Orange 4 Kay

Bukan Omongan Kosong

| Ambil DuitKu | LoveBaby.MY | Apesal.com |

Real Time Web Analytics

Creative Commons License
Orange 4 Kay by Mr Kay is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

Powered by AIMedia

Ulasan Filem : Muallaf (Arahan Yasmin Ahmad)

December 29, 2009 by Mr Kay Em Why 15 Comments

Muallaf_Main Poster

Dah lama aku tak buat ulasan filem. Ulasan filem bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi untuk filem Muallaf arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad ini, sangat-sangat sukar sebenarnya. Filem yang mengundang banyak kontroversi sejak dalam proses pembikinan lagi. Dari kontroversi mengenai Sharifah Amani yang membotakkan kepala untuk filem ini sehinggalah kontroversi mengenai filem ini tersadai di Lembaga Penapisan Filem (LPF) Malaysia kerana dikatakan Yasmin Ahmad enggan mematuhi arahan pihak LPF untuk memotong beberapa adengan penting yang boleh mencetuskan sensitiviti agama di negara ini.

Filem Muallaf yang merupakan filem kelima Yasmin Ahmad di tayangkan di Malaysia lewat setahun dari tanyangan di Singapura. Malah filem Telentime yang menjalani pengambaran selepas Muallaf telah pun masuk panggung di Malaysia terlebih dahulu.

Sharifah Amani & Sharifah Aleysha

Filem ini membawa mesej-mesej keagamaan dan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Biasanya bila menyentuh hal keagamaan, karya tersebut menjadi sangat berat. Begitu juga dengan filem ni. Penonton perlu berfikir untuk benar-benar memahami apa yang cuba di sampaikan Yasmin Ahmad Melalui filem ini. Tambahan pula beberapa dialog di tapis membuatkan penonton agak sukar memahami apa yang sedang cuba di sampaikan. Mungkin ada juga adengan yang di potong.

Filem ini mengisahkan 2 orang beradik, Rohani dan Rohana (lakonan Sharifah Amani & Sharifah Aleysha) yang kematian Mak cuba “menyelamatkan diri” dari Papa mereka. Mereka cuba melarikan diri ke Singapura dari Kuala Lumpur melalui Ipoh. Rohana seorang yang pendiam, berperangai sedikit ganjil kerana gemar menyebut kombinasi-kombinasi nombor yang menimbulkan tanda tanya pada orang lain. Seorang lagi watak utama, Brian (lakonan Brian Yap) merupakan seorang gBrian Yap, Sharifah Amani & Sharifah Aleysha - muallaf by yasmin ahmaduru yang datang dari keluarga yang sangat kuat pengangan pada ajaran Kristian. Brian cuba menjauhkan diri dari agama kerana pernah mengalami peristiwa hitam yang sangat memalukan ketika kecil atas nama agama.

Jangan ada yang salah faham. Filem ini tidak ada kena mengena dan bukan mengenai mereka yang baru masuk Islam ataupun biasa di panggil Muallaf. Durasi filem ini adalah 1 jam 33 Minit dan amaran aku, jalan cerita filem ini agak perlahan!

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=sGl2vizkSCQ]

Info Muallaf
Klasifikasi: 18PL
Genre: Drama
Tarikh mula tayangan: 24 Dec 2009
Durasi: 1 Hour 33 Minutes,
Pengedar: Cathay-keris Films
Pelakon: Ning Baizura, Sharifah Aleysha, Sharifah Amani, Yeo Yann Yann, Brian Yap, Datuk Rahim Razali
Pengarah: Yasmin Ahmad
Overall Rating oleh Orange4K : [Rating:3/5]

Sumber poster dan gambar : SultanMuzaffar, CinemaMalaysia

Filed Under: Kritik & Review, SoK SeK FiLeM & TeaTer... Tagged With: Allahyarham Yasmin Ahmad, Brian Yap, dari pengarah sepet gubra dan mukhsin, Datuk Rahim Razali, finas, kontroversi, Lembaga penapisan filem malaysia, Ning Baizura, review Muallaf - Yasmin Ahmad, Sharifah Aleysha, Sharifah Amani, trailer Muallaf, ulasan filem muallaf filem yasmin ahmad, Yeo Yann Yann

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. SyaFF HebaT says

    December 29, 2009 at 9:58 pm

    so, pd ko, cite nih cane? ok ke x?
    ade nmpk arwah uncle aku dlm nih x?
    imam surau kalo x silap aku laa…

  2. Mr Kay Em Why says

    December 29, 2009 at 10:05 pm

    cerita agak slow. cerita ni, kau perlu banyak berfikir untuk faham. pada aku, kalau tak faham sangat pon jalan cerita, sekurang-kurangnya dapat moral of the story. kalau tak faham gak nilai-nilai murni yang ada tu, memang susah la aku nak cakap.

    imam? aku rasa ada. dia ada tegur brian.

  3. SyaFF HebaT says

    December 29, 2009 at 10:18 pm

    ade janggut panjng?
    serious ade??

  4. Mr Kay Em Why says

    December 29, 2009 at 10:36 pm

    tak ingat sangat la syap. sekejap sangat dia inter-frame. rasa nya janggut panjang.

  5. SyaFF HebaT says

    December 29, 2009 at 10:43 pm

    yeahhh~ dats him!
    rindu arwahhh~

  6. ajami says

    December 30, 2009 at 1:34 pm

    ref: amirmu.blogspot.com

    Contrary to popular belief, Muallaf was never banned. But this is a line that the censors requested to be muted: (pls click)

    scene 1

    scene 2

  7. yonna says

    December 30, 2009 at 4:05 pm

    rasa mcm down pulak nak tgk sebab bro bagi 3 star, tp pandangan org lain2 kan? filem2 YA ni termask dlm kategori WAJIB tgk selain filem Khabir Bhatia ๐Ÿ˜€

  8. Mr Kay Em Why says

    December 30, 2009 at 7:24 pm

    thanks for sharing the info ๐Ÿ˜‰

  9. Mr Kay Em Why says

    December 30, 2009 at 7:26 pm

    its up to u. setiap orang ada pandangan berbeza. benda ni sangat subjektif. sebab tu its hard to write a movie/theater review. bro bg 3 stars tak semestinya u will give 3 stars also kan?

  10. NoktahHitam says

    December 30, 2009 at 9:43 pm

    Aku tak pernah tgk cerita Yasmin Ahmad. Tatau kenape, rase tak berminat. Tapi aku suke iklan2 die. Sangat best and menyentuh hati. Kalau arwah hidop lagi, sure die buat iklan Petronas utk new year.

  11. loq says

    December 30, 2009 at 11:41 pm

    setuju dengan eddie.Iklan memang gempak.Aku pernah tengok Talentime je.

  12. Mr Kay Em Why says

    December 31, 2009 at 2:41 pm

    Iklan dia mmg syahdu. aku rasa iklan-iklan lama dia tu, kalau tengok balik, boleh memeleh gak air mata. moral of the story dia akan valid sampai bila2.

  13. Mr Kay Em Why says

    December 31, 2009 at 2:42 pm

    iklan dia banyak yang dia cuba sampaikan. tp aku rasa tak ramai rakyat malaysia dapat apa yang cuba disampaikan. mereka menonton untuk hiburan semata-mata

  14. z|lh@n says

    January 6, 2010 at 11:14 am

    Salam singgah… nuff digi for u… link exchange yer…
    .-= z|lh@nยดs last blog ..Sifat Lelaki LAWAN Sifat Perempuan =-.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *