Agak letih nak menjawab semua ucapan tahniah dari kawan di twitter, facebook, live blog dan blog ni sendiri (blog ni lansung aku blom jawab komen). Ampun maaf dipinta sbb aku terlalu busy dengan kerja. Yer, kerja. Isnin hingga hari ni (jumaat) aku dan *ehem!* wife aku tak bercuti. Kami akan mula bercuti esok (sabtu) selama seminggu. Ahad ni majlis di Segamat. Jangan lupa datang tau!
Hari tu aku rasa banyak benda aku nak cerita kat sini. Tapi sekarang semua dah terbang melayang. *adeh* Penyakit biasa aku. Sebab tuh aku dah jarang nak update blog.
Mungkin ada yang tak tau lagi. Aku bernikah jumaat malam sabtu minggu lepas. Pagi jumaat aku bangun pagi dengan jantung yang berdegup kencang. Dah mula takut. Dah mula seram sejuk. Takut kena soal macam-macam dengan tok kadi. Risau tak dapat jawab sbb gugup dan menanggung malu 7 keturunan. Fuh. Aku punya risau sampai mak aku pon naik risau. Masa acara tukar hantaran dan sementara tunggu tok kadi sampai (dia boleh pulak tak jumpa rumah. Lewat 30 minit), aku tak tau berapa banyak dosa aku dok pikul sebab cuba baca ayat kursi tapi jadi tunggang langgang. Aku punya takut masa tu macam tengah tunggu nak kene hukum bunuh. Hahaha!
Alhamdulillah, tok kadi tu sampai je, dia terus bukak fail dia. Check borang nikah, confirmkan nama pengantin dan semua butir-butir yang ada. Lepas tu dia terus start khutbah nikah. Aku dah agak lega masa tu. Lepas selesai khutbah, tok kadi teruskan dengan nikah. Bapak mertua aku sendiri yang nikahkan. Sebelum nikah, 2 kali tok kadi suruh aku cuba jawab lafaz. 2-2 kantoi. Sasul-sasul. Berpeluh gak la aku time tu. Bila dah mula bersalam dengan pak mertua aku, aku lagi gugup. Alhamdulillah, satu lafaz dan semua selesai. Selesai je akad, aku terpinga-pinga “hah? dah selesai? dah sah jadi suami isteri? Dah pikul tanggungjawab? Hah? berapa saat je?”. Satu akad yang betul-betul ajaib. Terasa berat bahu aku. Lebih-lebih lagi masa tok kadi cakap “semua tanggungjawab pakcik dah selesai dan dah pun berpindah pada menantu pakcik”. Ya Allah. Tak tau nak kata macam mana perasaan masa tu.
Sekarang aku sudah pun bergelar suami. Alhamdulillah. Aku rasa macam banyak yang aku nak coretkan untuk isteri aku. Tapi macam tak terluah kat sini. Haha. Takpelah. Jadikan simpanan peribadi je la yek.
Aku tak banyak gambar utk di upload. Siapa yang add aku kat facebook, tengok la kat sana yek. Bagi korang semua, jemputlah datang ke majlis kawen aku di segamat ahad ni. Kad kawen korang boleh tengok edisi scan kat http://kay.my/jemputan/luar.jpg dan http://kay.my/jemputan/dlm.jpg .
Minggu depan aku akan ber honeymoon. Mungkin aku akan update live blog. Selalu2 la melawat live blog aku ye 😀
ejam says
update live blog jgn lupa letak aksi2 menarik yer…hehe
tahniah bro…
seri lyana si permaisuri says
Budak oyen…!
saya pun nak kahwin jugak… huhuhu
tahniah anda berdua (tah berapa kali i cakap tahniah kat u nih..)
can’t wait for my own moment..
ikoko says
congrates la ek..
🙂