Orange 4 Kay

Bukan Omongan Kosong

| Ambil DuitKu | LoveBaby.MY | Apesal.com |

Real Time Web Analytics

Creative Commons License
Orange 4 Kay by Mr Kay is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

Powered by AIMedia

Aku dan Orange 4 Kay

March 22, 2010 by Mr Kay Em Why 19 Comments

Sejak kebelakangan ni, banyak pula blog yang membincangkan soal kata ganti diri di blog. Ada yang kata pengunaan “aku” sebagai kata ganti nama di blog agak kasar. Dan ramai yang nampaknya memilih untuk beralih menggunakan “saya” yang lebih nampak sopan. Rasanya, aku akan tetap terus menggunakan kata ganti diri “aku” dalam blog ini. Aku ada alasan yang tersendiri.

Dari awal berblog beberapa tahun lepas, aku memang membahasakan diri aku dengan kata ganti diri “aku”. Tak pernah bertukar dan tak pernah terfikir untuk bertukar. Pada aku, secara peribadi, bila aku sudah rasa rapat dengan seseorang, aku akan gunakan kata ganti diri “aku” dan “kau”. Bila gunakkan kata ganti diri yang lain seperti “saya”, “awak”, “I” dan “you” serasa seperti ada jurang antara aku dengan orang tu. Kalau ada perbezaan umur dan pangkat (kakak, abang, pakcik, makcik dan sebagainya), memang aku terasa seperti ada jurang yang terbina dan aku akan bahasakan diri aku dengan “saya”.

Bila aku berblog, aku terasa seperti bercerita dengan teman rapat. Tiada jurang dan pemisah, walau aku tahu ada antara pembaca blog aku lebih tua dari aku, lebih tinggi pangkatnya. Tapi bila menulis, aku anggap semua adalah teman rapat yang sudi mendengar cerita dan luahan pendapat aku. Jika ada yang merasakan seperti aku kasar dalam penulisan aku, aku mohon ampun dan maaf. Tapi itu adalah cara aku. Benarkan aku menulis dengan cara aku sendiri.

Mengenai apa yang aku tulis dalam blog ini pula, semuanya adalah pendapat aku semata-mata. Blog menjadi medium utama aku dalam meluahkan pendapat aku kepada dunia. Aku sedar, kebelakangan ni, entry yang aku tuliskan mengandungi point yang berterabur dan tak teratur sehingga ada yang tersalah faham. Terus terang aku katakan yang aku tidak membuat proses saringan dan editing. Biasanya aku tulis dan terus publish. Almaklumlah. Aku tidak banyak masa untuk berblog sebenarnya. Tapi aku masih ingin menulis dan meluahkan pendapat aku di blog ini.

Seperti entry Wang Hantaran – Kesian tunang aku, dari awal aku telah terfikir untuk mencari dan memasukkan hadis-hadis dan dalil menguatkan pendapat aku. Tapi kerana kengkangan masa, aku terlupa semua itu. Aku akan cuba memperbaiki cara aku menulis di blog ini lepas ini. Dan aku akan pastikan tag line blog ini, “Bukan Omongan Kosong” sentiasa tercapai.

Aku jarang dapat komen tentang gaya penulisan aku dan blog ni dari segi susun atur dan penampilan. Kalau ada yang sudi berikan pendapat, aku teringin nak mendengar/membacanya. 🙂

P/s : Kontest Tulis & Menang masih berjalan. Siapa yang belum join tu, tak teringin ke nak mencuba? 😉

Filed Under: Abstrak Kehidupan, Orange4k Tagged With: aku, awak, cara penulisan di blog, gaya penulisan, kata ganti diri di blog, kau, saya

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. qas says

    March 22, 2010 at 12:11 am

    aku rasa bile berblog guna saya rasa mcm terkurung. macam tak meluas aku boleh cakap. mcm ko cakap tadi, sopan. Tapi bukan la kata nak jadi kurang ajar sbb tu guna aku. Tapi aku tu lebih bersahaja.
    .-= qas´s last blog ..Apalah erti pengantin baru tanpa inai di jari. =-.

  2. topo says

    March 22, 2010 at 1:52 am

    kat cisdel.com guna “aku”

    hohoho kalau kat topotato.com aku selalu guna “aku” kadang2 “gua” hohoho

    kat nazrien.com gunakan “penulis” hahaha tu pon jarang2.. memang jarang letak kata ganti diri kat blog tu..
    .-= topo´s last blog ..Kereta Polis yang Cool dari Seluruh Dunia =-.

  3. ariff says

    March 22, 2010 at 6:01 am

    aku baru nak cerita pasal tu, tengok banyak lak cerita. so tak jadi. haha~
    .-= ariff´s last blog ..TM High Speed Broadband (HSBB) Malaysia Speed Test – Memang LAJU!! =-.

  4. Mr Kay Em Why says

    March 23, 2010 at 9:49 am

    betul. aku sokong. guna “saya” macam serba serbi terkongkong. terasa macam terbatas nak meluahkan pendapat.

  5. Mr Kay Em Why says

    March 23, 2010 at 9:51 am

    ko ada konflik identiti ke? hahaha. tak rasa pelik ke lain tempat lain cara? mmg nampak mcm ada konflik. haha

  6. Mr Kay Em Why says

    March 23, 2010 at 9:52 am

    ramai2 buat entry yg sama la baru best. macam perbincangan. hehe 😀

  7. menteil says

    March 23, 2010 at 7:28 pm

    aku tak rasa pun penggunaan saya tu boleh mendatangkan kemesraan dengan pembaca.. so guna aku lebih baik..

    bercerita tentang gaya penulisan, sila rujuk pada chika.. i like! huhu..
    .-= menteil´s last blog ..Tanah Kubur Itu Masih Merah Lagi =-.

  8. wazy says

    March 23, 2010 at 9:26 pm

    kira universal gak kalau guna perkataan saya ni,tapi kebanyakkan blog semua guna perkataan aku.
    .-= wazy´s last blog ..Streamyx Oh Streamyx Part 2 =-.

  9. Kujie says

    March 24, 2010 at 8:36 pm

    tak pandai nk guna kataganti lain…dlm kehidupan sebenar pun mmg guna ‘saya’ cuma dgn adik beradik guna kata ganti nama sendiri.

    tapi bila reply komen, guna kak jie..rasa direct bercakap dgn pengomen…tapi tulis entri ‘umum’
    .-= Kujie´s last blog ..Notis Untuk Geng Blogger =-.

  10. seri lyana si permaisuri says

    March 25, 2010 at 1:30 am

    I asal boleh ja nak guna apa. Tak pernah decide. hehehe kay..! I need to chat (long chat) wit you lah. Nak tanya banyak benda dan mintak advice.. Dah lama jugak tak bergosip mosip dengan you. huhuhu
    .-= seri lyana si permaisuri´s last blog ..Kehidupan yang lari-lari =-.

  11. blogresipi says

    March 25, 2010 at 4:14 am

    Ramai suka guna ganti nama ‘aku’. Mesra gitu. 🙂
    .-= blogresipi´s last blog ..Microwave Banana Pudding =-.

  12. Luke says

    March 25, 2010 at 6:10 pm

    Rasanya “aku” lebih selesa digunakan.Dan kata ganti nama diri “aku” amatlah sesuai digunakan untuk blog personal atau blog yg tidak formal.Bagi aku lah,aku memang senang nak type bila guna “aku”.Kalau yang lain-lain tu,terasa janggal lah.
    .-= Luke´s last blog ..Ghathering Blogger di Dataran Pahlawan Melaka pada 28 Mac =-.

  13. x-po says

    March 26, 2010 at 9:34 am

    panggilan ‘aku’ lagi mesra bagi aku..hehe kalau guna saya awak, cam orang lembut la plak..hukhuk
    .-= x-po´s last blog ..PATUTKAH LAGU LUAR DIKURANGKAN DI RADIO MALAYSIA? =-.

  14. imran says

    March 27, 2010 at 6:32 pm

    Tidak kisah menggunakan kata ganti diri apa sekalipun. Ikut keselesaan tuan punya blog 😀

  15. Luth Textile says

    March 27, 2010 at 8:03 pm

    aku suka guna “aku”
    rasa mcm diri sendiri tulis, puas 😀
    .-= Luth Textile´s last blog ..Sertai Kontes : Releven ke tidak hadiah berbanding syaratnya? =-.

  16. white02 says

    March 29, 2010 at 5:30 pm

    ermm bile smbg2 ngn mber2 gunala “aku” dan “kau”..mmg terasa rapat..

    tp bile berblogging ni,terpikir gk nk refer diri sendiri sbg ape?~

    at last panggil “i” atau “white” je~
    hehehe..
    .-= white02´s last blog ..Crazy Arithmetic of Love! =-.

  17. samanosuke_04 says

    March 30, 2010 at 1:48 am

    aku pun suka gak guna kata ganti nama ‘aku’.. hehe, reason sebab nampak matang ngan macho.. hoho, teruskan guna ‘aku’.. komen lain.. hm…. tkde kot..
    .-= samanosuke_04´s last blog ..2 Warga Malaysia Cedera Dalam Letupan Bom di Moscow =-.

  18. hadjie says

    April 1, 2010 at 11:18 pm

    Saya guna saya dalam blog saya sebab saya rasa saya lebih sesuai dengan umur saya.
    Saya juga rasa, ganti nama aku lebih bebas dan pembaca mudah rasa dekat, tapi ganti nama saya lebih nampak matang dan terjaga.
    Kalau time remaja dulu saya sudah ada blog, rasanya saya akan guna aku. Tapi sekarang ni, takkan nak rasa muda sangat lak kan?
    .-= hadjie´s last blog ..Kupu-Kupu Malam Renta Bernasib Kelam =-.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *