Ramai yang respon pada 2 tweet aku tentang berita sedih yang kami terima. Terima kasih aku ucapkan. Terharu ada kawan-kawan seperti ini. Walau ramai yang aku tak pernah jumpa, tapi respon seperti telah kenal lama. Aku rasa, elok aku ceritakan apa sebenarnya yang berlaku dengan lebih jelas di sini. Twitter terlalu terhad sehingga terasa dunia amat sempit. Bercerita di blog lebih semesta luasnya.
Mengikut kiraan doktor, minggu ni masuk minggu ke 10 usia kandungan isteri aku. Jadi sabtu lepas kami pergi buat 1st checkup. Pergi klinik panel syarikat isteri aku. Bila doktor buat ultrasound, saiz kandungan terlalu kecil. Doktor tu anggarkan sekitar 6 minggu (ikut pengalaman dia). Jadi doktor kata ada yang tak kena pada kandungan. Kami di nasihatkan untuk berjumpa dengan Pakar Sakit Puan dan buat ultrasound dengan mesin dan peralatan yang lebih canggih dan tepat.
Kami terlalu sedih untuk menerima hakikat tersebut. Apatah lagi dalam keadaan kewangan kami ni, memang sesak utk keluarkan jumlah wang yang banyak untuk berjumpa dengan pakar. Jadi kami ambil keputusan untuk pergi ke klinik panel lain untuk mendapatkan pendapat kedua. Di klinik kedua, doktor membuat anggaran umur kandungan (berdasarkan kiraan oleh mesin ultrasound) adalah pada minggu ke 7 dan bentuk kandungan kelihatan tidak normal. Sekali lagi, kami di nasihatkan untuk berjumpa dengan pakar.
Setelah beberapa kali cuba membuat temujanji dengan Pakar Sakit Puan, akhirnya kami dapat berjumpa dengan Pakar Sakit Puan sebuah pusat perubatan swasta di PJ pagi tadi. Pada mulanya, doktor membuat ultrasound normal (seperti sebelum-sebelum ini) dan disahkan bahawa bentuk kandungan adalah normal dan tidak mempunyai masalah. Doktor buat keputusan untuk buat ultrasound dengan memasukkan alat ke dalam saluran peranakan. Lebih tepat dan terperinci katanya. Dan selepas dibuat ultrasound tersebut, tiada heartbeat yang kelihatan (kandungan akan mula ada heartbeat pada minggu ke 6). Doktor sahkan isteri aku misabortion (misabortion adalah situasi dimana kandungan dikatakan tidak hidup dan membesar, dan kekal didalam rahim – tidak keluar darah seperti keguguran).
Kami mengambil keputusan untuk membuang dan mencuci rahim di Hospital Serdang memandangkan kos yang terlampau tinggi di hospital swasta (katanya hampir sama dengan kos bersalin). Di Hospital Serdang, doktor melakukan ultrasound sekali lagi dan kiraan dari mesin ultrasound dan pengalaman doktor, kandungan isteri aku baru berusia 5 minggu. Tiada heartbeat boleh di kesan sebelum minggu ke 6. Jadi doktor menasihatkan kami untuk tunggu lagi 2 minggu sebelum buat ultrasound sekali lagi bagi menentukan misabortion benar-benar berlaku atau tidak.
Apa yang di nasihatkan oleh doktor di Hospital Serdang, sedikit sebanyak melegakan hati kami. Sekurang-kurangnya kami masih punya sinar harapan. Aku minta ihsan kawan-kawan semua untuk mendoakan kandungan kami selamat dan terus hidup untuk melihat dunia yang fana ni.
UPDATE TERKINI : Sila baca Nama perempuan : Kekeliruan timbul dari tweet kontroversi
Luth Textile says
bro, aku sentiasa doakan kebahagiaan korang berdua. diharap semua akan selamat! AMIN
Loq says
Semoga bro bersabar dan jangan cepat putus asa.Berdoa dengan yang maha esa.
mrnamie says
Semoga bro tabah.. harap apa yang dikatakan oleh Hospital Serdang tu.. Amiin…
nurull says
sabar banyak2 abang.. saya doakan semua baik2 belaka.. ada rezeki tak kemana..
hydir says
Banyakkan berdoa kepadaNya,
sentiasa fikirkan bahawa zuriat adalah rezeki yang memang telah ditentukan untuk setiap hambaNya ..
tunggu lagi 2 minggu ya .. Insya Allah.
Perancangan Allah itu maha sempurna …
nurull says
maksudnye.. kalau ade rezeki.. baby tu selamat insyaAllah.. kalau bukan rezeki kali ni.. akan datang insyaAllah.. masih ade lagi..
nieja says
kay n k.mun, sabar k.. insyaallah smuanya
selamat.. amin!
Liyana Lunia says
abg k baik sgt, mungkin ujian Allah s.w.t untuk abang, wife and baby, insyallah semua akan baik baik sahaja, kiteorg sentiasa doakan keselamatan, kesihatan dan keseajahteraan kawan kawan. sabar ey abang k :)
zaryl says
berita baik tu bro. apa pun yg bakal terjadi harap ko dan isteri dpt terima dengan tabah. aku dan keluarga doakan yg terbaik ye :)
pengalaman suka duka bapa dan ibu sentiasa ada… bila teringat kes-kes bayi dibuang, dibunuh… aku rasa sedih sgt :(
Eizil says
Owhh… macam tuh, semoga segalanya berjalan lancar, aku doakan bayi dalam kandungan itu akan mula menunjukkan degupan jantung selepas 2 ini. Semoga bro dan isteri tabah menghadapi segala dugaan
KNizam says
aku doakan hang, isteri dan baby semuanya selamat. memang banyak dugaan di awal kehamilan mcm ni. semoga baby sihat dan lahir ke dunia untuk jadi anak yang soleh/solehah. amin.
arynet says
Ya Allah..
semoga Allah memelihara jasad bakal anakmu itu, aku juga doakan selamat semuanya insyaAllah..
menteil says
sori aku tak tau cerita nie sebab aku dah tak aktif bertwitter..
apa pun, aku doakan korang nanti dalam keadaan baik2 belaka.. amin..
Chika says
Mendoakan rezeki yg baik buat munirah dan kay. Kepada Allah kita berserah. Insyaallah kandungan tu sehat :)
Kujie says
Salam Mr & Mrs Kay.
Betul semua tindakan yg dibuat…dapatkan pengesahan pihak ketiga keempat jika alami masalah seperti ini.
Macam tu juga apa yang Kak Jie buat waktu mengandung dulu yang juga ada beberapa masalah. Harapan tak akan putus untuk orang yang berdoa…. kuasa Allah diluar jangkaan kita.
Pernah alami 2 kali ‘kehilangan’ sebelum ada Along dan Intan. Sabar adalah ayat yang biasa tetapi itulah ubatnya.
laili says
Salam,saudara
Harap dpt bersabar dan bsedia dgn segala kemungkinan,sy ada pengalaman yg mirip saudara,sgt mirip.kejadian berlaku pd tahun lepas…sy dpt tau yg saya hamil pd usia kandungan 4 minggu,2kali pegi scan size janin mbesar,tp pd usia 10 minggu doc mdapati janin bhenti mbesar dan sizenya pd waktu itu bsamaan dgn 7 minggu,pd minggu ke 4-5 sy mendapati adanya pendarahan(drh bwarna coklat) tp dlm kuantiti yg sedikit,sy rujuj pd doc dan doc memaklumkan situasi bkenaan adalah threaten abortion,sy di beri ubat penguat rahim dan keadaan pulih utk 2 minggi,tetapi pd minggu ke 10 didapati kandungan x mbesar spt yg sepatutnya,di pendekkan cerita sy keguguran pd minggu ke 10 tsebut,selepas semua langkah berjaga2,jd sy anggap masih belum tiba masa kami utk menimang cahaya mata,walaupun setelah 3 tahun menanti…di harap saudara sekeluarga tabah menghadapi cubaan ini…Salam
Bro Framestone says
mesti ade hikmah di sebalik hendakNya
bersabar la Kay…
Kreuger says
Salam kay,
baru berkesempatan baca catatan hang. mintak maaf lambat singgah. aku dulu dengan wife aku pon ade jugak masalah macam ni. tapi syukur tak sampai pihak ke tiga dan ke empat. sebab bila dekat PPUM, bila tadek heartbid atau kitaran haid tak normal, dia akan buat imaging scanning. aku pon cuak jugak masa tu, sebab doktor suspect baby tak gerak. aku macam nak nanges dah.
ape kata aku sarankan hang cube plak kat ppum. sebab fasility dia kira ok la.. walaupon dia tak mesra suami. perbanyakkan doa ye kay. kami sekeluarga doakan kesejahteraan keluarga hang. insyaallah ada rezeki. jangan putus-putus doa. tapi jangan terlampau mengharap kay, ini rezeki tuhan bagi.
mungkin dia tak bagi masa ni. tapi di simpan untuk masa akan datang. insyaallah. kuatkan semangat ye.
Bear says
Semoga selepas ni, ko tabah walau ape pon keputusan k…
Aku doakan semoga semuanya selamat..Aminnn
Rezeki…rezeki..insyallah…
k.chii says
doakann yg baek2..semoga semuanya selamat..insya Allah
topo says
aku doakan agar kandungan tu selamat dan dapat melihat alam ciptaan Allah yang sangat indah ini dan semoga ibu dan JR tu selamat.. amin..
hafizmd says
moge bro dan isteri tabah..aku doakan moge kandungan sihat dan selamat dilahirkan dgn penuh rahmat dari Allah…ameen
mijie says
semoga saudara sekeluarga akan sentiasa tabah dan menerima apa yang terbaik….
sy dulu pernah melaluinya bersama isteri dan diharapkan tabah untuk menghadapinya….kita sama-sama berdoa semoga semuanya yang baik belaka
seri lyana si permaisuri says
Ya Allah, sorry Kay, I baru tahu.
I pun turut sama macam yang lainnya mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ke atas you dan Munira. Semoga Allah mempermudahkan segalanya.
Bersabar dengan dugaan ni ye.
InsyaAllah, semoga semuanya baik-baik.
Ya Allah, permudahkan lah urusan mereka
dan jika sulit yang Engkau mahu, biarlah kesulitan itu makin mendekatkan mereka berdua dengan-Mu
Amin.. InsyaAllah.
menj says
Apa ceritanya skrg?
shaharil says
Semoga anak dalam kandungan tersebut selamat. Amin. Insya-Allah.