ni pun ambil alih tempat staff perempuan ni dan terus menaip di komputer untuk beberapa minit. Lepas tu dia nampak macam blur. Macam tak tau apa langkah seterusnya. Dia cakap “dah siap”. Tapi dia belum ambil wang pendaftaran dan stem fee dari aku. Macam mana dia cakap dah siap? Aku ingatkan dia yang aku masih belum bayar. Dia teruskan proses pembayaran dan beri aku resit untuk dapatkan set telefon. Selesai semua, aku kembali ke pejabat dan aku terlepas satu mesyuarat sebab kelembapan TM Point. Nasib baik syarikat aku fleksibel.
23 Mac 2010 – Selasa
Dari pagi sampai petang, 4 panggilan aku terima yang katanya dari “Streamyx”. Semua tanya soalan yang sama. “Ada daftar streamyx?”, “Nak username apa?”. Aku jadi annoying gila. Macam mana TM uruskan permohonan ni? Kata lepas telefon dah siap pasang baru proses streamyx? Belum pun pasang wayar telefon, Streamyx dah telefon bertalu-talu. 4 orang staff telefon seorang pelanggan yang sama pada hari yang sama dan bertanya soalan yang sama. Tak ke itu satu perkara yang bangang dan membazir sumber manusia? Ada sumber yang mengatakan yang telefon tu semua agen yang kejar komisen semata-mata. Tak tahu sejauh mana kebenarannya.
24 Mac 2010 – Rabu
Dapat panggilan dari kontraktor TM untuk temujanji pemasangan wayar telefon di rumah. Kontraktor setuju untuk datang pada keesokkan harinya, 25 Mac 2010 sebelum 10 pagi.
25 Mac 2010 – Khamis
Kontraktor TM muncul depan rumah aku sekitar jam 11 pagi. Memang janji melayu sangat! Nasib baik aku kerja malam hari tu. Kalau tak, membazir cuti aku macam si Azman kena, janji datang pagi, dah tengah hari baru cakap ada masalah teknikal dan tangguh pemasangan.
Kontraktor TM suruh aku telefon 100 untuk update status telefon aku bila dah boleh guna. Supaya dia orang boleh teruskan dengan proses pendaftaran Streamyx.
26 Mac 2010 – Jumaat
Aku telefon 100 selepas solat Jumaat untuk memastikan Streamyx aku sudah mula di proses dan ingin minta di percepatkan proses sebab aku sangat-sangat memerlukan Internet. Agak terkejut bila operator kata dalam rekod kata aku cuma order untuk talian telefon dan tak ada untuk Streamyx. Operator suruh aku ke TM Point Kelana Jaya untuk pastikan hal sebenar. Cepat-cepat aku ke TM Point. Lega sedikit bila penyambut tetamu TM Point Kelana Jaya kata “memang operator 100 belum boleh check order ni. Masih di proses”. Masa tu aku baru dapat tahu harga pakej 2Mbps dan 4Mbps di turunkan. Jadi aku minta untuk tukar pendaftaran Streamyx aku ke 4Mbps. Janji yang aku dapat dari staff TM Point (penyambut tetamu yang memakai tag “TRAINEE”), hari Selasa atau Rabu, juruteknik TM akan telefon aku untuk temujanji pemasangan.
30 Mac 2010 – 2 April 2010
Aku telefon 100 hampir setiap hari dan bercakap dengan bahagian “Produk dan Perkhidmatan” (option ke 3) untuk tahu perkembangan pendaftaran streamyx aku. Jawapan yang aku terima tetap sama “Order belum masuk. Biasanya 3 hingga 5 hari bekerja.”
Lepas solat Jumaat, 2 April 2010, aku terus ke TM Point Kelana Jaya. Trainee yang jaga kaunter pertanyaan pandang aku dan kata “macam kenal. Kenapa ye?”. Aku terus jawab “Haa. Kenal pun awak. Awak janji saya boleh dapat Streamyx saya paling lewat hari rabu. Ini dah hari jumaat masih tak ada khabar berita.” Dia beri aku nombor giliran dan suruh aku tunggu. WTH?! Aku banyak lagi kerja. Nak suruh aku tunggu 2-3 jam lagi kat situ? Aku nampak pelanggan di kaunter 1 bangun dan beredar. Terus aku pergi ke kaunter 1 dan minta staff tersebut periksa pendaftaran aku.
Staff kaunter 1 bernama Amelia (dah tak ingat ejaan). Dia cari borang permohonan Streamyx aku dan cuba proses (baru nak proses!). Katanya sistem tak benarkan pendaftaran pakej 4Mbps dan 2Mbps untuk talian telefon aku. Aku tak puas hati sebab sebelum ni 2 kali aku datang TM Point (23 Mac 2010 & 26 Mac 2010) lebih 2 kali check dalam sistem dan sistem menunjukkan talian telefon aku layak dapat 4Mbps. Amelia kata ada masalah dalam sistem. Dia kata sistem TM baru migrate ke sistem yang bernama NIS dan dia perlu hantar email pada developer mengenai masalah tu.
Amelia cadangkan untuk aku daftar pakej 1Mbps dulu dan upgrade kemudian sebab aku kata aku perlukan sangat internet. Aku setuju. Amelia suruh aku datang keesokkan pagi (Sabtu) untuk ambil modem sebab stok baru belum sampai masa tu. Aku datang esoknya dan ambil modem. Amelia janji akan email atau call aku untuk beri username dan password atau kalau ada masalah. Tidak ada call dari Amelia sampai sekarang (waktu aku menulis entry ni).
5 April 2010 – Isnin
3 hari aku biarkan modem terpasang. Lampu DSL lansung tak muncul. Apa hal? Aku telefon 100 lagi. Jawapan masih sama. Tidak ada order streamyx untuk akaun aku. Petang tu aku bergegas ke TM Point. Aku tiba di TM Point sekitar jam 5.45 petang. TM Point di tutup pukul 5.30 petang. Tapi waktu itu pintu tak di kunci. Jadi aku masuk terus ke kaunter pertanyaan. Dengan perasaan marah dan bengang aku tanya pada Trainee tu “Apa cerita dengan Streamyx saya ni?”. Dalam masa yang sama staff wanita di kaunter 3 menjerit pada aku “Hei, kita dah tutup. Kita tutup pukul 5.30. Kenapa awak masuk? Siapa yang tak kunci pintu ni? Lain kali kunci pintu. Kalau apa-apa jadi macam mana?”. Aku terus jawab balik “Saya peduli apa. Sekarang ni saya nak tau pasal Streamyx saya. Kenapa tak dapat lagi?!”
Trainee tu terkebil-kebil. Dia suruh aku pergi ke kaunter 3 untuk urusan aku. Aku terus pergi kaunter 3. Staff yang sama masa aku daftar talian telefon dan streamyx. Dia tanya aku “awak register streamyx kat mana?”. Aku jawab la “saya register dekat sini (sambil tunjuk kerusi depan dia) dan cik (aku tunding jari pada dia) yang jaga masa tu”. Dia suruh aku duduk dan minta nombor kad pengenalan. Lepas dia check dalam sistem, dia kata tengok nama yang di daftarkan untuk talian telefon kemudian dia cakap “nama ni saya rasa ada masalah”. “Apa masalah pulak? Kalau ada masalah kenapa tak telefon saya?”. Dia cuma jawab “sekejap, saya check borang encik”.
Lepas aku tunggu berapa minit, aku makin rasa tak puas hati. Aku cerita apa yang jadi dari hari aku daftar sampailah hari Sabtu yang aku ambil modem dari Amelia. Lepas tu dia panggil Amelia tanya apa masalah. Aku tak faham apa yang meraka cakapkan. Yang aku dapat tangkap cuma Amelia cakap “Ada error dalam sistem. Saya dah cuba registerkan dari pakej 4Mbps sampai 384Kbps semua tak lepas”. Aku tak puas hati. Aku tanya staff kaunter 3 tu “Kenapa tak call saya beritahu ada masalah?”. Dia cuma boleh jawab “Tu lah” je. Adoih!
Staff tu suruh aku tunggu lagi beberapa hari. Dia cakap dia akan call hari Jumaat lepas waktu pejabat untuk beritahu aku perkembangan pendaftaran Streamyx aku.
5 April 2010 – 9 April 2010
Dalam masa yang sama aku cuba check dengan Jaring sama ada aku boleh guna wired broadband dia Jaring atau tidak. Lebih 10 kali aku check dekat website Jaring. Tak ada coverage. Aku tak puas hati. Aku call Jaring tanya kenapa tak ada coverage. Jaring punya coverage 4KM radius dari exchange TM. (Jaring pakai talian TM). Mengikut sistem TM, jarak exchange dengan rumah aku cuma 3.75KM. Jaring tak dapat pastikan kenapa talian telefon aku tak ada coverage.
Aku cuba juga call kawan kepada mx510, katanya agen streamyx. Minta bantuan untuk pendaftaran Streamyx. Tapi katanya masalah aku ni dia tak dapat nak tolong. So aku kata tak apalah.
Hampir setiap hari aku call 100 untuk perkembangan order aku. Jawapan masih sama “Dalam rekod kami, encik cuma order untuk telefon. Kalau kata encik ada order streamyx serentak dengan telefon, sepatutnya proses dalam masa 3 hingga 5 hari. Tapi ni dah lebih encik”. Boleh pulak dia operator-operator TM ni beritahu aku dah terlepas tempoh. Kalau tak takkan aku bising! Dia orang cuma boleh update report aku. Itu je yang boleh dia orang buat. Hari Jumaat, 9 April 2010 berlalu macam tu je tanpa ada panggilan dari TM Point Kelana Jaya.
10 April 2010 – Sabtu
Aku pergi ke Giant Bandar Kinrara. Tujuan aku untuk cuba minta bantuan dari agen streamyx kat situ. Aku beritahu agen tu masalah aku. Dia cuba check MIPS (sistem TM Streamyx). Aku dapat tengok skrin dia. Keluar error bila dia masukkan nombor telefon aku. Errornya lebih kurang “Invalid exchange ID. Please check exchange ID in NIS“. Agen tu kata dia tak boleh tolong. Cuma TM yang boleh selesaikan masalah ni. *sigh*
13 April 2010 – Selasa
Aku ke TM Point Puchong. Mencuba nasib untuk minta bantuan selesaikan masalah aku. Rumah aku memang dalam kawasan Puchong. Aku daftar di Kelana Jaya pun sebab dekat dengan pejabat aku. Aku cerita masalah aku pada penyambut tetamu dan dia berikan aku nombor giliran. Aku tak perlu tunggu lama sangat. Dalam 15 minit. Padahal jarak giliran aku lebih kurang je dengan masa aku buat pendaftaran telefon di TM Point Kelana Jaya. Nampak staff TM Point Puchong lebih efficient.
Sampai giliran aku, aku dilayan oleh staff perempuan di kaunter 5 (kalau tak silap aku. Tak pakai tanda nama). Aku beri salam dengan senyuman walaupun hati mendidih. Tapi staff tu jawab salam dengan muka kelat. Tak mesra pelanggan. Tak apa, aku sabar. Aku cerita masalah aku. Dia mintak nombor telefon. Laju juga dia buat kerja. Banyak juga window dia bukak dekat pc dia. Aku perhatikan semua dan kemudian dia cakap “TM Point Kelana Jaya buat kerja tak habis. Dia tak masukkan nombor telefon ni dalam satu lagi sistem kita. Nanti saya masukkan. Isi borang streamyx ni“. Kena isi borang lagi sekali. Duh!
Dia kata dalam masa seminggu baru siap proses semua. Aku tanya boleh tak cepatkan lagi. Dia jawab dengan muka marah “Ini saja yang saya boleh tolong. TM Point Kelana Jaya yang buat kerja tak habis”. Oklah. Aku beralah.
Petang, aku dapat call dari Streamyx. Dia tanya sama ada streamyx dah di pasang ke belum. Aku cakap belum. Dia cakap terima kasih then terus letak. Tak sempat aku nak cakap apa-apa. Hampeh punya orang!
16 April 2010 – Jumaat
Dalam pukul 6 petang, aku dapat call. Dari suaranya, aku pasti itu staff TM Point Kelana Jaya (yang jaga kaunter 3). Dia tanya aku kenapa status permohonan streamyx aku “TOLAK”. Mana aku tau. Aku yang patut tanya soalan tu pada dia. Lepas tu dia yang jawab soalan dia sendiri. “Oh, port penuh la encik. Macam mana? Nak teruskan? Atau encik nak turunkan pakej lain?”. Aku cakap kalau boleh memang aku nak 4Mbps. Tapi kalau turunkan pakej boleh cepatkan proses, aku setuju turunkan pada 2Mbps atau 1Mbps. Nanti aku boleh request untuk upgrade. Dia cakap OK.
Aku cuba nasib check dekat website Jaring untuk coverage Jaring Broadband. Kali ni result yang aku dapat mengatakan telefon aku ada coverage. Aku cuba call Jaring dan minta dia periksa untuk aku. Memang ada coverage. Sah! Kerja yang tak disiapkan oleh staff-staff TM Point Kelana Jaya yang buat semua benda terganggu. Bodoh piang sungguh!
19 April 2010 – Isnin
Aku check status permohonan streamyx aku di MIPS Online. Status permohonan aku jadi “Order Cancelled“. (Dah la ejaan canceled salah) Aku dah tak senang. Oleh kerana dah malam (aku pernah diberitahu oleh operator 100 yang aku cuma boleh check status permohonan dengan bahagian Produk dan Perkhidmatan dan bahagian tersebut cuma dibuka sampai pukul 9 malam setiap hari) aku ambil keputusan untuk call pagi Selasa je.
20 April 2010 – Selasa
Pukul 9.30 pagi, aku call 100 dan bercakap dengan bahagian Produk dan Perkhidmatan. Operator lelaki jawab. Aku memang tak pernah nak amik tau nama operator sebab masing-masing sebut nama tak jelas, macam tak ikhlas. Aku tanya kenapa dalam MIPS Online status permohonan aku jadi canceled? Dia jawab “Dalam sistem saya ni tak canceled pun encik. Dekat sini kata technician akan datang rumah encik hari ni”. Aku dah pelik. Aku tanya dia kenapa technician tak call untuk appointment? Dia cakap “biasanya kalau technician datang rumah, kalau tak ada orang, dia akan tinggalkan kad merah”. Jawapan dia tak de kaitan dengan soalan aku. Aku tanya lagi sekali soalan yang sama. Dia jawab “Tak ada technician TM call encik? Apa kata encik tunggu. Biasanya technician keluar pukul 10 pagi dan 2 petang”. Aku tanya lagi “so maknanya jumper dah pasang la ni?“. Dia jawab “ya“. Okay, aku tunggu.
Sampai pukul 2 petang masih tak ada technician call aku. Aku rasa tertipu. Aku cuba call 100 lagi sekali dan bercakap dengan tetap memilih bahagian Produk dan Perkhidmatan. Bercakap dengan operator perempuan pula kali ni (kalau tak silap aku perempuan la. Suara dia pelik sikit). Aku tanya status order aku.
Operator 100 : Encik punya order masih pending. Jumper belum pasang lagi.
aku : Belum pasang??! Pagi tadi saya call 100 ni, operator cakap jumper dah pasang. Tunggu technician datang rumah?
Operator 100 : Dalam sistem ni ada rekod encik call pagi tadi dan bercakap dengan bahagian internet. Saya bahagian produk dan perkhidmatan. Sistem kita lain-lain encik.
aku : Hah?! Pagi tadi saya cakap dengan bahagian produk dan perkhidmatan. Bukan dengan bahagian internet.
Operator 100 : Tak. Encik bercakap dengan bahagian internet. (Siapa yang call sekarang ni? aku belum pernah bercakap dgn bahagian internet) Cuba encik call 100 semula, pilih bahasa kemudian tekan 1 dan #.
aku : Huh? Okaylah!
Aku terus call semula 100 dan bercakap dengan bahagian internet. Buang masa aku je.
Operator 100 : Encik punya order ni pending untuk testing. Cuba encik follow up balik dengan kami lagi 2-3 hari.
Aku : Pulak? Saya ni dah penat follow up dah. Dah sebulan saya asyik call 100 ni je tau tak.
Operator 100 : Oooooo. Ye ke? Encik call kami balik, follow up dengan kami hari khamis atau jumaat la ye. (Bangang!)
Aku : Okaylah!
21 April 2010 – Rabu
Lepas lunch (dalam pukul 2 petang) aku call lagi 100. Bercakap dengan bahagian internet. Dia orang ni macam pahat. Selagi tak diketuk, selagi tu tak buat kerja.
Operator 100 : Encik punya order ni dah kena canceled. Technician canceledkan. Remark kat sini kata port penuh. Tarikh dekat sini 16 April.
Aku : Hah? Semalam pagi saya call kata jumper dah pasang. Petang kata jumper belum pasang. Hari ni kena canceled pulak? Kenapa technician tu tak call saya?
Operator 100 : Saya pun tak tau kenapa technician tu tak call encik.
Aku : Bukan sepatutnya dia call saya ke? Kenapa tiba-tiba je cancel? Macam mana kau orang buat kerja? (aku dah mula menengking)
Operator 100 : Sepatutnya dia call encik. Saya pun tak tau kenapa dia tak call encik. Saya mintak maaf bagi pihak dia.
Aku : Ada nombor telefon technician tak dekat sistem?
Operator 100 : Tak ada.
Aku : Habis tu macam mana ni?
Operator 100 : Errr..
Aku : Hari tu TM Point Kelana Jaya janji nak call saya pon tak call. Ini TM. Kau orang call free. Tak kena bayar pun. Susah sangat ke nak call customer?
Operator 100 : Kami kat call center ni tak boleh call luar encik.
Aku : saya bukan suruh awak call saya. Tu TM Point janji nak call, takde call. Technician tak call. Apa cerita ni?! So sekarang apa yang saya boleh buat?
Operator 100 : Err..
Aku : Report dah berapa banyak saya buat. Tapi tindakkan tak ada lansung. Tak guna cakap dengan kau orang ni. Sekarang saya boleh buat apa? Cuba awak cakap! Nak saya report dekat MCMC?!
Operator 100 : Err.. Apa yang saya boleh cadangkan, encik pergi balik ke TM Point dan bincang dengan mereka. Minta turunkan pakej ke.
Aku : Saya dah penat ulang alik TM Point. Awak ingat saya tak de kerja? Asyik nak call 100, nak pegi TM Point!
Operator 100 : Err.. Itu je la yang boleh saya cadangkan.
Aku : Tak guna cakap dengan awak ni. Baik saya report kat MCMC terus! *aku terus letak telefon*
Memang agak kurang ajar perbuatan aku. Tapi aku dah hilang sabar. Kejap kata jumper dah pasang, kejap kata belum pasang, kejap kata dah kena cancel sejak 16 April 2010. Sistem apa yang TM pakai?! Company besar. Konon laburkan juta-juta untuk Unifi. Hey TM! Lupakan je la Unifi tu kalau streamyx ni pun tak boleh handle betul-betul.
Petang tu aku pergi ke TM Point. Hati memang terbakar sangat-sangat. Sampai TM Point, aku tengok lengang. Cuma ada beberapa staff yang aku kenal. Semua pakai t-shirt hitam dengan gambar transformers (macam dalam poster kat atas). Tak nampak professional lansung! Aku pergi ke kaunter pertanyaan sebab semua kaunter pendaftaran tak ada orang jaga. Kat kaunter pertanyaan ada staff perempuan kurus dan kecil. Tak ada tanda nama lagi.
Aku : Saya nak tahu kenapa order streamyx saya kena canceled? (agak menengking)
Staff TM Point : Bila encik apply?
Aku : Dah dekat sebulan.
Staff TM Point : Telefon dah pasang?
Aku : Dah dekat sebulan pasang.
Staff TM Point : Nombor telefon encik?
Aku : 03 807* ****
Staff TM Point : Oh. Ini bukan canceled encik. Ni pending. Port penuh.
Aku : Habis tu operator 100 cakap canceled.
Staff TM Point : Tak canceled. Cuma pending sebab port penuh.
Aku : Habis tu ada plan tak nak tambah port?
Staff TM Point : Ada. Tapi tak tahu bila.
Aku : Kalau saya nak cancel order ni dgn telefon sekali ada kena bayar apa-apa tak?
Staff TM Point : Sepatutnya kena penalti. Tapi sebab kes ni, boleh dapat refund.
Aku : Kalau saya apply jaring broadband ni, boleh lepas ke? Atau saya nak kena cancel order streamyx ni dulu?
Staff TM Point : Encik jangan salah faham. Kita tak proses permohonan jaring broadband kat sini. Hari tu saya ada customer datang mengadu.. (tak habis cakap dah kena potong dgn aku)
Aku : Saya tau tu. Saya tak cakap pon nak register Jaring kat sini. Saya tanya kalau saya apply jaring ni, order streamyx saya ganggu tak?
Staff TM Point : Tak.
Aku : Jaring Broadband guna port yang sama dengan streamyx ke lain?
Staff TM Point : Kita tak proses permohonan jaring broadband kat sini.
Aku : Saya tau. Saya tanya jaring pakai port yang sama dengan streamyx ke tak? Sebab jaring pakai line telefon TM.
Staff TM Point : Saya tak tau.
Aku : Okey terima kasih.
Masa aku bercakap secara marah dengan staff TM Point tu, pak guard dah berdiri sebelah aku. Aku peduli apa.
Aku tak faham macam mana staff TM Point Kelana Jaya boleh buat kerja tak habis. Staff perempuan yang berbadan sedikit berisi dan staff bernama Khairul. Amelia pun janji nak call atau email aku pun tak ada. Talian 100 tu dah banyak kali aku call. Penat dengar alasan yang sama. Paling aku bengang bila dengar status permohonan aku berubah-ubah secara tak masuk akal. Sistem bangang mana yang TM pakai ni?
Entri ni salah satu tujuan untuk menarik perhatian pihak atasan TM yang berkuasa dalam kes begini. Itu pun kalau ada pihak atasan TM yang berkuasa dan tak bangang, sila hubungi aku dengan borang contact di blog ini (pandai-pandai cari). Tapi kalau ada pihak atasan TM yang baca entri ni dan rasa kes aku tak penting, teruskan hidup anda seperti biasa. Biasalah GLC kan. Apa peduli dgn kes macam ni. Kalau aku report MCMC pun mesti tak ada tindakkan. Malas nak buang masa.
jard says
hoh.. ingatkan staf gomen ja yg buat org bengang.. ehehehe.. staf swasta pon camtuh ek? rilek2..
.-= jard´s last blog ..Antara semua klip Audition Project Alpha.. aku paling suka tinguk yang ini.. =-.
MyFunDarkSide says
TM Point memang sucks. Tau x TM point tu banyak-banyak tempat tu franchise, so entahla, macam tiada quality control.
.-= MyFunDarkSide´s last blog ..The Misadventures of P.B. Winterbottom – Time Bending Play =-.
paeh says
bodoh! tu je aku boleh cakap. sistem berterabur. kerja tak efisyen. makan gaji buta. malaun, nakharam semua ada…
CSR TM macam ape je. Tak reti nak polite kat customer. dorang tak pernah kena train jadi CSR la tuu… masuk kerja terus membabi buat aje…
itu pandangan aku melalui cerita yang kau bawak.
.-= paeh´s last blog ..Kuasa Bibir =-.
cik ara says
wah lembab nya… kira TM melaka lagi bagus kot… sebb tak smapai 2 hari da selesai masalah internet.. uih sangat tercinta lah kat technician TM melaka.. huhuhuhu..
.-= cik ara´s last blog ..dalam sayang ada benci 🙂 =-.
amoi says
aku pun pernah kena macam ko tapi tak ada la sampai sebulan. Orang TM hanya daftar nombor telefon tapi Streamyx tak pasang langsung. last2 kena pergi lagi sekali TM Point. Isi borang lagi. Dan akhirnya seminggu lepas tu baru Streamyx aku daftar.
.-= amoi´s last blog ..Oh! Jika Suami Seorang Geek.. =-.
nizam6281 says
Sumpah macam f**K system diroang uruskan pelanggan..
aku baru nak percaya kat tm selepas tengok unifi
ingat diorang nak berubah
kepala hotak die berubah..kalau service macam shit!
aku pon na buat entri ..jom kita serbu twitter diorang
then buat fan page i hate tm grrrrr
Khai says
fakap habis siot.. Jelak aku dengar perkara2 macam ni dari TM. tolonglah TM hoiii…
shaharil says
Habislah,dah tersebar ke seluruh dunia. Lepas jenama TM mungkinkan akan kena reject.
Nasiblah, aku tak guna TM. hehehe..
P/s: Sekadar berpandangan jer…
.-= shaharil´s last blog ..Kadangkala, Kurang Lebih bagus =-.
zool says
Aku tak kena seteruk ko lah…
tapi aku memang jelak tul ngan no ‘100’ tapi terpaksa gak call..
tak tahan kelip2 modem router.. byk hal lah diorang ni..
Mr Kay Em Why says
dia orang ni bukan 100% swasta pon. dia GLC. Syarikat swasta milik kerajaan. jadi dia punya cara kerja pon ikut cara kerajaan.
aku igt lagi customer service celcom penah cakap “kami ni GLC encik. jadi waktu kerja kami sama dengan kerajaan. Sebab tu kami tak boleh bukak celcom center setiap hari”. WTF?!
Mr Kay Em Why says
semua ke franchise? aku tak pernah dengar pulak pasal ni. yang aku tau dulu TM Point / Kedai Telekom mmg semua staff telekom. Sebab abah aku keje telekom dulu. so kedai telekom kat home town aku tu dulu semua kawan2 dia. sekarang semua dah pencen.
Mr Kay Em Why says
tu la. marah customer. ramai yg jaga kaunter tak greet customer, tak senyum. semua tu susah ke nak buat? kalau susah, jangan keje kat kaunter. menyakitkan hati je. kerja pon boleh tak habis.
Mr Kay Em Why says
tak jugak. ikut nasib gak cik ara. dulu kay belajar kat melaka. penah gak masalah dengan TM melaka. mana2 pon sama je sebenarnya.
Mr Kay Em Why says
yang ni sebulan sebab dia buat keje tak habis. lepas tu boleh pulak tak tau apa masalah. nak tunggu HQ selesaikan konon. aku pegi TM Point Puchong kejap je ok.
NukM4N says
Mmg teruk service yang kau dpt.. isk isk isk.. malu aku sbg ex-TM employee..
Aku pun salah sorang scholar TM yg sanggup bayar balik pasal environment kerja kat TM yang tak best.. tak payah la aku cerita lebih2 dkt public domain ni… hehe..
Anyway sistem NIS tu short for Network Inventory System, sistem tu mmg agak byk problem dan susah, not user friendly.. kena belajar banyak hari jugak..
Sebelum ni Streamyx tak payah pakai sistem NIS tu.. aku rasa diorang tak cukup training utk NIS tapi dah kena pakai tu yg jadi mcmtu..
By the way ejaan cancelled dan canceled , dua-dua betul, cancelled = British, canceled = American. hehehe
NukM4N says
anyway TMPoint Kelana Jaya tu tak ada Manager ke.. kau boleh request mintak jumpa manager direct…
lagi satu TMPoint ni bawah TSSB Sdn Bhd.. nanti aku carikan org2 penting dlm TSSB ni dan tolong kau lodge complaint terhadap TMPoint Kelana Jaya
Mr Kay Em Why says
aku apply streamyx pon sbb staff TM tu dok pujuk masa aku apply line telefon. niat aku mmg nak apply jaring je. hari lepas register tu 4 org streamyx call, aku igtkan dia orang dah improve mutu kerja. rupanya kejar komisen je. hampeh.
ko buat je entry pasal TM ni. nnt btau aku. aku link kan sekali. ada kawan2 aku cuba tolong bawak hal ni pada pihak yg sepatutnya.
Mr Kay Em Why says
TM tak penah nak berubah. takde mind set untuk berubah pun. mentang2 GLC, rasa selamat, so tak peduli la keje elok ke tak elok.
Mr Kay Em Why says
Jenama TM kat international mmg tak elok pon. dia orang monopoli. ada yg terpaksa pakai TM. so takleh nak buat apa.
Mr Kay Em Why says
Ko dah berenti keja kat TM? fuh! orang kedua aku dengar. hehe. Aku tau masalah keje kat sana. ada yg bercerita kat aku.
So maknanya staff TM Point Kelana Jaya tak reti guna NIS la ni? takde proper trainning ke?
Oh, malu aku. English aku mmg hampeh. more pada American sbb company aku client mostly US. hehe
Mr Kay Em Why says
Aku tak pasti. aku tak penah nampak manager ke apa2. mungkin dia lagi seronok lepak dalam office. aku plak takde pk nak jumpa manager ke apa. sbb aku rasa kalau aku report kat manager pon bukan ada apa efek
aphesz says
Write a detailed complaint to MCMC / SKMM. They know how to do their job. I’ve wrote to them once complaining about TM and requested for a 3 months refund, MCMC rep called back within a week, TM rep called asking me why I brought the issue up to MCMC and not to them first (LOL), a refund cheque arrived after a month 🙂
Biskut says
Cancelled = British
Canceled = US.
Kita guna English British
Kreuger says
series bodoh giler TM. tak tau apa future planing TM lepas ni. Aku rasa depa lebih pada pengurusan UniFi. Untuk Streamyx.. depa tak berapa nak layan sangat dah. Gampang kan? Aku pon berbulu jugak dengan mende ni. Kang kalau kita cakpa makan jagi bute.. depa marah.. tapi catatan kat atas tu cukup buat aku yakin yang bukan reka cipta cerita.
konfem kalau kene kat aku.. setiap hari akan keluar cerita pasal TM Nut kat blog. Kalau google TMNut boleh jumpe la blog aku. Jadi macam kes P1 la.. cube google P1 Azman tengok apa keluar.. series kene buat perang saraf beb…
erm.. aku cabar kalau ade agent dari TM nak reply entri ni. konfem tak de. depa bukan peka aduan pelanggan pon. dok tak habis baca script je kalau buat trouble shooting. mende alah cerita macam kita ni baru sehari dua pegang keyboard. nak kate terer tu idak la. Tapi melampau sangat. nanti aku pingbalik entri ni. sedih gile baca citer nko ni weh.
.-= Kreuger´s last blog ..Maafkan saya kerana memungkiri janji. =-.
Mr Kay Em Why says
Oh. Aku just terdengar yang ada orang cuba report/saman GLC tapi dilengah-lengahkan atau tak dilayan. Tp sejak aku publish ni dah ada 2-3 org cakap MCMC amik tindakkan. So aku akan report nanti. Setakat ni aku takde nak mintak apa2. cuma nak dia orang improvekan service. Thanks btw
Mr Kay Em Why says
ye ye. aku silap. thanks =)
ejam says
“TM merintis kemungkinan lebih teruk dan terus teruk lagi sampai bila-bila”
Entah bila nak ada perubahan,
Pengguna UNIFI siap sedia kerana byran yg anda byr utk pakej tersebut juga akan jd 1 pembaziran dlm hidup, percayalah…
Apa jua produk dari TM = Teruk nak Mampus.
100 paling aku menyampah bila call,
sblom diorg mulakan skrip awal2 lagi semua troubleshoot aku dh buat…diorg mula jer skrip, cuba encik…semua saya dh buat, tolong bukak report jer…
bagi pengguna yg tahu akan teknikal nie ok ler, kalu pengguna baru jwbnya…sabar jeler…
MCMC? apa tu? agensi kerajaan ker?
erm…sama jeler dgn agensi2 kerajaan yg lain…
perubahan yg dinantikan suatu yg mustahil
*andai anda staff kerajaan yg baik dan bagus, anda makan rezeki yang halal andai anda sebaliknya anda fikirkanlah rezeki yg jd darah daging tu…
.-= ejam´s last blog ..Sudah 3 pun masih tidak CUKUP lagi ker? =-.
Omar says
camana agaknya TM nak handle order untuk TM High Speed Broadband (UniFi) tu kalau sendiri lagi tak bagus, terkejut aku baca entri ni bila tengok tarikh cam diari nak sampai sebulan dah, dah tentu subscribe mobile broadband cam Maxis Broadband, Celcom atau P1 Wimax
Daripada entri ini, walaupun aku tak berada dalam keadaan kau, tapi aku dapat rasakan aura kemarahan. Maunya tidak, setiap hari kena call baru buat kerje, banyak alasan. Sedangkan aku sejam P1 Wimax buat hal (tak check e-mel mengatakan ada maintainance, silap sendiri sebenarnya) dah mula call Hotline P1, bayangkan ketensenan kau yang dok menunggu sampai sebulan.
Jadi, kau pakai broadband apa sekarang?
.-= Omar´s last blog ..Bagaimana GengBlogger digodam =-.
Mr Kay Em Why says
sebenarnya 100 tu outsource pada company lain. Dia orang ni di bayar untuk jadi pendinding orang atasan TM. di bayar untuk di maki dan org yg membayar boleh dok goyang kaki dgn hati senang.
Mr Kay Em Why says
UniFi baru cover 3 kawasan dalam lembah klang. apa yang dia orang buat sangat pun? memang tahap makan gaji buta dah ni. nak marah apa lagi? dah memang kenyataan kan?
Tujuan aku bukan nak berperang. Tapi aku cuma nak layanan lebih baik dari ni. Aku bukan nak mintak dia orang bg aku duit, tp aku mintak dia orang bg aku perkhidmatan dan aku akan bayar. itu pon susah sangat ke?
sedikit silap tu man. bukan agent, tapi pihak atasan TM. aku akan tunggu dia orang akan contact aku ke tak. kita tunggu dan lihat je. nanti aku buat aduan pada MCMC
Mr Kay Em Why says
Operator 100 tu memang di suruh untuk baca skrip tu. Itu yg di arahkan oleh pihak atasan. tak boleh skip baca skrip tu melainkan kalau user cakap dah buat semua tu. macam mana aku tau? wife aku penah keje sbg operator streamyx satu masa dulu.
MCMC tu Malaysian Communications and Multimedia Commission atau nama melayu dia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Agensi kerajaan bawah MOSTI. Dari beberapa komen kat atas, MCMC ni betul2 buat kerja dia orang. Aku akan buat aduan pada MCMC.
Mr Kay Em Why says
Sebab tu aku cakap. TM tak berubah perangai dari dulu sampai sekarang. Lupakan aja UniFi tu. Macam gampang je buat keje.
Aku memang pakai Digi broadband. tapi sejak pindah rumah ni, rumah aku takde coverage sangat. so selalu hilang2. lagi pon aku dan wife aku sama2 programmer. so memerlukan internet. susah nak share dan wireless broadband ni (semua sekali termasuk P1 ke hape semua) tak stable. susah nak buat keje. so aku perlukan wired broadband yg lebih stable.
blowie says
member aku penah kena gak, 2 bulan baru streamyx dia pasang. tu pun lepas berjuta kali call + email tak henti henti =.=
.-= blowie´s last blog ..Budak mati didera bayi mati dibuang =-.
eiman says
respek la kat hang sebab sungguh gigih bertanya sini sana.. fuhhh
.-= eiman´s last blog ..Kejadian Tidak Diingini Oleh Pemilik Kereta Ketika Hujan =-.
ariff says
bangang sungguh..
harap2 adela boss TM baca ni dan amik tindakan
.-= ariff´s last blog ..Lajukan Loading Time Blog Anda Dengan Content Delivery Network (CDN) =-.
Kujie says
baca tanpa langkau..perh!
ada juga pengalaman dgn TM PJ
isi borang kita tick – potong dial up 1515 ( ada bukti dalam borang )
dia pergi potong line streamyx
tak he hangin…. dah tu cuti raya seminggu, kena register akaun baru.
duit kita tu nak register baru!
.-= Kujie´s last blog ..Gambar Terkini Pilihanraya Kecil Hulu Selangor =-.
x-po says
so skrg cmne bro? still xda pe2?
.-= x-po´s last blog ..PATUTKAH ADA MAAF UNTUK KALI KEDUA? =-.
ery says
TM dah kurang efisien dah sekarang ni…
You Know me right!! says
wow… besar betul masalah ko ni… bukan sahaja kat TM point Kelana jaya.. tapi kat TM POint Puchong… call 100 dgn ramai giler org yang kene handle masalah ko ni.
tapi bagi aku, problem ko ni kecik ajer… mungkin ada miss communication or system error.
I think what you shud do is just deal dgn seorang staff sahaja… kalo tak settle lagi, boleh trus
jumpe TM POint Manager kat situ (KJ). ko pegi Tm point puchong, jawapan die shud sama sahaja… tak selesai masalah pon… FYI, bukan semua yang berada kat counter tu sama professional dgn ko… some of them are trainees, and some are MTP execs yang baru kenal ape tu TM. maybe you asked a wrong guy. takde name tag? confirm trainee with 0 knowledge… so guys… big problem = TM POint Manager bcos he/she shud know everything.
and you need to have a black and white documents or something so that you can justify your problem to others. yang
aku nampak, ko banyak deal dgn orang yang tak tau cerita dari awal, and then start blamming them. about the system,
Come on, kalo orang boleh jadi gila, system pon mcm tu jugak… takkan sepanjang ko buat programming tak pernah salah? windows pon ada problems and patches… btul tak? Open Source pon same…
FYI, we’re migrating from a legacy system to a new web based + client server kind of system. so now, we’ve identified a new small problem at the system and we’re trying to solve it. Give us a time. but it doesn’t affect the whole business.
Berubah? Yes we’re GLC, dulu mmg fully government and know we’re trying to change the environment. Igt sng ke nak tukar 25000++ staffs punya environment/ mind set keje kat seluruh malaysia dalam masa yg singkat. So many trainings
invested for the staffs plus we have our own university, MMU and Staff College, TMTC.
I think everybody should thank to TM. we’ve tried so many things. we’ve helped companies from “something bad” like Celcom. we’ve developed very talented person like Mr. Micheal Lai, CEO of P1 wimax, ex-boss TSSSB (TM Point), and Datuk Wahid, CEO of Maybank (ex-CEo of TM). we’ve sponsored so many events, Bola, F1, Le tour de Langkawi, monsoon cup and so much more. we’ve invested billions of RM for the HSBB project… and you’re graduated from MMU, a TM’s company 🙂
eiyda says
kalo cam ni la akn..bek gn bodband jek…lam 24 jam dah leh gune..huhu..
pernah kena kes cam ni….stimix ni mmg teruk lah kan..der satu hr tu…2 weeks line tenet xleh guna DSL xnyala langsung..call 100 dorang cakap..gune manual la itu la ini lah..da berpuluh2 kali buat tak jd..suh dtg..xmuncul2..huhu…annoying lah…huhuhu..
Fazreen says
Pergh aku penah kena mcm ni tp xseteruk ko la..apa yg aku buat aku maki hamun then aku cakap aku nak pasang sendiri..ptg aku g amek modem malam dh boleh guna…sebelum tu aku tnggu dlm 3 mnggu juga..aku pergi cehck kt TM..WTF! dorang xkey in lagi borang permohonan aku..bodoh gila buat keja..
blowie says
“some of them are trainees, and some are MTP execs yang baru kenal ape tu TM. maybe you asked a wrong guy. takde name tag? confirm trainee with 0 knowledge”
Salah siapa sekarang? Kalau dah tau masalah tu besar n trainee tak boleh settle, trainee tu kena la panggil orang yg lebih mengetahui. Ini tak, duk tercongok kat kerusi kaunter bagi jawapan yang ntah ape ape.
Thank to TM? For what? Dia sponsor streamyx kami ke? KAMI NI CUSTOMER LA BRADER! Kami keluar duit utk TM. Siapa patut thank siapa sekarang?
Jumper pending > Jumper dah pasang > Order canceled > Ohh tak cancel lagi, jumper pending > blablabla.
Ini sume bukan miss communication, ni citer keling. Pusing pusing. If tak boleh pasang, cakap dari awal.
Btw, TM Point Titiwangsa sucks! 1 kastemer setengah jam dia layan. Tapi sekarang aku paham la kenapa kot, trainee kan 😉
.-= blowie´s last blog ..The Malay Chronicles : Bloodlines 2010 Trailer =-.
Mr.Bintang says
thanks ke x… servis tetap sama cam hampeh.. wat penat thanks jee.. pigi daahhh!! camtu lah aku kena aritu.. dekat 3 bulan tunggu… call 100 hampir sebulan.. baru lah nak setle!! ape kess?????
tau la TM blanja banyak utk majukan pe smua tu… tp TOLONGLAH TINGKATKAN KUALITI KERJA KORANG!!!!
Mr.Bintang says
sometime we should thanks.. sometime we can’t.. OK!!
Mr.Bintang says
“Thank to TM? For what? Dia sponsor streamyx kami ke? KAMI NI CUSTOMER LA BRADER! Kami keluar duit utk TM. Siapa patut thank siapa sekarang?”
LOL! betul lahh!!! kita banyak kuar duit utk diorg… hahahaha..
—–
“aku nampak, ko banyak deal dgn orang yang tak tau cerita dari awal, and then start blamming them. about the system”
mmg sistem korang bermasalah.. pikirkan lah solution yang terbaik.. jangan masih di takuk lama.. staf² korang tu!! AJAR SKIT!! sebab masalah bermula dari awal! bak kata orang, awal BISMILLAH tak betul.. sampai ke sudah lah tak betul!!
Ija says
I’ll thank TM if I graduated from MMU without RM64k in PTPTN loan debt. It’s a business, beb. TM should thank us by being their customers instead of the other way round.
zaiMi says
TM memang haprak. masa aku nak pasang streamyx dulu bapak aku dah pesan awal-awal jangan cari masalah sebab TM memang sucks. masa adik aku nak buat praktikal kat TM pun bapak aku cakap tak payah sebab TM tak pernah layan budak2 trainee. dia lepaskan trainee jadi orang bodoh kat dalam tu. sape bapak aku? bekas technician TM yang pencen awal sebab tak tahan dengan karenah TM yang terlalu bebal sampai ke CEO.
.-= zaiMi´s last blog ..Jom Serbu Pesta Buku Kelantan 2010 =-.