Orange 4 Kay

Bukan Omongan Kosong

| Ambil DuitKu | LoveBaby.MY | Apesal.com |

Real Time Web Analytics

Creative Commons License
Orange 4 Kay by Mr Kay is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

Powered by AIMedia

Soal Kay : Kenapa lelaki suka mengongkong?

December 25, 2008 by Mr Kay Em Why 7 Comments

Seminggu lalu, ada seorang pengunjung blog yang menggunakan nick “still lonely” mengajukan satu persoalan cinta pada aku di ruang komen. Mungkin dia masuk ke sini melalui google kerana dia komen pada entry terawal aku atau lebih tepat bertarikh pada Desember 2005.

halo.. mr kay.. nak tanya ckit bole x ?? hmm… napa ya laki2 ne… suka m’kong2 wanita ?? sebab apa ya ?? itu x boleh ini x boleh… susah nyer… rasa terikat lah.. nak jalan jauh pun susah, dia x bagi… alasan dia x tenang lah… huh..

-still lonely-

Aku tersenyum baca komen ni. Bukan apa, beberapa hari sebelum tu, Yonna ada bertanya satu soalan pada aku.

“Bro, kalau bro pegi mana2 ada report tak? Pegi mana2 ada bgtau gf tak? Pegi makan, pegi buang sampah, memana la… btau gf?”

Secara jujur, suatu ketika dulu, aku pernah menjadi seperti yg dimaksudkan oleh Still Lonely dan Yonna. Tapi taklah melampau sangat sampai pegi buang sampah pon nak report pada gf. Itu bagi aku tahap gila namanya.

Sekarang ni, aku lebih flexible. Gf aku boleh pergi ke mana yang dia suka asalkan dia tau jaga diri dia. Tapi just beritahu aku kalau keluar kemana-mana dan dengan siapa. Cuma nak tahu di mana aku boleh cari dia kalau aku tak dapat hubungi dia. Tapi kalau dengan keluarga, tak perlu beritahu aku. 🙂

Menjawab soalan dari Still Lonely, sebenarnya hampir kebanyakkan lelaki menganggap teman wanita sebagai hak mereka. Sebab itu ramai lelaki mengongkong teman wanita mereka. Hakikatnya, teman wanita masih lagi menjadi hak keluarganya, ibu bapanya.

Kebanyakkan lelaki yang mengongkong teman wanita ni boleh juga aku kata tidak yakin pada diri. Mereka sedar diri banyak kekurangan jika dibandingkan dengan lelaki lain, jadi mereka akan sedaya upaya mengongkong dan memastikan teman wanita mereka tidak berkenalan dengan lelaki lain yang lebih hebat dari mereka.

Pesanan untuk lelaki

Jangan melenting dengan point aku. Ini nasihat aku. Bukan mahu berlagak bagus, tapi aku menulis berdasarkan pengalaman aku sendiri.

Jika kau menganggap teman wanita kau sebagai hak kau, kau silap besar. Ya, kau SILAP BESAR. Kau cintakan dia dan dia terima cinta dia tak bermaksud di hak kau. Jika kau berkahwin sekali pun, isteri itu bukan hak, tapi tanggungjawab. Hak dan tanggungjawab adalah 2 perkara yang jauh berbeza. Apatah lagi jika kau dan teman wanita kau masih tidak punya ikatan yang sah. Kau tidak punya hak untuk mengongkong.

Jika kau antara lelaki yang mengongkong teman wanita kerana kau takut teman wanita kau curang, terus terang aku katakan tindakkan kau silap. Kau pernah dengar ungkapan “If you love someone, set her free. If she come back, she is yours. If she doesn`t, she never was”? Bagi aku, ungkapan itu adalah betul. Jika kau benar-benar sayangkan teman wanita kau, biarkan dia tentukan hidupnya. Kau masih boleh beri pendapat dan nasihat. Tapi jangan sekali-kali mengongkong. InsyaAllah, dia akan berasa selesa bersama kau dan akan setia pada kau.

Jika kau terus mengongkong, teman wanita kau akan merasa bosan dan rimas. Mereka akan mencipta pelbagai alasan dan pembohongan bagi meloloskan diri dari kongkongan kau. Implikasinya, sudah tidak ada lagi kejujuran dalam perhubungan dan teman wanita kau pasti mencari lelaki yang jauh lebih baik dari kau. Ingat, setiap perhubungan perlukan kejujuran dan kepercayaan. Jangan sesekali membiarkan tindak-tanduk kau menghilangkan salah satu elemen ini.

Pesanan untuk perempuan

Jika kau rasa terkongkong, luahkan saja isi hati kau pada teman lelaki kau. Aku faham, lelaki kononnya punya ego yang tinggi. Jika kau sudah meluahkannya lebih 3 kali, aku rasa, tak ada gunanya jika kau teruskan perhubungan itu. Segeralah angkat kaki. Jika kau masih menuntut di IPT, jangan bazirkan masa kau bersama lelaki seperti ini. Lebih baik kau tumpukan perhatian pada pelajaran dan nikmati “campus life” yang hanya beberapa tahun.

Tapi jika kau seorang isteri, walaupun dengan perkahwinan tanpa kerelaan hati kau, kau perlu faham yang diri kau adalah tanggungjawab suami kau. Jangan terasa seperti di kongkong kerana setiap perbuatan kau yang boleh menyebabkan fitnah atau dosa, akan di tanggung oleh si suami. Jadi, suami berhak untuk tahu ke mana kau pergi, apa yang kau lakukan. Selagi dia tak menyuruh kau buat sesuatu yang bertentangan dengan syarak, ikut saja apa kata dia.

P/s: Aku belum kahwin, ape yang aku tulis berkaitan ngan kehidupan selepas berkahwin adalah dari apa yang aku tau dan belajar. Maafkan aku kalau aku tersilap.
P/s 2:Aku sendiri pening dgn entry ni. Kau faham ke? haha.

Filed Under: Abstrak Kehidupan, cinta, Soal Kay

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. nashrex says

    December 26, 2008 at 7:45 am

    Sekarang ni, aku lebih flexible. Gf aku boleh pergi ke mana yang dia suka asalkan dia tau jaga diri dia. Tapi just beritahu aku kalau keluar kemana-mana dan dengan siapa.

    Tang kena btau kemana2 tu laaa namanya mengongkong gak kay… huhu.. Xyah btau2. Cinta itu satu anugerah, bukan utk dimiliki.. cewah

  2. Mr. Kay Em Why says

    December 26, 2008 at 12:30 pm

    btau dengan tujuan supaya aku tau kat mana nak cari die kalo tak dpt call die.. at least mesti ade rasa risau kan.. itu pon kalo die nak btau.. kalo die tak nak btau, aku tak paksa pon..

  3. still lonely says

    December 27, 2008 at 4:22 pm

    hii… makasih mr kay.. da bagi pandangan…

    banyak lagi yang mo di tanya ne.. heheh.. hurm.. nk tanya, kalo lelaki ne seowg yang panas baran, dia sebenarnya bole ba kan ubah pasaan marah nya tue ? baru kalo sya wat hal kecik, di kasi besar2 sampai lah ke tahap nak break… huh.. da di nasihat, kurang2 kan marah tue, tapi dia x mau dengar lah.. dia cakap ‘suka ku lah nak marah’.. balik2 tue ja di jawab… hmmm… da berapa kali da kami break tapi,… couple jugak balik.. lucu plak… hahaha !!…. sya mmg da ada couple, cuman masi rasa nda di sayang sepenuhnya… baru bf sya ne… kuat jeles lah.. eiiii… kalo dia plak yang rapat sama gurl2… uii ! bukan main lagi suka !.. hish.. kena2 sekarng ne dia pakai 2 number lagi.. macam mana lah sya nak trust dia.. bingung nyaaa… ne lah lelaki ne.. mau cakap nya ja di ikOt.. ops… jan terSInggung,.. hehe..
    k la.. mr kay,, sampai sini ja.. kalo sya ada masalh.. pasti nyari kamu dech.. daaa… tqvm…

  4. lanzzz says

    August 4, 2009 at 6:03 pm

    allo bro..salam…
    terdetik hati aku ble bace artikel ko nie..hahah
    betul gak kate ko..
    “If you love someone, set her free. If she come back, she is yours. If she doesn`t, she never was”?
    kdg2 pompuan nie lain sikit..lelaki lagi la lain..
    tapi artikal n tips ko si sikit sebanyak menyedarkan aku..
    besela..lelaki kan..
    ok bro.. kawin jmput aku..kalau tak pun amik aku kat umah..
    transport tarak..hahha
    salam..

  5. titan says

    June 5, 2010 at 9:46 am

    aku setuju. lelaki agak mengongkong. Tapi pempuan pun, tak kurang hebatnya..
    .-= titan´s last blog ..Komisen ke 52 dari TNX =-.

  6. yonna says

    November 20, 2010 at 12:58 pm

    perh.terkejut yonna! hahaha bila tgk date, 2008 rupanya T___T hihi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *