Semalam, Khamis – 11 Mac 2010, keputusan SPM 2009 telah diumumkan. Tahniah diucapkan pada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. Yang kurang cemerlang, jangan bersedih. Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Gagal peperiksaan tidak bermakna anda gagal dalam hidup. Jadikan kegagalan sebagai pemangkin kejayaan. Bak kata @tekong, “SPM tu duniawi je”.
Bila keluar sahaja keputusan peperiksaan, tak kira SPM, PMR mahupun UPSR, mesti ramai yang bertanya “berapa A dapat?”. Terus terang aku katakan, dari sudut pandangan aku, soalan ini adalah soalan bodoh. Perlu ke kepandaian di ukur dari bilangan A? Perlu ke kejayaan di isytihar berdasarkan jumlah kewujudan huruf A dalam keputusan peperiksaan? Belajar bertahun-tahun, ditentukan dengan menjawab soalan dalam tempoh satu-dua jam? Ada antaranya hanya perlu memilih jawapan A, B, C atau D sahaja pula tu. Adilkah itu?
Aku tahu, pasti ada yang akan kata, “alah, kay ni dulu tak skor A banyak. Sebab tu cakap macam tu”. Aku akui aku tidak cemerlang dalam akedemik. Aku bukan pelajar pintar. Tapi aku dah lama terfikir semua ni. Sebelum aku ambil PMR lagi. Pendapat aku bukanlah berpunca dari keputusan peperiksaan aku. Tapi pendapat aku ni lahir dari keadaan di Malaysia ni.
Ramai ibu bapa yang menggunakan keputusan anak-anak untuk bermegah. Ya, aku tahu, siapa tak bangga anak mereka pandai. Tapi sedar tak yang tak semua orang di lahirkan bertuah di muka bumi ni. Tak semua orang di lahirkan pandai. Yang paling penting, bagaimana ibu bapa mendorong anak-anak mendapat keputusan yang terbaik? Cara yang baik atau tidak? Positif atau tidak? Pasti semua orang rasa cara mereka adalah yang terbaik. Tapi ramai yang tak sedar mungkin cara mereka untuk memastikan anak-anak membanggakan mereka dengan keputusan yang cemerlang adalah tidak sihat. Mungkin mendatangkan stress pada anak-anak. Berapa ramai yang sedar?
Beberapa tahun lalu, seorang gadis berbangsa india menggantung diri akibat tekanan yang diberi oleh keluarga hanya kerana dia mendapat 4A 1B untuk UPSR. Apa ini? Hilang akalkah? Baru UPSR. Ini baru satu kes. Banyak lagi kes-kes yang begini berlaku setiap tahun. Cuma orang Malaysia kita tidak peka.
Sememangnya aku tidak suka dengan sistem pelajaran di Malaysia. Sistem yang membawa kepada gejala “belajar untuk peperiksaan, bukan untuk hidup”. Perkara ini dah banyak kali di katakan oleh pensyarah aku yang bukan berasal dari Malaysia. Memang ramai pelajar di universiti di Malaysia hanya belajar untuk peperiksaan. Minggu depan ada peperiksaan, minggu ni baru nak mula ulangkaji. Hafal semua benda. Keluar dari dewan peperiksaan, reset memori. Buang apa yang dah ulangkaji dan enjoy!
Pernah sekali, aku terkeliru tentang satu konsep. Semester sebelum tu aku belajar tentang konsep tersebut. Aku cuba bertanya beberapa orang rakan yang dapat A dalam subjek tersebut. Rata-rata jawapan yang aku dapat, “pernah belajar ke benda ni?”. Walhal, konsep itu keluar dalam peperiksaan akhir. GILA!
Ingatlah, A yang banyak dalam SPM tak bermakna anda akan berjaya dalam hidup. Biasanya, mereka yang dapat A yang banyak dalam SPM akan mula leka dan lalai bila masuk ke IPTA. Mula berfikir, “alah, aku kan pandai. Buat apa nak belajar”. Aku tak kata semua. Aku kata kebiasaannya begitulah.
Tak cemerlang dalam SPM bukan bermakna tidak akan berjaya dalam hidup. Salah seoarang pak cik aku pernah cerita pada aku yang dia adalah seorang yang lembab masa sekolah. Keputusan tidak cemerlang dan sering di ejek oleh orang sekeliling termasuk anak saudara dia yg sebaya atau lebih tua dari dia. Sekarang, dalam umurnya awal 40-an, aku boleh katakan yang dia paling berjaya dalam adik-beradiknya. Mempunyai banyak aset yang berharga berbanding adik-beradik dan saudara terdekat.
Jadi, aku rasa, kurang-kurangkan tanya soalan “Berapa A?” atau jangan tanya lansung. Gantikan dengan soalan “macam mana keputusan” atau apa saja yang tidak menyentuh bilangan A. Kurangkan tekanan pada adik-adik ini kerana bilangan A tidak penting. Harapan aku, tidak mahu dengar ada lagi kes bunuh diri, tekanan mental atau apa saja yang berpunca dari keputusan peperiksaan. Adik-adik, teruskan belajar untuk hidup, bukan untuk peperiksaan.
joegrimjow says
nak jadi yg banyak a!
bH says
yang dapat A adalah siapa yang boleh hafal buku teks. Yeah. boleh gak dipanggil xerox students. Baik hafal je buku teks dari fahamkan syllabus. On certain subjek la. Even soalan berikan pendapat anda pun ada betul dengan salah. hehe
.-= bH´s last blog ..Apa Yang Kau Banggakan? =-.
UniQika says
a’a la kan.. tension btul la.(sbb br amik rizak..ngee~) nk tny brp ‘A’ plak.
tny r nk adiah ape ni?meh nk kasi adiah sbb dh jwb spm.
sila tny sy soalan itu yea…hehehehe
.-= UniQika´s last blog ..LIHATLAH MUKA BABY2 AKU. KIUT MCM AKU TAK? =-.
Saffa says
Salam,
“since primary, we’ve been targeting for this letter to be stamped on our certificate. no matter at what figure it is considered as an A, we strive for it, we do our calculation to know, how much left to score, we exert our utmost effort in order to get one of these A letters or the one closer to A. the satisfaction of getting straight A’s is something infinite.” -kawan Saffa-
#Terus terang aku katakan, dari sudut pandangan aku, soalan ini adalah soalan bodoh. Perlu ke kepandaian di ukur dari bilangan A?
-A bukan pgukur kepandaian. Tapi juga keRAJINan seseorang. Bilangan A menunjukkan jumlah USAHA yang dicurahkan oleh pelajar tersebut.
#Tapi sedar tak yang tak semua orang di lahirkan bertuah di muka bumi ni. Tak semua orang di lahirkan pandai.
-Manusia tidak dilahirkan pandai. Sebab itu Allah bagi akal dan otak supaya Manusia belajar untuk menjadi pandai. Tak dinafikan sesetengah manusia diberikan keistimewaan oleh Allah.
#Sememangnya aku tidak suka dengan sistem pelajaran di Malaysia. Sistem yang membawa kepada gejala “belajar untuk peperiksaan, bukan untuk hidup”.
-Saffa rasa tak ada masalah dengan sistem pelajaran kita. Yang menjadikan sistem tersebut ‘belajar untuk exam’ adalah para pelajar. Boleh terangkan sistem pelajaran mana yang Kay rasa sesuai digunakan?
#Ingatlah, A yang banyak dalam SPM tak bermakna anda akan berjaya dalam hidup. Biasanya, mereka yang dapat A yang banyak dalam SPM akan mula leka dan lalai bila masuk ke IPTA. Mula berfikir, “alah, aku kan pandai. Buat apa nak belajar”. Aku tak kata semua. Aku kata kebiasaannya begitulah.
-Mengikut pemerhatian Saffa. Sangat SANGAT susah nak jumpa orang yang score A. Kantoi IPTA. Kebanyakkan pelajar yang cemerlang ni meneruskan usaha mereka.
#Tak cemerlang dalam SPM bukan bermakna tidak akan berjaya dalam hidup.
-Yup. Setiap manusia ada qada & qadar yang tersendiri.
#perenggan terakhir
-setuju sangat!
Akhir kata, belajar itu adalah salah satu IBADAH. Belajar lah kerana Allah. Penting ke score dalam Exam? Bagi Saffa sangat-sangat penting. Mendapat A dalam peperiksaan menunjukkan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk BERIBADAH kepada Allah. Tapi. Bukan semua mempunyai Qada & Qadar dalam bidang akademik. Yang penting. Berusaha lah untuk dapatkan A. Sematkan dalam jiwa A itu penting!
.-= Saffa´s last blog ..Ask Me Anything =-.
yonna says
kena mengaku la ni, time exam baru nak study. hafal semata. sebab tu bila dah abis belajar, nak kerja terkial2 nak aplikasikan dlm pekerjaan. ehh ni yonna bercerita pasal yonna la.
tapi sifat.. “berapa banyak A” tu memang la yonna setuju sangat. setuju supaya soalan tu patut ditukarkan kepada “keputusan mcm mana?” kan lagi proper. yonna pun td tanya anak kak kujie, tanya mcm mana result?”
ye lah kan,kita tak tahu tahap kepandaian org tu. kena dia takde A nnt,sentap pulak T______T jadi, biarlah org kata playsafe 😀 hihi.
mentaliti orang malaysia ni.biasalah.
spm bukan penentu hidup tp hanya platform utk ke next stage hihi 😀
.-= yonna´s last blog ..A Friend Is A Gift You Give Yourself =-.
Mr Kay Em Why says
belajar rajin-rajin. tapi belajar bukan untuk peperiksaan semata-mata! 😉
Mr Kay Em Why says
yeah. betul tu 🙂
Mr Kay Em Why says
sabar je la kalau dengar soalan mcm ni. for me, dulu lepas spm bila orang tanya dapat berapa, buat tak dengar dan blah. hahaha. paling tidak pon, jawab “boleh la..”
AMR says
Orang sekarang terlalu melihat berapa byk “A” yg dpt sampai ada yang nak bunuh diri kalau xde A.. Haish~~
holocoustine says
hmm.. biler dah besar neh.. dah bekerja… dah beraser tua… barulah kita tahu there is more to it rather than getting the A. Memang ramai gak kengkawan yg dulu result hebat tapi kantoi university. Its actually the mind set yg salah.. Kiter kene tanamkan sifat ‘agi idop agi ngelaban’ dlm generasi muda.. supaya tidak mudah mengalah.. gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya..insyaAllah ader rezeki yg Allah bagi..
Pejuang Kesenian Extreme says
Bapa aku selalu berpesan..
“Biar kox pandai,..klu ko x pandai nak wat cam ner..tapi jadi manusia yang berguna”
.-= Pejuang Kesenian Extreme´s last blog ..Cara Menghilangkan tekanan =-.
Luth Textile says
kena usha, kalau malas apa pon tak dapat..
ish,, aku dah la final sem ni.. takut..
.-= Luth Textile´s last blog ..Alahai, budak sekolah zaman sekarang! =-.
remaja yang kecewa says
entry bro sangat kena pada masanya, keputusan saya tak sehebat rakan rakan lain. semua ‘a’ berderet deret, sampai tang saya haprakk pun takdak.
sekarang tgh buntu gile ape nak buat.
p/s : terpaksa anony, huhu.
samanosuke_04 says
Kalo dapat ‘A’ pun baguskan? Ramai jer orang2 yang skor SPM pastue berjaya plak dalam hidup.. haha, jangan bagi ‘mindset’ bahawa takyah belajar betul2 untuk SPM, result SPM xleh pakai, haha, belajar tetap belajar..
Rezeki nie banyak jalannya, ader orang yang tak skor SPM jadik kaya-raya, ader yang skor plak biasa2 jer.. kalo nak cakap result SPM tak penting, orang lain pun bleh cakap harta tue tak penting? so?…
kesimpulannye, cabaran yang kita hadapi skarang kita kena deal, bukan lepas tangan sebab mengharapkan cabaran yang lebih membawa tuah kepada kita pada masa hadapan, jangan abaikan SPM, dengan alasan lepas exam aku tanak jadik dr. nak keje sendiri… sekian, I love you..
.-= samanosuke_04´s last blog ..Kata Ganti Nama Aper ek Sesuai? =-.
zida says
Salam.
Thanks for this post. Hahah dapat sikit kurangkan kekecewaan diri lantaran keputusan SPM tak lepas target. HAHHA setuju jugak dgn bro – pasal budak-budak belajar hanya untuk exam, bukan untuk hidup. Tapi soalan penting ke “A” dalam keputusan itu adalah yes. Penting tu untuk melayakkan diri ke bidang yg kita minat dan mendapatkan biasiswa. Tapi lepas dah dapat tu baru depends on diri masing-masing.
Kesimpulannya, bagi saya, “A” tu sangat penting. Heheh 🙂
.-= zida´s last blog ..SPM tak banyak A macam Nik Nor Madiha pun, tawaran belajar banyak apa datang bertimbun =-.
cik epal says
yang penting lepas spm. tahu hala tuju mana nak pergi 🙂
Mr Kay Em Why says
Sebenarnya, point kay cuma nak persoalkan cara orang kita asyik bertanya berapa A bila result keluar. Itu yang menimbulkan budaya yang tak bagus. tak dinafikan saffa punya point ada betulnya.
Btw, kay mungkin silap. Bukan IPTA. Tapi IPT. ada juga yang dapat berderet A masuk IPTS dan kemudian kantoi. Kay tak tau pasal IPTA sbb kay sendiri belajar di IPTS.
Entry ni boleh dikatakan lari dari point asal kay. tp itulah kay. kalau tulis entry, bila siap, mesti lari dari point sebenar 😉
Mr Kay Em Why says
pandai yonna baca apa point yg bro cuba sampaikan. heheh.
yerp, mmg sedih dgn mentaliti orang malaysia kita ni. dan bro setuju, “spm bukan penentu hidup tp hanya platform utk ke next stage”. 😉
Saffa says
Terus terang.. Saffa pun ada nampak jugak yang point Kay ni berterabur.. Sbb tu saffa cut n paste apa yg Saffa nak komen.
Maaf lah banyak komen. Cuma Saffa ni jenis yang mementingkan education sikit. ‘Pantang’ dengan orang yang amik sambil lewa pasal education.. SORRY! =.=
Mr Kay Em Why says
i`m not menggalakkan org utk amik ringan pasal education. kay walaupun dah kerja, sentiasa belajar benda baru. cuma bukan formal way la. belajar itu perlu, tp bukan A yg jadi penentu.
ada kawan kay yang belajar bagai nak rak, kalau tanya apa2, dia tau jawab. tapi bila exam, tak dpt A dan kadang2 kantoi. ada orang yg belajar dalam kelas dan tak perlu ulangkaji dah boleh dpt A. itu anugerah. sebab tu A tak patut jadi pengukur usaha ataupun kepandaian. Kay bercakap berdasarkan pengalaman 🙂
no need to sorry. mmg perangai kay yg tulis entry berterabur 😀
Mr Kay Em Why says
itu yang aku risau tengok =.=”
Mr Kay Em Why says
woh! 1st time komen kat sini! haha
ada sangat banyak point di situ 😉
matt says
nak komen jgk,
result spm mmg penting, tapi nak kata sume bergantung 100% pada spm tak blh jgk kan.
ramai jgk yg spm xseberapa tp hidup skrg senang lenang.
ok tu je,
hihi.
Mr Kay Em Why says
betul tu. kalau pandai, tp kalau jadi pengkhianat bangsa dan negara tak guna jugak 😉
Mr Kay Em Why says
study betul2 bro. jgn menyusahkan diri nnt nak repeat 😉
Mr Kay Em Why says
aku dulu, kalau org tanya, aku jawab nak tak nak je. pastu buat pekak. yang penting, usaha lepas tu di teruskan. ko buktikan ko masih boleh berjaya dalam hidup 😉
Mr Kay Em Why says
Kalau dapat A mmg bagus. Aku bukanlah nak bg mindset supaya jangan belajar betul2. cuma aku nak ubah mindset rakyat malaysia terutama ibu bapa jangan terlalu menekan anak-anak untuk dapat A sampai jadi tekanan emosi, mental dan lebih teruk, bunuh diri. itu je 😉
Mr Kay Em Why says
jangan kecewa sangat, nnt menyusahkan hidup sendiri kemudian hari. Hidup mesti terus, usaha tetap usaha. 😉
wazy says
SPM ni penentu haal tuju kita,sama ada ke universiti atau ke alam pekerjaan,nyesal tak sudah la kalau keputusan SPM tak baik
.-= wazy´s last blog ..Streamyx Oh Streamyx Part 2 =-.
Mr Kay Em Why says
yes! tepat sekali. kadang2 terpk, orang yg result tak sampai belas2 A pon pening nak pilih course, yg berderet2 A ni tak sakit kepala ke nak pilih mana satu course yg terbaik untuk diri sendiri?
Mr Kay Em Why says
Hahaha. sangat betul! 😉
Mr Kay Em Why says
ada point di situ bro. menyesal kemudian tak guna dah.
ariff says
pada aku penting la. Family aku mana la mampu nak tanggung banyak2 hantar belajar jauh2. so aku cari sendiri la.
.-= ariff´s last blog ..Tips Senang Cari Blog CommentLuv =-.
ahmadyusrie says
banyak A lagi besar la option yg ader utk lanjutkn pelajaran…that’s all..
yg banyak A ni biasanya jenis ulat buku…
ader gak la dgr drpd kawan2 yg dah kerja yg employers biasanya tak mau amik yg terlalu excell sgt academic ni…x leh wat keje katanya (bukan fakta, cuma cakap-cakap)
.-= ahmadyusrie´s last blog ..1Malaysiakah Lotus F1 Team? =-.
imran says
Setuju dengan pendapat anda. Yang straight A ni ramai ulat buku sahaja. Bila masuk bidang pekerjaan, mereka kureng sikit (kisah benar) 😀
.-= imran´s last blog ..Blog Protector =-.
Hadjie says
SPM ni sekali seumur hidup. So kena sungguh2 juga, sekurang-kurangnya boleh cerita pada adik2 dan anak2 nanti ke untuk motivasi mereka dan diri sendiri.
Tapi SPM bukan segala2nya dan bukan pengukur yang paling tepat. Kita terlalu hidup dengan angka. Dulu jumlah agregat, sekarang jumlah A B C. Akhirnya kuantiti melebihi kualiti.
Bukan payah selesai masalah, turunkan graf penilaian, berlambaklah dapat A.
Apa yang penting, kejayaan pelajar diukur dari sudut ketinggian syakhsiah, kelembutan adab dan kematangan fikrah.Barulah ilmu itu mendapat berkah.
.-= Hadjie´s last blog ..Mengisi Kole Hati Dengan Kehangatan Iman =-.
honey says
mmm…pd pndapatsy SPm amat pnting untk
honey says
mmmm…pd pndpat sy SPM amat pnting untk hala tuju n mngejar cita2 kt.Bla mndapat kptusan cmrlang kta senang untk memilih course n tmpat pngajian yg kta suka..bkan semua plajar yg dpt straight A adlah plajar ulat buku,ada juga plajar yg aktif dlm bdg bkn akademik mdpat straight A…pada sy mndapat bnyak A adlh satu kepuasan kpd seseorng peljr,n mereka akn merasakan berbaloi apa yg mereka belajar n korbankn sblum ini…TAPi bagi plajar yg xmampu mncapai kjayaan di prgkat SPM tdk bererti gagal,kerna masih jauh lg prjalann kt..
Azizuan says
benda macam ni biasa la..orang memang suka banding2 ngan orang lain..masa sekolah, tanya berapa A dapat..masuk kolej/universiti tanya pointer..dah kerja tanya gaji/increment..kalau dalam kubur boleh bersembang, mesti nak compare dosa pahala gak..haha
wanieSPM20111 says
saya tak tau la nak cakap apa…tahun 2011 saya SPM…result akhir tahun tingkatan 4 saya ada 3A…akibat ‘A’ kurang, saya diberi amaran oleh emak saya kalau SPM saya ‘A’ kurang,lepas SPM dia terus nak kawinkan saya, dan berkata tak payah belajar, sia-sia belajar kalau dapat 3A ja…dia juga pernah kata saya bodoh dan otak lembap…emosi saya jadi tak stabil…hari-hari menangis kerana memikirkan kata-kata ibu saya itu…hakikatnya, saya tidak pandai macam orang lain…saya stress sangat dan pernah ingin sekali rasa nak lari dari rumah tapi saya tak mau kerana tak mau menjadi anak yang derhaka…setiap kali peperiksaan, kalau saya dapat ‘C’ pun saya akan dimarah dengan teruk…apa patut saya buat?
klcitizen says
wanieSPM2011…
pastinya selalu tertanya kenapa Allah kurniakan ibu sedemikian pada wanie kan…pertamanya, banyakkan mendekatkan diri dengan Allah. ujian yang berat ini sebenarnya sedang menjadikan wanie insan yang lebih tabah.
buat yang terdaya wanie. SPM sebenarnya tak susah mana jika tahu teknik dan cara. selalu minta tunjuk ajar dari cikgu, tanya bagaimana cara untuk lebih baik dalam keputusan periksa. yang penting wanie kena bersikap terbuka untuk menerima silap dan membaiki silap dalam belajar. insyaAllah kesungguhan untuk membaiki diri akan dapat dirasa oleh guru dan pasti wanie akan dibantu oleh mereka.
jika dimarah ibu, diam… jangan membalas balik. tanyalah semua ibu atau bapa. hati yang marah bertambah parah jika anak sendiri menjawab kata-kata ibu atau bapa. banyak meminta maaf dari ibu, hati ibu akan segera lembut , percayalah. minta ibu doakan untuk wanie. ini wanie kena beritahu selalu…”mak, mak doakan wanie ya mak.” terutama bila hendak ke sekolah dan sebelum wanie tidur. memang janggal pada mulanya… percayalah , emak wanie akan terkesan dan akan lebih menghargai wanie.
saya juga doakan untuk wanie agar lebih tabah… kuatkan hati dan semangat. tetapkan matlamat dan jangan cepat putus asa dan patah hati. banyakkan berdoa, jangan tinggal solat.
Khaidir says
!
Pernah alami, mereka yang jenis ulat buku atau kelihatan seperti pelajar cemerlang di sekolah. Gagap, di alam pekerjaan.
Apa yang penting kemahiran teori dan praktikal yang seimbang itu lebih penting dari 10A1.
Ilmu kemahiran sosial saya fikir sangat penting untuk dikuasai.
Khaidir
Rabiatul says
saya sangat b’stju dgn entry ni..yep..kalo pas dpt result je..msty owg akn tnye..bpe A dpt..bg owg2 y lemah & x dpt byk A or x de A 2 cnfrm stress..& dri sni la..rmai dri mreka yg gagal mle mrase hdup dowg hambar n mle la t’jerumus dlm pkre yg x b;moral..bbeza pula pde mreka yg dpt result baik..trus2an dri mreka d’agungkan..& dowg mle lupe dri & blajar smbil lewa di IPT..sy x kate semua tp kebanyakan nye..sy sdg menuggu result spm..& sy agak stress bile mak ayah sy ltak hrapan yg tggi pde sy..& persaingan yg kuat antre rkan jge m’buatkan sy tkot untk mlihat result sy..sb result upsr & pmr sy x brpe cmrlang..bile result nak hampir kluar ni..lg byk tkanan yg sy dpt..mlah ‘mimpi2 ngeri’ yg sy dpt pasl result sy buatkan sy x ley tdow mlam..d’sbbkan reslut trial sy yg laen dri exam bese sy..mak & ayah sy mule b’hrap tggi pde spm sy wlaupn tlah sy trus trang spm ari 2 susa & kbanyakan sy x dpt jwb..mungkin sy bleh skor credit..tp untk A sy x brni jnjikan..tp harapan mreka mule m’himpit sy..& nshat sy untk ibu bapa kat luar 2..jgn t’lalu bg anak tekanan sebliknye trme lah sume keputusan 2 dgn redha..spm permulaan hidup..bkn p’ekhiran hdup..mgkn anak2 akn bjaya lpas spm..wlau result x secemerlang yg d’target..jika saya panjg umur..& d’beri kesempatan oleh Ilahi untk b’kahwin & m’punyai keluarga..pasti..saya tidak akan m’beri tekanan sbgni kpada anak sy sprti yg sy alami skrg..akhr kate..ibu bape..fhm lah takat mane kemampuan anak2..jgn biarkan anak2 rase t’tekan & melakukan p’kara2 yg ngatif..akhr kate..smge kt sume b;jaya dlm hidup bersama redha Ilahi..