Orange 4 Kay

Bukan Omongan Kosong

| Ambil DuitKu | LoveBaby.MY | Apesal.com |

Real Time Web Analytics

Creative Commons License
Orange 4 Kay by Mr Kay is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

Powered by AIMedia

Trip Siem Reap : Bermalam di KLIA2

September 20, 2014 by Mr Kay Em Why 2 Comments

Lama tak update blog ni. Nak try update sekali sekala. Terutama bila travel. Nak jadi travel blogger katanya. Haha.

image

DCA Control Tower @ KLIA2

Al-kisahnya team aku buat plan nak outing bersama-sama. Mula-mula plan nak ke pantai sekitar Thailand. Tapi bila check cuaca, sekarang ni musim hujan kerana monsun. Jadi kami cari-cari kawasan menarik lain yg sesuai untuk gateway weekend.

Pilih punya pilih, akhirnya kami decide untuk ke Siem Reap. Salah satu sebab, tiket murah. Haha. Lagi satu sebab kami bosan tiap-tiap minggu meeting dalam bilik meeting yg diberi nama “Siem Reap”. Jadi kami ke Siem Reap sebenar untuk meeting minggu ni. Eh? Tak la, rekaan semata-mata. :-p

image

Siem reap meeting room

Sepatutnya trip ni 8 orang join dari 9 orang team members. Tapi 2 orang cancel last minute. Seorang cancel atas sebab peribadi dan seorang lagi dah nak ke airport baru check passport dah arwah. Moral of the story, check passport anda sebelum bincang nak travel. 5 orang dah berlepas naik flight tgh hari jumaat (19 Sept 2014) dan aku terpaksa berseorangan naik flight 6.50 pagi hari Sabtu.

Dengan bantuan biras dan Akak ipar aku yang baik hati menghantar aku ke KLIA2, maka sampailah aku di sini ketika hampir tengah malam. Kami lepak-lepak sekejap di KLIA2 sebelum biras dan Akak ipar aku membawa anak bini aku pulang ke rumah mertua aku. Dan sekarang ini aku dah rindu pada anak aku, Ariqa.

image

Ariqa & papa berselfie

Sementara tunggu boarding gate di buka, aku jalan-jalan sekitar KLIA2. Kawasan ni bukan asing bagi aku sbb aku dah selalu ke sini sebelum KLIA2 ni dibuka kepada orang awam lagi. Tapi aku belum pernah pusing semua tempat dalam KLIA2. Sambil-sambil berjalan-jalan sekitar KLIA2, aku check tempat-tempat yang boleh melepak dan bermalam. Ada beberapa tempat.

image

TuneHotel KLIA2

Luar KLIA2 ada TuneHotel. Satu-satunya bangunan yang ada diluar KLIA2 selain menara kawalan. So memang nampak la TuneHotel ni bila sampai dekat KLIA2. Harga hotel bajet ni boleh tengok dekat website TuneHotel. Boleh booking terus dekat situ. Ada laluan pejalan kaki berbumbung dari terminal ke TuneHotel ni. Laluan ni bersambung dengan level 1M gateways@KLIA2.

image

Laluan pejalan kaki dari gateways@KLIA2 ke TuneHotel

Dalam gateways@KLIA2 juga ada hotel yang istimewa. Terletak di level 1, sama level dengan platform bas dan teksi, Hotel Capsule by Container ni memang unik. Mengambil konsep hotel kapsul seperti yang popular di jepun dan diubah sedikit dengan setiap kapsul berada di dalam kontena. Untuk maklumat lanjut berkenaan harga dan perkhidmatan yang hotel ni sediakan, boleh ke website Hotel Capsule by Container

image

Hotel Capsule by Container

Bagi geng backpackers dan mereka yang nak travel secara bajet, boleh je melepak dekat KLIA2 ni tanpa check in hotel-hotel ni. Banyak ruang yang boleh dijadikan tempat tidur. Ruang kosong banyak di level 2M (terutama di hadapan pejabat AirAsia) dan banyak juga kawasan yang ada soket untuk caj bateri telefon atau gajet-gajet lain. Dalam kawasan terminal juga ada tempat yang boleh digunakan untuk merehatkan badan dan melelapkan mata. Banyak ruang diatas pintu perlepasan antarabangsa. Kawasan ni tak berapa ramai orang. Mungkin orang tak tau tempat ni adalah tempat awam.

image

Naik keatas dengan guna escalator sebelah kanan pintu tu dan byk ruang untuk lelapkan mata seketika

Dalam terminal sebenarnya ada lagi satu hotel. Hotel SamaSamaExpress yang lebih mensasarkan penumpang yang transit seketika di KLIA2 ni agak elite dan harganya sangat mahal bagi aku.

Cukup lah catatan bermalam di KLIA2. Aku nak berehat seketika sebelum kaunter check in dibuka. InsyaAllah aku akan tulis perjalanan di Siem Reap nanti.
image

– End; 2.41AM; 20 Sept 2014; KLIA2 –

Filed Under: Abstrak Kehidupan, Kay Travel Tagged With: backpackers, bajet travel, capsule by container hotel, gatways@klia2, KLIA2, Siem Reap, tunehotel

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. kujie says

    September 20, 2014 at 1:48 pm

    wah… entri travel blogger mcm ni ada kelas tersendiri..tak meleret leret puja puji bodek membodek…cuma info yg diperlukan.

  2. Azman Ishak says

    September 21, 2014 at 12:50 pm

    ni macam kan kak jie… tuan punye blog kene buat pulut kuning ni. saya risau kalau jadi ape2 sebab dia dah update blog. kekekke.

    P/s: bagi makan saka yang selalu tak bagi update blog. kah kah kah. Ok bye :p

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *