Archive for February 2nd, 2010

Lawak Geek : Resipi Masakan

Sang isteri sedang menonton Asian Food Channel (AFC). AFC ni ada slot resipi masaan yang tiada suara, hanya video cara memasak dan text bahan-bahan yang digunakan. Video ni biasanya hanya beberapa saat dan nama masakan hanya akan di tunjuk selepas masakan tersebut siap.

Ketika sang isteri sedang menonton, keluar satu resipi yang menggunakan daging. Maka terjadilah perbualan suami isteri yg geek.

Isteri : Abang, dia masak apa tu?

*sang suami memandang ke arah kaca tv. Ketika itu ditunjukkan sesuatu sedang di tabur di atas daging tersebut dan ada teks “Salt and Papper” di bawah video tersebut*

Suami : Ohhhhhhhh. Ini.
*diam seketika*

Suami : Dia tengah cuba encryptkan daging tu dengan salt & pepper supaya data-data rahsia dalam daging tu takkan terlepas pada sesiapa. :p

Isteri : ermmmm :|

**Salt & papper adalah istilah untuk 2 kekunci rahsia yang digunakan dalam programming untuk encrypt sesuatu data. Hanya mereka yang tahu value untuk salt & papper sahaja yang boleh decrypt semula data yang telah di encrypt.

The Zestful IcedNyior
Wazy84
Special
Sembang Komputer
Ariff Shah
Qiilans87
WeddingKami
Klik untuk menjadi kacak
GambarHehe