Orange 4 Kay

Bukan Omongan Kosong

| Ambil DuitKu | LoveBaby.MY | Apesal.com |

Real Time Web Analytics

Creative Commons License
Orange 4 Kay by Mr Kay is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

Powered by AIMedia

Buah tangan sempena Ramadhan

August 5, 2010 by Mr Kay Em Why 81 Comments

Perasan tak widget ni kat sidebar blog ni sejak beberapa hari lepas? Ye, aku tau mesti ramai tak perasan sebab sidebar aku sesak. Haha. Aku sedar diri.

Sebenarnya inilah yang aku dok canang kat twitter sejak beberapa hari lepas. Buah tangan sempena ramadhan dari aku dan isteri aku. Ramai dok ingat kita orang nak menjual2 sempena ramadhan. Tak lah. Ini sumbangan kami pada muslim dan komuniti wordpress sempena bulan yang mulia ni.

Idea untuk buat plugin ni sebenarnya datang dari wife aku. Dia yang betul2 bersemangat. 90% dari plugin ni adalah hasil usaha dia dan aku hanya sumbangkan idea dan 10% code (untuk installation je sebenarnya). Plugin ni diusahakan selama beberapa hari sahaja. Plugin yang simple tapi di harap dapat beri manfaat pada semua.

Kalau ada yang bertanya, untuk blogspot tak ada ke? Aku minta maaf banyak-banyak. Kami tak sempat nak buat utk blogspot dan lain2 platform. Ini pun umpama bahan kajian kami. Pertama kali buat plugin. Dan ada yang bertanya, blog di WordPress.com boleh guna ke? Aku minta maaf juga. Aku dah cuba tengok2 di sana. Lansung tak boleh nak install apa2 plugin.

Kami terpaksa menangguh untuk melancarkan plugin ni sejak hari Ahad kerana kami baru belajar bagaimana untuk memasukkan plugin ke dalam direktori WordPress. Prosesnya agak memakan masa dan kami baru dapat pengesahan hari ni. Gembira rasanya.

Jadi, bagi yang berminat untuk menggunakan plugin ini, boleh ke blog Kay`s WordPress Lab untuk maklumat lanjut. Minta jasa baik kawan-kawan untuk sebarkan pada rakan2 blogger yang lain. Jangan lupa rate plugin kami di direktori wordpress ye! Oh ya, kalau ada masalah, boleh post di komen entry ni atau di laman rasmi plugin. 😉

Filed Under: Online Thingy, plugin, Wordpress Tagged With: kay`s wordpress lab, ramadhan, waktu berbuka, wordpress, wordpress plugin

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. zaryl says

    August 5, 2010 at 12:08 am

    boleh ejas sana sini dak? hehe

  2. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 12:09 am

    nak ejas apa ye? 😀

  3. Kreuger says

    August 5, 2010 at 12:10 am

    nice job bro… cayak ah..
    lu memang gua RESPEK!!!

  4. zaryl says

    August 5, 2010 at 12:11 am

    ejas background ;) ada option utk godek2? hehe

  5. Luth Textile says

    August 5, 2010 at 12:17 am

    wah wah wah..
    nice.. nak pasang jugak la.

  6. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 12:26 am

    tak ada option. kena masuk dalam code atau just tukar file img background dgn nama yg sama 😉

  7. wazy says

    August 5, 2010 at 12:50 am

    wahhh terbaik bro,nak pasang jugak la

  8. Loq says

    August 5, 2010 at 12:51 am

    Sekarang plugin ni amat kacak di blog aku.Great job bro :)

  9. Fazreen says

    August 5, 2010 at 1:02 am

    hoho..terbaik ni bro…harus pasang..nak cek time berbuka imsak hanya dihujung blog saja..haha

  10. Khai says

    August 5, 2010 at 2:30 am

    Nice one.. hehe.. nnt aku install kat ohislam.com .. lebih kena pada tempatnya.. tahniah untuk plugin pertama dari ko n isteri bro :)

  11. denaihati says

    August 5, 2010 at 7:36 am

    Menarik aku dah install cuma menunggu masa sahaja untuk up kan…semuga tuan berdua mendapat rahmay dari Allah swt atas usaha ini.

  12. tekong says

    August 5, 2010 at 7:51 am

    AKU LIKE!

  13. tekong says

    August 5, 2010 at 7:58 am

    international punya area takde ke bro. mesti ramai gak yg leh pakai hehe. pull je data diorang

  14. Kujie says

    August 5, 2010 at 8:07 am

    yes… akhirnya keluar walaupun tak sempat nak jemput kak jie potong reben…nak install dan preview

    tahniah

  15. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 8:08 am

    haha. aku buat sikit je. bini aku yg banyak buat. idea dia gak. ko respek sama dia 😀

  16. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 8:12 am

    thanks sbb support 😀

  17. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 8:12 am

    hehe. thanks bro 😉

  18. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 8:13 am

    Wow!~ nice. Thanks sbb support bro 😉

  19. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 8:16 am

    lain pulak bunyinya. selalu orang cakap dihujung jari. ko cakap di hujung blog saja. haha. btw, thanks sbb support 😉

  20. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 8:21 am

    thanks bro. 😀

  21. chokilala says

    August 5, 2010 at 8:28 am

    nice! nanti nak try. cakap kat puan isteri thanks for the plugin. hehehe

  22. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 8:29 am

    Thanks bro! semoga ramai dapat manfaat dari plugin ni 😉

  23. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 8:34 am

    JAKIM dah off International punya waktu solat untuk sementara waktu. Lagi pun data untuk Malaysia tu dah cukup besar. Hari tu aku risau wordpress akan amik masa utk load data2 tu masuk DB blog yg install. Tp nampak macam laju je load. Aku akan cuba usahakan nanti. Thanks sbb sokong, promote dan beri cadangan yg baik 😉

  24. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 8:36 am

    reben lupa nak beli. launch pon dah tgh malam. kedai semua dah tutup. haha.

    thanks kak jie 😀

  25. ejam says

    August 5, 2010 at 8:43 am

    wow mr. and mrs. kay dh terjebak dlm industri ke-plugin-an wordpress yer…cayalah…
    camtu ler anak muda yg hebat…
    akan dicuba nanti…

  26. Adlan Khalidi says

    August 5, 2010 at 8:54 am

    salam. wah canggih bro. memang berinovasi isteri bro tu. semoga teruskan usaha yang murni ini.

  27. wazy says

    August 5, 2010 at 10:25 am

    Mintak izin buat preview pasal plug in ni eh bro
    Nanti bagi full kredit terus ke blog ni

  28. isteri empunyer blog says

    August 5, 2010 at 10:42 am

    terima kasih for all the support u guys.. :D:D lenkali kitorang wat plugin lain la pulak.. wakakaka :D:D

    ps: part aku taderlah byk pong.. encik kay yg byk wat inspection dgn testing.. wahahaha :)).. aku kod secare hampes

  29. menteil says

    August 5, 2010 at 11:35 am

    wa support lu beb!

  30. mancai says

    August 5, 2010 at 11:45 am

    salam bro, ada perasan plugin ni dah ada kat wordpress.org… banyak2 terima kasih, memang sangat membantu juga amat2 diperlukan…

  31. mijie says

    August 5, 2010 at 12:19 pm

    ok bro sudah siap install plugin tersebut dan entri terbaru dari blog aku pun dah menghebahkan tentang plugin tersebut kepada semua

  32. Kujie says

    August 5, 2010 at 2:09 pm

    bab sidebar yang sesak tu mmg diakui..haha
    mmg tak pandang pun selalu sidebar
    baca entri saja

  33. Roslan says

    August 5, 2010 at 2:36 pm

    nice one..god job job soldier! =p
    permisi utk grab this one ya?? for freeee???? =)

  34. Liyana L says

    August 5, 2010 at 9:00 pm

    abg k, buatkan la untuk blogspot :(

  35. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 10:51 pm

    aku rasa dia dah baca sendiri kot 😀

  36. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 10:52 pm

    dah lama sangat kita orang teringin buat plugin ni. baru sekarang tercapao. thanks bro!

  37. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 10:53 pm

    salam. Thanks bro. kami akan cuba teruskan usaha untuk mengeluarkan plugin2 lain nnt. insyaAllah 🙂

  38. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 10:54 pm

    walah! thanks la beb!

  39. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 10:55 pm

    bila perasan tu? hehe. 3 hari gak baru dapat approval dari pihak wordpress. semoga ianya memberi manfaat pada semua org 😉

  40. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 10:58 pm

    fulamak! thanks banyak2 atas sokongan dan hebahan. terharu aku dgn sambutan yg korang semua berikan. thanks again!

  41. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 10:59 pm

    dibuat mmg utk di grab. haha. of coz for free. sumbangan pada komuniti 😉

  42. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 11:05 pm

    kena study dulu. takut tak sempat nak siap. mmg takleh janji. Tapi tgh usahakan ni. kalau tak dpt utk waktu berbuka ni, maybe projek2 lain la kot. InsyaAllah. ok?

  43. Roslan says

    August 5, 2010 at 11:51 pm

    bro negeri2 perak terengganu kelantan takde ke? =p

  44. Mr Kay Em Why says

    August 5, 2010 at 11:57 pm

    Semua ada bro. cuma Kelantan aku perasan ada zon yg takde dalam e-solat tu. data semua aku amik dari e-solat. kalau takde kat e-solat, takde la kat plugin tu. tp aku dah check, perak, terengganu dgn kelantan ada. check balik betul2. kalau tak de jugak, reinstall.

  45. mijie says

    August 6, 2010 at 11:06 am

    sama-sama, buatan anak tempatan wajib disokong

  46. zik says

    August 6, 2010 at 12:29 pm

    wah terbaik lah bro… :-)

  47. muhammad fakhruddin says

    August 6, 2010 at 9:06 pm

    Semoga blogger WordPress.org mendapat manfaat daripada plugin Made In Malaysia ni ;)

    p/s:tak masuk Karnival Inovasi Islam ke?

  48. Nazri Salleh says

    August 6, 2010 at 11:11 pm

    Pertama kali hasil buah tangan tuk bulan ramadhan yang terbaik..pahala byk ni bro.kira amal jariah ni gak..bagus2.i like.

Newer Comments »

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *