Tweet aku yang satu ni mengundang salah faham di kalangan follower aku. Ramai yang memberikan cadangan nama-nama yang cantik dan menarik. Dari respon yang aku terima, aku dapat rasa mereka bagi cadangan untuk nama anak perempuan. Sebenarnya, nama yang aku cari bukan untuk diberi pada anak, anak saudara atau siapa saja. Mungkin aku akan beritahu nanti atau aku tak akan beritahu apa tujuan aku mencari nama perempuan ni.
Satu lagi perkara yang berkaitan dengan anak, ramai yang bertanya perkembangan selepas entri Apa sebenarnya terjadi pada isteri ku dan Jr kami? Maafkan aku kerana tak update perkembangan di blog ni. Semuanya sebab aku terlalu sibuk dan cuba untuk melupakan apa yang terjadi. Untuk pengetahuan, kami kehilangan anak yang dikandung wife aku pada 10/10/10 pada 1.10 pagi akibat keguguran. Semuanya kehendak Allah dan kami telah pun redha dan pulih dari kesedihan akibat kehilangan tersebut.
mijie says
semoga bro dan isteri tabah menerimanya sebagai ketentuan Illahi
samanosuke_04 says
hehe.. orang bagi nama2 yang stylo plak yer.. takpelaa biar aku yang bagi nama
aku suka “aishah”.. tak kisah laa siti aishah ke, aishah bla3.. ke apa.. asalkan ader aishah.. hehe membantu tak?
Kreuger says
erm.. tadek ape boleh diucapkan melainkan perkataan sabar dan redo dengan kehendak tuhan pada 10-10 tu bro. kuatkan semangat dan tambahkan usaha. insyaallah… ada. amin~
luth textile says
rezeki ni datang dari Allah.. sabar tau banyak – banyak.
kelak ada la tu bro.. usaha k
Affan says
Redha je lah.
InsyaALLAH ada rezeki akan datang :D
eyriqazz says
bersabarlah bro..semoga tabah..InsyaAllah,adala rezeki nanti..oh ya.happy birthday…semoga panjang umur,murah rezeki dan berbahagia di dunia dan akhirat
jawatan kosong says
Sibuk pun mesti update blog ni bro.. kekeke..