Kebelakangan ni aku asyik dengar orang cerita IPhone murah yang di jual di Mobile Fair. Harga yang ditawarkan kononnya promosi 70% dan mereka dakwa IPhone tersebut adalah original! Kebanyakkan mangsa penipuan yang aku nampak adalah perempuan dan rata-rata tidak pernah melihat IPhone yang sebenar secara lansung.
IPhone klon ni di jual sekitar RM299 sehingga RM400++ sedangkan harga IPhone yang sebenar dijual sekitar RM2000 hingga RM3000++ (sorryla, aku tak ambil tahu sangat harga IPhone. Tak minat).
IPhone klon ini adalah produk dari negara China. Biasalah, negara yang paling hebat membuat dan mengeluarkan barang-barang tiruan. Mungkin bagi sesetengah orang, tidak kisah menggunakan barangan tiruan kerana tidak mampu membeli yang asli. Orang kata janji nampak sama. Tapi aku nasihatkan pada semua, barang-barang tiruan seperti ini tidak akan tahan lama. Komponen yang digunakan di dalam telefon terbabit tidak akan tahan lama. Apatah lagi kalau kau orang jenis yang lasak dan selalu terjatuhkan barang-barang.
Telefon-telefon yang memang di akui dari China seperti CSL dan iMobile pun aku tengok jangka hayat paling lama adalah setahun jika di jaga rapi (di simpan dalam beg khas dan tidak digunakan dengan lasak). Dan kebanyakkan komponen (seperti keypad, touchscreen) hanya tahan beberapa bulan. Ini adalah berdasarkan pengalaman dari kakak dan isteri aku yang pernah menggunakan CSL dan iMobile.
Kalau telefon yang ada jenama (buatan China) seperti itu pun tak tahan lama, apatah lagi telefon IPhone tiruan yang didakwa original ni? Bak kata Nabil, “Lu pikir la sendiri“. Ini aku bagi tips bagaimana mahu mengenal pasti sama ada IPhone tersebut adalah tiruan atau original.
- Ada stylus – Stylus adalah pen kecil yang digunakan pada PDA. Tapi tu PDA dulu je. Zaman sekarang orang pakai jari je.
- Boleh guna 2 sim kad serentak – Mana-mana telefon yang boleh guna 2 sim kad serentak, pasti guna teknologi dari China. Belum ada syarikat telefon bimbit berjenama keluarkan features ni.
- Warna tidak terang/sharp – warna pada skrin telefon tiruan ni tak sharp seperti yang original. Maklumlah, komponen murah.
So, aku nasihatkan kau orang semua supaya berhati-hati ketika beli telefon bimbit terutama sekali IPhone. Banyak dah telefon tiruan sekarang. Bukan IPhone sahaja. Bagi yang pernah tertipu dan baru menyedari IPhone tu adalah tiruan selepas baca artikel ni, aku nasihatkan bawa pergi Tribunal Tuntutan Pengguna dan ambil tindakkan sewajarnya. Jangan biarkan orang lain pula tertipu.
Edit (Selasa – 19 Jan – 10:48AM)
Nampaknya aku tersilap fakta tentang Dual Sim. Dah ada telefon bimbit berjenama keluarkan features Dual Sim ni. Aku tak berapa aware sebab jenama-jenama tu memang ada dalam list jenama yang aku tak suka. Terima kasih pada DD yang menegur.
wak says
hurmmm…. kalo guna phone mahal2, tp krdt takat rm10, rm 20, rm30 or rm50, apa brg… bia phone murah, jnji krdt lebih rm 50… baru blh blagak… aku nengok bdk2 muda zmn skng ni cmtuh la… phone jer canggih tahap dewa… tp krdt, hampeh jer… kdg2 bbulan2 bru topap… hak hak hak!!! nengok aku, phone ade lampu suluh n siap ade tape kt blakang lg…. tp krdt, haaaaa… maleh nk citer.. kang org ckp blagak jer… hohoho
android says
cakap pasal iphone tiruan, tengok harga pun dah tau. takkan dorang nak jual iphone yang mahal dengan harga murah macam tu. tak boleh pikir ke? tapi kalau iphone dijual dengan harga ori, yang tu kene pastikan betul-betul keasliannya. pernah juga pergi mobile fair, just tengok-tengok je tak beli pun. bile tanya kat cina tu ‘ni phone china ke?’ dia jwb singapore punya. aku memang dah tau tu memang phone china, saje tanye. dorang dah pakat semua bile orang tanya ckp singapore punya.
Nur says
Memang boleh meletup masa charge.
beli iphone says
I am curious to find out what blog system you happen to be utilizing?
I’m experiencing some small security problems with my latest website and I’d
like to find something more safe. Do you have any solutions?
game di dong says
I feel that’s on the list of such a lot sizeable facts personally. With this particular pleased researching your write-up. Nonetheless really should record on several standard points, The web site model is extremely good, the particular posts is great : Debbie. Just right task, many thanks
saliana says
blackberry pun ade banyak jenis…ade AP set..ade recon..ade brightstar..before beli kena make sure dia brightstar warranty 2 years..kalau warranty less than 2 years tu bukan brightstar lah..maybe AP or recon blackberry..