Aku terlambat sedikit update tentang berita pemergian satu lagi bintang seni negara. Semuanya gara-gara wordpress buat hal. Apa pun, satu entry khas di dedikasi buat Yasmin Ahmad tetap aku buat.
Pada mulanya khabar angin tentang pemergian Arwah tersebar di twitter pada hari Khamis. Yasmin Ahmad pengsan ketika sesi presentation di Sri Pentas. Ramai yang salah tafsir berita tersebut dan menyebarkan di twitter. Lebih menyedihkan, ramai blogger yang berebut-rebut untuk membuat entry tentang pemergian Arwah sedangkan berita rasmi belum lagi di umumkan. Nampak seperti masing-masing cuba berebut mendapatkan SEO. Apa perasaan keluarga Yasmin Ahmad jika mereka membaca entry-entry tersebut? Cuba letak diri anda di tempat mereka!
Yasmin Ahmad berada di dalam keadaan koma selama 2 hari selepas pembedahan dilakukan ke atasnya. Berita yang agak mengelirukan tentang status kesihatan Yasmin apabila dikatakan “Stabil tapi Kritikal”. Rakyat Malaysia terus berdoa untuk Yasmin semoga cepat sembuh.
Namun, sekitar jam 12 malam, 26 Julai, berita pemergian Yasmin Ahmad sekali lagi menjadi topik hangat di twitter. Aku cuba mendapatkan kepastian tentang berita tersebut. Kebetulan Nightline, TV3 sedang bersiaran dan berita pemergiannya di umumkan di Nightline. Yasmin Ahmad di laporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.25 malam, 25 Julai 2009. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al-Fatihah.
AkuĀ cuma berharap rakyat Malaysia lebih peka dan mencari sumber sahih sebelum mengumumkan sesuatu berita seperti ini. Sekurang-kurangnya periksa di website berita BERNAMA.
Ini ada satu video hasil kerja tangan Yasmin Ahmad untuk kerajaan Singapura…
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=Nw0s4C0g5SM]
Sham Hardy says
mak aihhh cam nyanyi lagu “kau.. pergi jua….” ;p
yonna says
hurm betul bro. petang tu ada la beberapa blog yang update ttg pemergian beliau padahal dia tgh bertarung dengan maut dia sendiri dlm icu tu! ntah ape2. benda x sahih pon lg.
akan merindui smeua krya beliau T__T