Kejadian 1 – Kelana Jaya Line – Stesen KLCC ke Masjid Jamek
Keadaan stesen sesak. Sekitar 7.40 malam. Tren sampai dengan keadaan yang agak penuh dengan penumpang. Aku dapat masuk pun keadaan dalam tren dah terlalu padat. Muat-muat saja badan besar aku bersama beg sandang berisi laptop. Ketika menanti pintu tren ditutup, tiba-tiba aku terdengar satu suara.
“Masuk lagi! Masuk lagi! Dalam lagi! Masuk lagi”. Aku agak pelik. Waktu-waktu macam ni dah takda staff RapidKL yang bertugas lagi setahu aku (staff RapidKL bertugas di stesen-stesen yang selalu sesak pada waktu kemuncak untuk memastikan penumpang turun naik tren tanpa sebarang kemalangan). Aku cuba menoleh ke arah suara tu. Sah! Bukan staff RapidKL. Seorang mamat yang entah dari mana. Sambil terus menjerit, dia terus menolak aku untuk masuk ke dalam tren. Memang dah terlalu mampat. Dia tetap menolak dan terdengar beberapa keluhan sebab ramai yang terhimpit. Dia tetap selamba dan berdiri belakang aku. Pintu tren tertutup dan tren mula bergerak.
Sampai di stesen Dang Wangi, seorang penumpang yang berdiri depan aku minta laluan untuk keluar. Aku cuba beri ruang. Tapi ruang terlalu padat sehingga takda ruang untuk aku bergerak. Aku cuba tolak mamat yang berlagak seperti staff RapidKL itu untuk keluar sekejap dan beri ruang. Dia tak nak bergerak. Dia pegang besi di tepi pintu tren tu dengan kuat. Aku dah tahap hilang sabar sebab penumpang yang nak keluar dah sebut “Excuse me” lebih 10 kali. Risau juga kalau pintu tren tertutup. Menyusahkan penumpang tu nanti. Dengan perasaan yang terlalu menebal geramnya, aku tolak mamat tu dengan sekuat hati sampai dia terkeluar dari tren. Tapi tangan dia tetap pegang kuat pada besi tepi pintu tren. Dengan cepat dia masuk balik tren. Penumpang tadi masih belum dapat keluar. Aku dengan geram jerit pada mamat tu “Keluar kejap boleh tak?!”. Belum sempat dia masuk betul dalam tren, aku berganjak sedikit untuk beri ruang pada penumpang yang nak keluar tu. Nasib baik penumpang tu sempat keluar. Masa tu hampir semua penumpang dekat sekitar aku memandang mamat tu dengan perasaan geram.
Sebelum sampai stesen Masjid Jamek, mamat tu ada terima panggilan telefon. Aku dengar percakapan mamat tu. Bahasa Indonesia pekat! Sah, rakyat Indonesia! Aku terus sumpah seranah dalam hati sambil mulut aku terkumat-kamit memaki mamat tu dengan perlahan. Aku pandang penumpang lain. Masih ramai memandang mamat tu dengan perasaan geram.
Sampai kat stesen Masjid Jamek, macam biasa, ramai yang turun. Tapi mamat ni tetap macam tadi. Tak nak bergerak walau seinci. Nasib baik ramai yang turun. Jadi lega sikit keadaan tren tu. Senang sikit nak keluar walaupun terpaksa bergerak sedikit-sedikit. Aku dapat keluar, terus aku berdiri depan mamat tu. Muka dia separas mulut aku. Dia tertunduk. Malu atau takut. Aku tak pasti. Memang marah sangat-sangat aku pada dia. Sehingga aku terfikir untuk ludah muka mamat tu. Nasib baik aku sempat tersedar. Aku cuma jerit depan muka dia “BODOH!”. Terus aku pergi. Takut tak dapat kawal marah aku.
Kejadian 2 – Kelana Jaya Line – Stesen KLCC ke Masjid Jamek
Waktu kejadian lebih kurang waktu kejadian pertama. Tetapi dah kurang sikit sesak waktu tu. Tidak terlalu berhimpit. Aku boleh menggerakkan badan aku dengan agak selesa. Aku berdiri menghadap pintu. Seorang pak arab berdiri sebelah aku.
Mulanya tak ada masalah pun. Tapi lepas tren bergerak dari stesen Dang Wangi, keadaan menjadi sedikit sesak dengan pertambahan penumpang. Aku semakin rapat dengan pak arab tu. Tiba-tiba pak arab tu mengangkat tangan dan dia pegang palang yang ada diatas kepala aku. Dan yang membuatkan aku geram, siku dia dengan selamba kena pada kepala aku dan tetap disitu tak bergerak. Kepala aku menyenget sebab kene tolak dengan siku pak arab tu.
“Excuse me” aku berkata dengan lembut sambil menolak siku pak arab tu. Dalam masa kurang 2 saat, siku tu hinggap semula di kepala aku. Aku jadi makin meradang. “Hey! Excuse me!”. Pak arab tu pandang aku dengan muka kerek dan bersahaja. Aku makin geram. Tapi die lagi besar dan tinggi dari aku. Aku tak berani nak mengamuk. Haha. Nasib baik tak lama lepas tu dia alihkan tangan dia. Berakhir dekat situ je kisah tu. Walau aku geram dan marah, tapi aku takut melihatkan perbezaan badan aku dengan pak arab tu. Hahahaha.
Kejadian 3 – Ampang Line – Stesen Masjid Jamek ke Bandar Tasik Selatan
Waktu kejadian sekitar pukul 8.30 malam. Biasanya aku akan terus berdiri di pintu sebelah kanan tren sebab pintu kanan cuma dibuka di 2 buah stesen jika menghala ke Sri Petaling iaitu di Stesen Chan Sow Lin dan Stesen Bandar Tasik Selatan. Aku akan turun dipintu tersebut. Spot kegemaran aku adalah di koc depan sekali berhampiran dengan pemandu.
Seperti biasa, aku menyandar pada pintu terbabit. Tiada kejadian aneh berlaku dari Stesen Masjid Jamek sehingga Stesen Chan Sow Lin. Di Stesen Chan Sow Lin aku berdiri dalam sedikit untuk beri laluan untuk pintu di buka dan tutup dan juga untuk penumpang keluar dan masuk.
Bila pintu tren tertutup dan tren mula bergerak, aku mula bersandar semula pada pintu. Beberapa stesen sebelum Stesen Chan Sow Lin, ada seorang mamat india naik tren dan berdiri sebelah aku. Selepas beberapa meter tren meninggalkan Stesen Chan Sow Lin, aku terasa seperti ada tangan di antara beg sandang aku dan pintu tren. Aku toleh sebelah aku. Mamat India tu letak tangan pada kaca pintu tren. Sedikit menolak beg aku. Pelik, pintu sebesar-besar tu, kenapa mesti sibuk ditempat aku sandar? Aku pandang mamat india tu dengan perasaan pelik.
Tiba-tiba tangan dia semakin terdepang dipintu tren. Kelihatan seolah-olah melekat dipintu tren. Aku terpaksa bergerak sedikit melihat dia seperti menolak aku. Mamat india tu mula berperangai lebih pelik. Di ciumnya cermin pada pintu tren tu. Di cium kemudian dia lap air liur nya. Aku jadi geli. Dia mula bercakap seorang diri dalam bahasa tamil. Aku semakin pelik. Aku padang dia atas bawah. Mamat ni pakai baju kemeja dan seluar slack. Formal. Macam baru balik dari kerja. Tapi kenapa perilaku semacam kurang siuman.
Tiba-tiba mamat india ni menyanyi. Lagu tamil atau hindustan aku tak pasti. Aku tak suka cerita hindustan. Sambil menyanyi, dia cium cermin pintu tu lagi. Di selang seli dengan bebelan dalam bahasa tamil. Seisi tren mula memandang mamat ni. Dia nyanyi dengan kuat. Mungkin dia rasa dia sedang menjalani penggambaran filem hindustan. Aku rasa tidak senang. Aku nak rehatkan otak. Tak nak dengan konsert percuma ni. Aih. Dia terus berperangai macam tu sehingga stesen Bandar Tasik Selatan. Sampai saja, aku cepat-cepat keluar. Tapi masih sempat menjeling pada mamat india tu. Dia mengangkat tangan pada penumpang-penumpang yang berhampiran sambil tersenyum. Dan kemudian dia keluar dari tren tersebut.
P/s: Pelikkan? Macam-macam perangai manusia ni. Anda ada pengalaman berjumpa dengan manusia-manusia aneh begini? Kongsikan 🙂
lrt mu lrt ku jua says
Hahaha.. btul orang ckp… lg kite complain pasal satu bende… lg byk bende tu berlaku… “what you resist, persist”
anot says
aku penah dlm lrt.. tetibe ade pompuan ” hey setan..apesal kau tak angkat aku call? asal ko takot? ko ingat aku tak tau ko fcuk ngan pompuan semalam kan? bf sial!!! aku nak jumpe ko harini!!” blablabla.. sampaikan kisah dalam kelambu diorang pon terkelua siak.. minah tu ckp sikit punye kuat sampai aku rasa 3 gerabak leh denga…. dah la x ramai orang… gile ah. bodo gile.. orang tua pon ade dalam tu.. aku yg malu dowh.. siyes.. hahahahaha… najis btol.
nashrex says
lrt tu apa?
skyati says
muntah aku part 3 punyer entry..
demam..
Mr. Kay Em Why says
mental sungguh pompuan tuh..
haa.. kan aku ckp.. manusia ni penuh dgn perangai2 aneh.. adeh..
ejon says
no komen.. ahahha
ejon says
standard la tu naik lrt.. belum tgk monorel lagi dia punya padat sampai muka aku melekat kat cermin
erni @ cepotet says
eeiiii.. sabar je la. Indon skrg mmg hampeh. lempang je lenkali. wah, emo! :p
abah says
Selfish arrogant prick! Mamat2 itu banyak sangat kal KL tu, antar jer gi Negara asal. Nyusahkan orang.
Yang lap2 cermin cium2 bagai segala tuh aku rasa dier horny.
Matilaaaaaa
ejon says
aku naik lrt kat klcc.. sket punya padat la tak hengat.. kemudian bergerak ke stesen lain.. takde org kuar, malah kat luar kelihatan terlalu ramai, maka bertambah sardin.
aku diantara tiang dgn pintu.
mana aku nak pegang?
last2 tgn kat bawah.. lagi best kalo sblah amoi.. haha
Mohd Ismail says
aku naik lrt baru err.. 3 kali kot.. ha ha ha ha.. so xde la pengalaman jumpa org pelik2 ni..
Mr. Kay Em Why says
wohoo.. ye ke? aku blom penah naik monorel lagi.. haha.. ntah bile taun nak naik monorel… haha
Mr. Kay Em Why says
wuuu.. rilek2.. jgn emo2.. hehehe
Mr. Kay Em Why says
wah, marah sungguh ko yek.. hahaha.. rilek bard.. rilek.. hehe..
yang itu aku rasa bukan horny.. tp mungkin baru dilamun cinta.. die mungkin ternampak byg kekasih hati dia kat cermin tu kot.. hahaha
Mr. Kay Em Why says
KLCC salah satu stesen yg padat.. terutama peak hour.. kalo ko bernasib baik, akan ada tren yg kosong berhenti di KLCC pada peak hour… aku penah dpt 2 kali.. hehe..
hahaha.. kalo aku nampak tren tu padat, aku akan pastikan tangan aku separas dada aku.. takut nnt tangan aku tak de ruang utk dinaikkan dan melekat dibhgn badan org lain.. haha.. sgt takut dpt penampar free.. haha
Mr. Kay Em Why says
haha.. ade peluang nnt, ko naik lagi dan mungkin ko akan berjumpe dgn manusia2 aneh ni.. haha
Mr. Kay Em Why says
jangan muntah atas keyboard.. kang mula kelam kabut nak gi lowyat carik kebod baru.. hahaha
Ejay says
Beb ,,aku mmg suke naik Putra, Star LRT and Monorail , Komuter kalau jenjalan K.L . Jimat dan cepat sampai. Kalau gi Lowyat pun , aku dari Sungai Buloh Park dekat Monorail titiwangsa , byr RM 3.00 parking . Then naik monorail ke Imbi..cepat sampai beb. Sepanjang aku naik Rapid KL nye kenderaan takde plak perkara pelik , semua kewl je layan diri memasing , dgr walkman , bace buku Sudoku. Ada skali jumpe main PSP …
So now , kenderaan Rapid KL mmg org ramai naik sbb harga minyak naik ….ehhhh harga tiket utk LRT naik tak ????
sYaFa says
waaa… aku banyak kali gak naik lrt ngan monorel.. kalau turun kl tula public transport aku… tapi lum penah lagi ar jumpa orang perangai camni .. slalunye kalau kat Melaka.. naik bas jelah.. tp lum tentu jumpa sbb orang melaka baik2.. wakakaka
komen scene 1: aku bagi penampo kat mamat indon tu
komen scene 2: kalau tren benti aku tolak klua tren
komen scene 3: report dbkl.. jawatan kosong utk pengelap tingkap yg berhemah
huhuhuhu
Mr. Kay Em Why says
Kalo aku, aku dah keluarkan komuter dari list cepat sampai.. haha..
Kejadian ni semua berlaku sebelum harga minyak naik.. lepas harga minyak naik, LRT makin sesak.. lebih sesak dari biasa.. haha.. setau aku tak naik.. blom ade ura2 pon.. aku pakai Monthly Travel Card (MTC)
menteil says
ermmm… cane nak cakap ek…
walaupon aku selalu nampak akan itu lrt, tapi aku tak penah naik..
adess!!!
zool says
Ha ha ha..
Menarik cerita ko nie….
Aku orang Melaka..
Jarang naik LRT..
tu pun kalau gi KL..
Fadh says
mamat indon tu tak tau adat naik LRT/MRT sbb bende tu takde kat negara dia..kat jakarta naik bas je..
Pak arab tu better jangan carik gaduh sbb diorang ni jenis melawan..tak kisah kat negara org pun dia sanggup gaduh lg satu fizikal orang besau hehe
Mamat india tu jatuh cinta ngan LRT tu kot huhu
Afzai Afandi says
Yang mamat India tu.., kalau ko dapat rakam aksinya dan masukkan dalam youtube mesti glamour habis mamat India tu…
Mr. Kay Em Why says
hak ah yek.. apsal aku bleh tak terpk? haha.. tp aku rapat sgt ngan die.. kalo aku rakam mesti die perasan… mampos bertumbuk plak nnt :))
k.chii says
tekanan nye nek lrt camtu kan..sb baik takat ni x penah alami lgk..huhu