Beberapa bulan lepas, tunang aku ada cakap dia cuba-cuba agak apa yang aku akan tulis kat blog beberapa hari sebelum kahwin. Aku jawab tak payah susah-susah nak fikir sebab aku susah nak update blog. So, aku mungkin takkan update blog lansung. Haha. Tapi tiba-tiba aku rasa macam nak update juga. Kali ni aku nak tulis je apa yg terlintas. Err.. boleh ke? haha.
Masa aku nak umumkan aku nak kahwin hari tu banyak respon-respon yg terkejut. Memang tak berapa ramai yang tau aku dah bertunang. Siap yang tanya “Kenapa tiba-tiba je nak kahwin ni? ada apa-apa ke?”. Soalan memang tak boleh blah. Bagi yang belum tahu dan baru tahu, aku dah bertunang pada penghujung bulan 12 yang lepas. Aku tak umumkan kat sini sebab masa tu aku dan tunang aku masih bekerja di tempat yang sama. Pihak pengurusan ada yang tak berapa suka kalau staff bercinta sesama staff. Kebetulan masa tu ada budak opis aku yang kaki penyebuk sentiasa datang ke blog ni. Jadi untuk langkah keselamatan, aku tak umumkan kat blog ni, tapi aku umumkan di blog aku lagi satu.
Lebih kurang 2 hari lagi aku akan bertukar status “bujang” kepada “berkahwin”. Masih ada rasa macam tak percaya. Cepat betul masa berlalu. Pada hari pernikahan kami, usia perkenalan baru berusia Setahun, 7 bulan dan 16 hari. Usia perhubungan yang akan mencapai usia Setahun, sebulan dan 22 hari. Memang langkah kami agak cepat dan pantas. Benda yang elok memang tak patut di lambat-lambatkan ye tak? Hehe.
Beberapa minggu lepas aku seperti terkena penyakit orang nak berkahwin. Aku tak tau la semua orang kena atau tak. Tapi ramai juga kawan-kawan aku yang terkena. Masa tu aku belum beli kasut untuk dipakai ketika majlis perkahwinan. Kasut hitam yang ada pon dah koyak-koyak. Al maklumlah, sekarang ni pegi keje pon pakai selipar je. Aku bermimpi pada hari aku nak bernikah, aku masih belum beli kasut. Aku terus pegi ke kedai kasut, pelbagai perkara yang tak masuk akal berlaku kat kedai kasut tu. Bila dah selesai beli kasut, baru aku sedar yang aku dah terlewat beberapa jam dari waktu yang dijanjikan untuk bernikah. Akibatnya semua orang buat tak tahu dengan majlis aku. Haha.. Berpeluh juga aku masa terbangun dari mimpi tu. Nasib baik mimpi je.
Pagi tadi pula aku terbangun dengan satu soalan “Aku dah nikah ke?”. Rasa-rasa macam aku ada mimpi bernikah malam tadi. Hahaha.. Parah! Excited sampai bermimpi. Agak kecewa bila aku sedar yang aku belum bernikah lagi. Haha. Tak apa, lagi 2 hari saja! :p
Aku dah tak da idea. Aku tak tau bila lagi aku akan update blog ni. Tapi insyaAllah, selepas majlis dan waktu honeymoon, aku akan update live blog aku. InsyaAllah. Korang rajin-rajin la jengah live blog aku ye. 😀
P/s: aku ingat nak buat review filem PAPADOM. Tapi asyik bertangguh. Entah bila aku akan buat.
Sham Hardy says
jangan gugup bro~ haha..
seri lyana si permaisuri says
uiyoooooooo nervess seh.. sampai kan I pun turut nerves.. hahaha
anyway… congrats on you both on your wedding day…!
Semoga semuanya berjalan seperti yang dirancang..!
ejam says
tenang yer bro…
tu semua dugaan utk mengecapi kebahagian dan kegembiraan berkekalan…
pasal mimpi2 sebelum nikah tu aku pun kena gak, naik menggelabah gak ler bila pk itu ini…
bagus citer papadom tu, aku suka…yg best tgh tgk wayang org umah aku bleh manja2 plak dlm gelap2 tu…syok tu…hehe
arnamee says
Salam..
banyakkan selawat nanti, tenangkan hati..
semoga semua berjalan lancar ea:)
skyati says
Hai Kay.. akk tgh konpius nak pergi Seremban ke Segamat… Hummmmmm…
fadh says
kay..selamat bernikah ye hehe..dah jadik laki org dh kawan aku sorang nieh. psni ssh la nk outing lg 🙂
hanc~ says
tahniah~~
izzat aziz says
tahniah..hehe bestnya dapat khwin.. aku lama dah plan nak khwin.. tapi asyik tnggh sebabnya scholar tak bagi, kedua masih belajar kena keje dulu.. nak buat baik pun byk halangan..
papadom wajib tengok. period. hehe
skipskool says
Slmt memasuki alam rumahtangga bro. Kenduri segamat 25hb kn,
aku dh ambik tiket balik n insyaAllah akan smpai di kenduri umah ko. Tp ops, aku dijemput ke hehe.