Orange 4 Kay

Bukan Omongan Kosong

| Ambil DuitKu | LoveBaby.MY | Apesal.com |

Real Time Web Analytics

Creative Commons License
Orange 4 Kay by Mr Kay is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

Powered by AIMedia

Musuh atau kawan baik?

December 14, 2009 by Mr Kay Em Why 14 Comments

Sebelum teruskan entry ni, aku nak tegaskan yang entry ni tak ada tuju pada sesiapa pun. Sekadar ulasan dari pengalaman selama 24 tahun hidup di muka bumi Allah.

Antara sedar atau tidak. Kebanyakkan musuh adalah kawan baik dalam masa yang sama. Tak, aku bukan mahu sentuh tentang kawan yang bermuka-muka, tetapi tentang sifat manusia yang berada di luar sedar. Cuba perhatikan semula. Cuba renung-renungkan. Kebanyakkan dari kita, bila membenci seseorang, kita akan menjadi lebih peka dan perihatin pada orang yang di benci. Betul atau tidak?

Bukanlah semua orang ada sifat ini. Tapi dari pemerhatian aku, 99% dari kita mempunyai sifat ini. Aku ambil contoh beberapa tahun lepas. Ketika orang melayu di Malaysia hanyut dek demam Akedemi Fantasia, wujud satu blog yang mendakwa mereka adalah kumpulan “Anti AF”. Tapi sangat ironi kerana setiap kali aku membaca blog mereka, aku akan dapat lebih banyak info mengenai AF berbanding di siaran TV, laman web rasmi AF dan beberapa pengulas AF yang sangat terkenal waktu itu. Cuba bayangkan kalau info pukul berapa pelajar keluar dari akedemi menuju ke lokasi konsert pon dia boleh tahu. Sampai aku tertanya-tanya, ini kumpulan Anti AF atau kumpulan Obses terhadap AF?

Cukup dengan contoh AF. Sekarang tanya diri masing-masing. Pernah atau tidak kita membenci seseorang dan kita mengambil tahu hal orang itu secara lebih terperinci dari orang lain. Mengambil tahu hal orang itu untuk mencari kelemahan yang boleh di jadikan modal untuk meng”hentam”. Betul atau tidak? Sekarang fikirkan balik, tidakkan kita rasa seperti di hargai bila ada orang yang sanggup mengambil tahu semua hal kita? Menegur kesalahan kita. Bukankan itu ciri-ciri seorang kawan baik? Cuma cara kawan baik menegur tidaklah tajam dan pedas seperti orang yang memusuhi kita. Tapi usaha yang bersungguh-sungguh mencari kelemahan itu cukup untuk buat kita rasa terharu. Err, kau setuju atau tidak?

Beberapa hari lepas, kawan aku ada cerita pada aku yang dia berkenalan dengan seorang rakyat Malaysia yang sangat membenci Perdana Menteri. Akibat benci yang teramat sangat, dia telah melakukan kajian pada sejarah hidup Perdana Menteri Malaysia ni. Kisah dari lahir sampailah sekarang habis semua dikaji dan dibaca. Katanya untuk mencari kelemahan Perdana Menteri. Cuba tanya mereka yang katanya menyokong Perdana Menteri, berapa kerat yang tahu kisah Perdana Menteri dari kecil sampai sekarang? Silap-silap mereka yang sentiasa di keliling Perdana Menteri pon tak pernah nak ambil tahu. Betul atau tidak?

Err, aku pon dah makin keliru dengan entry aku ni. Aku rasa entry ni habis di sini saja kot. Renung-renungkan dan selamat beramal. 😉

Filed Under: Abstrak Kehidupan Tagged With: Akedemi Fantasia, anti AF, kawan baik, musuh

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. Active Blogger says

    December 14, 2009 at 10:07 am

    haha…Kawan macam susah je nak cari yg dapat menegur kesilapan kita. Sebab selalunya mereka ni asyik nak jaga hati kita.

    Tapi kalau musuh dia orang tegur mmg xberselindung. Mereka xde sbb nak jaga hati kita, so kalau nak tanya or minta pendapat tentang diri kita…pergi tanya musuh or orang yg xrapat dgn kita 🙂

  2. Kujie says

    December 14, 2009 at 10:33 am

    dalam dunia blog pun ramai macam tu

    dia benci sangat2 dgn Blogger A ( contoh )

    tapi dalam diam hari -hari dia menjengok blog untuk tahu setiap inci pergerakan,setiap huruf yang di tulis, setiap komen yang ditinggalkan

    Dia sengaja menyakiti hati sendiri sebenarnya ….

  3. ejam says

    December 14, 2009 at 11:56 am

    yg nie best…dia akan jd pengomen tdk bernama, sungguh pengecutkan kritik org tp tak berani nk tunjukkan diri…

    pasal najib tu aku pun tak tau pasal dia, rasanya tak nak pun amik tau…haha

  4. megat says

    December 14, 2009 at 12:53 pm

    hebat! walaupun agak bercelaru tapi aku suka catatan ini. ini lah dunia sebenar kehidupan!

    mereka yang dalam kategori ini mungkin boleh jadi stalker. mungkin juga musuh dalam selimut.

    mereka juga boleh jadi yang paling rapat dengan kita dan juga hanya melihat dari jauh.

    dalam dunia tanpa sempadan ini juga tidak lari jauh dari kewujudan mereka yang berkategori seperti ini (hu3)

  5. atreyu strange says

    December 14, 2009 at 1:00 pm

    I beg to differ.

    Musuh tetap musuh, sebab kawan baik takkan cakap benda buruk pasal kita walaupun dia tau sikit je pasal kita. Hehe…

  6. Mr Kay Em Why says

    December 14, 2009 at 5:47 pm

    betul tu. kalau kita nak perbaiki diri, kita kena dengar apa yang tak betul pada diri kita. bukan dengar perkara baik tapi tak betul 🙂

  7. Mr Kay Em Why says

    December 14, 2009 at 6:52 pm

    sebenarnya mmg itu point sebenar nak menulis entry ni. tapi macam biasa la, lain yang nak di tulis, lain yg jadi. haha

  8. Mr Kay Em Why says

    December 14, 2009 at 6:53 pm

    yang itu kita panggil bachul.. haha.

    pasal najib tu, aku tak suruh pun sesiapa amik tau :p

  9. Mr Kay Em Why says

    December 14, 2009 at 6:55 pm

    macam biasalah aku kalau menulis entry. memang bercelaru. lain yang nak ditulis, lain yang jadi. haha.

  10. Mr Kay Em Why says

    December 14, 2009 at 6:57 pm

    for me, kawan yang baik adalah kawan yang sentiasa menegur kesilapan kita. bukan yang selalu kipas kita dengan benda-benda yg kadangkala terlalu fantasi. cuma cara menegur tu kena betul. kita mesti nak improve kan diri kita kan? 😉

  11. atreyu strange says

    December 14, 2009 at 9:32 pm

    I agree. But still, enemies tell others. Friends tell you. *winks*

  12. zuwairiaiman says

    December 15, 2009 at 10:32 am

    entry yang sangat menarik.. musuh jgn dicari ye

  13. yonna says

    December 15, 2009 at 12:54 pm

    HAHAHAHAHHAHAHA (rujuk post kak kujie)
    yonna lah org tu. tak suka tp kebelet hari2 sampai ke komen sampai lah entry AZAM tu, ohh terus tak bukak dah blog pompuan gila iklan tu.

    well,kata nak jadi stalker terhebat kan :p gagaga. tp paling yonna tak pernah buat komen guna anon. oh mmg bacul badigol namanya.

    kdg2 kawan baik tu.. lagi bisa ayat dia dari si musuh. gagga

    sebenarnya,tgh cari main point entry ni. err. apakah?

  14. yonna says

    December 15, 2009 at 12:55 pm

    yonna rasa dari komen baru yonna tau main point entry ni HAHAHAHHA. tu lah. overload sgt idea :p

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *