Orange 4 Kay

Bukan Omongan Kosong

| Ambil DuitKu | LoveBaby.MY | Apesal.com |

Real Time Web Analytics

Creative Commons License
Orange 4 Kay by Mr Kay is licensed under a Creative Commons Attribution-Noncommercial 2.5 Malaysia License.

Powered by AIMedia

Ulasan Filem “Get Smart”

June 22, 2008 by Mr Kay Em Why 18 Comments

Dah lama aku tak buat ulasan filem. Kali terakhir adalah ulasan filem “Buli Balik” pada 29 Januari 2006. 2 tahun lepas. Itulah satu-satunya ulasan filem aku diblog ni. Yang lain semua dekat Portal Jiwang.

Filem Get Smart memang salah satu filem yang ada dalam list mesti tonton aku. Cuma kekurangan fulu$ membuatkan banyak filem dalam senarai mesti tonton aku terpaksa dilepaskan begitu sahaja. Ni pun Fadhli ajak aku tengok wayang semalam. Thanks sebab belanja bro 😀

Pertama kali aku tengok “trailler” filem ni, aku ingat filem ni tentang perisik yang bodoh-bodoh alang. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Aku memang tak akan baca sinopsis atau ulasan filem sebelum tonton filem tu. Aku tak nak spoil kan mood menonton aku.

Filem ni mengisahkan tentang Maxwell Smart (lakonan Steve Carell) seorang Penganalisis Perisikan CONTROL yang sangat teliti dengan kerjanya. Beliau mengharapkan untuk dinaikkan pangkat dan bekerja di luar pejabat sebagai perisik. Cita-cita beliau akhirnya tercapai dan beliau ditugaskan bersama Agent 99 (lakonan Anne Hathaway) untuk menyiasat tentang KAOS yang mempunyai bahan-bahan nuklear dan cuba meletupkan Amerika dengan senjata nuklear. Pihak Kerajaan Amerika tidak mempercayai laporan CONTROL dan ancaman nuklear dari pihak KAOS.

Semasa siasatan tentang KAOS dijalankan, satu kejadian telah menyebabkan Maxwell Smart dituduh sebagai double agent dan ditangkap. Betul ke Maxwell Smart seorang double agent? Apa yang terjadi seterusnya? Anda tontonlah sendiri. 😀

Bagi kau orang yang meminati filem-filem perisikkan dan komedi, filem ni seharusnya ada dalam senarai mesti tonton anda. Setiap adengan-adengan dalam filem ni mempunyai elemen komedi tersendiri. Filem ini juga punya gabungan elemen komedi, romantik, perisikkan dan sedikit sedih. Tidak lupa juga heroinnya, Anne Hathaway sangat hot bagi aku. Aku terasa seperti jatuh cinta pada Agent 99 yang hebat itu. Haha.

Antara barisan pelakon yang turut menjayakan filem ni adalah Dwayne Johnson (The Rock) sebagai Agent 23, Alan Arkin sebagai The Chief (Ketua CONTROL), Masi Oka (Hiro Nakamura) sebagai Bruce dan Nate Torrence sebagai Lloyd.

[rating:4.5/5]

Filed Under: SoK SeK FiLeM & TeaTer...

Penafian!


  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di blogpost adalah pandangan peribadi pemilik blog melainkan jika diterangkan pendapat/pandangan tersebut datang dari pihak lain.
  • Semua pendapat/pandangan yang tertulis di komen adalah pendapat peribadi pemiliknya dan tiada kaitan dengan pemilik blog.
  • Segala apa yang terkandung dalam blog ini tiada kaitan dengan majikan atau clients pemilik blog.

Sponsor




Comments

  1. tOTiN says

    June 22, 2008 at 6:16 pm

    comel la yang pakai cermin mata tu..

  2. nashrex says

    June 22, 2008 at 6:17 pm

    hero filem ni bukan ke mamat yg lakon citer evan almighty tu. yg ske wat muka mrepek2 tu? hahaha.. btw, aku b4 tgk muvi (or b4 donlod muvi..hahaha), aku search kat imdb. brape bintang di beri. choose the quality one only. hahak

  3. Mr. Kay Em Why says

    June 22, 2008 at 6:28 pm

    oh, Masi Oka? si Jepun yg berlakon siries HEROES tuh..

  4. Mr. Kay Em Why says

    June 22, 2008 at 6:30 pm

    masa tgk trailer, aku igt die tuh org English.. skali bile tengah tgk, baru aku teringat die yg berlakon Bruce Almighty dgn Evan Almighty yg jadi Evan tuh.. haha..

    Oh, aku tak suka review.. serius.. aku suka guna gerak hati org seni.. masa blaja dulu, aku sebat tgk semua movie yg ada (kecuali tamil ngan hindustan).. haha.. lepas tgk baru carik review then kalo rasa best atau ade part2 yang aku tak paham, aku tgk lagi.. haha

  5. menteil says

    June 23, 2008 at 2:38 am

    best?? mesti tonton… hehe…
    ko wat review citer wanted angelina bibir besa tu..
    bes gak citer tu.. aku denga la..

  6. Mr. Kay Em Why says

    June 23, 2008 at 2:44 am

    woo.. citer tuh dlm list mesti tonton aku gak.. aku nak tgk ari tuh… tp tak kuar lagi… takde plak special weekend show.. insyaAllah, bile sempat aku gi tgk dan review 😉

  7. menteil says

    June 23, 2008 at 2:58 am

    er… rasanya lom kuar la… 26 baru kuar..

  8. atoiaziz says

    June 23, 2008 at 3:32 am

    haah
    memang cambes j traiLer citer WANTED angelina terjoLi tu
    tingin nak tgok r
    huh hu
    wat ulasan ek nnti..

  9. ixora says

    June 23, 2008 at 4:19 am

    wah,hiro pn ada jugak? hehee

  10. Fadh says

    June 23, 2008 at 8:10 am

    haha nanti kite tgk citer wanted plak okey!!!

  11. Mohd Ismail says

    June 23, 2008 at 3:17 pm

    he he.. aku kalo Steve Carell ni, mmg tgk muka pun nk tergelak da.. pasti! aku akan tunggu torrent.. hah a

  12. Mr. Kay Em Why says

    June 23, 2008 at 10:41 pm

    yerp, 26 baru kuar..

  13. Mr. Kay Em Why says

    June 23, 2008 at 10:43 pm

    terjoli? hahahaha..
    insyaAllah, aku cuba.. tak janji tau..

  14. Mr. Kay Em Why says

    June 23, 2008 at 10:44 pm

    hak ah.. terkejut gak tetiba die ade dlm citer ni.. die sgt lawak.. haha

  15. Mr. Kay Em Why says

    June 23, 2008 at 10:46 pm

    wokeh!~ takde hal punye.. hehe

  16. Mr. Kay Em Why says

    June 23, 2008 at 10:47 pm

    aku baru sedar bakat lawak si Steve Carell ni.. haha.. torrent yek? jimat tuh.. hehe

  17. ciputcedot says

    June 24, 2008 at 2:21 pm

    Eh ade Hiro Nakamura! Kena tengok neh. Masuk dalam list movie kena layan 🙂

  18. ciputcedot says

    June 30, 2008 at 8:14 pm

    baru je tengok movie ni.. memang kelakar abes, asyik gelak je sepanjang ada dalam wayang tu 😀

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *