Orange 4 Kay

Bukan Omongan Kosong

| Ambil DuitKu | LoveBaby.MY | Apesal.com |

Real Time Web Analytics

Creative Commons License
Orange 4 Kay by Mr Kay is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

Powered by AIMedia

D`Tour @ D`House by DiGi

February 8, 2010 by Mr Kay Em Why 9 Comments


Sabtu, 6 Feb 2010, aku dengan wife dengan jayanya telah menyibukkan diri di D`House (DiGi HQ), Shah Alam untuk event D`Tour @ D`House anjuran kakitangan bahagian Twitter & Facebook DiGi dan juga DiGi Rewards. Macam yang aku cerita dalam entry Teruja Dek Innity & DiGi, aku dapat jemputan peribadi melalui twitter dan facebook. Memang teruja aku nak pergi event ni. Dah lama aku teringin nak ke sana sebenarnya. Lepas dengar cerita-cerita best tentang suasana kerja di DiGi.

Lepas ambil sepasang suami isteri yang sudi car pool bersama kami di Petaling Utama, kami terus ke sana. Aku sampai sana dalam pukul 11. Masa pendaftaran, aku sebut je nama penuh aku, si manis yang jaga pendaftaran tu terus cakap “Oh, Mr Kay”. Aku tergamam seketika kat situ. Haha. Lepas pendaftaran, masa aku nak masuk ke studio tempat berlansung event tu, aku terserempak dengan beberapa orang staff DiGi. Tiba-tiba salah sorang tu kata “Eh? Mr Kay! You look familiar. Mr Kay rite?”. Aku tergamam lagi. Haha. Tapi aku dapat agak dia orang tu yang jaga Twitter DiGi. Aku ni malas nak telefon Call Centre. Ada masalah je, aku DM kat dia orang. Nanti dapat la respon. Hehe. Lagi satu aku ni kaki komplen pasal DiGi kat twitter. Ada banyak game yang dia orang buat. Memang seronok. Tapi malas pula aku nak cerita satu per satu game tu. Bolehkan? :p Ada 3 briefing pasal Culture di DiGi, Team Twitter & Facebook DiGi dan juga DiGi Rewards.

Makan tengah hari kami di jamu dengan makanan dari Restoran Bubba Gump dan ais krim dari New Zealand Natural. Fuh! Dah lama teringin nak makan kat Bubba Gump. Tapi tak larat poket nak menampung. Haha. New Zealand Natural pun dah lama tak rasa. Memang puas hati. Makan pula depan air terjun. Nyaman je rasa. 😀 Malas pula cerita panjang-panjang. Aku letak gambar je la ye.

*Klik gambar untuk size yang gedabak*


Uncensored Conversation

Ada komplen tentang DiGi? Luahkan di twitter (@DiGi_Telco) dan Facebook DiGi. Mereka sudi membantu

Lunch @ D`House

Kami di jamu dengan makanan dari Restoran Bubba Gump dan ais krim New Zealand Natural

Kerusi tu nampak macam aneh tapi cantikkan? Haha. Unik!

Toilet @ D`House

Setiap toilet di D`House ni ada fun fact yang berbeza. Sangat menarik! hehe

Lobby @ D`House

Dekat Lobby ada iMac tu

Comel betul cawan ni. Tapi sayangnya aku tak dapat 🙁

DiGi Contact Centre Performance

Satu skrin yang memaparkan performance untuk contact centre yang terkini.


Gambar skrin yang memaparkan performance Call Centre DiGi yang terkini. Ketika gambar di ambil (3.58PM), sudah 10,930 panggilan telah masuk. Panggilan terabai adalah 5% dan rekod masa paling singkat yg diambil untuk menjawab soalan pelanggan adalah 42 saat.


Staff tidak di beri meja tetap dan laci sendiri. Jadi mereka diberi personal locker

Bilik rehat Contact Centre DiGi

Dalam bilik rehat ada Fusball tu

Bilik rehat Contact Centre

Sorang Staff Contact Centre tengah berehat. Dia orang kata bilik ni ada pemandangan yang cantik waktu malam

Bilik rehat Contact Centre

2 Orang staff contact centre sedang merehatkan minda sambil bermain Facebook

Contact Centre

Suasana dalan Contact Centre

Trainning Room for Contact Centre DiGi

Bilik trainning untuk Contact Centre

Announcement for Contact Centre

Skrin yang memaparkan pengumuman untuk staff Contact centre. Terutama bila ada service yang down.

Ruang rehat Contact Centre

Salah satu ruang rehat untuk staff Contact Centre

Nama-nama untuk bilik mesyuarat

Ehem, hari ni mesyuarat dekat Koh Samui 3 ya. Tak perlu tiket flight :p

Ruang kerja DiGi

Ruang kerja terbuka. Datang kerja, pilih meja yg kosong, buat kerja. Nak balik, kemas dan balik. Tinggal barang? Jangan harap kau jumpa lagi barang tu :p

Reload untuk perut

Ini bukan tempat jual reload prepaid. Tapi tempat jual reload untuk perut. Cafe daa :p

Sekitar Reload

Sekitar kawasan Reload yang nyaman

Atas bukit belakang D`House

Belakang D`House ni ada bukit. ada tempat rekreasi.

Air Terjun

Bawah bukit, ada air terjun. Nyaman beb

Cafe

Satu lagi cafe. Dalam Cafe ada Service Counter tu.

Barang-barang dari DiGi

Inilah barang-barang yang diberikan oleh DiGi pada kami. Ada satu hadiah kecil tu, Pendrive Blackberry 4GB. Tak dpt blackberry, dapat pendrive blackberry pon cukup :p


Pendek kata memang seronoklah. Rasa macam tak puas. Lebih-lebih lagi sebab tak dapat cawan kuning yang comel tu. Lepas tu pulak jeles tengok kumpulan yang dapat bawak balik voucher Spa yang bernilai RM2000 setiap seorang. Fuh!~ Apa-apa pun, kalau lepas ni DiGi ada buat event-event ni lagi, jemputlah aku lagi yek. Hehe.

Fun Fact DiGi : Hanya ada 4 orang kuning DiGi di Malaysia. Bukan semua orang boleh jadi orang kuning tu. 😉

P/s : Banyak sangat gambar. Dapat uploadkan sikit je. Nak upload kat Facebook pun macam ada masalah. Nanti aku cuba upload kat facebook.



Filed Under: Lain-lain Tagged With: @digi_telco, D`House, D`Tour at D`House, digi, DiGi Telecomunication

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. topo says

    February 8, 2010 at 3:23 am

    pergh.. ruang kerja dia sangat menarik..
    tapi yang paling aku suka tgok cawan orang kuning tu.. semart giler..
    .-= topo´s last blog ..Dapatkan Trafik ke Blog dengan Bantuan Facebook =-.

  2. ariff says

    February 8, 2010 at 4:05 am

    giler bertuah la engko dapat join event digi ni.
    .-= ariff´s last blog ..Sayang U Pakai Panties Tak? =-.

  3. Mr Kay Em Why says

    February 8, 2010 at 1:07 pm

    tu ah. ruang kerja dia best. ruang rehat dia pon menarik. tp tak byk yg aku dpt upload kat sini.

    cawan tu aku pon tak dpt 🙁

  4. Mr Kay Em Why says

    February 8, 2010 at 1:08 pm

    memang rasa bertuah sangat. i`m feeling lucky :p

  5. ejam says

    February 8, 2010 at 9:06 pm

    best nyer kau dpt g, aku hanya pernah baca kisah menarik tempat mereka ni di paper jer…
    rasanya aku pun nk cuba gak ler DiGi lepas nie,
    ntah kenapa aku xpernah terfikir nak pakai DiGi…

    tapi nk cuba DiGi aku kena tukar henset yg support 2 sim kad ler,
    kalu tak nanti kena bwk 3 henset plak…penuh poket doremon aku..

    tahniah ler bro coz terkenal sbg abg oren dikalangan geng kuning…hehe
    .-= ejam´s last blog ..Mini Seminar – Asas Buat Duit Dengan Produk Fizikal. =-.

  6. Mr Kay Em Why says

    February 8, 2010 at 9:29 pm

    nape ko tak buat MNP je? kan lagi baik. aku rasa untuk pakai dalam family, digi punya plan paling murah. serius 😉

    terkenal? mana ada terkenal :p

  7. wazy says

    February 9, 2010 at 5:01 pm

    perghhh best nya kalau dapat g situ hehehe
    .-= wazy´s last blog ..Nuffnang Charity Ads Adik Ammar =-.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *