Hari ni aku cuti menulis. Aku kongsikan tips Petua Mencuci Hati dari Dr. Fadzilah Kamsah. Segala aspek kehidupan bermula dari hati. Baca, renungkan dan amalkan. Semoga berguna untuk semua.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan: “Ya Allah, jadikan hatiku bersih.”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: “Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.” Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut… dsb). Jangan dengar orang mengumpat.
Mohd Ismail says
18. Sentiasa berprasangka baik dengan orang sekeliling =)
19. Senyum
=)
nashrex says
buat apa jua kebajikan.. benda2 baik… tu je
menteil says
20. lembut hati
21. pemaaf
er.. macam aku.. ades!!
Mr. Kay Em Why says
🙂
Mr. Kay Em Why says
btol.. sokong!~
Mr. Kay Em Why says
mcm ko? bagus la 😀
erni says
informasi yang bagus. i print out dah untuk lekatkan kat dinding opis. thanks! 😉
syam says
22. Banyakkan sedekah
23. Berzikir sekurang2nya Allahuakbar, Subhanallah dan Alhamdulillah
24. Beristighfar
anot says
aku…
dh cuba wat mcm tu dengan kondisi aku sekarang…
humphh.. tapi sedih dgn nasib diri ..
waaaaa… haduh.. aduh.. doakan la aku…
pls pls..
ramai2 doakan aku supaya tenang menjalani hidup k…
doakan aku selamat….
Fahmishah says
Aku ada seorang kawan, kalau ada org mengumpat je.dia terus tutup telinga.
nieja says
owh!
kay says
ada macam sy tak ciri2 tu pakcik?
reen says
semoga dapat diamalkan ilmu2 yg diberi ini..semoga kita semua mendapat rahmat dariNya..dan diberi kesenangan hidup di dunia dan yg plg penting kesenangan di akhirat sana..aminn
Maryam says
ada satu nasyid dari seberang dah simpulkan obat hati ni… 🙂
titan says
Banyakkan senyum dan minum air putih setiap hari. Insya-ALlah, senang hati..
nana says
bila hati suci,ape2 yg kite buat akn dberkati ALLAH SWT.AMIN….
diana says
aku slalu berusaha untuk mnjdi yg terbaik…tpi asyk leka je..emm