Orange 4 Kay

Bukan Omongan Kosong

| Ambil DuitKu | LoveBaby.MY | Apesal.com |

Real Time Web Analytics

Creative Commons License
Orange 4 Kay by Mr Kay is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

Powered by AIMedia

Seks, Punggung dan Kesihatan

January 13, 2010 by Mr Kay Em Why 15 Comments

Nampaknya semakin banyak kajian pelik yang dilakukan di luar negara. Hari ini aku terbaca 2 lagi artikel tentang kajian “Wanita punggung besar kurang risiko sakit jantung” dan “Seks dua kali seminggu membuat lelaki lebih sihat”. Haha. Macam dah tak ada benda lain yang nak di kaji kan? Dulu kajian tentang “Lebih besar buah dada, lebih pandai” dan “Perempuan yang memiliki buah dada besar lebih cenderung menghidap Diabetes” (dua-dua dalam satu entry).

Seks dua kali seminggu membuat lelaki lebih sihat

spermMenurut sebuah kajian, dua sesi seks dalam seminggu dapat mengurangkan risiko sakit jantung pada lelaki.

Dalam kajian yang melibatkan lebih dari 1.000 orang lelaki ini, para saintis mendapati bahawa seks ternyata memiliki efek perlindungan pada jantung laki-laki, tetapi mereka tidak menyemak apakah seks memberi manfaat kepada perempuan juga.

Laporan kajian juga menunjukkan lelaki yang kerap melakukan seks mempunyai risiko kebarangkalian untuk menghidapi serangan jantung merbahaya adalah 45% lebih kecil daripada mereka yang melakukan seks sebulan sekali ataupun kurang.

Untuk artikel penuh, sila baca di DailyChilli.

Wanita punggung besar kurang risiko sakit jantung

Satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki punggung dan paha besar kurang berisiko diserang sakit jantung dan kencing manis, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan saintis itu menyatakan lemak punggung dan paha boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.

Ia berbeza dengan sel lemak di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.

Lemak punggung dan paha turut mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercepatkan pembakaran lemak.

“Lemak di sekitar punggung dan paha berbeza dengan lemak di perut. Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolesterol berfaedah dan kolesterol yang berbahaya,” kata ketua kajian tersebut, Dr. Konstantinos Manolopoulos.

Menurutnya, selebriti berpunggung besar seperti Jennifer Lopez (JLo) dan Beyonce merupakan contoh ikutan lebih baik bagi kesihatan wanita berbanding model yang kebanyakkannya bertubuh kurus dan kurang kandungan lemak seperti Kate Moss. – Agensi

Komen aku : Kalau betul seks boleh mengurangkan kebarangkalian serangan jantung di kalangan lelaki, mereka yang dah kahwin patut ambil kesempatan ni. Haha. Selain dapat pahala, dapat juga bersenam untuk kesihatan. Mereka yang belum kahwin tu, kalau rasa dah sampai masa, kahwin je la cepat-cepat. Jangan pula berzina. Untuk yang perempuan, anda dah ada lagi satu sebab untuk tidak malu malah berbangga jika memiliki punggung yang besar! Ah-ha! hehe.

Kredit : Gambar & artikel seks dari DailyChilli. Artikel Punggung besar dari Kosmo Online.

Filed Under: Aneh, Lain-lain Tagged With: big ass, bontot besar, heart attack, kajian merepek, kajian terbaru, Seks dua kali seminggu membuat lelaki lebih sihat, seks mengurangkan risiko serangan jantung, Wanita punggung besar kurang risiko sakit jantung

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. Kreuger says

    January 14, 2010 at 12:35 am

    kekeke.. gelak dulu. erm.. tak tau la nak cakap per kan. tapi bagi aku hubungan suami isteri sepatutnya setiap hari. tak semestinya nak tunggu malam jumaat jer.

    kalau malam jumaat malam sunat.. malam lain adalah “malam wajib” hehehe…

  2. IndependentQueen says

    January 14, 2010 at 12:48 am

    Kalau mcm tu.. aku bebas dari masal jantung beb! wahahahah
    .-= IndependentQueen´s last blog ..Back! =-.

  3. x-po says

    January 14, 2010 at 2:21 am

    kalau cmni, aku nk cari awek yg ada punggung bsr gak la..hehe
    .-= x-po´s last blog ..PATUTKAH PENGAWAS SEKOLAH DIPILIH DARI KALANGAN PELAJAR NAKAL? =-.

  4. SyaFF HebaT says

    January 14, 2010 at 2:53 am

    bangganye akuuu~~ 😛

  5. zaid says

    January 14, 2010 at 4:06 am

    kajian tu macam menggalakkan lagi orang buat sex je…

  6. Mr Kay Em Why says

    January 15, 2010 at 9:58 am

    hahaha. Memang sepatutnya setiap hari. pahala banyak woo. tapi jangan lupa ada “malam haram”. jangan langgar lampu merah ye!~ :p

  7. Mr Kay Em Why says

    January 15, 2010 at 10:00 am

    Hahaha. kajian tu belum tentu betul. tapi kalau betul, bagus ah :p

  8. Mr Kay Em Why says

    January 15, 2010 at 10:01 am

    pulak.. haha. sebab ape? takut nak jaga kalau kena heart attack? :p

  9. Mr Kay Em Why says

    January 15, 2010 at 10:02 am

    bukan ko tengah cuba mengecikkan size ke? hahaha

  10. Mr Kay Em Why says

    January 15, 2010 at 10:04 am

    tak salah kalau galakkan buat sex pon. tapi mesti yang halal. bukan sex luar nikah 😉

  11. ejam says

    January 17, 2010 at 12:43 pm

    tuler, kena tau bila dh dkt2 lampu kuning tu jgn lepaskan peluang…takut bila lampu merah nanti demam2 plak…haharus…

  12. kisahsensasi says

    January 20, 2010 at 6:37 pm

    Sambil-sambil tue…. kena rajin gak jaga pemakanan dan amalkan senaman…. untuk kekalkan stamina….

  13. Skyati says

    February 19, 2010 at 2:30 pm

    Salam, kay.. akak pastekan ko nyer URL untuk tajuk “Wanita punggung besar kurang risiko sakit jantung”nee siap kat http://www.wanitamelayu.com/forum/showthread.php?p=3825013&posted=1#post3825013
    Thanx 😉 *mana tahu leh tambah viewer 😛

  14. chantique says

    April 15, 2010 at 10:21 am

    wakaka..me too..pas bersalin makin besar le pulak..tak pasal2 kain tak muat. bile diet, part lain turun tapi part punggung tu takmo kecik2 dah..maintain aje..wakaka..
    .-= chantique´s last blog ..THE DANGER OF SANITARY NAPKINS or TAMPON =-.

  15. safiri says

    April 24, 2012 at 8:49 am

    mesti ada kajian pasai apa lelaki disuruh kawin lebih dari sorang….

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *