Aku tau entry ni sikit terlambat. Err.. Terlambat sangat-sangat sebenarnya. Sampai banyak idea-idea nak menulis ulasan ni terbang.
Aku pergi tonton CTM ni hari Sabtu, 7 Nov 2009. Hari kedua terakhir. Tiket dah beli masa bulan puasa lagi. Bukan apa, takut melepas. Lagi pon aku kipas-susah-mati Afdlin Shauki, mesti kena pegi support cip kodok.
Jalan cerita CTM tak banyak beza dengan CUCI versi filem. Pelakon pula, cuma 4 orang tunggak utama yang masih dikekalkan. Nama-nama watak masih dikekalkan seperti dalam filem, tetapi diteraju oleh pelakon yang berbeza.
Dari segi lagu, aku terasa seperti lagu-lagu yang didendangkan dalam pementasan ini seperti dipengaruh oleh Puteri Gunung Ledang The Musical. Boleh dikatakan aku agak hafal dengan lagu-lagu PGLTM. Dan semasa pementasan CTM ni telinga aku dapat tangkap ada rentak-rentak muziknya ada pengaruh PGLTM. Aku tak berapa minat dengan lagu-lagu dalam pementasan ni.
Dari segi lakonan, memang tak payah nak cakap la. Tengok barisan pelakonnya pon dah boleh agak. Boleh dikatakan semua otai-otai belaka. Yang paling seronok bagi aku, dia orang ni banyak ad-lib. Lawak tak payah cakaplah. 4 orang hero tu pon boleh tergelak atas pentas tu. Aku tak tahan bila Afdlin Shauki tersalah que tutup pintu van sampai Awie, Hans Isaac dengan AC tak tahan tergelak atas pentas. Agak banyak line yang dituturkan dia orang secara muzikal tak berapa dengar sebab dia orang cuba tahan gelak. Tapi bagi aku tak penting sangat sebab aku masih boleh paham apa yang cuba disampaikan.
Dalam pementasan ni, ada gimik yang sangat mengejutkan semua penonton. Gimiknya, Hans Isaac dan Vanida Imran menaiki gondola mencuci bangunan tinggi dan gondola tu dinaikkan agak tinggi (aku tak pandai nak agak jarak/ketinggian). Aku sehingga aku sendiri tertanya-tanya “Er.. selamat ke ni?”.
Dari espek lain seperti lighting dan tarian aku tak pandai nak komen. Aku tak ada pengetahuan dalam benda-benda sebegitu. Tapi apa yang penting, CTM memang betul-betul superb. Kalau ada musim kedua, aku nasihatkan kau orang rebutlah tiket cepat-cepat. 😉
P/s : Dengar kata AC Mizal ada krisis dengan Hans Isaac. Aku harap dia orang boleh selesaikan masalah dengan baik. Tak payahlah guna media. Kalau ada musim kedua CTM, aku harap AC Mizal masih dalam team CUCI.
P/p/s : Bila tengok teater ni, rasa rindu pulak nak balik berlakon teater. Rindu zaman dulu-dulu. Kalau ada kawan-kawan lama yang tau lubang-lubang job utk teater sekitar KL ni, inform la aku ya.
yonna says
bro. ni yonna baca ni!
walau entry2 bro diupdate setahun 7 kali,yonna ttp baca T__T
milsum says
aiyak…baru tengok ke bro.. =p
Mr Kay Em Why says
bukan ke aku tulis aku tgk 7 Nov tu? review je terlambat..