Disclaimer : Ini adalah blogpost lama yg di ambil dari blog aku yg sudah ditutup. Repost di sini hanya untuk disimpan sebagai kenangan. 🙂
Ada orang hidupnya mudah dan lancar dari lahir sehingga matinya. Tapi ramai yang tidak begitu.
Kita lihat orang lain hidupnya begitu teratur dan bahagia, terdetik hati kita walau sekali “Kenapa aku tak bertuah seperti dia?”. Sebenarnya kita tak sedar, kita sebenarnya masih bertuah. Masih ramai yang tidak bernasib baik seperti kita.
Setiap orang ada bahagian masing-masing. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Setiap orang ada waktu susah dan senang masing. Setiap orang akan lalui waktu derita dan bahagia. Cuma waktunya tidak sama bagi setiap orang. Setiap orang akan diuji oleh-Nya.
Bila bercerita dengan orang tentang kesedihan kita, dengarkan nasihat yang di beri. Belajar untuk menerima. Bukannya di balas dengan “kau tak faham apa yang aku rasa. Dia tak faham apa yang aku rasa. Tak ada siapa yang faham apa yang aku rasa”. Kerana bukan kau seorang yang pernah melalui jalan itu.
Jangan merungut bila di uji kerana Allah pasti akan memberi ganjaran di kemudian hari. Dan jangan lupa untuk mengucapkan syukur bila di dalam kesenangan dan jangan leka kerana Allah boleh menarik segala-galanya dalam sekelip mata.
Ini pesanan untuk aku dan kamu. Ini bukan tulisan yang merapu.
megat says
ok juga kan amik entri kat blog lama letak kat blog baru. boleh bikin kenang-kenangan. idea mari hehe.
wazy says
Terima kasih bro di atas entri yang sungguh bermanfaat ni
memang kita harus sentiasa bersyukur tak kira berada di dalam keadaan macam mana pun
zool says
kadang2 kita selalu terlupa dengan yang lama. bila kenang balik ada nostalgianya
arif says
btol2…kne sentiasa bersyukur baru la hidup diberkati…
daus says
setiap dugaan yang menimpa kita, pasti ada hikmahnya 🙂
kita juga mestilah menerima dengan tabah
samanosuke_04 says
bersyukur tue adalah satu cara nak bagitau diri sendiri “everything is alright” walopon kat luar sana, biarlaa orang nampak kita dalam pelbagai persepsi.. so takkan nak biarkan persepsi yang tak constant tue mendefinisikan hidup kita.. orang yang selalu bersyukur adalah orang yang menentukan dengan sendiri, bahwa hidupnya adalah ‘alright’… hehhe berpuitis lak aku..
suffer8zine says
yuppp setuju ngn entri ini, jgn la terlampau mengejar sesuatu sehingga x bersyukur ape yg ada
eddikl says
Tulisan yang bagus, kita kena selalu bersyukur dengan apa yang ada sekarang.
KNizam says
setuju! rezeki masing2 x perlu dirisaukan
Freak says
saya setuju… ;D
titan says
agree.
setiap benda yang kita buat, pasti ada hikmahnya. Belajarlah bersyukur dengan apa yang kita ada dan berusaha untuk lebih maju.
Ali ridha says
setiap kesusahan yang kita alami.
pasti akan ada kesenangan
dikemudian hari.
van025 says
Setiap dugaan yang menimpa kita, pasti ada hikmahnya
Monday says
kadang2 kita selalu terlupa dengan yang lama. bila kenang balik ada nostalgianya
jawatan kosong says
Betul la tu.. kapan pun dan dimanapun, mestilah kita sentiasa bersyukur.
radz says
alhamdulillah…
iridz says
manusia mmg slalu lupa untuk bersyukur.tak pernah puas
Nia Nadifa says
roda kehidupan slalu berputar, , tp qw yakin Allah gak akan menguji diluar batas kemampuan umat Nya. . . Alhamdulillah rasa syukur qw ucap hngga dtik ini aqw msh diberikan nafas kehidupan didunia ini…