Enam bulan lepas aku tinggalkan blog ni macam tu saja. Lansung tidak berupdate. Aku jengah kadang-kadang sahaja. Sekadar melihat kalau-kalau ada pesanan buat aku di MsjBox. Kadang kala aku jengah bila ada yang tanya kenapa blog aku tak dapat di akses.
Selama enam bulan itu juga aku meninggalkan kawan-kawan blogger ku. Jarang-jarang menjengah blog kawan-kawan. Terlalu sibuk dengan kerja dan tiada akses internet di rumah. Hanya berpeluang surf di pejabat.
Beberapa minggu lepas aku mula aktif berblog semula. Aku mula aktif menjengah blog-blog yang semakin banyak muncul semenjak aku tinggalkan dunia blog untuk seketika. Aku rajin-rajinkan diri untuk komen di blog-blog yang aku lawati. Tetapi ada masanya aku menerima kejutan dari blogger-blogger yang blognya aku lawati.
“Kay, lama tak dengar cerita kau”, “Eh? Kay, mana kau pergi? Lama kau hilang” antara ayat-ayat yang membuatkan aku terkejut. Aku terkejut kerana aku rasa aku tidak mengenali blogger tersebut sebelum ni. Tak, aku tak se-popular Encik Mael kita. Mungkin aku pernah mengenali blogger tersebut. Tetapi aku terlupa. Ya, aku pelupa. Tahap pelupa yang sangat kronik bagi tahap umur aku sekarang ini.
Ini bukan pertama kali aku berdepan dengan situasi semacam ni. Dah banyak kali. Malah selalu berlaku secara realiti. Bila perkara semacam ni terjadi, aku secara spontan akan respon “Err, aku kenal kau ke?”. Tapi kadang kala aku terfikir perasan orang yang menegur aku tu. Aku tahan dari bertanya sebegitu rupa. Tapi selalunya, aku akan tertanya-tanya siapa yang tegur aku tu.
Aku teringat satu kejadian di kampus satu ketika dahulu. Berlaku ketika aku nak keluarkan duit di ATM.
Si Polan : Eh, lama tak nampak kau. Kau sihat?
Aku : Err, sihat alhamdulillah. Kau amacam?
Si Polan : Aku sihat. Kau ambil berapa subjek sem ni?
Aku : Aku ambil 3 subjek je. Kau?
Si Polan : Aku ambil 5 subjek. Bla bla bla..
Perbualan tu berlansung selama hampir 15 minit. Selepas aku berlalu dari situ, aku tanya Fadhli, kawan yang ada sama-sama dengan aku ketika tu, “Kau kenal mamat tu?”. “Tak, siapa tu?”. “Entah. Aku tak pasti. Tu yang aku tanya kalau-kalau kau kenal”. Haha. Pelik bukan? Tapi itulah hakikatnya.
Aku adalah salah seorang manusia yang susah untuk menghafal muka dan ciri-ciri pakaian seseorang kecuali rakan aku yang rapat dan lama kenal. Jujur aku kata, muka awek aku pun susah aku nak imagine dalam tempoh 3-4 bulan pertama couple! Haha. Kantoi. Jadi, Aku harap kau, kau dan engkau tak akan kecil hati jika aku terlupa yang aku pernah kenal kau.
nashrex says
rupa bentuk perut ku.
masih kau ingat?
Mr. Kay Em Why says
ingat2 lupa kot? hahaha
abah says
jeng jeng… ishk2 muda2 dah nyanyuks… taperla Kay, asalkan ko tak ilang akal teross
syam says
aku pun punya sindrom sperti kau. cepat lupa dgn org ang dh lm aku xjumpa. lagi2 perempuan. alahai..kita serupa
xmindfreakx says
huish..sama la aku…bekas jiran aku pon aku bley lupa..tapi itu bukan salah aku,dulu dia kecik jer,skang dah jadi hotbabes,so aku x cam…ades..
Mr. Kay Em Why says
err.. itu mintak dijauhkan la..
Mr. Kay Em Why says
haha.. kenape mesti perempuan? haha
Mr. Kay Em Why says
wow.. ramai rupa nye mcm aku.. haha.. hotbabes? ko tak ngorat beb? haha.. mesti ko terigt masa kecik2 dulu hingus die meleleh.. haha
Mohd Ismail says
aku ingat nash.. aku ingat! ha ha ha
Fadh says
Kita semua pelupa sebenarnye….cuma ade yang lambat nak lupa dan ade yg kejap je dah lupa
Mr. Kay Em Why says
=)) =)) mael dari dulu sampai skang tak sudah dok kene kan si nash ni.. haha