Orange 4 Kay

Bukan Omongan Kosong

| Ambil DuitKu | LoveBaby.MY | Apesal.com |

Real Time Web Analytics

Creative Commons License
Orange 4 Kay by Mr Kay is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

Powered by AIMedia

Malang Nasib ku…

September 11, 2008 by Mr Kay Em Why 10 Comments

Hari ini tiada carutan lagi. Cukup-cukuplah tu. Haha. Tapi semalam aku rasa malang sangat. Aih.

1. Aku dapat sms dari Celcom yang jumlah penggunaan aku dah melebihi had kredit. Sangat terkejut dengan jumlah penggunaan. Err, aku sudah jangka sebenarnya. Tapi jumlah itu lebih dari jangkaan aku. Aku menepuk dahi. Menyesal menaikkan had kredit beberapa bulan lepas. Lantas aku terus turunkan semula had kredit. Dan pagi ini telefon aku sudah kena barred! Nah, padan muka kau! Erghh!

2. Secara tiba-tiba sangat banyak laporan bug yang masuk. Beberapa minit sekali 4-5 helai kertas laporan masuk. Tak menang tangan. Rupa-rupanya client buat STRESS TEST pada system. Stress Test ni berjaya menimbulkan stress pada kami, para developer.. aih..

3. Balik kerja pukul 11.30 malam. Akibat letih, aku memecut untuk sampai ke rumah awal (alasan! memang aku suka pecut! haha). Dan akhirnya aku di tahan di satu sekatan jalan raya di hadapan Muzium Negara. Cis! Puas aku merayu pada pak Polisi itu. Tapi kesannya tidak seperti yang aku harapkan. Dem!

Filed Under: Abstrak Kehidupan

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. ejon says

    September 12, 2008 at 4:19 pm

    tahniah kerana anda berjaya ditahan oleh polis

  2. aeropama dot com says

    September 13, 2008 at 12:09 am

    memang sangat malang. dah nasib. bayar saja saman tu

    ps: nape ko tak bagi saja duit raya pada pak polisi? mungkin kau dikecualikan dari di saman. ahaks…

  3. Mr. Kay Em Why says

    September 13, 2008 at 12:33 am

    cis kek! haha

  4. Mr. Kay Em Why says

    September 13, 2008 at 12:36 am

    mintak mahap byk2 la bro.. aku takkan buat mcm tuh.. haha..

    ekceli die lepaskan aku dgn kata2 “encik boleh jalan, tp nnt kita proses gambar tu, kalau ada, kita anta saman kat alamat yg ada dlm pendaftaran kereta ni”.. hahaha

  5. napster says

    September 13, 2008 at 5:12 pm

    ala saman berapa jeh
    hahaha….

  6. Mohd Ismail says

    September 14, 2008 at 1:06 am

    ko x hulur sekeping dua? he he =)

  7. mrozaidi says

    September 14, 2008 at 1:33 am

    Kena Ambik Cuti Rehat Kot…

  8. totinx says

    September 14, 2008 at 1:52 pm

    miss you!

  9. catzer says

    September 16, 2008 at 5:54 am

    muahahahahah…rasain kamu…lenkali nak rempit tu pilih jln yg sesuai..aku biasa di shah alam ni..sudah aimed jalan mana biasa ada pak polisi..

  10. syamsulariff.com says

    September 17, 2008 at 12:10 am

    sudah tau ade sekaatan..kenapa berenti? sepatutnya kau terus je 😛

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *